Showing posts with label GHK motors. Show all posts
Showing posts with label GHK motors. Show all posts

Monday, June 3, 2019

Uji Pandu MG ZS & Mitsubishi Xpander



Syarikat GHK Motors semalam menjalankan uji pandu dua buah model berlainan jenama Morris Garages ‘MG ZS’ dan ‘Mitsubishi Xpander’ dikhaskan bagi media-media permotoran.

Sesi uji pandu yang bermula dari Mulia Hotel di Anggerek Desa memberi peluang kepada media-media untuk melihat secara lebih dekat sambil memhami mengenai keterangan fungsi-fungsi model tersebut serta teknologi yang dimuatkan kedalam model itu. 

Uji pandu mengambil masa lebih 3 jam mengelilingi di kawasan Bandar Seri Begawan dan kawasan-kawasan berbukit bukau sambil mencuba kecanggihan nya.

Selepas uji pandu, para media juga diberi jamuan berbuka puasa di hotel tersebut dengan pelbagai jenis pilhan makanan dihadiri oleh Pengurus Jualan Mitsubishi Motors, Au Thien Kiong bersama dengan Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Mitsubishi GHK Motors, Dayang Mu’izzah binti Haji Khirul Abasah.

Mitsubishi Xpander sebuah model Kompak MPV dengan tujuh tempat duduk menjadi tarikan ramai di negara-negara ASEAN terutamanya di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Dayang Mu’izzah binti Haji Khirul Abasah berkata sebanyak lebih satu juta Mitsubishi Xpander tempahan telah membuktikan kejayaannya secara global bagi Mitsubishi Motors dan juga pembangunan permintaan kereta jenis MPV itu.

Xpander mempunyai imej sportif dan moden pada waktu yang sama masih mengekalkan konsep penampilan ‘Dynamic Shield’.

Model berpenampilan moden ini dilengkapi dengan lampu LED di bahagian lampu depan dan belakang, di samping memiliki reka bentuk futuristik.

Mitsubishi Xpander ini dikuasakan dengan enjin 1.5 Mivec Petrol digabungkan dengan pilihan 4-kelajuan transmisi automatik atau 5-kelajuan transmisi manual yang direka khas untuk keselesaan pemanduan bagi model tersebut.

Morris Garages (MG) ZS pula model kompak SUV yang kini turut dijual di pasaran-pasaran negara seperti Thailand, Australia dan United Kingdom. Dikuasakan enjin petrol 1.0 liter Turbocharger, ZS dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden mengikut kemahuan pemanduan pada zaman ini.

Model ini dilengkapi teknologi seperti monitor sesentuh Multimedia, Bluetooth, kamera undur, bumbung panoramik, sistem pemantauan tekanan tayar dan banyak lagi. Selain itu, ZS didatangkan dalam dua warna dan tayar aloi 17″.

Monday, August 24, 2015

GHK Melancarkan Mitsubishi Galant

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Berita dan gambar courtesy dari Media Permata.
Oleh Siti Nur Wasimah S.
Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd selaku pengedar pelbagai kereta berjenama terkenal telah memperkenalkan kembali model kereta Mitsubishi Galant, yang jualannya mencecah sebanyak 10,000 unit sejak pertama kali ia dikeluarkan di pasaran 15 tahun yang lalu.

Model terbaru Galant kini dikenali dengan Galant Sportback yang berbadankan ‘hatchback’, berkonsepkan lebih ‘sporty’ dengan 18-inci 8-spoke alloy wheels dan dilengkapi dengan teknologi terkini serta ciri-ciri keselamatan yang terbaik.

Hadir merasmikan Galant Sportback yang berlangsung di Bilik Pameran GHK Motors Sdn Bhd, Beribi pagi tadi ialah Pengarah Urusan GHK, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengerusi GHK Sdn Bhd, Pengiran Dato Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali.

Dengan dikuasakan enjin MIVEC 2.4L, transmisi CVT dengan ‘steering wheel paddle shifts’, kereta ini menjadi kegemaran ramai khususnya mereka yang minat konsep kereta sporty.

Selain daripada itu, Galant Sportback juga dilengkapi dengan inovatif ‘Reinforced Impact Safety Evolution’ (RISE) yang mana ia memberikan perlindungan yang kuat di bahagian badan kereta jika berlakunya kemalangan.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri peralatan baru bagi keselesaan dan keselamatan para pemandu seperti kestabilan kawalan aktif, kawalan cengkaman aktif, sistem brek anti-lock, pengedaran brek elektronik dengan brek bantu teknologi dan banyak lagi.

Galant Sportback ini juga didatangkan dengan pelbagai warna antara kelabu, putih, biru terang dan hitam.

Majlis pelancaran itu turut diselajurkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama para pelanggan dalam usaha untuk menunjukkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah memberikan sokongan dan dorongan terhadap GHK Motors Sdn Bhd.

GHK Motors Sdn Bhd juga ingin mengumumkan kepada para pelanggannya bahawa promosi Hari Raya Giveaway masih lagi diteruskan.

Para pelanggan yang membuat pembelian mana-mana jenama kereta dari GHK akan berpeluang untuk memenangi wang baucar yang mana promosi itu bermula pada 1 Julai lalu  sehingga 30 September ini.

Para pelanggan bolehlah berkunjung ke bilik pameran Mitsubishi, Beribi, atau membuat panggilan ke 2423423 semasa hari bekerja atau ikuti laman facebook di www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.

Monday, April 6, 2015

Promosi Mitsubishi: Cabutan Kedua Pakej “Menangi Hadiah Percutian”

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
 
Syarikat GHK Motors Sdn Bhd hari ini telah mengumumkan pemenang dalam cabutan kedua pakej “Menangi Hadiah Percutian” yang berlangsung  Hua Ho Mall, Manggi.

Pemenang bertuah itu ialah Hajah Sukartini binti Haji Mohd Daud memenangi tiket pulang balik ke Singapura selaku pemenang ditempat pertama Nasruddin bin Haji Nordin memenangi ditempat kedua menerima hadiah berupa tiket pulang balik ke Kuala Lumpur dan yang ketiga Siti Rahmawati binti Haji Mohd Tangong selaku pemenang tempat ketiga memenangi hadiah tiket pulang balik ke Jakarta.

Cabutan hari ini merupakan cabutan sesi kedua bagi bulan Februari dan Mac. Cabutan bertuah ini merangkumi tiga pemenang sama seperti sesi cabutan pertama yang diadakan bulan Mac lalu untuk memenangi pakej “Menangi Hadiah Percutian” bagi pelanggan yang telah membeli Attrage atau Mirage. Nama-nama pemenang telah dicabut dan hadiah disampaikan oleh Pengurus Jualan Divisyen Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin.

MY15 Attrage dan MY15 Mirage adalah kereta yang paling efisien bagi penggunaan bahan api dalam kelasnya. GHK Motors Sdn Bhd sekarang memberi promosi terbesar untuk pemilik Attrage dan Mirage.

Pelanggan juga akan menerima $100 baucar petrol apabila mereka membeli sebuah Attrage atau Mirage sepanjang promosi ini. Tambahan lagi, ada juga promosi istimewa untuk pemasangan bodykit, iaitu discount sebanyak B$1,000.00 untuk bodykit Attrage dan B$500.00 untuk bodykit Mirage.

Disamping itu juga, pemilik kereta Attrage dan Mirage sepanjang promosi ini berpeluang untuk mengikuti promosi pakej “Menangi Hadiah Percutian” ke tiga-tiga destinasi.

Hadiah pertama ialah percutian untuk dua orang ke Singapura, hadiah tempat kedua merupakan pakej percutian untuk dua orang ke Kuala Lumpur dan hadiah tempat ketiga merupakan pakej percutian untuk dua orang ke Jakarta.

Pelanggan boleh mengunjungi Bilik Pameran Mitsubishi atau hubungi di talian 2423423 semasa waktu pejabat atau ikuti di Facebook https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK untuk keterangan lanjut.

Wednesday, March 25, 2015

Promosi Double Treats untuk Mitsubishi MPV


Promosi Double Treats untuk kereta Mitsubishi MPV keluaran dari GHK Motors untuk Mitsubishi Starwagon dan Mitsubishi L300. Promosi bermula dari sekarang sehingga 30 Jun 2015.

Starwagon merupakan MPV yang dipadankan dengan harga berpatutan untuk keluarga kecil dan sederhana dengan enjin 2.0 Liter Petrol dengan transmisi automatik 4 kelajuan. Ia dilengkapi dengan Headrest Monitor dengan sistem hiburan supaya kanak-kanak boleh menikmati menonton filem kegemaran mereka sementara dalam perjalanan. Kamera undur juga disediakan untuk memudahkan pemandu semasa letak kereta. Starwagon juga dilengkapkan dengan tempat duduk barisan kedua boleh dipindahkan, pintu sliding tinggi, tailgate luas dan aircon tengah untuk tempat duduk baris kedua dan ketiga. GHK Motors kini memberi potongan harga sebanyak B$5000.00 untuk model Starwagon.

L300 juga dipadankan dengan harga berpatutan, 9 tempat duduk MPV ini datang dengan 2.5 Liter enjin Diesel dengan transmisi manual 5 kelajuan. Ianya sesuai untuk kegunaan syarikat kecil dan sederhana untuk tujuan pengangkutan dan penghantaran disebabkan oleh keluasan kabin dalaman. Ianya juga sangat baik untuk pengankutan kakitangan dan barangan dengan adanya pintu sliding tinggi dan tailgate luas. Mitsubishi L300 baru menjadi lebih berpatutan yang GHK Motors kini memberi potongan harga sebanyak B$4000.00.

Dengan adanya Promosi Double Treats ni, bayaran bulanan Starwagon adalah hanya sebanyak B$385.00 sebulan dan L300 adalah hanya sebanyak B$431.00 sebulan. Unit adalah terhad sahaja.

Kunjungi Bilik Pameran Mitsubishi GHK Motors atau hubungi di talian 2423423 semasa waktu pejabat atau ikuti mereka di laman Facebook di Mitsubishi Motors GHK Brunei untuk maklumat lebih lanjut.

Klik di sini untuk versi Inggeris.

Tuesday, March 24, 2015

Kelab Penyokong ManU Brunei Berkumpul di Chevrolet Brunei

Chevrolet Brunei bersama dengan Kelab Penyokong Manchester United Brunei telah mengadakan perkumpulan bagi menyaksikan perlawanan diantara Manchester Untied bertemu Liverpool yang berlangsung pada 22hb Mac lalu di Bilik Pameran Chevrolet, Beribi, Gadong.

Menurut Pengurus Besar Chevrolet Brunei, Noormala Othman, ini adalah peluang terbaik bertemu dengan penykong kelab Manchester United berkumpul di Bilik Pameran Chevrolet yang menunjukkan hubungan baik diantara kelab tersebut dan Chevrolet Brunei dan sebagai mengiktiraf Chevrolet sebagai penaja rasmi pasukan Manchester United seluruh dunia.

Kelab Manchester United Brunei yang diketuai oleh Presiden kelab tersebut, Mohd Syazni bin Mohd Hadi yang membawa lebih 100 penyokong ke bilik pameran Chevrolet di Sumbangsih Bahagia, Jalan Gadong jam 8 malam.

Sebelum perlawanan bermula, para penyokong diberi kesempatan untuk mengikuti kuiz mengenai model-model Chevrolet di Brunei dan pemain Manchester United termasuk aktiviti bolasepak. Mereka juga turut diberikan hidangan minuman dan makanan dan membawa balik cenderahati dari Chevrolet dan Manchester Untied termasuk jersey bola sepak Manchester United.

Chevrolet Brunei juga mengambil peluang untuk membuat promosi kempen Orlando dan Captiva yang akan bermula dari 1hb April hingga 30hb Jun 2015 kepada Kelab Penyokong Manchester untied.

Ahli-ahli penyokong Manchester Untied Brunei akan layak menerima potongan harga sebanyak B$500 jika membeli model-model Chevrolet pada malam perlawanan semalam.

Klik di sini untuk versi Inggeris.


Sunday, February 22, 2015

GHK Motors Mega Draw Sampai ke Penghujungnya

Cabutan mega besar-besaran baru-baru ini diadakan di ibu pejabat GHK Motors Sdn Bhd untuk pelanggan yang telah membeli kenderaan jenama GHK dari 1hb Jun 2014 hingga 31hb Januari 2015.

Acara tersebut dihadiri oleh lebih daripada 2,000 pelanggan, orang-orang yang membeli Chevrolet, Mitsubishi, Daihatsu, Chrysler, Jeep dan Dodge layak untuk memenangi sebuah rumah kembar, sebuah Chevrolet Cruze dan Mitsubishi Mirage sebagai hadiah utama promosi tersebut.

Acara tersebut menandakan satu lagi pencapaian penting bagi GHK Motors Sdn Bhd di mana sejumlah 1,190 kereta telah berjaya didaftarkan di bawah Kumpulan GHK.

Terdapat 3 pusingan panggilan untuk 3 hadiah yang menakjubkan itu. Dalam setiap pusingan, 5 nama bertuah diminta untuk mengambil kunci dengan hanya satu kunci yang dapat membuka salah satu kotak daripada 3 hadiah utama itu.

Hadiah ketiga, sebuah kereta jenama baru Mitsubishi Mirage 1.2L (AT) telah dimenangi oleh Rozami bin Hj Sapar yang disampaikan oleh Pengurus Jualan Bahagian Daihatsu dan Mitsubishi, Pengiran Halaluddin bin PM Dato Shariffuddin.


Hadiah kedua, Md Surfahri, orang yang pertama daripada 5 nama-nama yang baru dipanggil, memenangi dirinya kereta jenama Chevrolet Cruze 1.6L (AT) baru yang telah disampaikan oleh Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, PM Dato Shariffuddin bin Pengiran Haji Matali.

Setelah memilih 5 nama baru oleh Pengarah Urusan GHK Motors, YB Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, nasib jatuh kepada seorang wanita, Raihana Hj Ramlee, yang memenangi dirinya sebuah rumah kembar yang terletak di Kg. Kulapis di Mukim Sengkurong.


Hadiah-hadiah saguhati terdiri daripada sebuah iPad, iPhone6, telefon pintar Samsung, TV dan baucar tunai kemudiannya disampaikan kepada pelanggan-pelanggan terpilih yang gagal untuk membuka peti bertuah.

GHK Motors akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan juga mempunyai lebih banyak aktiviti dan promosi tahun ini. Pelanggan boleh singgah ke Bilik Pameran GHK semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook mereka di Mitsubishi Motors GHK, Chevrolet Brunei, dan Jeep Brunei bagi promosi, acara dan aktiviti yang akan datang.

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar GHK Motors Mega Draw.

Saturday, December 13, 2014

Dayang Zozaimah Pemenang Utama Kempen “Maritah Tukar Kereta”

Kempen “Maritah Tukar Kereta” telah sampai ke penghujungnya dengan Majlis Cabutan Hadiah Bertuah, bertempat di Bilik Pemeran Chevrolet, Beribi, Gadong semalam.

Kempen “Maritah Tukar Kereta” telah bermula dilancarkan pada 01 Oktober 2014, dan berakhir pada 31 November 2014. 

Objektif kempen ini adalah untuk memudahkan proses penjualan kereta dari kereta lama untuk jenama model Chevrolet baru. Pelanggan yang membeli jenama Chevrolet baru dengan mana-mana model secara automatik layak untuk cabutan ini. 

Sesi cabutan bertuah semalam bermula dengan Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, Dato Shariffuddin membuat tiga cabutan kepada pemenang dari 109 pelanggan yang telah dipilih memasuki pusingan cabutan bertuah bagi bulan Oktober dan November. 

Pemenang hadiah utama Kempen “Maritah Tukar Kereta” 2014 ialah, Dayang Zozaimah Binti Hj Md Idris, beliau membawa pulang hadiah berupa Tiket Penerbangan ke Phuket Thailand, selama 4 hari 3 malam. Tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Siti Nur Amanina Binti Effendi yang memenangi hadiah berupa tiket penerbangan ke Borocay Islam, Filipina selama 4 hari dan 3 malam. Manakala pemenang ketiga membawa pulang tiket penerbangan selama 4 hari 3 malam, ke Bali, Indonesia, yang dimenangi oleh Pengiran Marani Binti Pengiran Hj Metusin. 

Sempena dengan kempen berkenaan, para pelanggan yang membeli kereta Chevrolet juga berpeluang mendapat tiga kali perkhidmatan penyelengaraan secara percuma.

Tidak ketinggalan juga, semua pelanggan juga berpeluang menyertai Mega-Draw yang mana sedang giat dilaksanakan sehingga 31 Januari 2015, dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah rumah Semi-Detached, sebuah Chevrolet Cruze dan kereta Mitsubishi Mirage sebagai hadiah kedua dan hadiah ketiga serta banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang dapat direbuti.

Klik "Let's Change Car" untuk versi Inggeris.

Wednesday, September 3, 2014

Kejohanan Golf Amal Chrysler 2014

Buat kali pertamanya Syarikat Goh Hock Kee Motors Sendirian Berhad akan mengumumkan Kejohanan Golf Amal Chrysler 2014 yang akan diadakan pada 21 September ini di The Empire Golf & Country Club.

Pengurus Besar Jualan Chrysler, Alvin Hong semasa sidang media yang berlangsung baru-baru ini, kejohanan ini dibukakan kepada kesemua pelanggan kereta Chrysler, Jeep dan Dodge sebagai kempen pemberian balik kepada masyarakat (CSR) dinegara ini. Yuran kemasukan bagi kejohanan ini ialah sebnayak B$50 bagi setiap peserta yang ingin menyertai kejohanan ini, yang mana kesemua pembayaran itu akan diberikan kepada dua Pusat iaitu Pusat Bahagia Eric Goh dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam dibawah program ‘Chrysler Customer Care’.

Program Pemedulian Pelanggan Chrysler adalah sebagai inisiatif oleh pelanggan-pelanggan Chrysler bagi mempelawa penerusan aktiviti CSR yang dijalankan dari masa ke semasa untuk membantu kepada yang memerlukan.

Selain itu, penganjur utama GHK Motors Sdn Bhd juga akan menyumbangkan jumlah yang sama kepada kedua organisasi tersebut.

“Program Pemedulian Pelanggan Chrysler akan menyaksikan lebih banyak aktiviti CSR akan dijalankan dimasa hadapan dan menyatukan diantara pemilik Chrysler dan orang yang bekeperluan khas dan orang yang memerlukan bantuan di Brunei”, ujar beliau di Bilik pameran Chrysler, Sumbangsih Beribi.

Diantara tarikan-tarikan menarik dalam kejohanan ini termasuk hadiah ‘Hole In One’, iaitu sebuah kereta Chrysler 300C baharu pada lubang number 7 dan kereta Dodge Journey pada lubang number 14. Para peserta menjangka pelbagai hadiah-hadiah lainnya termasuk Piala beserta pemukul Driver, Hybrid, Putter dan bola golf tidak termasuk cabutan bertuah bagi kesemua peserta.

Kesemua pemilik Chrysler, Jeep dan Dodge dijemput untuk menyertai kejohanan ini dengan mendaftar secara menghubungi Dayang Sarah ditalian 2426205, 2426206 dan 2426207. Untuk keterangan lanjut mengenai Kejohanan Golf Amal Chrysler 2014, orang ramai boleh melayari www.ghkmotors.com.

Saturday, April 19, 2014

Lancer EX tampil lebih bergaya

Goh Hock Kee Motors hari ini memperkenalkan Pakej Body-kit Aero bagi model MY14 Mitsubishi Lancer EX 2.0 dan Lancer 1.6 yang berenjin MIVEC (Mitsubishi Innovative Vale Timing Electronic Control).

Pakej Body-Kit Aero ini memberikan para pelanggan dengan pilihan rupa luaran yang berbeza, lasak dan bergaya. Kedua-dua model Lancer EX 2.0 dan Lancer 1.6 ini juga mengalami beberapa perubahan baru bagi memenuhi cita rasa para pelanggan.

Model Lancer EX 1.6 dan Lancer EX 2.0 kini juga boleh diperoleh dengan ciri-ciri peralatan baru bagi keselesaan dan keselamatan para pemandu seperti alat kawalan jauh tanpa kunci, sistem dual airbag keselamatan, USB Port, fabrik kerusi yang lebih selesa bagi pemandu dan juga penumpang serta sistem keselamatan tali pinggang keledar yang lebih memuaskan. Selain itu kedua-dua model juga dilengkapi dengan sistem pintu kalis bunyi bagi keselesaan pemandu.

Namun perbezaan antara kedua model ini ialah Lancer EX 2.0 telah dilengkapi dengan ciri-ciri sistem skrin sesentuh, reverse camera dan pedal penganjak magnesium.

Sementara itu, dalam Pakej Body-kit Aero, model Lancer EX 1.6 Mivec, telah dilengkapi dengan aksesori seperti skirt bumper bahagian belakang, cermin sisi dengan lampu isyarat, lampu keselamatan waktu pagi LED, ductail spoiler, front lip dan juga rim alloy gun metal.

Manakala bagi pakej Lancer EX 2.0, hampir kesemua aksesorinya adalah sama dengan pakej Lancer EX 1.6 namun perbezaannya adalah Lancer EX 2.0 dilengkapi dengan skirt tepi, front lip spoiler dan juga Evo Ducktail spoiler.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ini, para pelanggan bolehlah berkunjung di bilik Pameran GHK Sdn Bhd, Beribi, bagi menyaksikan secara lebih dekat lagi Pakej Body-kit Aero ini.
 

Saturday, December 14, 2013

Perhimpunan Kereta ke 5

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan semasa cuti sekolah? Datanglah beramai-ramai dan singgah ke letak kereta Indoor Stadium untuk menyaksikan Perhimpunan Kereta yang ke 5!

Terima kasih atas sokongan anda!

Jumpa anda di sana! ;)


Saturday, October 12, 2013

Promosi Mitsubishi Attrage Berakhir 15hb Oktober 2013

GHK Motors Sendirian Berhad mengumumkan promosi terbaru yang dinamakan kempen pra-tempahan ‘Attrage’ bagi keluaran model terbaru dalam barisan jenama Mitsubishi, ‘Attrage’.

Pelanggan yang membuat tempahan Mitsubishi Attrage dari 15hb September hingga 15hb Oktober 2013 akan layak menerima Apple iPad terbaru dengan Wifi secara percuma dengan syarat kelulusan dan pengesahan dari pihak Bank.

Walaubagaimanapun, perjanjian istimewa ini hanya layak kepada 100 pelanggan yang menempah awal kereta tersebut semasa promosi dijalankan.

Attrage yang dibina sebagai kereta jenis sedan-eco dan pemasangannya dihasilkan negara gajah putih, Thailand.

Ianya dilengkapi dengan badan struktur aerodinamik menawarkan ruang kabin yang luas ditambah dengan teknologi terkini seperti sistem masuk tanpa kunci, penekan butang mula (start button), lampu LED diwaktu pagi, lampu fog hadapan, tayar alloy 15” yang termasuk dalam pembelian daripadanya.

Apa yang menarik lagi pelanggan juga boleh membeli secara berasingan iaitu pakej body-kit yang dikhaskan untuk Mitsubishi Attrage dengan harga menarik.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi 2423423 atau 2420882 bagi cawangan Bandar Seri Begawan dan 3335740 atau 3336372 bagi cawangan Kuala Belait.




Monday, October 22, 2012

Kereta buatan China kini menonjol kehadapan


 

Courtesy Sim Y H

 

Dengan memperkenalkan konsep kereta serupa dengan kereta jenis SUV, kereta terbaru keluaran Geely, GX213 kini diperkenalkan kepada orang ramai di Brunei dengan majlis pelancaran kereta GX213 diadakan di Dewan Pameran GHK Motors, Beribi, hari ini.

Hadir untuk melancarkan kereta berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan GHK, Pengiran Dato Shariffuddin dan Pengarah Urusan GHK, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Kereta GX213 walaupun pada dasarnya adalah sebuah kereta jenis Hatchback namun begitu dengan reka bentuk yang lebih menarik serta sporty, ia kelihatan lebih seperti sebuah kereta jenis SUV.


GX 213 yang diedarkan oleh GHK Motors boleh diperoleh dalam dua spesifikasi iaitu spesifikasi standard dan spesifikasi tinggi dengan kedua-dua spesifikasi tetap menjanjikan pengalaman memandu yang selesa.

Di samping reka bentuk yang lebih menawan, GX213 juga dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang menarik termasuk roof rack, lampu brek led dan yang membezakannya dari kereta lain dalam kelas yang serupa merupakan adalah penempatan tayar ganti di bahagian luar belakang kereta berkenaan.