Mantuka

Insurans Islam Taib

Mengenai Kami

Kebanyakannya orang melayu kitani menggunakan sebutan 'matuka' atau 'motoka' di Pulau Borneo terutama di Negara Brunei Darussalam pada zaman dahulu kalanya bagi menyebut sesebuah kenderaan. Jadi, wujudlah nama 'Mantuka' yang direka khas bagi nama blog mengenai kereta ini.

Dengan adanya laman web ini, ianya dapat membantu orang ramai terutama peminat-peminat kereta dalam menyalurkan pengetahuan, kefahaman dan keterangan lebih lanjut mengenai pengeluar kereta-kereta terbaru yang ada dinegara ini yang bersangkut-paut dengan kereta yang terkini.

Pengasas Mantuka, Sabrina Sallehuddin, "Dengan maklumat dan panduan kami sudah setentunya akan memberikan awda kawalan untuk menganalisis proses pemilihan pembelian kereta yang di idamkan serta menyalurkan berita terkini mengenai keluaran model terbaru di Negara Brunei Darussalam".

Laman web ini ditubuhkan pada 1hb Jun 2012 dan akan sentiasa maju kehadapan memastikan penerangan yang diberikan mengikut kepuasan pembaca, apa yang penting dalam laman web ini diharapkan akan dapat memberi analisis kepada pembaca sebelum membeli kereta keluaran terbaru.

Sebarang pertanyaan mengenai liputan dan pengiklanan sila rujuk "Hubungi Kami" di laman web ini.