Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, October 22, 2012

Kereta buatan China kini menonjol kehadapan


 

Courtesy Sim Y H

 

Dengan memperkenalkan konsep kereta serupa dengan kereta jenis SUV, kereta terbaru keluaran Geely, GX213 kini diperkenalkan kepada orang ramai di Brunei dengan majlis pelancaran kereta GX213 diadakan di Dewan Pameran GHK Motors, Beribi, hari ini.

Hadir untuk melancarkan kereta berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan GHK, Pengiran Dato Shariffuddin dan Pengarah Urusan GHK, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

Kereta GX213 walaupun pada dasarnya adalah sebuah kereta jenis Hatchback namun begitu dengan reka bentuk yang lebih menarik serta sporty, ia kelihatan lebih seperti sebuah kereta jenis SUV.


GX 213 yang diedarkan oleh GHK Motors boleh diperoleh dalam dua spesifikasi iaitu spesifikasi standard dan spesifikasi tinggi dengan kedua-dua spesifikasi tetap menjanjikan pengalaman memandu yang selesa.

Di samping reka bentuk yang lebih menawan, GX213 juga dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang menarik termasuk roof rack, lampu brek led dan yang membezakannya dari kereta lain dalam kelas yang serupa merupakan adalah penempatan tayar ganti di bahagian luar belakang kereta berkenaan.