Mantuka

Monday, June 3, 2019

Uji Pandu MG ZS & Mitsubishi Xpander



Syarikat GHK Motors semalam menjalankan uji pandu dua buah model berlainan jenama Morris Garages ‘MG ZS’ dan ‘Mitsubishi Xpander’ dikhaskan bagi media-media permotoran.

Sesi uji pandu yang bermula dari Mulia Hotel di Anggerek Desa memberi peluang kepada media-media untuk melihat secara lebih dekat sambil memhami mengenai keterangan fungsi-fungsi model tersebut serta teknologi yang dimuatkan kedalam model itu. 

Uji pandu mengambil masa lebih 3 jam mengelilingi di kawasan Bandar Seri Begawan dan kawasan-kawasan berbukit bukau sambil mencuba kecanggihan nya.

Selepas uji pandu, para media juga diberi jamuan berbuka puasa di hotel tersebut dengan pelbagai jenis pilhan makanan dihadiri oleh Pengurus Jualan Mitsubishi Motors, Au Thien Kiong bersama dengan Penolong Pengurus Jualan dan Pemasaran Mitsubishi GHK Motors, Dayang Mu’izzah binti Haji Khirul Abasah.

Mitsubishi Xpander sebuah model Kompak MPV dengan tujuh tempat duduk menjadi tarikan ramai di negara-negara ASEAN terutamanya di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Dayang Mu’izzah binti Haji Khirul Abasah berkata sebanyak lebih satu juta Mitsubishi Xpander tempahan telah membuktikan kejayaannya secara global bagi Mitsubishi Motors dan juga pembangunan permintaan kereta jenis MPV itu.

Xpander mempunyai imej sportif dan moden pada waktu yang sama masih mengekalkan konsep penampilan ‘Dynamic Shield’.

Model berpenampilan moden ini dilengkapi dengan lampu LED di bahagian lampu depan dan belakang, di samping memiliki reka bentuk futuristik.

Mitsubishi Xpander ini dikuasakan dengan enjin 1.5 Mivec Petrol digabungkan dengan pilihan 4-kelajuan transmisi automatik atau 5-kelajuan transmisi manual yang direka khas untuk keselesaan pemanduan bagi model tersebut.

Morris Garages (MG) ZS pula model kompak SUV yang kini turut dijual di pasaran-pasaran negara seperti Thailand, Australia dan United Kingdom. Dikuasakan enjin petrol 1.0 liter Turbocharger, ZS dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden mengikut kemahuan pemanduan pada zaman ini.

Model ini dilengkapi teknologi seperti monitor sesentuh Multimedia, Bluetooth, kamera undur, bumbung panoramik, sistem pemantauan tekanan tayar dan banyak lagi. Selain itu, ZS didatangkan dalam dua warna dan tayar aloi 17″.