Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, December 13, 2014

Dayang Zozaimah Pemenang Utama Kempen “Maritah Tukar Kereta”

Kempen “Maritah Tukar Kereta” telah sampai ke penghujungnya dengan Majlis Cabutan Hadiah Bertuah, bertempat di Bilik Pemeran Chevrolet, Beribi, Gadong semalam.

Kempen “Maritah Tukar Kereta” telah bermula dilancarkan pada 01 Oktober 2014, dan berakhir pada 31 November 2014. 

Objektif kempen ini adalah untuk memudahkan proses penjualan kereta dari kereta lama untuk jenama model Chevrolet baru. Pelanggan yang membeli jenama Chevrolet baru dengan mana-mana model secara automatik layak untuk cabutan ini. 

Sesi cabutan bertuah semalam bermula dengan Pengerusi GHK Motors Sdn Bhd, Dato Shariffuddin membuat tiga cabutan kepada pemenang dari 109 pelanggan yang telah dipilih memasuki pusingan cabutan bertuah bagi bulan Oktober dan November. 

Pemenang hadiah utama Kempen “Maritah Tukar Kereta” 2014 ialah, Dayang Zozaimah Binti Hj Md Idris, beliau membawa pulang hadiah berupa Tiket Penerbangan ke Phuket Thailand, selama 4 hari 3 malam. Tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Siti Nur Amanina Binti Effendi yang memenangi hadiah berupa tiket penerbangan ke Borocay Islam, Filipina selama 4 hari dan 3 malam. Manakala pemenang ketiga membawa pulang tiket penerbangan selama 4 hari 3 malam, ke Bali, Indonesia, yang dimenangi oleh Pengiran Marani Binti Pengiran Hj Metusin. 

Sempena dengan kempen berkenaan, para pelanggan yang membeli kereta Chevrolet juga berpeluang mendapat tiga kali perkhidmatan penyelengaraan secara percuma.

Tidak ketinggalan juga, semua pelanggan juga berpeluang menyertai Mega-Draw yang mana sedang giat dilaksanakan sehingga 31 Januari 2015, dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah rumah Semi-Detached, sebuah Chevrolet Cruze dan kereta Mitsubishi Mirage sebagai hadiah kedua dan hadiah ketiga serta banyak lagi hadiah-hadiah menarik yang dapat direbuti.

Klik "Let's Change Car" untuk versi Inggeris.