Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 19, 2014

Lancer EX tampil lebih bergaya

Goh Hock Kee Motors hari ini memperkenalkan Pakej Body-kit Aero bagi model MY14 Mitsubishi Lancer EX 2.0 dan Lancer 1.6 yang berenjin MIVEC (Mitsubishi Innovative Vale Timing Electronic Control).

Pakej Body-Kit Aero ini memberikan para pelanggan dengan pilihan rupa luaran yang berbeza, lasak dan bergaya. Kedua-dua model Lancer EX 2.0 dan Lancer 1.6 ini juga mengalami beberapa perubahan baru bagi memenuhi cita rasa para pelanggan.

Model Lancer EX 1.6 dan Lancer EX 2.0 kini juga boleh diperoleh dengan ciri-ciri peralatan baru bagi keselesaan dan keselamatan para pemandu seperti alat kawalan jauh tanpa kunci, sistem dual airbag keselamatan, USB Port, fabrik kerusi yang lebih selesa bagi pemandu dan juga penumpang serta sistem keselamatan tali pinggang keledar yang lebih memuaskan. Selain itu kedua-dua model juga dilengkapi dengan sistem pintu kalis bunyi bagi keselesaan pemandu.

Namun perbezaan antara kedua model ini ialah Lancer EX 2.0 telah dilengkapi dengan ciri-ciri sistem skrin sesentuh, reverse camera dan pedal penganjak magnesium.

Sementara itu, dalam Pakej Body-kit Aero, model Lancer EX 1.6 Mivec, telah dilengkapi dengan aksesori seperti skirt bumper bahagian belakang, cermin sisi dengan lampu isyarat, lampu keselamatan waktu pagi LED, ductail spoiler, front lip dan juga rim alloy gun metal.

Manakala bagi pakej Lancer EX 2.0, hampir kesemua aksesorinya adalah sama dengan pakej Lancer EX 1.6 namun perbezaannya adalah Lancer EX 2.0 dilengkapi dengan skirt tepi, front lip spoiler dan juga Evo Ducktail spoiler.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej ini, para pelanggan bolehlah berkunjung di bilik Pameran GHK Sdn Bhd, Beribi, bagi menyaksikan secara lebih dekat lagi Pakej Body-kit Aero ini.