Mantuka

Monday, August 24, 2015

GHK Melancarkan Mitsubishi Galant

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Berita dan gambar courtesy dari Media Permata.
Oleh Siti Nur Wasimah S.
Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd selaku pengedar pelbagai kereta berjenama terkenal telah memperkenalkan kembali model kereta Mitsubishi Galant, yang jualannya mencecah sebanyak 10,000 unit sejak pertama kali ia dikeluarkan di pasaran 15 tahun yang lalu.

Model terbaru Galant kini dikenali dengan Galant Sportback yang berbadankan ‘hatchback’, berkonsepkan lebih ‘sporty’ dengan 18-inci 8-spoke alloy wheels dan dilengkapi dengan teknologi terkini serta ciri-ciri keselamatan yang terbaik.

Hadir merasmikan Galant Sportback yang berlangsung di Bilik Pameran GHK Motors Sdn Bhd, Beribi pagi tadi ialah Pengarah Urusan GHK, Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Pengerusi GHK Sdn Bhd, Pengiran Dato Sharifuddin bin Pengiran Haji Matali.

Dengan dikuasakan enjin MIVEC 2.4L, transmisi CVT dengan ‘steering wheel paddle shifts’, kereta ini menjadi kegemaran ramai khususnya mereka yang minat konsep kereta sporty.

Selain daripada itu, Galant Sportback juga dilengkapi dengan inovatif ‘Reinforced Impact Safety Evolution’ (RISE) yang mana ia memberikan perlindungan yang kuat di bahagian badan kereta jika berlakunya kemalangan.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri peralatan baru bagi keselesaan dan keselamatan para pemandu seperti kestabilan kawalan aktif, kawalan cengkaman aktif, sistem brek anti-lock, pengedaran brek elektronik dengan brek bantu teknologi dan banyak lagi.

Galant Sportback ini juga didatangkan dengan pelbagai warna antara kelabu, putih, biru terang dan hitam.

Majlis pelancaran itu turut diselajurkan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama para pelanggan dalam usaha untuk menunjukkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah memberikan sokongan dan dorongan terhadap GHK Motors Sdn Bhd.

GHK Motors Sdn Bhd juga ingin mengumumkan kepada para pelanggannya bahawa promosi Hari Raya Giveaway masih lagi diteruskan.

Para pelanggan yang membuat pembelian mana-mana jenama kereta dari GHK akan berpeluang untuk memenangi wang baucar yang mana promosi itu bermula pada 1 Julai lalu  sehingga 30 September ini.

Para pelanggan bolehlah berkunjung ke bilik pameran Mitsubishi, Beribi, atau membuat panggilan ke 2423423 semasa hari bekerja atau ikuti laman facebook di www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.