M A N T U K A B R U N E I

Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, February 14, 2022

Porsche Macan Jenerasi ke-3 dilancarkan oleh QAF Eurokars Sdn Bhd

Gambar dari : QAF Eurokars Sdn Bhd

QAF Eurokars Sdn Bhd semalam memperkenalkan jenerasi ketiga Porsche Macan serba baru yang dibina lebih kuat, tajam dan sportif dilancarkan di Porsche Centre Brunei di Beribi.

Porsche jenis kompak SUV mempunyai konsep terbaru dengan ruang dalam penampilan moden, kedudukan fungsi-fungsi termasuk fungsi dibahagian tengah yang nampak lebih moden. Selain itu prestasi dipertingkatkan yang mana Macan didatangkan dengan kuasa yang lebih berkuasa tinggi dari model sebelumnya.

“Jenerasi ketiga Porsche Macan dikira sebagai enjin terkuat pada masa ini, dibandingkan dengan yang terdahulu sejak ia dilancarkan pada tahun 2014,” kata Pengurus Besar QAF Eurokars Sdn Bhd, Lahiru De Silva. “Kami sukacita memperkenalkan jenerasi ketiga yang diminati oleh para peminat Porsche tempatan.

Seperti Macan GTS menduduk teratas dari barisan lain berkuasa menggunakan enjin 2.9 liter V6 biturbo yang kini menyalurkan 324KW bersamaan 440PS – tambahan kuasa 44KW bersamaan 60PS. Tambahan lagi Porsche GTS menamatkan 0 ke 100 KM/J dengan hanya mengambil 4.3 saat sahaja dan jika dilengkapi dengan pakej Sport Chrono akan mencapai 272 KM/J. Jika itu tidak mencukupi Macan S juga sekarang dilengkapi dengan 2.9 liter V6 biturbo menyalurkan 20KW bersamaan 26PS lebih kuasa dari sebelum ini, dengan 280KW bersamaan 380PS.


Macan jenerasi terbaru menawarkan suspension lebar dengan chassis yang diperbaiki untuk memberi sensitive tindak balas yang baik melalui roda stereng. Dengan tujuan ini, Porsche Active Suspension Management (PASM) telah disesuaikan semula hanya bagi model ini.

Lampu depan LED dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS) dan cermin luar reka bentuk sportif sekarang djadikan standard bagi kesemua model.

Sebanyak 14 warna disediakan bagi Macan terbaru termasuk warna baru Papaya Metallic dan Gentian Blue Metallic, dan juga Python Green untuk Macan GTS dan GTS Sport Package. Tayar-tayar aloi besar juga dilengkapkan sebagai pilihan standard yang mana ukuran 19” bagi Macan, 20” bagi Macan S dan 21” bagi Macan GTS.

Porsche Macan sekarang boleh didapati dari Porsche Centre Brunei bermula dari B$95,900.00. Uji pandu boleh ditempah secara atas talian.




 

Friday, February 4, 2022

Mitsubishi Pajero Sport Edisi Advance Bodykit diperkenalkan


GHK Motors memperkenalkan Mitsubishi Pajero Sport terbaru yang mana Sejak sekian lama Pajero memang terkenal untuk kegunaan seharian, perniagaan mahupun perjalanan sekeluarga yang mana kereta ani mampu membawa tujuh penumpang.

Tapi dalam era kemodenan ani, perubahannya telampau banyak dari teknologi kemudahan yang dimuatkan bahkan kegunaan kepelbagaian yang boleh digunakan untuk aktiviti seharian biskita tapi dibahagian dalam cemana? 

Mitsubishi Pajero Sport disediakan dengan dua varian 2.4L dan 2.5L MIVEC Turbo enjin. Saksikan review melalui @mantukabrunei.

#mitsubishi #mitsubishipajerosport #mantuka #mantukanews #mantukabrunei #brudrive #brunei #bruneidarussalam #bruneinews #bruneifm #kereta #suv #pajerosport @mitsubishimotors.bn

Thursday, October 28, 2021

Range Rover Jenerasi ke-5 dilancarkan secara Live Stream

 



Sumber Gambar dari : Indera Motors Sdn Bhd (JLR)

BERITA: Land Rover baru sahaja memperkenalkan Range Rover baharu secara Live Stream berlangsung di Royal Opera House di London. Pelancaran itu disaksikan oleh para Ketua-ketua dari dunia seni, budaya, peniaga dan sukan. setelah sedekad lamanya menunggu akhirnya keluaran generasi kelima SUV mewah berukuran besar telah diperkenalkan hari ini.

Apa yang dilihat dari keseluruhannya, Range Rover baharu masih mengekalkan bentuk dan perkadaran keseluruhan SUV, tetapi memberikan reka bentuk moden yang licin. Pemegang pintu kini tenggelam ke dalam pintu secara automatik apabila tidak digunakan, perubahan lainnya yang ketara adalah lampu belakang telah dipermudahkan kepada garisan nipis berbentuk ruji merentasi bahagian belakang SUV.

Menurut wakil dari Indera Motors Sdn Bhd, Range Rover baharu ini akan tersedia dengan enjin 4.4L  turbo V8 menghasilkan kuasa 530 kuasa kuda, dalam kenyataan rasmi JLR  juga dikeluarkan versi sistem hibrid ringan juga akan dikeluarkan. Ia akan mempunyai motor elektrik berkuasa kecil yang akan memebantu menambah kuasanya kepada enjin petrol untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

Menurut syarikat Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Jaguar Land Rover model ini akan dibawa masuk pada suku kedua tahun depan. 

Pelanggan boleh membuat tempahan awal dan mengubahsuai kereta mereka melalui laman sesawang global di https://www.landrover.com/vehicles/new-range-rover/index.html.

Ikuti Podcast dari @mantukabrunei mengupas lebih mendalam mengenai Range Rover jenerasi ke-5 ini.

Sunday, July 25, 2021

BMW M TOWN menampilkan keluaran baru M3 dan M4

 


QAF Auto selaku pengedar kereta-kereta jenama BMW semalam menjemput para peminat serta pelanggan BMW untuk menyaksikan dua model M terbaru – BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition di BMW M Town yang diadakan di Negara ini.
 
Acara pelancaran itu disepurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu'min ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah and Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau.


“Kami sangat gembira mempamerkan BMW M, tidak ada yang hampir sama seperti BMW M3 dan BMW M4 Competition”, kata Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo. Selain itu The M Weekend juga member para pengunjung peluang untuk menyaksikan lebih dekat kereta sukan berpestasi tinggi buat kali pertama.
 
Orang ramai dialu-alukan untuk datang pada 24 dan 25 Julai ini ke BMW M Town sebelum ianya dimiliki. Para pengunjung akan diberikan jamuan ringan serta berpeluang untuk menguji pandu model-model BMW lainnya.

Saturday, July 24, 2021

Ford Wildtrak kini dipasaran Brunei

 

Premier Automobiles Sdn Bhd hari ini melancarkan Ford Ranger Wildtrak terbaru di Bilik Pameran Utama mereka di Beribi.

Ranger Wildtrak jenis Double Cab menampilkan enjin baru 2.0L Bi-Turbo, enjin yang sama dimuatkan kedalam Ranger Raptor.

Wildtrak dimuatkan dengan enjin Ford’s 2.0-Liter Bi-Turbo Zdiesel empat-silinder dan 10-kelajuan transmisi automatic dibina untuk member anda prestasi dan ketahanan yang anda inginkan. Kekuatan kereta ini dihasilkan melalui dua Turbocharger, untuk member responsive yang diperlukan boleh mencapai kuasa sehingga 210 Kuasa kuda 157kW dnegan tork 500Nm dari serendah 1,750rpm.



 

Ranger Wildtrak masih memegang konsep ‘Built Ford Tough’ DNA yang menandakan kekerasan dan ketahanan sebuah kereta jenis trak dengan mampu membawa berat sehingga 1,425 kilogram dan 850mm kemampuan wading.

Fungsi lainnya termasuk lampu depan projector LED, sensor wiper hujan, monitor sentuh 8”, kawalan Smart Voice, Navigasi, tayar aloi 18” dan banyak lagi.
Tambahan lagi, dari segi keselamatan Wildtrak dianugerahkan 5-bintang oleh Australian dan ASEAN NCAP.

Kunjungi Bilik Pameran Ford Brunei di Beribi untuk menyaksikan lebih dekat model jenis Double Cab ini dan uji pandu sekarang.