Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Peugeot Brunei. Show all posts
Showing posts with label Peugeot Brunei. Show all posts

Sunday, June 29, 2014

Michelle Wong menang hadiah utama pertandingan gambar Kick it to Brazil

Peugeot Brunei baru-baru ini mengumumkan pemenang bagi peraduan 'Kick it to Brazil: Following the footsteps of the journey' dimana majlis penyampaian hadiah telah berlangsung semalam di Bilik Pameran Peugeot, Kiarong.

Peraduan ini telah dianjurkan bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2014 mengadakan kempen bergambar bersama negara-negara yang dipilih dan dimuatnaik ke Facebook. anjuran ini dijalankan oleh Peugeot Paris dimana mereka menghantar bola sepak melalui 20 buah negara dalam tempoh 100 hari dari seorang ke seorang dan di bantu dalam perjalanan tersebut dengan menggunakan kereta Peugeot dari barisan Crossover iaitu model 2008, 3008 dan 4008.

Hadiah utama telah dimenangi oleh Michelle Wong yang membawa pulang sebuah unit GoPro Hero 3+ dan hadiah sagu hati juga diberikan kepada pemenang-pemenang lainnya. Pemanang yang menerima saguhati itu terdiri dari Danny Aimi, Kiseki Miza, Debbie Too dan Zazarina. kesemua hadiah telah disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran, Lim Kai Wei.

Peugeot mengadakan peraduan ini dengan tujuan untuk mewujudkan hubungan kuat antara jenama dan generasi berbilang di seluruh dunia, khususnya, di luar Eropah di mana perkembangan Peugeot sangat kukuh.


Wednesday, April 2, 2014

Peugeot 208 1.2L Versi Ekonomi Diperkenalkan

Tahun lepas TCY Motors telah melancarkan Peugeot 208 terbaru sebagai model jenis super mini diminati diseluruh dunia. Kereta tersebut juga yang dikategorikan sebagai kereta B-segment memenangi beberapa anugerah di Eropah seperti ‘Supermini Terbaik’ di United Kingdom, 'Kereta terbaik Tahunan' di Sepanyol dan ‘Auto Europa 2013’ di Itali.

Dengan keluaran terbaru ini, Peugeot sekali lagi memperkenalkan Peugeot 208 yang berprinsipkan kepada kereta ekonomi. Enjin jenerasi terbaru memuatkan jenis 3 silinder yang lebih mengoptimumkan kepada penggunaan minyak dan pengeluaran emisi CO2 yang lebih rendah kepada 25 peratus pengurangan. Walaubagaimanapun, dengan teknologi ini, kereta tersebut mampu memberi kuasa pecutan yang baik.

Setelah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Peugeotnjuga menambah kepada lampu hadapan dengan lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan waktu pagi.

Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta mini tetapi model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, mempunyai peralatan elektronik memberikan keselesaan kepada pemandu serta penumpangnya. 208 dimuatkan dengan sistem monitor sesentuh ('touchscreen') bagi memberi keselesaan dalam mengawal radio, pemain CD dan set telefon Bluetooth semasa memandu. 

Peugeot 208 dilengkapi dengan enjin VTi 3-silinder 1.2 liter fuel injection, bukan sahaja mampu memberikan kuasa sehingga 82 bhp @2,750 rpm bahkan ianya sebagai kereta yang mempunyai teknologi  penjimatan minyak. Dari segi keselamatan Peugeot 208 VTi 1.2L ini mempunyai 6 bag keselamatan.

Peugeot 208 VTi 1.2L akan dilancarkan pada 5hb April ini nanti semasa acara “Vive La France” diadakan di Pusat Membeli-belah Timesquare. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi bilik pameran Peugeot Kiarong ditalian 2426969 atau ikuti instagram di @Peugeot Brunei.


Tuesday, March 4, 2014

Model Baru, Penampilan Baru - Peugeot 3008

Lebih dari 500,000 jualan di seluruh dunia, melebihi sasaran jualan asal pada 50 peratus, Peugeot 3008 menjadi sebuah kereta yang berjaya dihasilkan diatas ciri-cirinya yang kukuh.

Kereta tersebut juga telah memenangi ‘Kereta Tahunan’ pada tahun 2010 lalu, bersama dnegan pujian lainnya.

3008 adalah kereta gabungan jenis SUV, Hatchback dan Multi Purpose Vehicle (MPV) yang mempunyai kebolehan mengabungkan keseronokan pemanduan dan kredibiliti ciri-ciri pemandu dengan teknologi tinggi untuk keselesaan semasa memandu.

Dengan keluaran 3008 terbaru di negara ini, Peugeot telah menaik taraf bentuk badan yang mengikut simbol Singa Perancis. Hidung dibahagian depan 3008 direka bentuk dengan gril terbaru yang lebih besar dan fog light yang diselut dengan warna Chrome.


Didalam kabin pula, terdapat ciri-ciri yang menarik di inspirasikan dari Jet penggempur iaitu odometer berkonsepkan kaca berdigital yang membolehkan pemandu mempunyai penglihatan yang lebih jelas. Ianya juga mempamerkan maklumat berbeza dari kelajuan sehingga jarak amaran.

Tambahan lagi, kereta tersebut mempunyai kelebihan teknologi penghubung Bluetooth untuk telefon pintar dan pemain musik.

Walaupun 3008 dimuatkan dengan enjin bekruasa 1.6 litre THP, kereta tersebut mempunyai kelebihan yang dilengkapi dengan Turbo memberikan kuasa sepenuh kepada 156 bhp (240 Nm kepada 1,400 rpm) walaupun dalam kelajuan yang rendah.

Ciri-ciri keselamatan termasuk pengawal grip untuk meningkatkan traction, 6 bag udara keselamatan, sistem Anti-Lock Brake (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Electronic Stability Program (ESP), Sistem Brake kecemasan (EBA), Dynamic Rolling Control dan lain-lain lagi.


  



Sunday, January 19, 2014

Promosi Terbaru T.C.Y. Motors

Rebut peluang anda dalam promosi T.C.Y Motors Sempena Tahun Baru Cina dimana anda boleh mendapatkan iPhone 5S atau iPad Mini secara percuma! 

Dari Januari hingga February 2014, buat pembelian dari pelbagai jenis model Peugeot dan bawa balik iPhone 5S atau iPad Mini secara percuma. Pelanggan baru dan lama juga akan mendapat peluang hebat iaitu pemeriksaan kereta secara percuma untuk memastikan keselamatan dan keselesaan memandu semasa Sambutan Tahun Baru Cina tanpa keraguan.

Promosi terbaru ini termasuk model-model Peugeot baru yang di lancarkan tahun lepas iaitu Peugeot 208 yang dikenali dengan pemenang anugerah monitor sesentuh, Peugeot Expert Tepee yang boleh membawa 9 penumpang dan Peugeot 408 2.0 sebagai kelas terbaik. Model Peugeot yang lain termasuk cabriolet-convertible 308CC, pemenang anugerah kereta menawan RCZ coupé dan model terlaris dijual di Negara Brunei Darussalam iaitu model Peugeot 107 dengan bayaran bulanan serendah $275!

Sila hubungi 2426969 atau kunjungi Bilik Pameran Peugeot Kiarong untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini. Like ‘Peugeot Brunei’ di facebook.com/PeugeotBru atau ikuti di Instagram @PeugrotBrunei untuk mendapatkan maklumat terkini.



Sunday, December 22, 2013

Peugeot 408 untuk Kepuasan Pelanggan

Tidak mengetahui bahawa pada zaman yang semakin canggih ini, pembekal dari Negara Eropah semakin popular dikalangan pembeli tempatan, ini kerana mereka sanggup memberi apa sahaja untuk kepuasan pelanggannya.

Semakin banyak pembekal kereta berlawan untuk mengambil hati pelanggannya walaupun dengan harga murah. Tetapi satu jenama masih memegang prestasi mereka sebagai jenama pilihan terbaik sehingga sekarang.

Jenama Peugeot bukan sekadar nama biasa bahkan ianya sudah menjadi jenama yang dipercayai dan memberi apa yang terbaik dalam pembelian sebuah kereta. Dalam hal ini, Peugeot memperkenalkan model terbaru khas untuk peminat jenama tersebut di Negara Brunei Darussalam.

Mantuka telah dijemput oleh Syarikat TCY Motors Sdn Bhd bagi menyaksikan model kereta keluaran terbaru ‘Peugeot 408’ sebagai tambahan barisan model jenama Peugeot.

Peugeot 408 keluaran model terbaru yang berkuasa tinggi, elegen, besar dan kelas terbaik mempunyai spesifikasi 1.6L Turbo dengan sistem 6 transmisi kelajuan, tidak menjadi kejutan apabila kereta tersebut mampu memecut sehingga 163bhp kerana ianya dimuatkan dengan sistem Turbo.

Dengan keluaran terbaru ini Peugeot telah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Peugeot juga menambah kepada lampu hadapan dengan lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan waktu pagi.

Crossover baharu itu turut memiliki sisi sofistikated yang menampakkan profil atletik. Bahagian belakang menggabungkan elemen dinamik dan kekuatan. Ruang butnya yang rendah membolehkan pengisian barang dengan mudah.

Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta seperti model standard Peugeot lainnya, tetapi model kali ini mempunyai ruang yang luas, peralatan elektronik yang canggih seperti sistem radio, pemain CD, Bluetooth untuk penggunaan telefon dan peralatan elektronik untuk memberi keselesaan ketika memandu.

Bercakap mengenai sistem keselamatan, ianya dimuatkan dengan Electronic Stability Program (ESP) dengan sistem anti Brake (ABS), EBD dan EBA. Tidak dilupakan kereta tersebut dilengkapi dengan enam bag angin untuk keselamatan dibahagian pemandu dan juga ruang belakang penumpang.

Bersempena dengan perkenalan model terbaru ini, TCY Motors juga menyediakan pelabagai jenis barangan cenderamata Peugeot terdiri daripada jam tangan, pakaian, permainan, power bank, USB keychain dan banyak lagi.

Peugeot 408 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2426969 untuk keterangan lanjut.




Sunday, November 17, 2013

Peugeot Movember


NOVEMBER adalah peluang untuk anda bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser prostat, bersama-sama dengan isu-isu kesihatan yang lain yang berkaitan dengan lelaki. Peugeot di bawah syarikat TCY Motors Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan Peugeot bulan Movember di Kiarong.

Misai (Moustaches) telah lama dikaitkan dengan kejantanan; ia pula menjadi simbol untuk Movember, menggalakkan lelaki untuk berkembang misai selama tiga puluh hari, mengumpul dana bagi penyelidikan kanser dan ‘menukar wajah kesihatan lelaki’.

Dalam semangat Movember, Peugeot akan memberikan tiket wayang percuma (ditambah dengan popcorn percuma dan minuman), dan cenderamata Peugeot kepada pengunjung yang memakai misai ke Bilik Pameran Peugeot di Kiarong.

Ia boleh menjadi misai sebenar bagi lelaki, dan jika wanita atau remaja ingin mengambil bahagian, mereka boleh memakai misai palsu atau menarik mereka sendiri. Mereka juga perlu untuk menguji, memandu dan Instagram gambar diri mereka dengan mana-mana "moustached" model Peugeot dengan hashtag #PeugeotMovember, untuk menuntut hadiah mereka.

Kempen ini akan berlaku di sepanjang bulan November, yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan lelaki mengamalkan gaya hidup sihat serta pergi untuk pemeriksaan kanser, diagnosis dan rawatan awal.

Peugeot Movember juga disokong oleh Movember Brunei, yang memulakan pergerakan di Brunei dua tahun lalu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, sila datang ke Bilik Pameran Peugeot Kiarong atau hubungi 2426969. Anda juga boleh melawat Facebook Peugeot Brunei atau ikuti @PeugeotBrunei di Instagram untuk lebih kemas kini.