Showing posts with label keselesaan. Show all posts
Showing posts with label keselesaan. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Pelancaran Toyota Yaris 2014

NBT (Brunei) Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan model terbaru iaitu Yaris versi 2014 di kesemua Bilik Pameran NBT (Brunei) Sdn Bhd.

Keluaran Yaris baru ini begitu penuh dengan perkara yang anda suka, tambahan lagi dengan ruang yang banyak untuk pengalaman baru, kenangan baru, dan juga orang-orang baru. Dari dalaman yang lebih luas kepada bahagian luar yang lebih bergaya, dari ciri-ciri baru untuk prestasi cemerlang dan kecekapan, Yaris serba baru ini sesuai dengan gaya hidup anda berbanding model sebelum ini.

Keluaran Yaris baru mempunyai reka bentuk sportif yang lebih yakin dan bergaya. Ia adalah lebih besar daripada model sebelumnya membuatkan kenderaan ini lebih luas dan memberi keselesaan kepada penumpangnya.

Model ini menggabungkan permukaan yang seimbang diantara tajam dan licin. Selain itu, unsur reka bentuk kenderaan itu dilengkapi dengan aerodinamik canggih untuk memberikan Yaris memandu dengan lebih cergas. Ia mempunyai lampu projektor di hadapan yang menambah keanggulan Yaris, lampu belakang yang panjang, dan gril hadapan yang lebih agresif berbandingkan model Yaris lama.

Yaris terbaru ini adalah sebuah model Toyota jenis Hatchback lima pintu yang dikeluarkan dengan dua varian iaitu E (Medium Grade) dan G (High Grade). Antara perbezaan diantara versi E dan G adalah spesifikasi termasuk butang menghidupkan dan mematikan enjin (Push Start Button), dan lampu insyarat di bahagian cermin sisi.

Yaris 2014 ini mempunyai ketinggian 1475mm. Walau bagaimanapun, pemandu lebih tinggi mungkin akan merasa ketinggian Yaris terlalu terhad, menjadikan ia sukar untuk mendapatkan keselesaan.

Dari segi system hiburan, Yaris hadir dengan audio sistem canggih yang dikembangkan khusus untuk pasaran Brunei. System hiburan yang ditawarkan dalam kedua varian alat pemutar DVD/MP3/WMA dengan tambahan Bluetooth.

Menyentuh mengenai keselamatan kereta, Yaris 2014 dimuatkan dengan Bag Udara ‘Supplement Restraint System’ (SRS) khas untuk pemandu dan penumpang hadapan dikawal dari apa jua kemalangan yang berlaku. Dengan teknologi terbaru Yaris juga dilengkapi dengan tali keledar 3-point untuk mengurangkan kecederaan penumpang manahan dari tempat duduk mereka. Tambahan lagi, kereta keluaran Jepun ini disediakan dengan standard Anti-Lock Brake System (ABS) dengan Electronic Brake Force Distirbution (EBD) bagi mengelak tayar kereta dari terkunci semasa berhenti secara mengejut.

Menengai enjin kereta pula, Toyota memperkenalkan enjin 1NZ-FE 4 Silinder in-Line 16 Valve DOHC dengan teknologi VVT-I, enjin tersebut mempunyai system minyak Electronic Fuel Injection (EFI) yang boleh member kuasa sehingga 107 kuasa kuda pada 6,000rpm. Kereta tersebut juga mampu mencapai tork sehingga 141 Newton-meter pada 4200rpm.

Keluaran Yaris 2014 yang dipasarkan dinegara ini disediakan dengan transmisi Automatic, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Yaris terbaru ini boleh menghubungi 2433777 atau melayari laman web www.nbt-brunei.com atau mengunjungi bilik Pameran NBT (B) semasa waktu pejabat.



Saturday, April 19, 2014

Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru

United Motors selaku pengedar kereta-kereta jenama Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru iaitu Gen2, Persona dan Saga FLX yang kini boleh didapati di bilik pameran United Motors Sdn Bhd.

Keluaran model terbaru ini bukan saja memberi kepuasan dari segi bentuk badan yang unik bahkan perkhidmatan berkualiti menjadikan Proton sebagai jenama yang mula dipercayai dinegara ini.

Ketepatan pengendalian pemanduan yang hanya diperolehi dari Lotus Ride dan teknologi seperti ABS dan EBD memastikan tayar anda kukuh di jalan raya. Rekaan ergonomic dengan sentuhan mendalam ketiga-tiga jenis model memastikan keselesaan dan kemudahan bagi keseronokan pemanduan sebenar.

Perlindungan penumpang mencegah kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangkakan atau secara mendadak, dengan adanya tali pinggang tempat duduk pra-tegang dan dua bag udara memastikan keselamatan dari sebarang impak dapat mengurangkan kecederaan pemandu atau penumpang didalamnya.

Salah sebuah kereta yang menjadi minat ramai ialah Proton Persona, rekaan yang kontemporari mengkagumkan pemilik yang didefiniskan sebagai kereta elegan. Dari hadapan hingga belakang, persona baru menunjukkan keanggunan dengan badan Persona yang dimuatkan dengan bodykit penuh, lampu LED belakang, aloi rim, dan ruang dalaman yang lebih luas.

Manakala, Saga FLX adalah kereta eksekutif mempunyai bentuk badan yang bergaya dilengkapi dengan Transmisi yang boleh diubah secara berterusan (Continously Variable Transmission (CVT), bagi perjalanan yang lancar. CVT tersebut menggunakan tali sawat bukannya menggunakan gear tetap untuk menjadikan torque enjin menjadi kuasa. Ini memberikan penukaran gear yang licin, lebih menjimat minyak dan emisi mesra alam.

Menurut Amran Junaidi dari United Mtoors, “Kereta ini mampu dibeli, kereta Proton dibina berprinsipkan Lotus Ride dan Teknologi Pengendalian yang kini dikendalikan sebagai Proton Ride and Handling. Teknologi pengendalian canggih ini adalah berasal dari pembuat kereta Lotus di UK yang diselidik untuk memberi keselesaan dalam pemanduan dan pengendalian termasuk keselamatannya”.

Dengan harga kereta yang terjangkau, harga kos yang murah dan senang mendapatkan peralatan ganti dan perkhidmatan penyelenggaraan adalah factor utama orang ramai mencari sebelum membeli kereta, Persona, Gen  dan Saga FLX adalah yang terbaik memberikan kaedah dan faedah untuk kepuasan pelanggannya.


Tuesday, March 4, 2014

Model Baru, Penampilan Baru - Peugeot 3008

Lebih dari 500,000 jualan di seluruh dunia, melebihi sasaran jualan asal pada 50 peratus, Peugeot 3008 menjadi sebuah kereta yang berjaya dihasilkan diatas ciri-cirinya yang kukuh.

Kereta tersebut juga telah memenangi ‘Kereta Tahunan’ pada tahun 2010 lalu, bersama dnegan pujian lainnya.

3008 adalah kereta gabungan jenis SUV, Hatchback dan Multi Purpose Vehicle (MPV) yang mempunyai kebolehan mengabungkan keseronokan pemanduan dan kredibiliti ciri-ciri pemandu dengan teknologi tinggi untuk keselesaan semasa memandu.

Dengan keluaran 3008 terbaru di negara ini, Peugeot telah menaik taraf bentuk badan yang mengikut simbol Singa Perancis. Hidung dibahagian depan 3008 direka bentuk dengan gril terbaru yang lebih besar dan fog light yang diselut dengan warna Chrome.


Didalam kabin pula, terdapat ciri-ciri yang menarik di inspirasikan dari Jet penggempur iaitu odometer berkonsepkan kaca berdigital yang membolehkan pemandu mempunyai penglihatan yang lebih jelas. Ianya juga mempamerkan maklumat berbeza dari kelajuan sehingga jarak amaran.

Tambahan lagi, kereta tersebut mempunyai kelebihan teknologi penghubung Bluetooth untuk telefon pintar dan pemain musik.

Walaupun 3008 dimuatkan dengan enjin bekruasa 1.6 litre THP, kereta tersebut mempunyai kelebihan yang dilengkapi dengan Turbo memberikan kuasa sepenuh kepada 156 bhp (240 Nm kepada 1,400 rpm) walaupun dalam kelajuan yang rendah.

Ciri-ciri keselamatan termasuk pengawal grip untuk meningkatkan traction, 6 bag udara keselamatan, sistem Anti-Lock Brake (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Electronic Stability Program (ESP), Sistem Brake kecemasan (EBA), Dynamic Rolling Control dan lain-lain lagi.


  



Sunday, January 19, 2014

Promosi Terbaru T.C.Y. Motors

Rebut peluang anda dalam promosi T.C.Y Motors Sempena Tahun Baru Cina dimana anda boleh mendapatkan iPhone 5S atau iPad Mini secara percuma! 

Dari Januari hingga February 2014, buat pembelian dari pelbagai jenis model Peugeot dan bawa balik iPhone 5S atau iPad Mini secara percuma. Pelanggan baru dan lama juga akan mendapat peluang hebat iaitu pemeriksaan kereta secara percuma untuk memastikan keselamatan dan keselesaan memandu semasa Sambutan Tahun Baru Cina tanpa keraguan.

Promosi terbaru ini termasuk model-model Peugeot baru yang di lancarkan tahun lepas iaitu Peugeot 208 yang dikenali dengan pemenang anugerah monitor sesentuh, Peugeot Expert Tepee yang boleh membawa 9 penumpang dan Peugeot 408 2.0 sebagai kelas terbaik. Model Peugeot yang lain termasuk cabriolet-convertible 308CC, pemenang anugerah kereta menawan RCZ coupé dan model terlaris dijual di Negara Brunei Darussalam iaitu model Peugeot 107 dengan bayaran bulanan serendah $275!

Sila hubungi 2426969 atau kunjungi Bilik Pameran Peugeot Kiarong untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini. Like ‘Peugeot Brunei’ di facebook.com/PeugeotBru atau ikuti di Instagram @PeugrotBrunei untuk mendapatkan maklumat terkini.