Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, April 2, 2014

Peugeot 208 1.2L Versi Ekonomi Diperkenalkan

Tahun lepas TCY Motors telah melancarkan Peugeot 208 terbaru sebagai model jenis super mini diminati diseluruh dunia. Kereta tersebut juga yang dikategorikan sebagai kereta B-segment memenangi beberapa anugerah di Eropah seperti ‘Supermini Terbaik’ di United Kingdom, 'Kereta terbaik Tahunan' di Sepanyol dan ‘Auto Europa 2013’ di Itali.

Dengan keluaran terbaru ini, Peugeot sekali lagi memperkenalkan Peugeot 208 yang berprinsipkan kepada kereta ekonomi. Enjin jenerasi terbaru memuatkan jenis 3 silinder yang lebih mengoptimumkan kepada penggunaan minyak dan pengeluaran emisi CO2 yang lebih rendah kepada 25 peratus pengurangan. Walaubagaimanapun, dengan teknologi ini, kereta tersebut mampu memberi kuasa pecutan yang baik.

Setelah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Peugeotnjuga menambah kepada lampu hadapan dengan lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan waktu pagi.

Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta mini tetapi model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, mempunyai peralatan elektronik memberikan keselesaan kepada pemandu serta penumpangnya. 208 dimuatkan dengan sistem monitor sesentuh ('touchscreen') bagi memberi keselesaan dalam mengawal radio, pemain CD dan set telefon Bluetooth semasa memandu. 

Peugeot 208 dilengkapi dengan enjin VTi 3-silinder 1.2 liter fuel injection, bukan sahaja mampu memberikan kuasa sehingga 82 bhp @2,750 rpm bahkan ianya sebagai kereta yang mempunyai teknologi  penjimatan minyak. Dari segi keselamatan Peugeot 208 VTi 1.2L ini mempunyai 6 bag keselamatan.

Peugeot 208 VTi 1.2L akan dilancarkan pada 5hb April ini nanti semasa acara “Vive La France” diadakan di Pusat Membeli-belah Timesquare. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi bilik pameran Peugeot Kiarong ditalian 2426969 atau ikuti instagram di @Peugeot Brunei.