Mantuka

Hyundai i30N

Sunday, December 22, 2013

Peugeot 408 untuk Kepuasan Pelanggan

Tidak mengetahui bahawa pada zaman yang semakin canggih ini, pembekal dari Negara Eropah semakin popular dikalangan pembeli tempatan, ini kerana mereka sanggup memberi apa sahaja untuk kepuasan pelanggannya.

Semakin banyak pembekal kereta berlawan untuk mengambil hati pelanggannya walaupun dengan harga murah. Tetapi satu jenama masih memegang prestasi mereka sebagai jenama pilihan terbaik sehingga sekarang.

Jenama Peugeot bukan sekadar nama biasa bahkan ianya sudah menjadi jenama yang dipercayai dan memberi apa yang terbaik dalam pembelian sebuah kereta. Dalam hal ini, Peugeot memperkenalkan model terbaru khas untuk peminat jenama tersebut di Negara Brunei Darussalam.

Mantuka telah dijemput oleh Syarikat TCY Motors Sdn Bhd bagi menyaksikan model kereta keluaran terbaru ‘Peugeot 408’ sebagai tambahan barisan model jenama Peugeot.

Peugeot 408 keluaran model terbaru yang berkuasa tinggi, elegen, besar dan kelas terbaik mempunyai spesifikasi 1.6L Turbo dengan sistem 6 transmisi kelajuan, tidak menjadi kejutan apabila kereta tersebut mampu memecut sehingga 163bhp kerana ianya dimuatkan dengan sistem Turbo.

Dengan keluaran terbaru ini Peugeot telah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Peugeot juga menambah kepada lampu hadapan dengan lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan waktu pagi.

Crossover baharu itu turut memiliki sisi sofistikated yang menampakkan profil atletik. Bahagian belakang menggabungkan elemen dinamik dan kekuatan. Ruang butnya yang rendah membolehkan pengisian barang dengan mudah.

Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta seperti model standard Peugeot lainnya, tetapi model kali ini mempunyai ruang yang luas, peralatan elektronik yang canggih seperti sistem radio, pemain CD, Bluetooth untuk penggunaan telefon dan peralatan elektronik untuk memberi keselesaan ketika memandu.

Bercakap mengenai sistem keselamatan, ianya dimuatkan dengan Electronic Stability Program (ESP) dengan sistem anti Brake (ABS), EBD dan EBA. Tidak dilupakan kereta tersebut dilengkapi dengan enam bag angin untuk keselamatan dibahagian pemandu dan juga ruang belakang penumpang.

Bersempena dengan perkenalan model terbaru ini, TCY Motors juga menyediakan pelabagai jenis barangan cenderamata Peugeot terdiri daripada jam tangan, pakaian, permainan, power bank, USB keychain dan banyak lagi.

Peugeot 408 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2426969 untuk keterangan lanjut.