Showing posts with label SUV. Show all posts
Showing posts with label SUV. Show all posts

Thursday, December 5, 2019

Pelancaran Kia Seltos


Gambar oleh: Deebiemasa

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Kia Seltos secara rasminya dilancarkan sekaligus dan mula dipasarkan ke Negara ini. Pelancaran itu begitu meriah yangtelah diadakan di Bilik Pameran Kia, Beribi dibanjiri oleh jemputan khas peminat-peminat jenama Kia yang ingin menyaksikan model ini secara lebih dekat.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengurus Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Frankie Ho dan Pengurus Jualan Kia Motors Corporation, Asia Pacific Headquarter, Tuan Alwyn Ahmad Nazri. Turut hadir menyaksikan pelancaran tersebut ialah Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Awang Hj Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad, Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Pg Hj Abdul Qahar bin PSD Maj Gen (R) Pg Hj Ibnu Basit, wakil-wakil dari institusi perbankan iaitu Timbalan Pengarah Urusan dari BIBD At-Tamwil , Tuan Hj Mohd Said bin Hj Zania, dan Ketua Jualan dan Pemasaran dari Baiduri Finance Berhad, Tuan Pg Hj Rosli bin Pg Hj Daud.

Kia Seltos GT Line

Kia Seltos Standard Spec
Seltos merupakan sebuah model Kompak SUV sudah lama ditunggu-tunggu dan hari ini sebagai sejarah baru bagi Syarikat Grand Motors Sdn Bhd memperkenalkan dua jenis varian iaitu spec Standard dan GT-Line.

Seltos tidak asing lagi dengan gaya bentuk menawan dengan ruang luas yang mampu membawa 5-penumpang. Apa yang menarik bagi kompak SUV, Kia tidak calang-calang memberi tayar aloi bentuk potongan kristal premium berukuran 17".

 

Dengan rupa bentuk moden, Kia Seltos menarik perhatian dari segi lampu depan dan belakang menggunakan LED, gril depan krom dengan gaya bentuk hidung harimau yang mudah dikenali sebagai kereta jenama Kia. Seltos juga dilengkapi dengan lampu kabus yang begitu cukup terang menggunakan teknologi LED.



Ruang dalam kabin yang luas sebagai tambahan bagi Kia, skrin sentuh infotainment resolusi tinggi berukuran 8" dan lampu persekitaran dalam kabin mengikut mood musik yang dimainkan.

Model barisan tambahan terbaru Kia ini disediakan dengan enjin 1.6 Liter Petrol dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Apa yang menarik lagi, pemandu boleh memilih mode sama ada 'Normal', 'Eco' mahupun 'Sport'.


Sunday, June 23, 2019

Uji Pandu Nissan Terra, Elgrand & X-trail: 'Media Eksklusif 1 on 1 Drive'


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.


Nissan Brunei telah menjemput media-media cetak dan media sosial untuk mengikuti acara uji pandu ‘Media Eksklusif 1 on 1 Drive’ yang berlangsung di Bilik Pameran Automagination di Perindustrian Lambak Kiri.

Para media termasuk team Mantuka diperkenalkan dengan tiga jenis model terbaru dari Nissan iaitu Nissan X-Trail, Terra dan Elgrand. Selain menjalankan uji pandu secara berkonvoi ke beberapa destinasi, para ahli kakitangan Nissan Brunei yang berpengalaman juga sedikit-sebanyak menerangkan fungsi terkini mengenai teknologi-teknologi terkini dari Nissan yang disampaikan oleh Han Ming Kwang dan Awang Khairul.




NISSAN X-TRAIL


Nissan X-Trail adalah model SUV yang direka dengan desain progresif, ruang dalam yang luas dan menawarkan keselesaan menjana kepada penggunaan pengangkutan seharian.

Model terbaru ini disediakan dengan dua jenis varian iaitu 2.0L 2WD dan 4WD dengan teknologi CVT. Bukan sahaja X-Trail boleh memuatkan 5 penumpang  bahkan ruang penyimpanan bagasi juga disediakan dengan ruang yang luas.



Antara yang menarik dengan model ini, ruang pintu dimensi kereta ini boleh membuka luas sehingga  80 darjah. Tempat duduk menggunakan konsep Theater dibahagian empat duduk barisan dua dan tiga secara bertingkat serta tempat duduk membantu Spinal Support.

Tidak juga lupa, melalui Nissan Safety Shield, keselamatan X-Trail mempunyai rangka besi kabin yang kuat menggunakan High Strength Steel kepada 49 peratus.



NISSAN TERRA



Nissan Terra juga menjadi tarikan masyarakat sebagai tren masa kini, Nissan Brunei dibawah syarikat Boustead Sdn Bhd menyediakan tiga jenis varian iaitu 2.5L 2 WD transmisi Manual, 2.5L 2WD Automatik 7-Kelajuan sebagai spesifikasi Tinggi dan 2.5L 4WD Automatik 7-kelajuan sebagai model Premium.




Terra yang berbadan besar dimuatkan enjin 4 Silinder, 16V Turbocharged yang memberi kuasa menakjubkan terutama dalam perjalanan jauh menggunakan Intelligent 4X4. Selain mempunyai tempat duduk yang luas, Terra mampu menjalai pelbagai jenis halangan melalui teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Intelligent Around View Monitor (IAVM), Lane Departure Warning (LDW), Hill Start Assist (HAS), Hill Descent Control (HDC) dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Dari sistem keselamatan, model ini turut dilengkapi enam beg udara di bahagian depan, sisi depan dan di sisi, sistem kawalan Traction dan Sistem Vehicle Dynamic Control (VDC), Anti-Lock Brake System (ABS), Electronic Force Distribution (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Model ini juga dianugerahkan dengan ASEAN NCAP 5-Bintang.




NISSAN ELGRAND



Perjalanan jauh sekarang tidak menjadi masalah, memperkenalkan Nissan Elgrand jenerasi baru yang memberikan kombinasi antara kemewahan dan kekeluargaan didalam sebuah kereta.

Ramai sudah mengetahui akan kehebatan Elgrand di Negara Brunei Darussalam sejak 1997 dan sehingga kini Elgrand yang juga dipanggil sebagai ‘Raja MPV’ menjadi pasaran popular bagi MPV yang dikatakan mewah.



Elgrand ni tidak mempunyai perubahan dibahagian luar berbanding dengan Elgrand jenerasi sebelumnya, walaubagaimanapun kereta tersebut mempunyai banyak berlainan dikawasan dalam yang mana dilengkapi dengan ‘Eco Mode’ membolehkan pemanduan berkonsepkan ecological dan economical.

Kuasa enjin pula dimuatkan dengan jenis VQ35DE 3.5L dengan teknologi penjimatan minyak kepada 9.4km/L diuji oleh (Japanese Test Cycle: JC08). Tambahan lagi, Elgrand terbaru ditambah dengan kawalan enjin optimum dan sistem kawalan spontan transmisi CVT bagi memberikan kuasa pergerakan kereta secara halus dan jimat minyak.



Tambahan lagi, pergerakan pusingan kereta kepada 5.7m radius semasa membuat pusingan. Perjalanan jauh seperti menuju ke Negara jiran akan lebih menyeronokkan setelah Elgrand terbaru ini dipasang dengan sistem monitor dengan alat dengar tanpa wayar khas bagi penumpang yang duduk dibelakang. Elgrand juga mengutamakan keselesaan pemanduan dan penumpangnya yang mana tempat duduk boleh di sesuaikan (adjust) mengikut kemahuan penumpang.


Monday, March 11, 2019

Pengenalan Mazda CX-5 Facelift


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Grand Motors Sdn Bhd memperkenalkan model Mazda CX-5 facelift baru, menjadi sebuah antara model SUV yang diminati ramai di Negara Brunei Darussalam.

Dengan adanya perkenalan ini, orang ramai beserta pelanggan setia Mazda juga turut dijemput ke Bilik Pameran Mazda di Beribi untuk melihat secara lebih dekat Mazda CX-5 dengan menikmati jamuan yang disediakan.




Model facelift ini telah diubah menjadi model yang lebih elegan dengan gril besar dan logo Mazda yang terkeluar menonjol kedepan.

CX-5 merupakan sebuah kereta dalam segmen Sport Utility Vehicle (SUV) direka bentuk ke tahap yang baru. Dengan bertemakan ‘KODO – Soul of Motion’, CX-5 tidak akan mengecewakan awda seperti desain yang cantik, mempunyai rupa bentuk yang elegan dan berlainan dari model-model yang ada.

Dari segi keselamatan, model facelift ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang tinggi dan canggih membuatkan kereta ini satu-satunya yang mempunyai teknologi segalanya. Teknologi terbaru yang diperkenalkan didalam kereta ini ialah ‘i-ACTIVSENSE’ yang merupakan teknologi keselamatan yang aktif termasuk ‘sistem amaran perlepasan lorong’ (LDWS), ‘sistem amaran obstruktif di hadapan’ (FOW), sistem kawalan lampu tinggi (HBC) dan Blind Spot Monitoring System (BSM).




Selain itu, CX-5 dilengkapi dengan Sensor letak kereta, sistem monitor belakang dan teknologi kawalan G-Vectoring (GVC) yang memberi bantuan semasa memusing stereng dengan lebih selesa dan respon pusingan yang lebih baik.

Tambahan lagi, CX-5 juga dilengkapi dengan sistem infotainment yang dipertingkatkan rekaannya untuk apa jua kegunaan pengguna. Ini termasuk USB, AUX jack, sistem audio dan Bluetooth yang boleh berhubung dengan telefon pintar dan speech recognition. Tambahan model serba baru ini dilengkapi dengan sistem audio jenama BOSE.




Antara fungsi-fungsi keselamatan tambahan baru ialah kawalan titik buta (BSM) yang memberi amaran awal mengenal pasti kenderaan disisi titik buta, sistem amaran perubahan jalan, Smart City Brake Support, sistem bantuan berhenti kecemasan semasa berundur dalam kelajuan diantara 2 – 8 km/j. Tambahan lagi, bag udara keselamatan dilengkapi di bahagian depan pemandu, penumpang depan dan sisi belakang.

Mengenai prestasi CX-5 pula, ianya dilengkapi dengan enjin kuasa tinggi Skyactiv-G 2.5 litre i-Activ All Wheel Drive (AWD) yang mampu menyalurkan kuasa torque yang tinggi bagi kereta yang mempunyai enam kelajuan dibawah teknologi Skyactiv-Drive membuatkan kereta tersebut mempunyai perjalanan yang sempurna. Jika pemandu melalui perjalanan bukit-bukau atau melencong, kereta ini pasti tidak akan menghampakan pemiliknya.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kereta Mazda CX-5 ini, orang ramai boleh mengunjungi mengunjungi Bilik Pameran Mazda di Beribi semasa waktu bekerja.



Sunday, July 5, 2015

Keluaran Edisi Khas Suzuki Grand Vitara


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Bersempena dengan kedatangan Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Boustead Sendirian Berhad memperkenalkan Suzuki Grand Vitara edisi khas yang diubahsuai lebih bergaya dengan teknologi masa kini.

Model terbaru dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mesra alam memiliki reka bentuk lebih lasak dan bergaya memang setentunya dikenali di Negara Brunei Darussalam.

Suzuki Grand Vitara serba baru ini dipadankan dengan enjin petrol 2.0 liter dengan 4-kelajuan transmisi automatik.





Apa yang termasuk dalam perubahan Grand Vitara edisi khas ini menambah pintu garnish trim, rim aloi berwarna krom dengan ukuran 18 inci, gril depan diwarnakan krom, rel bumbung kini diwarnakan putih berlainan dari model sebelumnya, roda stering diselut dengan kain kulit leather.

Dari segi keselamatan, Suzuki Grand Vitara edisi khas ini didatangkan dengan Sistem brek anti-kunci (ABS) dengan fungsi EBD, tali pinggang keledar dengan jenis 3-point, bag udara dibahagian depan dan sandaran kepala yang boleh disuaikan.

Tuesday, June 16, 2015

Uji Pandu TATA Aria


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Tata Aria dibawah Syarikat Worldwide Motor Sendirian Berhad yang baru saja dipasarkan  ke Negara Brunei Darussalam merupakan gabungan kereta Multi Purpose Vehicle (MPV) dengan Sport Utility Vehicle (SUV) membuatkan kereta buatan India ini bergaya.

Bila dilihat, reka bentuk kereta tersebut mempunyai bentuk badan seperti sebuah kereta pacuan empat roda yang besar dengan desain sportif dan gagah.

Gril depan disimpan dengan logo jenama TATA setentunya memberitahu dunia bahawa TATA kini meningkatkan keunggulan mereka ketahap maksima bukan sahaja dari model sedan bahkan kepada keluaran model MPV.


Ruang dalam TATA memberi ruangan yang luas dan selesa, walaubagaimanapun, desain papan pemuka kereta tersebut agak sedikit basic, tetapi kesemua fungsi penting dilengkapi di dalam kereta berkenaan yang dipaparkan di skrin digital di tengah-tengah.


Ini termasuk fungsi penghawa dingin, Cruise Control, cermin elektronik, sistem audio Music 2-DIN dengan pemain MP3 dan USB yang serasi dengan pemain ipod. Ini adalah dari beberapa fungsi yang disediakan didalam Aria. Selain itu juga, pemandu dan penumpang juga boleh menyimpan barangan mereka di dalam petak-petak yang disediakan diatas dinding kereta.

Kereta tersebut hanya dipasarkan dengan jenis transmisi manual. Dengan transmisi ini, ianya sangat sesuai bagi sesebuah keluarga atau peniaga yang menginginkan sebuah kereta yang kuat dan berdaya tahan apatah lagi Aria dimuatkan dengan enjin 2.2 Liter Diesel Direct Injection Common Rail (DiCOR) dengan kuasa 110 Kw dan 320 Nm Tork.

Aria yang dicipta sebagai sebuah kereta yang lebih luas, mudah dan serba boleh dikategorikan dengan sistem teknologi masa kini. Lebih-lebih lagi Aria mempunyai muatan yang besar sehingga mampu mengisi tujuh orang penumpang dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan penumpangnya.

Semasa membuat uji pandu, penulis tidak menafikan kereta ini mudah dikawal memasuki perjalanan lencong di kawasan Jalan Telanai dan Babu Raja. Salah satu ganjaran bagi TATA Aria adalah repson perlepasan yang sangat baik, penukaran gear pertama kepada gear seterusnya sangat licin bahkan kombinasi kekuatan enjin yang bekerjasama dengan transmisi agak sempurna, rahsia perlepasan baik dalam kereta ini juga turut didatangkan dari sistem turbo yang dilengkapi didalam kereta Aria.



Selain itu, TATA juga menumpukan kepada keselamatan, pengawalan membuat perhentian secara mengejut sangat baik, ini kerana Aria dimuatkan dengan sistem keselamatan Anti-lock Break System (ABS) dan Elektronik Break Force Distribution (EBD) yang membuatkan pemandu yang sangat aman.

Tali keledar dimuatkan pada kesemua 7 kedudukan kerusi dan kabin yang luas serta boleh disesuaikan dengan saiz badan pemandu dan penumpang dari baris 1, 2 dan 3. Dengan satu tekanan yang praktikal membuat akses ke barisan ke 3 menjadi lebih mudah dan tidak perlu melipat kerusi, maka ruang kabin menjadi lebih luas dan memberikan keselesaan optimum kepada penumpang.

Menumpukan kepada keselamatan, TATA Aria dilengkapi dengan bag udara, tali pinggang keselamatan kanak-kanak dan sistem amaran kereta dengan kunci kawalan jauh. Jika ingin memiliki sebuah kereta bagi kegunaan kekeluargaan, TATA Aria adalah salah satu pilihan bijak untuk dipandu tidak kira perjalanan dekat mahupun jauh.


Ikuti Worldwide Motors Sdn Bhd untuk berita keluaran TATA Motors Brunei di Facebook dan Instagram.




Monday, November 10, 2014

1,800 Infiniti SUV Ditarik Balik

Gambar dari TheNextDigit.com
Berita courtesy dari Media Permata

Nissan berkata ia menarik balik lebih 1,800 buah infiniti SUV di Amerika Syarikat (AS) kerana masalah beg udara yang boleh menghantar serpihan ke dalam kompartmen penumpang.

Penarikan balik itu meliputi beberapa buah QX56 SUV dari tahun 2013 dan QX80s dari tahun 2014. Menurut syarikat itu inflator yang dibuat oleh pembekal alat ganti yang bermasalah Takata Corp, dibuat dengan bahagian sesekat luaran yang tidak betul. Itu boleh mengakibatkan tekanan makin bertambah dan inflator boleh pecah jika beg udara sisi pemandu digunakan.

Masalah terkini beg udara ini, menurut Takata hanya menjejaskan kenderaan GM dan Nissan dan ia berasingan dari panggilan balik sebelumnya yang meliputi 8 juta buah kenderaan di AS. Tetapi panggilan semula yang baru membangkitkan kemungkinan bahawa masalah beg udara syarikat itu akan meningkat.

Nissan tidak menerima laporan tentang kecederaan dari masalah sesekat. Ia diketahui selepas General Motors memanggil balik 33,000 buah kereta kompak Chevrolet Cruze bagi masalah yang sama dalam bulan Jun lalu. Panggilan balik Infiniti adalah sebahagian dari panggilan semula sejagat yang lebih besar bagi 260,000 buah Nissan yang telah diumumkan minggu lalu.

Kekurangan alat ganti telah menangguhkan penggantian beg udara yang dipanggil semula itu. Tetapi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan malam semalam berkata Takata telah bersetuju untuk menambah dua barisan pengeluaran menjelang awal tahun depan. Menurut agensi itu ia tidak pasti itu akan mencukupi dan itu akan menentukan jika lebih banyak lagi diperlukan.

Panggilan semula yang lalu telah dilakukan kerana pendedahan berpanjangan kepada kelembapan tinggi boleh mengakibatkan inflator tidak berfungsi dan meletup dengan kekuatan yang teramat sangat, meletupkan sebahagian kanister logam dan mengakibatkan beling memasuki kenderaan.

Penyokong-penyokong keselamatan berkata empat orang telah maut disebabkan masalah itu, yang menjejaskan 10 buah pengeluar automobil berlainan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Report Keselamatan Nissan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari ABC News, The New York Times, dan U.S. News.

Sunday, August 31, 2014

Premier Dunia: Volvo XC90 Serba Baru


Gambar dari Volvo Cars Group
Selepas beberapa bulan membuat spekulasi, akhirnya Kereta Volvo telah melancarkan Volvo XC90 serba baru. Seperti yang di janjikan, mereka telah menyampaikan janjinya untuk memperkenalkan secara visual dan menarik, Volvo XC90 serba baru itu merupakan SUV berkualiti premium mempunyai tujuh tempat duduk dengan ciri-ciri keselamatan dunia yang terkemuka, teknologi enjin baru, kombinasi yang tiada tandingan kuasa dan kecekapan bahan api serta kemasan dalaman yang terbaik.

Tiga tahun dalam pembuatannya, XC90 baru menandakan permulaan bab baru dalam sejarah Volvo, menangkap kearah reka bentuk masa depan, menggabungkan pelbagai teknologi baru yang tersendiri dan menggunakan teknologi baru iaitu Architecture Produk Berskala (SPA).

"Ini adalah salah satu hari yang paling penting dalam sejarah Volvo. Kami bukan sahaja melancarkan sebuah kereta, tetapi melancarkan semula jenama kami. Hari ini menandakan satu era baru bagi syarikat kami. Dengan perkembangan XC90 ini, ianya membukakan portfolio kereta baru yang menarik yang akan datang pada masa yang akan datang, "kata HÃ¥kan Samuelsson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Car Group.

Gambar dari Volvo Cars Group
Permukaan baru Volvo memberi simbol yang bersejarah sepanjang penubuhannya, XC90 baru ini akan menjadi kereta pertama untuk membawa logo syarikat baru yang lebih menonjol. Logo tersebut mempunyai anak panah ikonik dan elegan sejajar dengan slash pepenjuru merentasi jeriji. Bersama-sama dengan "Hammer Thor" lampu DRL berbentuk T, tanda logo memperkenalkan permukaan baru sepenuhnya, tersendiri dan yakin untuk generasi kereta Volvo yang akan datang.

Bonet XC90 baru adalah lebih besar dengan topografi yang baru, beltline dan bahu yang tajam bersambung dengan reka bentuk seperti tatu ("tattoo"), lampu belakang baru merupakan reka bentuk penting yang akan dicerminkan keseluruh varian Volvo.

Untuk menambah visual yang lebih menarik, XC90 akan datang dengan beberapa saiz roda sehingga 22 inci.

Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Volvo Car Group, Thomas Ingenlath mengatakan bahawa kereta ini mempunyai ruang yang sangat luas, sambutan cahaya dan tumpuan kepada kesejahteraan.

Kombinasi yang luar biasa terdiri dari kemewahan, ruang, serba boleh, kecekapan dan keselamatan akan membawa segmen SUV ke satu dimensi baru, seperti XC90 asal yang dicapai pada tahun 2002.

"Adrenalin yang merupakan kunci kepada keseronokan memandu adalah daripada kekuasaan powertrains yang menawarkan gabungan yang tiada tandingan kuasa dan operasi bersih. Dan sejak XC90 Volvo membawa lencana, keselamatan bertaraf dunia adalah standard," tambah beliau lagi.

XC90 baru menawarkan pelbagai enjin dua litre, empat silinder powertrains Drive-E, ianya menawarkan satu gabungan yang luar biasa dari segi prestasi dan kecekapan bahan api.

Varian yang teratas ialah XC90 Enjin Berkembar, yang menggabungkan dua liter, empat silinder supercharged dan turbocharged enjin petrol dengan motor elektrik, menawarkan gabungan yang tiada tandingan kuasa dan operasi bersih. Kombinasi ini mampu memberi prestasi kuasa setinggi 400 kuasa kuda dengan karbon dioksida (CO2) sebanyak kira-kira 60 g/km (NEDC kitaran memandu).

Gambar dari Volvo Cars Group
XC90 serba baru menawarkan pakej standard keselamatan yang paling komprehensif dan teknologi canggih yang terdapat di industri automotif. Ia termasuk dua teknologi keselamatan dunia pertama iaitu pakej perlindungan off-road dan brek auto di persimpangan keupayaan.

Dalam senario jalan off-road, Volvo XC90 serba baru boleh mengesan apa yang berlaku dan tali pinggang keselamatan di hadapan akan diketatkan untuk menjaga pemandu dan penumpang didepan. Untuk mengelakkan kecederaan tulang belakang, fungsi tenaga menyerap ("energy-absorbing") antara tempat duduk dan frame tempat duduk kusyen akan menegak apabila kereta akan menghadapi sesuatu yang tidak diingini.

XC90 adalah kereta pertama di dunia dengan teknologi yang mempunyai brek automatik jika pemandu memotong jalan menuju ke hadapan semasa kereta dari jalan raya sebelah menuju ke arah sebaliknya. Ini adalah senario biasa di jalanan bandar yang sibuk dan juga lebuh raya di mana had laju adalah lebih tinggi.

"Keselamatan di Bandar" adalah nama utama untuk semua kereta Volvo yang mempunyai fungsi brek auto dan juga standard. Ia kini melindungi kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki di hadapan kereta, siang dan malam.

Gambar dari Volvo Cars Group
Keselamatan, penyambungan dan pemanduan autonomi merupakan tiga tumpuan fokus yang akan membantu Kereta Volvo untuk mencapai Wawasan 2020.

Pedalaman XC90 adalah yang paling mewah telah direka untuk Volvo. Ciri yang paling menarik adalah konsol kawalan skrin sentuh seperti tablet. Ia merupakan otak sistem kawalan kereta serba baru yang tidak menggunakan sebarang punat dan menunjukkan satu cara yang baru bagi pemandu untuk mengendalikan kereta mereka dan mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan berasaskan internet. Ia juga membantu mewujudkan dalaman yang moden, luas dan tidak bersepah.

Dalaman XC90 baru menggabungkan bahan-bahan seperti kulit leather yang lembut dan kayu buatan tangan yang terperinci, termasuk gear lever yang diperbuat daripada kaca kristal dari Orrefors, pembuat kaca Sweden yang terkenal, dan kawalan potongan berlian untuk punat memulakan dan mematikan enjin dan kawalan audio.

XC90 baru menawarkan tujuh tempat duduk, reka bentuk kerusi yang inovatif juga memberi ruang dalaman untuk kedua-dua penumpang di tempat duduk barisan kedua dan ketiga. Barisan ketiga menawarkan keselesaan bertaraf utama untuk dua penumpang setinggi 170 cm.

Gambar dari Volvo Cars Group
Sistem audio Bowers & Wilkins mempunyai 1,400 watt amplifier Kelas D, 19 buah speaker, salah satu subwoofer pengudaraan angin yang pertama yang diintegrasi ke dalam kereta dan software pemprosesan bunyi terkini, membawa pengalaman emosi yang bertaraf dunia secara langsung ke dalam kereta.

XC90 serba baru boleh didapati dengan pelbagai aksesori yang membolehkan pemilik untuk mewujudkan sebuah kereta yang benar-benar peribadi. Terdapat dua jenis gaya luaran utama mengikut temanya iaitu:

  1. Pakej Mewah Urban menggabungkan bodykit berwarna dengan polished stainless steel, hiasan frame depan, plat skid didepan dan belakang, dan plat side scuff. Roda 21 inci melengkapkan rupa elegan dan eksklusif.
  2. Pakej Mewah Rugged menawarkan bodykit yang meningkatkan kelasakan daripada XC90 SUV dengan luaran trim tech matte hitam, plat polished stainless steel, papan berjalan dengan pencahayaan dan paip ekzos bersepadu. Versi ini ditambah dengan keunikkan roda 22 inci.

Penempahan untuk pelanggan di Negara Brunei Darussalam adalah terhad untuk 6 hari sahaja bermula dari 27hb Ogos 2014. Jadi tunggu apa lagi? Buatlah tempahan anda untuk memiliki Volvo XC90 serba baru edisi pertama dengan menghubungi Bee Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volvo di pasaran Brunei Darussalam di talian 2456830 atau 2456853. Volvo XC90 serba baru akan dilancarkan di Brunei Darussalam tahun dapan pada Jun 2015.

Thursday, August 21, 2014

Uji Pandu Tiguan TSI 1.4 di Singapura

Media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar dan blogger media social telah dijemput dan dibiayai sepenuhnya yang dianjurkan oleh Maju Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Volkswagen Singapura bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kenderaan Volkswagen Tiguan terbaru yang akan dilancarkan di Brunei tidak lama lagi.
 

Walaupun berada di Singapura secara singkat, pihak media tidak teragak-teragak untuk mengambil kesempatan besar membuat perjalanan pelbagai keadaan di beberapa kawasan di Negara yang popular dengan perdagangan antarabangsa itu.

Volkswagen Tiguan 1.4 TSI adalah kereta terbaru Volkswagen 2WD ke dalam segmen SUV kompak di pasaran Brunei Darussalam yang akan diperkenalkan oleh Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam. Melihat bagaimana segmen ini berkembang dan mempunyai potensi yang kukuh, Volkswagen dengan cepatnya membangunkan model baru dari pengalaman membangunkan model Touareg yang lebih besar. 

Tiguan merupakan salah satu kereta yang paling berjaya dalam segmennya. Sebab utama untuk SUV menjadi satu kejayaan global adalah dari segi teknikal dan ekonomi. Tiguan kelihatan sangat dinamik, bergaya dan sportif memberikan kenikmatan sepenuhnya dalam pemanduan dari apa jua jenis persekitaran jalanan. 

Volkswagen telah membangunkan garis-garis Tiguan khususnya di bahagian hadapan dan belakang telah direka semula untuk mencerminkan 'reka bentuk DNA' Volkswagen yang ditandai dengan dominasi garisan melintang yang jelas. Garisan ini memberi Volkswagen Tiguan kelihatan sangat gagah dan berwibawa.


Seperti yang ada pada model Touareg, jeriji Tiguan dinaik taraf dengan dua ram krom berganda. Terutamanya boleh diperhatikan dari desain lampunya yang menyipit dilengkapi dengan lampu bi-xenon bersama lampu stndard cahaya siang hari, dan dibentuk oleh sekumpulan 14 LED yang diintegrasikan dalam lampu depan sehingga kelihatan mewah dan elegan.

Sementara di belakang Tiguan, anda dapat melihat perubahan dari desain lampu belakang. Reka bentuk badan Tiguan seirama dengan reka bentuk di hadapan dengan desain yang dinamik. Reka bentuk bampar dibuat lebih licin meski begitu tetap kelihatan moden dan mencirikan desain profil rendah namun tetap menarik perhatian dijalanan.



Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan enjin empat silinder TSI Twincharger. Ianya sesuai dengan ciri-ciri SUV yang mempunyai profil prestasi tinggi dan tork setinggi 240Nm. Dengan adanya kapasiti sebanyak 1,390cc, enjin Tiguan boleh memberikan kuasa setinggi 160 bhp bersamaan 8.9 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi adalah 198km/j sebagai penanda baik dalam keluaran model Tiguan kali ini. Kekuasaan Tiguan dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan membuatkan kereta ini sangat laju dan effisien. Ciri-ciri reka bentuk Tiguan yang paling utama ialah dua cengkaman basah yang dikawal dengan tekanan hidraulik. Susunan ini menyampaikan perubahan yang cemerlang dan lancar tanpa gangguan kuasa di antara gear.

Saya sangkakan apabila memandu sebuah Volkswagen Tiguan, saya berfikiran model yang mempunyai kuasa rendah akan memberi prestasi yang biasa sahaja, pada akhir sesi uji pandu itu, saya berasa kagum sekali lagi dengan kejuruteraan Jerman dan prestasi (selaras dengan kuasa, memang sudah tentu) hebat. Dengan Tiguan 1.4 TSI, setelah mengetahui semasa sidang media bahawa model ini mempunyai enjin Twincharger, saya tidak sabar untuk mencubanya kerana saya teringat pengalaman saya dengan model sebelum ini. Dan juga saya tertarik pada kereta ini adalah ia sebuah SUV yang merupakan jenis kenderaan kegemaran saya.



Dengan menekan sistem kunci pintar Start/Stop, uji pandu bermula dari Bilik Pameran Volkswagen Singapura menuju ke beberapa tempat menggunakan pelbagai jenis jalanan termasuk lencongan, bukit, jalan ruang yang sempit, kawasan lebuh raya dan kawasan bandar untuk merasakan kehebatan dan prestasi Tiguan baru itu.

Sepanjang perjalanan uji pandu itu, pihak Mantuka.com boleh merasakan keselesaan dari segi ruang Tiguan yang begitu luas. Didalam Tiguan, anda boleh melihat bagaimana hebatnya Volkswagen merancang desainnya yang sangat mewah, mudah, fungsional dan mudah dilihat. Stereng Tiguan dilengkapi dengan suis yang boleh mengawal audio termasuk juga bila anda ingin menerima panggilan telefon yang dapat disambung melalui sambungan Bluetooth. Ruang kargo Tiguan direka secara bersih dan cermat, dengan kemuatan lima penumpang, ianya mampu menampung 470 liter. Tahap maksima muatan kargo juga boleh mencapai 1,510 liter dengan maksima berat 670 kilogram.



Keselesaan adalah salah satu tumpuan Volkswagen untuk memberi kepuasan kepada pemiliknya. Tempat duduk depan dilengkapi dengan pembantu pelarasan lumbar dan penyimpanan barang bagi setiap tempat duduk depan. Manakala tempat duduk belakang pula boleh dilipat secara penuh dan membolehkan pelanggan untuk menyimpan objek berukuran 2.5 meter panjang.


Enjin dengan induksi paksa dilakukan dengan baik ketika memandu pada ketinggian seperti kawasan bukit. Salah satu tanggapan saya sepanjang pemanduan itu ialah kelancaran enjin dan pada mulanya, saya menyangka bahawa dengan pecutan kecil kereta itu tidak begitu cepat. Dan kemudian apabila saya melihat meter kelajuan, kelajuan itu sebenarnya lebih cepat daripada apa yang saya sangkakan. Generasi tork Tiguan adalah sangat lancar dan ia hanya terus memecut tanpa goyah atau kehabisan nafas.

Bergantung kepada bagaimana anda memandu, penggunaan bahan api boleh berada di mana sahaja di antara 6.0-8.9 liter pada 100 kilometer dengan tangki 64 liter. Tetapi kebanyakan pemilik model yang mempunyai enjin TSI sering mengatakan mereka tidak boleh mendapatkan bahan api secara ekonomi dan ia bukan sebab enjin tidak berjalan dengan lancar. Ia biasanya kerana pemandu tidak dapat menahan menikmati kuasa sistem Twincharger yang memberi prestasi yang cepat. Dalam keadaan sedemikian, anda tidak boleh mengharapkan penggunaan untuk menjadi yang baik tetapi jika anda memandu pada kelajuan sederhana di sekitar bandar, maka ia harus berjalan dari segi ekonomi. Untuk membantu mengurangkan pemakaian liter, Tiguan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penutupan enjin automatik dalam tempoh masa yang lama berhenti apabila menekan brek dan enjin akan hidup semula apabila anda menekan minyak.

Dengan kebanyakan SUV, gaya memandu perlu sederhana kerana kenderaan ini adalah tinggi kerana tambahan ruang di bawah kereta begitu juga Volkswagen Tiguan yang juga memerlukan pertimbangan yang sama. Ukuran Tiguan baru ini mempunyai ketinggian 1703 mm tetapi ia mempunyai kelebaran 1.809 mm dan panjangnya 4,426mm dengan trek yang ditetapkan pada 1,569 mm lebar di depan dan 1,571 mm lebar di belakang untuk membantu kestabilan. Dan mungkin dengan gabungan ketinggian dan lebar platform ini memberikan pengendalian melebihi purata (average) untuk sebuah SUV.



Semasa perjalanan lurus, penulis mendapati kereta ini bukan sahaja mempunyai prestasi yang menakjubkan semasa dalam perjalanan bahkan, kereta ini mempunyai keselamatan yang sangat tinggi yang pernah mendapat penilaian lima bintang ujian kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) dibawah European Consumer Protection Organisation Euro NCAP. Volkswagen juga pernah dinamakan kereta 'Top Safety Pick' oleh The American IIHS (Insurance Institute for Highway Safety).

Untuk pengetahuan ramai, Tiguan terbaru ini dilengkapi dengan lima penahan diri kepala yang boleh di laraskan, dua bag udara depan, dua bag udara sampingan depan dan bag udara bagi bahagian kepala.

Bercakap mengenai sistem brek yang dipertingkat pada Tiguan ini banyak membantu terutama apabila berdepan dengan keadaan yang tidak terduga ketika pemanduan dengan tindak balas yang cepat.

Pemilik kereta ini akan menikmati fungsi-fungsi apa yang dipandu di Singapura seperti skrin sentuh berwarna RCD510, dengan slot kad SD, AUX-In, sistem kawalan stereng serta kamera undur membuatkan ia sesuai untuk pemanduan di bandar. Slot USB tidak termasuk dalam model ini walaubagaimanapun sambungan AUX-in boleh digunakan sebagai alternatif untuk memainkan lagu dari teknologi media seperti iPod.