Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Nissan Almera. Show all posts
Showing posts with label Nissan Almera. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Awang Zuriami Pemenang Utama Cabaran Pemanduan Almera Eko 2000

Cabaran Pemanduan Almera Eko 2000 selama 5 hari 4 malam ke Kuching, Sarawak dari 4 hingga 8 Disember 2014 telah sampai ke penghujungnya dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemilik Nissan Almera yang telah berlangsung semalam di Bilik Pameran Nissan, Beribi, Gadong.

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Awang Lim Jin Lee dan kemudian diikuti dengan penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Jualan, Awang Tan Teck Hock kepada pemenang utama, di hadapan wartawan media dan juga pelanggan Nissan yang hadir.

Majlis ini telah menyaksikan Awang Zuriami bin Zulkifli terpilih sebagai peserta cabaran terbaik yang mencapai penggunaan bahan api 18.37 km per liter sekali gus mengalahkan sembilan peserta lain. Beliau telah memenangi hadiah utama berupa wang tunai sebanyak B$2,000.00.

Dalam cabaran itu, seramai 10 orang pemilik Nissan Almera telah membuat pemanduan eko antara 80 dan 110 km sejam dengan melalui beberapa jalan luar bandar yang berliku termasuk memotong dan melalui halangan bukit. Purata bagi kesemua 10 kereta adalah 16.34km/liter, yang mana ianya adalah lebih dari yang dipetik iaitu 14.9km/liter.

Majlis yang sama turut dimuatkan dengan pengumuman pemenang Nissan Facebook/Nissan Instagram di mana Dayang Masita binti Haji Yakub terpilih sebagai pemenangnya yang mendapat ‘49 likes’ dan menerima hadiah RM$150.00.

Ikuti Nissan Brunei di Facebook untuk gambar-gambar penyampaian hadiah Cabaran Pemanduan Almera Eko 2000.

Klik disini untuk versi Inggeris.

Sunday, November 16, 2014

Cabaran Nissan Almera Eco 2000 Drive

Menjemput semua pemilik Nissan Almera!

Adakah anda mempunyai kemahiran dan teknik untuk menggunakan jumlah bahan api yang rendah untuk perjalanan ke Kuching dan balik dalam 4 hari? Ikuti cabaran "Almera Eco 2000 Drive Challenge"!

Cabaran empat hari tiga malam ini akan berlangsung pada 4hb hingga 7hb Disember 2014. Semua peserta akan bermula dari Bilik Pameran Nissan di Beribi dan perjalanan akan menuju ke Sibu, Kuching, Bintulu dan berakhir di Kuala Belait.

Tunggu apa lagi?!

Kunjungi Bilik Pameran Nissan untuk membuat pendaftaran anda sekarang. Tertakluk pada terma dan syarat.

Tuesday, September 9, 2014

Boustead mengumumkan tiga pemenang bertuah siri kedua

Tiga pelanggan bertuah telah pun diumumkan semalam sebagai pemenang Promosi Cabaran Membeli-Belah Almera yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad, Beribi.

Pemenang bertuah itu terdiri daripada Siti Zaidatul Ashikin Shahnom (01-057796), Mohd Zulfadli Bin Haji Md Zaili (00-312230) dan Dk Siti Binti P H Sabtu (01-044615) yang akan menyertai cabaran membeli-belah pada 13 September ini di sebuah gedung perniagaan.


Cabutan bagi tiga pelanggan bertuah berkenaan telah dibuat semalam oleh Pengurus Jualan Kanan, Haji Mahlil bin Haji Mat Salleh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Mohd Ali bin BM Haji Metussin dan Ketua Operasi BIBD At-Tamwil, Hj Mohammad Said bin Hj Zania, yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad.

Kelayakkan pemenang bertuah berkenaan adalah daripada membuat uji pandu atau membeli Nissan Almera sepanjang promosi Cabatan Membeli-Belah Almera yang telah diadakan pada 16 Julai hingga 31 Ogos lalu.

Di samping itu juga, semua pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli Nissan Almera juga menerima Power Bank secara percuma.

Nissan Almera dibina dengan reputasi "sedan yang dinamik mampu dimiliki", ianya direka dengan baik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Untuk keterangan lanjut mengenai model Nissan Almera, orang ramai di alu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran Nissan di Beribi, Gadong.


Mohd Sukeemin Pemenang Utama Promosi Nissan Hari Raya

Boustead Sdn Bhd telah mengadakan cabutan bertuah Promosi Nissan Hari Raya semasa pelancaran Boustead Fun Day yang diadakan pada 6 September 2014 lalu di Airport Mall, Berakas. 

Acara ini adalah untuk setiap pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Nissan semasa tempoh promosi dari 6hb Jun hingga 31hb Ogos 2014. Cabutan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai. 


Enam pemenang bertuah telah diumumkan di hadapan wartawan media dan juga pelanggan Boustead yang menghadiri acara tersebut. 

Dengan setiap pembelian kenderaan Nissan dalam tempoh promosi ini, pelanggan akan layak untuk memasuki cabutan bertuah Promosi Nissan Hari Raya untuk berpeluang bagi memenangi hadiah-hadiah menarik.

Hadiah utama telah dimenangi oleh Mohd Sukeemin @ Roye bin Saliman, seorang pengawal keselamatan di Pusat Membeli-Belah Times Square. Beliau memenangi penerbangan ke Abu Dhabi untuk menyaksikan perlumbaan F1 di Litar Yas Marina untuk dua orang.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira bahawa saya telah membawa pulang hadiah utama. Ia adalah satu kejutan kepada saya. Saya tidak menjangka untuk memenangi hadiah utama sama sekali,"dalam satu temu bual.

Mohd Sukeemin telah membeli Nissan Almera pada 25 Ogos 2014 dalam tempoh promosi diadakan. Apabila ditanya mengapa dia memilih Nissan, "Saya sentiasa memandu Nissan dari dulu. Ia adalah jenama yang dipercayai oleh keluarga saya dan saya sendiri," jawab beliau. 

Abd Hamid bin Abdullah memenangi hadiah pertama satu set Forever Mark Diamonds barangan kemas, manakala hadiah kedua ATV telah dimenangi oleh Ang Leng An. Hadiah ketiga percutian ke Sutera Harbour, Kota Kinabalu dimenangi oleh Mohd Nazelley bin Noorashid. Hadiah keempat ialah keahlian selama setahun Fitness Zone dimenangi oleh Hjh Nauyah binti Hj Duraman. Hj Ibrahim bin Hj Mail membawa balik wang tunai sebanyak B$ 1,000.00 sebagai pemenang hadiah kelima. 

Tetamu kehormat acara tersebut, Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada pemenang-pemenang Promosi Nissan Hari Raya. 

Promosi ini bertujuan bukan sahaja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Boustead yang telah membeli mana-mana barisan kenderaan jenama Nissan tetapi juga untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada para pelanggan yang setia menyokong mereka, dan menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan.






Thursday, July 24, 2014

Lim Han Lie Menjuarai Cabaran Membeli-belah Nissan Almera

Boustead Sdn Bhd telah mengadakan Cabaran Membeli-belah Almera secara eksklusif untuk 3 pemenang bertuah yang terpilih. Pemenang cabaran ini adalah pelanggan yang telah membuat uji pandu atau membeli sebuah Nissan Almera yang bermula dari 16 Jun hingga 15 Jul 2014.

Acara ini telah diadakan semalam, pada 20hb Julai 2014 di Supa Save, Gadong yang bermula dari 7 pagi hingga 8 pagi dimana kakitangan Boustead dan pihak Media hadir untuk menyaksikan cabaran.

Pemenang yang terpilih telah diberikan had masa sebanyak 8 minit sahaja. Selepas wisel dibunyikan, pemenang bermula berlari bersama-sama dengan trolley membeli-belah masing-masing ke dalam pasar raya untuk merebut apa sahaja yang mereka mahu. Selepas itu, mereka menuju ke 3 juruwang yang berbeza untuk di skan barangan mereka rebuti. Semasa berada di tempat juruwang, had masa akan dihentikan sementara. Masa yang akan bermula sekali lagi selepas saja selesai mengskan barangan oleh juruwang dan pemenang menuju ke tempat letak kereta bersama trolley masing-masing untuk memindahkan barangan yang direbuti untuk memasuki kedalam bonet Nissan Almera.


Kesemua barangan yang direbuti mesti dimuatkan kedalam bonet Nissan Almera. Jika ada barang yang berlebihan yang tidak muat kedalam bonet kereta tersebut, barangan itu akan dikembalikan ke pasar raya.

Dayang Lim Han Lie adalah juara dalam cabaran tersebut dan berjaya membeli-belah barangan yang beliau perlukan hanya dalam masa 6 minit dan 59 saat. Menurut Lim Han Lie, beliau terkejut betapa luasnya bonet Nissan Almera itu sebab bagi perasaan beliau, beliau telah merebut barangan yang sangat banyak tetapi apabila sudah memindahkan semua barangan itu, masih ada ruang lagi.

Manakala Siti Ajeerah Binti Awang Rosli mendapat tempat kedua dengan masa 7 minit dan 37 saat. Menurut Siti Ajeerah, beliau telah membeli sebuah Nissan Almera dan berasa sangat bertuah apabila terpilih untuk mengikuti cabaran tersebut.

Tempat ketiga disandang oleh Siti Aqilah Mohamad dengan masa yang penuh iaitu 8 minit. Beliau sempat membuat dua kali rebutan barangan dari pasar raya tersebut. Menurut Siti Aqilah, pada mulanya beliau menumpukan untuk merebut barangan untuk Hari Raya, tetapi oleh sebab panik dengan kesuntukan masa, beliau sempat merebut barangan mahal dan bermacam-macam lagi. Beliau berasa sangat bertuah apabila diumumkan salah seorang pemenang cabaran tersebut seminggu selepas beliau membuat uji pandu Nissan Almera.

Promosi ini bukan saja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia Boustead Sendirian Berhad yang telah membuat uji pandu atau membeli sebuah Nissan Almera, tetapi ianya juga untuk memberi pelanggan pemahaman yang lebih luas mengenai kemampuan keluasan bonet Almera yang mampu membawa barangan keperluan anda dan keluarga anda sebanyak 490 Liter. Gabungan harga yang berpatutan serta bonet Nissan Almera yang luas menjemput setiap individu kearah pelbagai gaya hidup.

Promosi ini tidak berakhir disini, Boustead Sendirian Berhad sedang mengadakan promosi Cabaran Membeli-belah Nissan Almera Siri Ke-2 yang berlangsung dari 16hb Julai hingga 31hb Ogos 2014. Jadi tunggu apa lagi? Kunjungi bilik pameran Nissan di Beribi atau Kuala Belait dan buat tempahan uji pandu sekarang untuk layak kepusingan seterusnya!

Sunday, July 20, 2014

Boustead Sdn Bhd Mengumumkan Tiga Pemenang Bertuah


Tiga pelanggan bertuah telah pun diumumkan semalam sebagai pemenang Promosi Cabaran Membeli-Belah Almera yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad, Beribi.

Pemenang bertuah itu terdiri daripada Awang Lim Han Lie (00-308637), Awang Rosli @ Osman bin Haji Yahya (00-078089) dan Siti Aqilah (00-269916) yang akan menyertai cabaran membeli-belah pada 20 Julai ini di sebuah gedung perniagaan.

Cabutan bagi tiga pelanggan bertuah berkenaan telah dibuat semalam oleh Pengurus Jualan Kanan, Haji Mahlil bin Haji Mat Salleh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Mohd Ali bin BM Haji Metussin dan Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Lim Sei Chin yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad.

Kelayakkan pemenang bertuah berkenaan adalah daripada membuat uji pandu atau membeli Nissan Almera sepanjang promosi Cabatan Membeli-Belah Almera yang telah diadakan pada 16 Jun hingga 15 Julai lalu.

Di samping itu juga, semua pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli Nissan Almera juga menerima Power Bank secara percuma.

Selain cabaran ini, Boustead juga sedang mengadakan Promosi Hari Raya yang berjalan dari 16 Jun lalu hingga 31 Ogos ini, di mana setiap pelanggan yang membeli mana-mana kereta Nissan akan berpeluang memenangi pakej pelancongan ke Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu dan menyaksikan Perlumbaan Grand Prix F1 di Litar Lumba YAS Marina serta pelbagai hadiah menarik lainnya.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Hari Raya Boustead Sendirian Berhad, orang ramai di alu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran Nissan di Beribi, Gadong.


Wednesday, June 18, 2014

Promosi Hari Raya dari Boustead Sdn Bhd

Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang tidak lama lagi dan Boustead Sdn Bhd telah mengumumkan promosi terbaru iaitu "Power Up When You Test Drive an Almera" untuk pelanggannya yang akan berlangsung sehingga 15hb Julai 2014.

Semua pelanggan dijemput datang ke bilik pameran Nissan di Beribi untuk membuat uji pandu Nissan Almera atau membeli sebuah Nissan Almera baru, dan mereka akan diberikan Power Bank (10,400 mAh) yang terhad secara percuma.

Mereka juga akan terus mendapat peluang untuk memenangi Almera Shopping Dash dan menggunakannya untuk membeli-belah seperti anda tidak pernah sebelum ini. Tambahan lagi, pelanggan yang bernasib baik akan mendapat peluang besar dalam promosi Hari Raya Nissan termasuk penerbangan ke Abu Dhabi dan banyak lagi.

Nissan Almera adalah sebuah kereta menjadi tarikan ramai yang mempunyai keluarga. Kereta tersebut membuktikan kedinamikan pemanduan yang dipertingkatkan dari masa ke semasa, untuk mengetahui ciri-ciri Alemra tersebut, anda boleh mengikuti berita uji pandu Nissan Almera .


Saturday, June 16, 2012

Nissan 'Almera' tumpuan Keluarga


‘Nissan Almera’ menjadi kereta sedan pertama Nissan yang dipasarkan di bawah program kepada ekonomi. Almera generasi terbaru ini merupakan sedan pertama mempunyai enjin 1.200 cc dibekalkan  dengan kuaa tiga silinder yang menghasilkan tenaga 79 HP dengan torque 106 Nm dengan kombinasi X-Tronic-CVT.

Apatah lagi kedinamikan moden dibahagian depan dan bamper menjadikan lebih menawan dalam kereta tersebut, rekaannya juga mengubah bentuk lampu seperti lampu isyarat depan dilihat lebih kecil dan lampu besar mempunyai bentuk yang lebih bujur.
Kereta terbaru Almera dapat diperolehi dalam pelbagai warna dan ketika ini menjadi tarikan pelanggan yang mempunyai keluarga.  Setelah menyaksikan lebih dekat lagi, kehalusan dalam reka cipta kereta tersebut membuktikan kedinamikan pemanduan yang dipertingkatkan dari masa ke semasa, Almera Sedan terbaru adalah model yang tersendiri bertaraf ekonomi dan memiliki ciri-ciri berkarisma seperti yang sebelumnya.

Semasa uji pandu dijalankan menggunakan Nissan Almera, jelas memberikan keselesaan dimana kereta tersebut mempunyai ruangan dalam yang luas boleh dimuatkan dengan lima penumpang termasuk pemandu, penyimpan tiket-tiket, penyimpan kaca mata,, kabin berlampu, suis control pelbagai fungsi dan beberapa biji speaker yang di muatkan dalam badan kereta berkenaan.

Kesenyapan enjin kereta Almera menjadi salah satu fungsi yang dihargai. Perjalanan dari Bilik Pameran Boustead ke Kampong Katok membuktikan kereta tersebut membawa ketenangan ketika memandu apatah lagi bersama keluarga yang menginginkan keselesaan.

Untuk tumpuan Spesifikasi, Nissan Almera sendiri dilengkapkan fungsi ‘Idling Stop’ dan teknologi keselamatan standard seperti Airbag dibahagian hadapan dan belakang. Orang ramai boleh menyaksikan sendiri Nissan Almera terbaru di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd pada waktu pejabat.

Kereta tersebut yang direka khas dengan reputasi sebagai ‘Kereta sedan dinamik’ menumpukan kepada kedinamikan dan reka bentuk elegan dengan fungsi yang baik dan berkemampuan. Almera juga disediakan dengan peralatan yang mencukupi untuk memberi pengalaman pemanduan yang selesa bagi pemandu mahupun keluarga.