Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, July 20, 2014

Boustead Sdn Bhd Mengumumkan Tiga Pemenang Bertuah


Tiga pelanggan bertuah telah pun diumumkan semalam sebagai pemenang Promosi Cabaran Membeli-Belah Almera yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad, Beribi.

Pemenang bertuah itu terdiri daripada Awang Lim Han Lie (00-308637), Awang Rosli @ Osman bin Haji Yahya (00-078089) dan Siti Aqilah (00-269916) yang akan menyertai cabaran membeli-belah pada 20 Julai ini di sebuah gedung perniagaan.

Cabutan bagi tiga pelanggan bertuah berkenaan telah dibuat semalam oleh Pengurus Jualan Kanan, Haji Mahlil bin Haji Mat Salleh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Mohd Ali bin BM Haji Metussin dan Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Lim Sei Chin yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad.

Kelayakkan pemenang bertuah berkenaan adalah daripada membuat uji pandu atau membeli Nissan Almera sepanjang promosi Cabatan Membeli-Belah Almera yang telah diadakan pada 16 Jun hingga 15 Julai lalu.

Di samping itu juga, semua pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli Nissan Almera juga menerima Power Bank secara percuma.

Selain cabaran ini, Boustead juga sedang mengadakan Promosi Hari Raya yang berjalan dari 16 Jun lalu hingga 31 Ogos ini, di mana setiap pelanggan yang membeli mana-mana kereta Nissan akan berpeluang memenangi pakej pelancongan ke Abu Dhabi, Amiriah Arab Bersatu dan menyaksikan Perlumbaan Grand Prix F1 di Litar Lumba YAS Marina serta pelbagai hadiah menarik lainnya.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Hari Raya Boustead Sendirian Berhad, orang ramai di alu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran Nissan di Beribi, Gadong.