Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, September 9, 2014

Boustead mengumumkan tiga pemenang bertuah siri kedua

Tiga pelanggan bertuah telah pun diumumkan semalam sebagai pemenang Promosi Cabaran Membeli-Belah Almera yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad, Beribi.

Pemenang bertuah itu terdiri daripada Siti Zaidatul Ashikin Shahnom (01-057796), Mohd Zulfadli Bin Haji Md Zaili (00-312230) dan Dk Siti Binti P H Sabtu (01-044615) yang akan menyertai cabaran membeli-belah pada 13 September ini di sebuah gedung perniagaan.


Cabutan bagi tiga pelanggan bertuah berkenaan telah dibuat semalam oleh Pengurus Jualan Kanan, Haji Mahlil bin Haji Mat Salleh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Mohd Ali bin BM Haji Metussin dan Ketua Operasi BIBD At-Tamwil, Hj Mohammad Said bin Hj Zania, yang diadakan di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad.

Kelayakkan pemenang bertuah berkenaan adalah daripada membuat uji pandu atau membeli Nissan Almera sepanjang promosi Cabatan Membeli-Belah Almera yang telah diadakan pada 16 Julai hingga 31 Ogos lalu.

Di samping itu juga, semua pelanggan yang membuat uji pandu dan membeli Nissan Almera juga menerima Power Bank secara percuma.

Nissan Almera dibina dengan reputasi "sedan yang dinamik mampu dimiliki", ianya direka dengan baik dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Untuk keterangan lanjut mengenai model Nissan Almera, orang ramai di alu-alukan untuk mengunjungi Bilik Pameran Nissan di Beribi, Gadong.