Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, September 9, 2014

Mohd Sukeemin Pemenang Utama Promosi Nissan Hari Raya

Boustead Sdn Bhd telah mengadakan cabutan bertuah Promosi Nissan Hari Raya semasa pelancaran Boustead Fun Day yang diadakan pada 6 September 2014 lalu di Airport Mall, Berakas. 

Acara ini adalah untuk setiap pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Nissan semasa tempoh promosi dari 6hb Jun hingga 31hb Ogos 2014. Cabutan telah dibuat oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai. 


Enam pemenang bertuah telah diumumkan di hadapan wartawan media dan juga pelanggan Boustead yang menghadiri acara tersebut. 

Dengan setiap pembelian kenderaan Nissan dalam tempoh promosi ini, pelanggan akan layak untuk memasuki cabutan bertuah Promosi Nissan Hari Raya untuk berpeluang bagi memenangi hadiah-hadiah menarik.

Hadiah utama telah dimenangi oleh Mohd Sukeemin @ Roye bin Saliman, seorang pengawal keselamatan di Pusat Membeli-Belah Times Square. Beliau memenangi penerbangan ke Abu Dhabi untuk menyaksikan perlumbaan F1 di Litar Yas Marina untuk dua orang.

"Alhamdulillah, saya sangat gembira bahawa saya telah membawa pulang hadiah utama. Ia adalah satu kejutan kepada saya. Saya tidak menjangka untuk memenangi hadiah utama sama sekali,"dalam satu temu bual.

Mohd Sukeemin telah membeli Nissan Almera pada 25 Ogos 2014 dalam tempoh promosi diadakan. Apabila ditanya mengapa dia memilih Nissan, "Saya sentiasa memandu Nissan dari dulu. Ia adalah jenama yang dipercayai oleh keluarga saya dan saya sendiri," jawab beliau. 

Abd Hamid bin Abdullah memenangi hadiah pertama satu set Forever Mark Diamonds barangan kemas, manakala hadiah kedua ATV telah dimenangi oleh Ang Leng An. Hadiah ketiga percutian ke Sutera Harbour, Kota Kinabalu dimenangi oleh Mohd Nazelley bin Noorashid. Hadiah keempat ialah keahlian selama setahun Fitness Zone dimenangi oleh Hjh Nauyah binti Hj Duraman. Hj Ibrahim bin Hj Mail membawa balik wang tunai sebanyak B$ 1,000.00 sebagai pemenang hadiah kelima. 

Tetamu kehormat acara tersebut, Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai telah menyampaikan hadiah-hadiah tersebut kepada pemenang-pemenang Promosi Nissan Hari Raya. 

Promosi ini bertujuan bukan sahaja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan Boustead yang telah membeli mana-mana barisan kenderaan jenama Nissan tetapi juga untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada para pelanggan yang setia menyokong mereka, dan menjadi sebahagian daripada keluarga Nissan.