Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, July 24, 2014

Lim Han Lie Menjuarai Cabaran Membeli-belah Nissan Almera

Boustead Sdn Bhd telah mengadakan Cabaran Membeli-belah Almera secara eksklusif untuk 3 pemenang bertuah yang terpilih. Pemenang cabaran ini adalah pelanggan yang telah membuat uji pandu atau membeli sebuah Nissan Almera yang bermula dari 16 Jun hingga 15 Jul 2014.

Acara ini telah diadakan semalam, pada 20hb Julai 2014 di Supa Save, Gadong yang bermula dari 7 pagi hingga 8 pagi dimana kakitangan Boustead dan pihak Media hadir untuk menyaksikan cabaran.

Pemenang yang terpilih telah diberikan had masa sebanyak 8 minit sahaja. Selepas wisel dibunyikan, pemenang bermula berlari bersama-sama dengan trolley membeli-belah masing-masing ke dalam pasar raya untuk merebut apa sahaja yang mereka mahu. Selepas itu, mereka menuju ke 3 juruwang yang berbeza untuk di skan barangan mereka rebuti. Semasa berada di tempat juruwang, had masa akan dihentikan sementara. Masa yang akan bermula sekali lagi selepas saja selesai mengskan barangan oleh juruwang dan pemenang menuju ke tempat letak kereta bersama trolley masing-masing untuk memindahkan barangan yang direbuti untuk memasuki kedalam bonet Nissan Almera.


Kesemua barangan yang direbuti mesti dimuatkan kedalam bonet Nissan Almera. Jika ada barang yang berlebihan yang tidak muat kedalam bonet kereta tersebut, barangan itu akan dikembalikan ke pasar raya.

Dayang Lim Han Lie adalah juara dalam cabaran tersebut dan berjaya membeli-belah barangan yang beliau perlukan hanya dalam masa 6 minit dan 59 saat. Menurut Lim Han Lie, beliau terkejut betapa luasnya bonet Nissan Almera itu sebab bagi perasaan beliau, beliau telah merebut barangan yang sangat banyak tetapi apabila sudah memindahkan semua barangan itu, masih ada ruang lagi.

Manakala Siti Ajeerah Binti Awang Rosli mendapat tempat kedua dengan masa 7 minit dan 37 saat. Menurut Siti Ajeerah, beliau telah membeli sebuah Nissan Almera dan berasa sangat bertuah apabila terpilih untuk mengikuti cabaran tersebut.

Tempat ketiga disandang oleh Siti Aqilah Mohamad dengan masa yang penuh iaitu 8 minit. Beliau sempat membuat dua kali rebutan barangan dari pasar raya tersebut. Menurut Siti Aqilah, pada mulanya beliau menumpukan untuk merebut barangan untuk Hari Raya, tetapi oleh sebab panik dengan kesuntukan masa, beliau sempat merebut barangan mahal dan bermacam-macam lagi. Beliau berasa sangat bertuah apabila diumumkan salah seorang pemenang cabaran tersebut seminggu selepas beliau membuat uji pandu Nissan Almera.

Promosi ini bukan saja untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia Boustead Sendirian Berhad yang telah membuat uji pandu atau membeli sebuah Nissan Almera, tetapi ianya juga untuk memberi pelanggan pemahaman yang lebih luas mengenai kemampuan keluasan bonet Almera yang mampu membawa barangan keperluan anda dan keluarga anda sebanyak 490 Liter. Gabungan harga yang berpatutan serta bonet Nissan Almera yang luas menjemput setiap individu kearah pelbagai gaya hidup.

Promosi ini tidak berakhir disini, Boustead Sendirian Berhad sedang mengadakan promosi Cabaran Membeli-belah Nissan Almera Siri Ke-2 yang berlangsung dari 16hb Julai hingga 31hb Ogos 2014. Jadi tunggu apa lagi? Kunjungi bilik pameran Nissan di Beribi atau Kuala Belait dan buat tempahan uji pandu sekarang untuk layak kepusingan seterusnya!