
‘Nissan Almera’ menjadi kereta sedan pertama Nissan yang
dipasarkan di bawah program kepada ekonomi. Almera
generasi terbaru ini merupakan sedan pertama mempunyai enjin 1.200 cc
dibekalkan dengan kuaa tiga silinder
yang menghasilkan tenaga 79 HP dengan torque 106 Nm dengan kombinasi
X-Tronic-CVT.


Semasa
uji pandu dijalankan menggunakan Nissan Almera, jelas memberikan keselesaan
dimana kereta tersebut mempunyai ruangan dalam yang luas boleh dimuatkan dengan
lima penumpang termasuk pemandu, penyimpan tiket-tiket, penyimpan kaca mata,,
kabin berlampu, suis control pelbagai fungsi dan beberapa biji speaker yang di
muatkan dalam badan kereta berkenaan.

Untuk tumpuan Spesifikasi, Nissan Almera sendiri dilengkapkan fungsi ‘Idling Stop’ dan teknologi keselamatan standard seperti Airbag dibahagian hadapan dan belakang. Orang ramai boleh menyaksikan sendiri Nissan Almera terbaru di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd pada waktu pejabat.
Kereta tersebut yang direka khas dengan reputasi sebagai ‘Kereta sedan dinamik’ menumpukan kepada kedinamikan dan reka bentuk elegan dengan fungsi yang baik dan berkemampuan. Almera juga disediakan dengan peralatan yang mencukupi untuk memberi pengalaman pemanduan yang selesa bagi pemandu mahupun keluarga.