Showing posts with label Nissan. Show all posts
Showing posts with label Nissan. Show all posts

Sunday, December 1, 2019

Raja MPV Nissan Elgrand


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Tidak kira perjalanan jauh atau pun dekat, Nissan Elgrand tetap membawa ke destinasi yang dituju dengan mudah. Memperkenalkan model terkini Nissan Elgrand yang dibawa masuk oleh Syarikat Boustead Sdn Bhd.

Boustead Sdn Bhd selaku pembekal kereta jenama Nissan telah menjemput wartawan dan media otomobil untuk menyaksikan keluaran Nissan Elgrand terbaru di Kafe Polo Tarindak semalam.

Model terbaru ini adalah model jenis Multipurpose Vehicle (MPV) premium dengan kuasa enjin 3.5L V6. dengan transmisi jenis Xtronic CVTC M6.


MPV mewah seperti Elgrand dilengkapi dengan lampu depan LED dengan sistem lampu yang mengikut putaran cahaya mengikut stereng. Selain itu, Gril V-Motion adalah sebagai simbol premium kemegahan Nissan yang diwarnakan krom.


Nissan Elgrand mempunyai bentuk 3000mm panjang dengan 18" rim aloi memberi kestabilan dan keselesaan terutama semasa perjalanan jauh bagi 7-penumpang.



Pemilik Elgrand juga akan merasakan kemewahan dengan adanya tempat duduk jenis Juruterbang dibagi tempat duduk dibarisan pertama dan kedua dengan menyediakan kerusi automatik dan fungsi pemanas.

Selain itu, dibahagian tempat duduk barisan ketiga, mempunyai fungsi kerusi yang boleh dilipat membolehkan bagi memuatkan bagasi besar kedalam MPV tersebut.

Dari segi keselamatan, ianya dilengkapi dengan 6 bag udara, ABS, Vehicle Dynamic Control (VDC), EBD dan sistem monitor yang memberi persekitaran 360-degree melalui pemandangan dari atas.


Sunday, June 23, 2019

Uji Pandu Nissan Terra, Elgrand & X-trail: 'Media Eksklusif 1 on 1 Drive'


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.


Nissan Brunei telah menjemput media-media cetak dan media sosial untuk mengikuti acara uji pandu ‘Media Eksklusif 1 on 1 Drive’ yang berlangsung di Bilik Pameran Automagination di Perindustrian Lambak Kiri.

Para media termasuk team Mantuka diperkenalkan dengan tiga jenis model terbaru dari Nissan iaitu Nissan X-Trail, Terra dan Elgrand. Selain menjalankan uji pandu secara berkonvoi ke beberapa destinasi, para ahli kakitangan Nissan Brunei yang berpengalaman juga sedikit-sebanyak menerangkan fungsi terkini mengenai teknologi-teknologi terkini dari Nissan yang disampaikan oleh Han Ming Kwang dan Awang Khairul.




NISSAN X-TRAIL


Nissan X-Trail adalah model SUV yang direka dengan desain progresif, ruang dalam yang luas dan menawarkan keselesaan menjana kepada penggunaan pengangkutan seharian.

Model terbaru ini disediakan dengan dua jenis varian iaitu 2.0L 2WD dan 4WD dengan teknologi CVT. Bukan sahaja X-Trail boleh memuatkan 5 penumpang  bahkan ruang penyimpanan bagasi juga disediakan dengan ruang yang luas.



Antara yang menarik dengan model ini, ruang pintu dimensi kereta ini boleh membuka luas sehingga  80 darjah. Tempat duduk menggunakan konsep Theater dibahagian empat duduk barisan dua dan tiga secara bertingkat serta tempat duduk membantu Spinal Support.

Tidak juga lupa, melalui Nissan Safety Shield, keselamatan X-Trail mempunyai rangka besi kabin yang kuat menggunakan High Strength Steel kepada 49 peratus.



NISSAN TERRA



Nissan Terra juga menjadi tarikan masyarakat sebagai tren masa kini, Nissan Brunei dibawah syarikat Boustead Sdn Bhd menyediakan tiga jenis varian iaitu 2.5L 2 WD transmisi Manual, 2.5L 2WD Automatik 7-Kelajuan sebagai spesifikasi Tinggi dan 2.5L 4WD Automatik 7-kelajuan sebagai model Premium.




Terra yang berbadan besar dimuatkan enjin 4 Silinder, 16V Turbocharged yang memberi kuasa menakjubkan terutama dalam perjalanan jauh menggunakan Intelligent 4X4. Selain mempunyai tempat duduk yang luas, Terra mampu menjalai pelbagai jenis halangan melalui teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Intelligent Around View Monitor (IAVM), Lane Departure Warning (LDW), Hill Start Assist (HAS), Hill Descent Control (HDC) dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Dari sistem keselamatan, model ini turut dilengkapi enam beg udara di bahagian depan, sisi depan dan di sisi, sistem kawalan Traction dan Sistem Vehicle Dynamic Control (VDC), Anti-Lock Brake System (ABS), Electronic Force Distribution (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Model ini juga dianugerahkan dengan ASEAN NCAP 5-Bintang.




NISSAN ELGRAND



Perjalanan jauh sekarang tidak menjadi masalah, memperkenalkan Nissan Elgrand jenerasi baru yang memberikan kombinasi antara kemewahan dan kekeluargaan didalam sebuah kereta.

Ramai sudah mengetahui akan kehebatan Elgrand di Negara Brunei Darussalam sejak 1997 dan sehingga kini Elgrand yang juga dipanggil sebagai ‘Raja MPV’ menjadi pasaran popular bagi MPV yang dikatakan mewah.



Elgrand ni tidak mempunyai perubahan dibahagian luar berbanding dengan Elgrand jenerasi sebelumnya, walaubagaimanapun kereta tersebut mempunyai banyak berlainan dikawasan dalam yang mana dilengkapi dengan ‘Eco Mode’ membolehkan pemanduan berkonsepkan ecological dan economical.

Kuasa enjin pula dimuatkan dengan jenis VQ35DE 3.5L dengan teknologi penjimatan minyak kepada 9.4km/L diuji oleh (Japanese Test Cycle: JC08). Tambahan lagi, Elgrand terbaru ditambah dengan kawalan enjin optimum dan sistem kawalan spontan transmisi CVT bagi memberikan kuasa pergerakan kereta secara halus dan jimat minyak.



Tambahan lagi, pergerakan pusingan kereta kepada 5.7m radius semasa membuat pusingan. Perjalanan jauh seperti menuju ke Negara jiran akan lebih menyeronokkan setelah Elgrand terbaru ini dipasang dengan sistem monitor dengan alat dengar tanpa wayar khas bagi penumpang yang duduk dibelakang. Elgrand juga mengutamakan keselesaan pemanduan dan penumpangnya yang mana tempat duduk boleh di sesuaikan (adjust) mengikut kemahuan penumpang.


Monday, June 3, 2019

Nissan Brunei Memberi Penghargaan kepada Pelanggan GT-R & Z Club









Seramai lebih 50 menghadiri Majlis Bersungkai Eksklusif bagi pelanggan-pelanggan GT-R dan ahli-ahli Z Club yang dihoskan oleh syarikat Boustead Sdn Bhd.


Majlis bersungkai itu berlangsung pada 1 Jun 2019 di Dewan Berkshire, Tarindak D’Polo, Jerudong dihadiri oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee bersama ahli kakitangan dan pihak pengurusan Nissan.


Lim Jin Lee dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan tanda terima kasih ditas kepada para ahli yangmenghadiri dan menjayakan majlis bersungkai pada tahun ini yang sudah dicadangkan sejak begitu lama untuk menyatukan lebih rapat pemandu-pemandu GT-R dan Z Club.


Tambahnya, “Majlis perkumpulan itu bukan sahaja untuk menghargai pelnggan-pelanggan yang sentgiasa setia pada jenama Nissan selama ini ia juga sambil mengeratkan hubungan silatulrahim diantara kedua ahli GT-R dan Z Club dikalangan mereka dan ahli kakitangan Nissan”.


Semasa acara itu, Majlis Bertahlil turut diadakan bagi memperingati salah seorang pelanggan Nissan yang juga ahli Z Club Allahyarham Kapten Aiman Yusri bin Haji Asli.

Beliau juga seorang peminat Z yang memiliki kereta Nissan Z dan sentiasa menyokong Nissan. Sebelum menuju ke Tarindak D’Polo, kedua-dua kumpulan memandu secara berkonvoi dari Bilik Pameran Nissan di Beribi ke Pantai Serasa bagi mengikuti sesi bergambar bersama kereta-kereta mereka. Lokasi tersebut juga mempunyai makna istimewa bagi Allahyarham Kapten Aiman Yusri bertemu mereka.

Tuesday, April 2, 2019

Nissan Teana 2019 lebih inovatif


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Nissan di Brunei Darussalam telah memperkenalkan Nissan Teana baharu semasa pengenalan rasmi mereka semalam di bilik pameran Nissan di Beribi.

Nissan Teana baru itu telah mengalami perubahan kecil selepas berada di pasaran sejak 2014 dengan rupa dan rasa yang lebih sporty, sesuai untuk mereka yang mencari elemen sporty namun mewah di dalaman kereta. Wajah baru itu meningkatkan status kepimpinan awda dengan reka bentuk dan teknologi terkini. Ia juga sangat elegan dan bergaya berbanding model sebelum ini, dan memastikan setiap perjalanan tidak mengecewakan pemandunya.

Nissan Teana baru dilengkapi dengan enjin 2,0L XL MR20DE yang mempunyai 4 Silinder, 16 valves, 1,977 cc dan 136 kuasa kuda pada 5,600 rpm dan tork maksimum 190 Nm pada 4,400 rpm, memberikan tindak balas baik melalui bantuan sistem injap CVTC untuk maksimum tork dalam rpm minimum. Inovasi Nissan tidak pernah berhenti untuk menghasilkan enjin penjimatan bahan api yang paling baik.

Nissan Teana baharu direka lebih luas, direka terperinci dengan bahan premium perak dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih dinamik untuk menarik perhatian pelanggan.


Teana baru dipertingkatkan kepada model yang canggih dibandingkan model sebelumnya ini dengan gaya kehadapan yang lebih dramatik yang mempamerkan reka bentuk hadapan Nissan, jeriji V-Motion. Badan Nissan Teana baru  lebih panjang dan tinggi serta lebih mudah bagi pemandu dan penumpang untuk memasuki dan keluar kereta. Ia juga lebih ringan dan menjimatkan lebih banyak bahan api daripada model sebelumnya.



Dalamannya pula menggunakan Tempat Duduk Sokongan Spinal (Spinal Support Seat), yang diilhami oleh zero gravity space travel, tempat duduk direka secara ergonomik untuk memberikan bantuan kepada tulang belakang, mengurangkan keletihan dan memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Perbezaan utama Nissan adalah dari teknologi Nissan Intelligent Mobility bertujuan untuk memastikan tiada kematian dan tiada pelepasan dengan mengubah Teana ini menjadi kereta yang lebih responsif dengan mendefinisikan semula bagaimana kereta didorong, dikuasai dan diintegrasikan ke dalam masyarakat.




Tambahan lagi, Nissan Teana baru dilampirkan dengan Paparan Maklumat 3D 4 inci yang baru di papan pemuka baru. Bukan itu sahaja, model baru ini juga dilengkapi dengan bahan sentuhan kulit yang lembut di tempat duduk depan dan belakang untuk menambah kelebihan keanggunan dan keselesaan.

Pemandu atau penumpang juga berhibur dengan adanya kualiti bunyi BOSE Audio System yang dilengkapi dengan subwufer dan sembilan pembesar suara dipasang di dalam kenderaan ini untuk membuat pelanggan berasa lebih seronok semasa memandu dengan Nissan Teana baru.




Di samping itu, Nissan Teana baru ini dilengkapi dengan ciri-ciri Nissan Intelligent Mobility dan teknologi canggih untuk memandu lebih selamat dan lebih yakin. 

Ianya dilengkapi dengan 6 beg udara SRS untuk melindungi awda dan orang tersayang dengan beg udara di depan, di sisi dan di belakang; dan juga apabila mengambil alih dalam setiap perjalanan dengan Sistem Kawalan tarikan (TCS), ianya membantu mengurangkan peluang tayar berputar di luar kawalan apabila awda memandu di jalan yang licin. 

Selain itu, apabila pemandu memandu di tempat yang licin di sudut yang mana tiba-tiba awda akan pergi ke arah yang awda tidak mahu, dengan adanya Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), ianya akan mengawal kestabilan dan memantau stereng dan brek awda untuk membantu awda mengekalkan steering awda dijalan semasa keadaan yang tertentu dengan mengurangkan output enjin dan/atau menerapkan tekanan brek ke tayar tertentu.

Nissan Teana ini juga dilengkapi dengan teknologi inovatif lain yang dikenali sebagai Kawalan Understeer Aktif (AUC) yang membantu meningkatkan kawalan apabila awda mengambil sudut. Sistem brek anti-kunci (ABS) datang sebagai standard untuk membolehkan tayar untuk mengekalkan kontak dengan traction dengan permukaan jalan raya dan mengelakkan dari tergelincir apabila awda dalam keadaan kecemasan.

Ia juga dilengkapi dengan sistem yang membantu awda brek dengan lebih cekap dengan menyesuaikan daya brek untuk mengekalkan kestabilan brek secara tiba-tiba yang dipanggil Electronic Brake-Force Distribution (EBD). Ianya juga dilengkapi dengan bantuan brek (BA) yang merupakan sistem yang menggunakan tekanan brek ke tayar untuk kecekapan maksimum dan mengurangkan jarak berhenti sehingga 10-15%, yang merasakan seperti brek dalam keadaan normal.

Satu lagi inovasi yang dilengkapi ke dalam Nissan Teana baru ialah ciri Remote Start Engine. Fungsi ini membolehkan pemandu memulakan enjin kereta dari jarak 200 meter dengan menggunakan Nissan Intelligent Key. Dengan hanya menekan punat kunci, enjin kereta dan penghawa dingin akan dihidupkan secara automatik sebelum pemandu masuk ke dalam kereta. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang ketidakselesaan daripada pembakaran haba semasa kenderaan mereka dikunci. Ciri-ciri inovatif Nissan Intelligent Mobility ini menjadikan kereta ini lebih selesa untuk memandu, dengan itu meningkatkan pengalaman memandu secara keseluruhan dengan Nissan Teana.


Suspensi belakang juga dipertingkatkan dengan Toe Angle Control dan Chamber Angle Control untuk memberikan pemanduan yang stabil apabila di sudut dan menawarkan keselesaan dan ketenangan hati kepada para pelanggan.

Nissan Teana baru kini boleh didapati di seluruh negara untuk orang ramai menyaksikannya di bilik pameran Nissan yang terletak di Beribi dan Kuala Belait semasa waktu bekerja. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi dan mendapatkan bantuan daripada para penjual Nissan.



Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd membawa enam jenis warna seperti PM Grey DK, Brownish Grey TM, Hitam, Perak M, PM Merah dan Putih 3P.

Nissan akan terus meletakkan pelanggan mereka di dalam semua yang mereka lakukan. Nissan percaya bahawa Teana baru, dengan reka bentuk yang dipertingkatkan dan ciri-ciri canggih dan teknologi Nissan Intelligent Mobility, akan memenuhi keperluan dan jangkaan walaupun pelanggan yang paling canggih.

Monday, January 14, 2019

Nissan Terra Dilancarkan

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Boustead Sdn. Bhd. selaku pengedar tunggal kereta jenama Nissan di pasaran Brunei Darussalam telah melancarkan Nissan Terra serba baru semalam.

Penambahan terbaru ke barisan Nissan dianggap sebagai satu kemuncak utama bagi sejarah jenama itu kerana ia merupakan pencapaian besar dalam inovasinya. Oleh itu, acara eksklusif untuk model inovatif itu diadakan di Indera Samudra, The Empire Hotel and Country Club, Jerudong.

Pelancaran Nissan Terra secara eksklusif telah dihadiri oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah Ibni Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz serta pengurusan bank dan institusi kewangan, ahli media dan pelanggan yang dijemput.

"Nissan telah terlibat dalam membina SUV selama lebih dari 60 tahun dan telah menerima reputasinya dalam melintasi perjalanan yang mencabar di seluruh dunia yang telah membuktikan keupayaan Nissan untuk membina SUV yang kuat dan kukuh. Dengan kemajuan pembangunan Nissan Terra baharu, anda sentiasa boleh menjamin Terra mampu membawa anda ke mana sahaja." jelas Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee.

Nissan Terra telah dibangunkan dan dibina di Asia untuk pelanggan Asia. Bahagian luar Terra menawarkan kendaraan utiliti yang kuat dan ganas termasuk gril
tandatangan V-Motion dan lampu depan boomerang yang memberikan rupa yang lebih menawan. Syarikat Boustead Sdn Bhd menawarkan lapan warna seperti Biru Gelap, Hitam, Merah, Kuning Emas, Perak, Putih Mutiara, Coklat Bumi dan Kelabu Senja.

Dalaman Nissan Terra pula dapat menampung tujuh penumpang dan menawarkan ruang kabin besar, luas dan mantap memberikan keselesaan kepada semua penumpang. Di samping itu juga, ianya mempunyai susunan tempat duduk teater di mana kerusi depan dan lantai depan diatur kedudukannya lebih rendah untuk memberikan penglihatan yang lebih baik untuk kerusi barisan kedua dan ketiga.

Dilancarkan dengan tiga varian iaitu Sederhana, Tinggi dan Gred Premium, dan semuanya dilengkapi dengan cukup baik. The Mid Grade menawarkan sistem 2WD dengan transmisi manual dan roda aloi 17-inci. Pedalaman dilengkapi dengan urethane untuk menjaga kereta yang selesa. Ia juga mempunyai penyelenggaraan kos rendah yang sesuai untuk mereka yang mencari nilai untuk wang.



Gred Tinggi menawarkan sistem 2WD tetapi dengan transmisi automatik dan roda aloi 18 inci. Pedalaman juga dilengkapi dengan urethane sambil menampilkan beberapa kemudahan premium yang juga terdapat dalam Gred Premium termasuk Pemain Android 10.1 inci untuk hiburan onboard, oleh itu, menjadikan setiap perjalanan lebih menyenangkan.

Gred Premium 2WD dan Gred Premium 4WD dipertingkatkan lagi dengan Power Liftgate untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pemandu dan penumpang di mana pintu trunk boleh dibuka dengan pelbagai cara sama ada dengan menekan butang buka kunci pada kunci sebanyak tiga kali, menekan butang dipintu atau menekan butang suis di konsol tengah kenderaan. Sudut pintu trunk juga boleh disesuaikan mengikut keutamaan pemandu.

Bagi mereka yang memilih kenderaan dengan perasaan yang unggul dan premium, Gred Premium 4WD, yang merupakan gred terbaik di kalangan tiga varian, mempunyai bahagian dalaman yang mewah dan dilengkapi dengan keselesaan kulit dan kelas pertama serta mempunyai teknologi Mobil Pintar Nissan yang canggih.



Sebagai sebahagian daripada rancangan Nissan untuk bergerak ke arah masa depan, Nissan Intelligent Mobility bertujuan untuk mencapai tujuan tiada emisi kenderaan dan tiada kematian di jalan dengan mengubah Nissan Terra menjadi lebih responsif dengan mendefinisikan semula bagaimana kereta didorong, dikuasai dan diintegrasikan ke dalam masyarakat, Gred Premium 4WD ditambah teknologi Pintar untuk pemanduan yang lebih selamat dan meyakinkan.

Selain itu, semua model dilengkapi dengan Gegaran Zero Gravity. Teknologi ini mengurangkan keletihan bagi pemandu dan penumpang ketika memandu dengan mengejar postur yang ideal untuk membuat pemanduan yang lebih panjang dan menyenangkan keselesaan tempat duduk, menjadikannya Nissan Terra sesuai untuk perjalanan yang panjang.

Dikuasakan dengan enjin diesel 2.5-liter yang menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya, Terra menawarkan kuasa kuda 190Kw yang mengagumkan dan tork 450Nm yang memastikan pemacu kelajuan dan pecutan menarik. Ia juga mempunyai jarak tanah yang  tinggi dimana ianya dapat mengurangkan risiko kerosakan dari jalan yang tidak rata, dengan itu sesuai untuk pemanduan bandar dan pemanduan luar jalan. Selain itu, Nissan Terra dilengkapi dengan casis yang memberikan ketegaran yang lebih tinggi untuk memberikan keselesaan dan kemudahan dan seterusnya memenuhi peminat pengembara luar.

Untuk memulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah Ibni Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz telah
menyerahkan anak kunci kepada beberapa pemilik pertama Nissan Terra.

Orang ramai yang berminat untuk melihat lebih dekat mengenai Nissan Terra atau bertanya maklumat lanjut adalah dialu-alukan untuk mengunjung bilik pameran Nissan di Beribi dan Kuala Belait dan dibantu oleh wakil jualan Nissan.




Friday, July 24, 2015

Tarik Balik Kereta: Isu Beg Udara TAKATA

Gambar courtesy dari Drive




Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Berita dari BATA.


Berikutan dengan masalah beg udara TAKATA yang terjadi baru-baru ini diseluruh dunia. 

Persatuan Peniaga-Peniaga Otomobil Brunei (BATA) ingin mengumumkan kepada orang ramai mengenai masalah beg udara yang turut terjejas di Negara ini. 

Menurut kenyataan yang diberikan oleh BATA, isu ini dibangkit setelah lebih kurang 20 juta kenderaan yang dikeluarkan oleh pembuat kereta telah di tarik balik kerana risiko beg udara yang di buat oleh TAKATA secara tidak wajar boleh tidak mengembung dan pecah dalam sesuatu kemalangan.

Bagi memastikan keselamatan pelanggan dan keyakinan mereka, BATA telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan menghubungi pemilik kereta yang terjejas untuk diganti dengan inflater (inflator) beg udara setelah menerima alat berkenaan.

Cabaran yang dihadapi oleh ahli BATA ialah adanya (availability) alat inflater dan juga usaha menghubungi pelanggan kerana ada beberapa pelanggan yang sudah menukar nombor telefon mereka atau menukar nama kereta kepada pemilik baru.

Dengan masalah ini, BATA akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Darat untuk mendapatkan maklumat terkini pelanggan atau pemilik baru kereta bagi membolehkan BATA untuk menghubungi mereka terus.

Sebanyak 7,000 kenderaan terdiri daripada 23 model dari enam jenama di Negara ini yang terjejas iaitu Nissan, Toyota, Honda, Mitsubishi dan BMW telah terjejas dari kempen tarik balik.

Dibawah adalah jenama dan model yang terjejas yang ditarik balik di Brunei. Jika pelanggan masih ragu-ragu dengan isu tersebut, orang ramai boleh menghubungi Hotline seperti yang dinyatakan dibawah.

Company
Brand
Model
Year Model
Hotline
Boustead Sdn Bhd



Nissan
Patrol
2007-2008



2431222
Presage
2007
Cefiro
2003, 2007
Prairie
2011
Sunny
2008
X-Trail
2007
Urvan
2007
March
2010
GHK Motors Sdn Bhd
Mitsubishi
Lancer
2006-2007
2430392
2423032
2423033
Grand Motors Sdn Bhd
Mazda
Mazda 6
2002-2005
2392400
2392509
RX-8
2003-2008
Happy Motoring Co Sdn Bhd


Honda
Accord
2002


2428328
Ext: 131/132
Stream
2002
2004-2006
CR-V
2002-2009
Jazz
2004-2009
Civic
2004-2009
City
2009
NBT(Brunei) Sdn Bhd


Toyota
Echo
2003-2005


2433777
Vios
2003-2007
Corolla
2003-2007
Camry
2003-2005
Rav4
2003-2007
QAF Auto Sdn Bhd
BMW
E46
1999-2003
2453377