Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Friday, May 26, 2017

Pelancaran Proton Exora versi Facelift

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

PAD Motors Sdn Bhd selaku pembekal kereta jenama Proton di Brunei Darussalam dengan kerjasama United Motors Sdn Bhd telah melancarkan dua varian model Exora yang berlangsung di luar Pusat Membeli-Belah Times Square, Berakas pada 26 Mei 2017 lalu.

Exora versi Facelift itu terdiri daripada Executive dan Executive Plus yang mana setiap model mempunyai kelebihan ciri-ciri tersendiri. Model ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih untuk melengkapkan jenama Proton dari segi perjalanan dan pengendalian. Sebelum ini, Proton telah memperkenalkan Proton Pesona dan Saga baru untuk pasaran Brunei pada 27 Januari 2017 lalu.

Menurut Awang Hambali Bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Hj Mohd Salleh bahawa Proton Exora serba baru yang elegan, kuat dan luas ini akan manarik minat pengguna di Brunei kerana ia adalah berpatutan. Exora serba baru telah berkembang yang ketara dari segi ciri-ciri, teknologi canggih, reka bentuk dan pembinaan termasuk perjalanan dan pengendalian yang lebih bagus dan mengurangkan getaran bunyi dan kekasaran (NVH). Untuk kelasnya, model Exora ini selesa untuk dipandu.

Exora adalah sebuah kereta yang direka nilai baik untuk wang. Ianya sangat berpatutan, selamat dan mempunyai ciri-ciri praktikal. Ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan canggih yang telah mendapat kedudukan ANCAP 4-bintang.




Di Brunei, Exora serba baru datang dalam varian Eksekutif dan Eksekutif Plus dengan enjin 1.6L turbo pada 4-silinder CFE, 16 injap DOHC yang menyampaikan kuasa dan pecutan sama dengan enjin MPV 2.0L NA. Ia boleh memberikan kuasa maksimum 103 kW (5000 rpm) dan tork 205 Nm (2000-4000 rpm). Exora datang dalam 7 warna menarik untuk dipilih.

Perbezaan luaran antara dua varian ini ialah varian Executive datang dengan jeriji depan chrome, lampu kabus hiasan depan berwarna matt hitam, cermin pintu dengan lampu indikasi manual; manakala varian Executive Plus datang dengan lampu kabus depan LED DRL, cermin pintu dengan lampu indikasi elektrik, jeriji hadapan chrome dan lampu kabus hiasan depan berwarna chrome.




Dalaman varian Executive datang dengan upholsteri kain, kemasan panel pusat berwarna perak, dan roda stereng urethane; manakala varian Executive Plus datang dengan upholsteri kulit, kemasan panel pusat berwarna ashwood gelap, dan roda stereng kulit dilengkapkan dengan suis audio.

Proton Exora serba baru mempunyai kabin yang sangat luas, MPV 7 tempat duduk ini menyediakan keselesaan dan inovatif yang kedua-duanya memberi keselesaan pada penumpangnya.




Sebagai peningkatan dalam Proton Exora, mereka telah menambah ciri-ciri baru yang berguna untuk meningkatkan taraf memandu dan pengalaman perjalanan seperti alat penggantungan barangan runcit di kerusi depan, 8 tempat menyimpan botol, kamera yang boleh dilihat dari cermin pandangan belakang dan banyak lagi.




Ciri-ciri lain yang membezakan kedua-dua varian Executive Plus datang dengan 8.5 Overhead Monitor LCD dengan pemain DVD, USB dan slot kad SD serta kawalan Auto Cruise. Kedua-dua datang dengan 2-DIN Radio, Pemain CD, MP3 dan sambungan bluetooth sebagai standard.

Keselamatan penumpang adalah keutamaan Proton untuk melindungi kesejahteraan mereka, mereka telah melengkapi Proton Exora dengan ciri-ciri keselamatan canggih yang telah mendapat Kedudukan ANCAP 4 bintang yang akan melindungi keluarga anda dan juga menyediakan anda dengan ketenangan fikiran. Exora serba baru datang dengan 4 beg udara, sistem anti-lock brake (ABS) dengan electronic brake distribution (EBD), kawalan kestabilan elektronik dengan kawalan cengkaman, kamera undur, daytime running lights (DRL), dan tali keselamatan pre-tensioner.




Semasa sesi uji pandu, kereta tersebut mempunyai pecutan yang baik, sangat responsif walaupun kereta itu diduduki oleh 5 orang dewasa pada masa itu. Penumpang juga bersetuju bahawa kabin adalah sangat luas. Terdapat ruang kepala yang cukup dan ruang kaki untuk pergerakan. Apa yang menarik lagi, penumpang belakang boleh menikmati hiburan dari Overhead Monitor LCD di mana ianya boleh menggunakan slot sama ada USB atau kad SD. Dalam perjalanan jarak jauh, pemandu akan menikmati pengalaman memandu santai dengan bantuan kawalan Auto Cruise dan tempat rehat lengan yang dianggap sebagai nilai tambah untuk pemilik Executive Plus Exora. Kereta ini mempunyai getaran yang minimum dan kabin tenang terhadap bunyi bising di luar.






Proton Exora serba baru kini boleh didapati untuk tempahan uji pandu di semua cawangan Proton di Brunei yang dikendalikan oleh Proton pengedar tunggal, PAD Motors Sdn Bhd. PAD Motors mempunyai bilik pameran baru di Bandar Seri Begawan yang terletak di Unit 1-4, Kompleks Beribi, Spg. 607-17, Jalan Gadong BE1118, Brunei Darussalam.

PAD Motors kini menawarkan promosi sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri dengan memberikan baucar, diskaun dan kadar faedah istimewa. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Proton di Brunei atau untuk menempah ujian memandu, pelanggan boleh menghubungi PAD Motors di +673 2650075 (Tel) dan +673 2650072 (Fax) atau e-mel: padcarbrunei@gmail.com atau hubungi United Motors Sdn Bhd di +673 2392551 yang juga penjual dan pembekal servis Proton di Brunei.

Wednesday, November 26, 2014

Teknologi Autodesk Lonjak Reka Bentuk Proton

Gambar fail menunjukkan kereta Saga SV keluaran Proton - Bernama
Berita courtesy dari Media Permata

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) – Proton Holdings Bhd (Proton) terbukti mendapat manfaat hasil penggunaan teknologi Autodesk Digital Prototyping yang melonjakkan proses reka bentuk automotif selain penghasilan satu identiti rekaan lebih ketara bagi model terbaharunya.

Teknologi prototaip digital oleh peneraju terkemuka dunia dalam perisian rekaan tiga dimensi (3D), Autodesk Inc, membolehkan syarikat menghasilkan reka bentuk, visual dan teknik simulasi bagi pengeluaran produk lebih cekap serta kos efektif.

Kelebihan lain termasuk memberi kuasa dan fleksibiliti diperlukan pengeluar untuk mengatasi cabaran perniagaan paling getir dalam usaha pembangunan produk.

Kaedah penyelesaian prototaip digital itu sudah digunakan bagi reka bentuk model terbaharu Proton seperti Suprima S, Preve, Exora, Saga FLX, Persona, Satria Neo dan terbaharu, Proton Iriz.

Ia terbukti membantu Proton menjimatkan masa penghasilan reka bentuk kereta sebanyak 20 peratus, khususnya bagi model baharu yang memakan masa 18 hingga 24 bulan.

Sebanyak 30 peratus fasa awal diperuntukkan bagi usaha reka bentuk disusuli melakukan perubahan pada fasa kemudian yang lazimnya membabitkan penalti lebih tinggi.

Proton berjaya mengurangkan masa dan kos skala pembangunan model baharu sebanyak 65 peratus menerusi penghasilan Proton Preve yang dilancarkan pada 2013.

Ketua Pereka Bentuk Proton, Azlan Othman berkata syarikat pengeluar kereta berkenaan perlu menggunakan teknologi rekaan dan visual terbaik bagi kenderaannya sebelum dihasilkan dalam bentuk fizikal.

“Teknologi Autodesk Digital Prototyping ini terbukti memantapkan keupayaan rekaan kami bagi meneroka pelbagai inovasi reka bentuk,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Autodesk Asean, V. R. Srivatsan pula menganggap Asean berperanan penting dalam bidang industri automotif dan dijangka muncul pasaran automotif kelima terbesar dunia menjelang 2019.

“Kami mengunjurkan masa depan pengeluaran global lebih menarik dan bertuah menjadi sebahagian daripada kejayaan Proton. Tidak mustahil industri automotif Malaysia muncul sebagai hab serantau hasil pelaburan dalam teknologi serta kejuruteraan,” katanya.

Proton dan Honda Bincang Peluang Kerjasama

Berita courtesy dari Media Permata

KUALA LUMPUR, 4 Nov – PROTON Holdings Bhd (Proton Holdings) dan Honda Motor Co, Ltd (Honda Motor) kini mengadakan beberapa siri perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baharu, perkongsian platform dan kemudahan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerjasama itu turut menandakan potensi kerjasama strategik jangka panjang, yang melibatkan lebih ramai jurutera Proton dan pembekal automatif tempatan serta merangkumi kerjasama teknikal yang lebih menyeluruh, bermatlamatkan kepuasan pelanggan.

“Selaras dengan hasrat Proton untuk menghasilkan model-model baharu yang berkualiti tinggi dan berteknologi terkini, siri perbincangan itu antara lain akan menyentuh program perkongsian model, yang merupakan kaedah yang dilaksanakan dalam industri automatif pada masa ini.

“Kaedah pembangunan model baharu ini dijangka dapat membantu Proton untuk menjimatkan pelaburan dan tempoh pembangunnya bagi sesebuah model baharu,” katanya ketika menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (BN-Hulu Langat).

Che Rosli bertanyakan sama ada Proton akan bekerjasama dengan Honda sebagai rakan kongsi dalam mengeluarkan kereta model baharu memandangkan Proton Perdana merupakan 100 peratus Honda Accord.

Mustapa berkata Proton telah memulakan pengeluaran model Proton Perdana pada Januari 1995 dan menghentikannya pada 2010, antara lain disebabkan penggunaan teknologi lama yang sudah melebihi 30 tahun, tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan terkini, dan kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat ganti kerana Jepun telah lama menghentikan pengeluaran model ini.

“Untuk memenuhi pasaran segmen D, Proton kini memperkenal model Proton Perdana baharu. Bagi fasa pertama (Disember 2013-2015), model Perdana ini diperkenalkan untuk kegunaan Kerajaan sahaja,” katanya.

Bagi pasaran awam pula, Mustapa berkata model Perdana akan diperkenal pada 2016.

Beliau berkata perjanjian kerjasama antara Proton dan Honda dimeterai pada 29 Okt 2012, disusuli Perjanjian Khusus berkaitan model gantian Proton Perdana. – Bernama

Saturday, April 19, 2014

Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru

United Motors selaku pengedar kereta-kereta jenama Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru iaitu Gen2, Persona dan Saga FLX yang kini boleh didapati di bilik pameran United Motors Sdn Bhd.

Keluaran model terbaru ini bukan saja memberi kepuasan dari segi bentuk badan yang unik bahkan perkhidmatan berkualiti menjadikan Proton sebagai jenama yang mula dipercayai dinegara ini.

Ketepatan pengendalian pemanduan yang hanya diperolehi dari Lotus Ride dan teknologi seperti ABS dan EBD memastikan tayar anda kukuh di jalan raya. Rekaan ergonomic dengan sentuhan mendalam ketiga-tiga jenis model memastikan keselesaan dan kemudahan bagi keseronokan pemanduan sebenar.

Perlindungan penumpang mencegah kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangkakan atau secara mendadak, dengan adanya tali pinggang tempat duduk pra-tegang dan dua bag udara memastikan keselamatan dari sebarang impak dapat mengurangkan kecederaan pemandu atau penumpang didalamnya.

Salah sebuah kereta yang menjadi minat ramai ialah Proton Persona, rekaan yang kontemporari mengkagumkan pemilik yang didefiniskan sebagai kereta elegan. Dari hadapan hingga belakang, persona baru menunjukkan keanggunan dengan badan Persona yang dimuatkan dengan bodykit penuh, lampu LED belakang, aloi rim, dan ruang dalaman yang lebih luas.

Manakala, Saga FLX adalah kereta eksekutif mempunyai bentuk badan yang bergaya dilengkapi dengan Transmisi yang boleh diubah secara berterusan (Continously Variable Transmission (CVT), bagi perjalanan yang lancar. CVT tersebut menggunakan tali sawat bukannya menggunakan gear tetap untuk menjadikan torque enjin menjadi kuasa. Ini memberikan penukaran gear yang licin, lebih menjimat minyak dan emisi mesra alam.

Menurut Amran Junaidi dari United Mtoors, “Kereta ini mampu dibeli, kereta Proton dibina berprinsipkan Lotus Ride dan Teknologi Pengendalian yang kini dikendalikan sebagai Proton Ride and Handling. Teknologi pengendalian canggih ini adalah berasal dari pembuat kereta Lotus di UK yang diselidik untuk memberi keselesaan dalam pemanduan dan pengendalian termasuk keselamatannya”.

Dengan harga kereta yang terjangkau, harga kos yang murah dan senang mendapatkan peralatan ganti dan perkhidmatan penyelenggaraan adalah factor utama orang ramai mencari sebelum membeli kereta, Persona, Gen  dan Saga FLX adalah yang terbaik memberikan kaedah dan faedah untuk kepuasan pelanggannya.


Monday, December 16, 2013

Uji Pandu Proton Suprima S


Pengeluaran model terbaru Proton, 'Suprima S' merupakan model Premium yang bertaraf moden menjadi tarikan orang ramai yang kini dilengkapi dengan system Turbo 1.6 liter.

Pihak Mantuka telah dijemput untuk menguji pandu bersama United Motors Sendirian Berhad. Sesi uji pandu itu bermula dari Bilik Pameran United Motors di Manglait dan menuju ke Lebuhraya ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas dan kemudiannya berpatah balik ke bilik pameran tersebut. Dalam uji pemanduan yang mengambil masa satu jam sudah cukup untuk menggambarkan akan kelebihan model yang terdapat pujian orang ramai.

Walaupun bentuk badan Proton Suprima S mempunyai rupa yang menarik dan sportif itu bukanlah satu-satunya perkara yang membuatkan model ini kepujaan umum, bahkan ianya mempunyai kelebihan yang lebih menarik.

Sebaik saja anda duduk dalam Proton Suprima S, perubahan dalam bahagian kualiti dan reka bentuk dalaman adalah sangat jelas. Ianya sangat sportif dan mempunyai keselesaan dinamik yang cukup elegan dan canggih. Kombinasi keseronokan visual dan sentuhan selesa terbukti adalah kombinasi yang dipilih dengan teliti.

Pemanduan Suprima sangat mantap dan selesa, terutamanya apabila menyentuh berkenaan sifat keseronokan sewaktu memandu. Apa yang menarik lagi adalah bunyi enjin yang kuat adalah bunyi turbo yang bersemangat apabila anda menjalankan kereta tersebut. Kereta ini sangat sesuai bagi peminat kereta yang suka pada spesifikasi turbo dan badan Suprima S yang sangat sportif.

Pengendalian dan kawalannya cukup memuaskan dan stabil. Suprima S amat selesa dipandu terutamanya ketika mengambil selekoh dijalan berliku dan memecut di jalan yang lurus pada kelajuan tinggi. Kestabilan kawalan Suprima S adalah dari pengaruhan Lotus.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan kemampuan kuasa Proton Suprima S Premium ini, kereta tersebut menggunakan enjin 1.6 liter yang turut dilengkapi dengan sistem Turbo menyalurkan kuasa maksima sehingga 140 kuasa kuda dangan kemampuan torque 205Nm, mengesahkan lagi kehebatan enjin Campro oleh jenama Lotus dengan bantuan sistem turbo yang kadang-kala masih dipandang rendah oleh sesetengah orang.

Sebagai pemandu, keselesaan memegang stereng di samping keseronokan menekan pedal minyak, saya mendapat bonus apabila ruang dalamannya menawarkan keselesaan yang cukup memuaskan. Ruang tempat duduk belakang antara yang sering diperkatakan dan sememangnya ia sangat luas dan selesa apatah lagi tempat duduk disediakan dengan kulit leather.

Ruang kaki yang luas dan tahap kelegaan kepala yang mencukupi, Proton berjaya menambah baik ciri-ciri yang sangat diperlukan terhadap sebuah sedan dalam segmen yang sangat kompetetif ini bagi menjadikannya pilihan bukan saja kepada pemandu individu, malah untuk sesebuah keluarga.

Bercakap mengenai ruang bonet belakang, ianya juga cukup luas. Anda boleh mengisi apa saja terutamanya ketika melakukan aktiviti peluang ke kampung.

Pengalaman memandu Proton Suprima S dalam sesi kali ini bagi saya adalah suatu pengalaman yang cukup berharga. Kesimpulannya, Proton Suprima S merupakan salah sebuah keluaran kereta terbaik dari Proton setakat ini. Sebuah sedan serba lengkap pada harga berpatutan, padat dengan ciri-ciri dan tahap keselamatan yang melebihi pesaingnya.

Tidak cukup dengan hanya mendengar dan melihar, pengalaman memandu ujinya sendiri adalah bukti yang paling nyata. Orang ramai boleh berkunjung ke Bilik Pameran United Motors Sendirian Berhad, Manglait untuk membuat uji pandu sendiri.



Wednesday, November 20, 2013

Pelancaran Proton Suprima S


Selepas berjaya memasuki pasaran Australia dan Indonesia bulan ini, Proton Holdings Berhad (Proton) berjaya melancarkan Proton Suprima S, model yang ketiga dilancarkan di Brunei dan kini menjengah pasaran Brunei dalam meningkatkan pasaran eksportnya.

Proton Suprima S telah dilancarkan di Bilik Pameran Proton 3S di Pusat Gadong oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh yang diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Sdn. Bhd., Yang Dimuliakan Pehin Datu Indera Negara Lt-Col (Rtd) Dato’ Paduka Haji Mohd Ariffin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab dan Pengarah Urusan United Motor, Simon Gelan.

Nama ‘Suprima S’ berasal dari perkataan ‘Supreme’, yang mencerminkan keunggulan dalam bidang kejuruteraan, keselamatan dan prestasi yang telah dimasukkan ke dalam model ini. Hatchback yang nampak muda ini dicipta untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden, seperti yang dicadangkan oleh bentuk yang dinamik dan sporty, dalaman yang premium dan prestasi enjin yang unggul.

Suprima S yang ditawarkan di Brunei adalah varian Premium dan spesifikasi sama dengan varian yang dilancarkan di Malaysia Ogos lalu. Spesipikasi ini adalah termasuk Proton Infotainment dengan  Sistem Operasi Android, lampu LED, lampu cahaya siang hari (Daytime Running Lights), Hill-Hold Assist (pembantu pemegang dibukit), dan Park Assist dengan sensor parking di hadapan.

Proton Suprima S dikuasai dengan enjin Proton 1.6L Turbo. Dipasangkan dengan 7-kelajuan ProTronic CVT, ia memberikan kuasa dan torque bersamaan dengan enjin 2.0 liter. Kuasa 1.6L menghasilkan 140 PS 5000rpm, dan dengan tourque maksimum 205Nm dari 2000 hingga 4000rpm.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton Sdn. Bhd, Encik Hisham Othman, berdasarkan tawaran spesifikasi yang tinggi pada Suprima S, Proton yakin model ini akan mendapat sambutan yang baik di Brunei.

Proton telah berada lebih 26 tahun di Brunei dan kami mahu mengukuhkan kedudukan di sini untuk jangka masa panjang.

Dengan sokongan daripada pengedar United Motors, Proton akan terus menjadi jenama yang diterima di negara ini sebagai jenama yang menawarkan kereta selamat, bermutu dan berbaloi, tambah beliau lagi.

Specifikasi utama Suprima S termasuk Electronic Stability Control (ESC) dengan break assist, traction control, Anti-lock Braking System (ABS), anti-trap power windows, Park Assist dengan sensor parking, dan camera di belakang.

Proton Suprima S datang dengan 7-spoke, 17 inci touchscreen dengan system navigasi, kerusi leather, punat Push Start, paddle shifts, dan auto cruise adalah di antara specifikasinya.


Proton Suprima S disediakan dengan lima warna: Fire Red, Transquility Black, Solid White, Genetic Silver, dan Atlantic Blue.