Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, May 11, 2014

Pelancaran Toyota Yaris 2014

NBT (Brunei) Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan model terbaru iaitu Yaris versi 2014 di kesemua Bilik Pameran NBT (Brunei) Sdn Bhd.

Keluaran Yaris baru ini begitu penuh dengan perkara yang anda suka, tambahan lagi dengan ruang yang banyak untuk pengalaman baru, kenangan baru, dan juga orang-orang baru. Dari dalaman yang lebih luas kepada bahagian luar yang lebih bergaya, dari ciri-ciri baru untuk prestasi cemerlang dan kecekapan, Yaris serba baru ini sesuai dengan gaya hidup anda berbanding model sebelum ini.

Keluaran Yaris baru mempunyai reka bentuk sportif yang lebih yakin dan bergaya. Ia adalah lebih besar daripada model sebelumnya membuatkan kenderaan ini lebih luas dan memberi keselesaan kepada penumpangnya.

Model ini menggabungkan permukaan yang seimbang diantara tajam dan licin. Selain itu, unsur reka bentuk kenderaan itu dilengkapi dengan aerodinamik canggih untuk memberikan Yaris memandu dengan lebih cergas. Ia mempunyai lampu projektor di hadapan yang menambah keanggulan Yaris, lampu belakang yang panjang, dan gril hadapan yang lebih agresif berbandingkan model Yaris lama.

Yaris terbaru ini adalah sebuah model Toyota jenis Hatchback lima pintu yang dikeluarkan dengan dua varian iaitu E (Medium Grade) dan G (High Grade). Antara perbezaan diantara versi E dan G adalah spesifikasi termasuk butang menghidupkan dan mematikan enjin (Push Start Button), dan lampu insyarat di bahagian cermin sisi.

Yaris 2014 ini mempunyai ketinggian 1475mm. Walau bagaimanapun, pemandu lebih tinggi mungkin akan merasa ketinggian Yaris terlalu terhad, menjadikan ia sukar untuk mendapatkan keselesaan.

Dari segi system hiburan, Yaris hadir dengan audio sistem canggih yang dikembangkan khusus untuk pasaran Brunei. System hiburan yang ditawarkan dalam kedua varian alat pemutar DVD/MP3/WMA dengan tambahan Bluetooth.

Menyentuh mengenai keselamatan kereta, Yaris 2014 dimuatkan dengan Bag Udara ‘Supplement Restraint System’ (SRS) khas untuk pemandu dan penumpang hadapan dikawal dari apa jua kemalangan yang berlaku. Dengan teknologi terbaru Yaris juga dilengkapi dengan tali keledar 3-point untuk mengurangkan kecederaan penumpang manahan dari tempat duduk mereka. Tambahan lagi, kereta keluaran Jepun ini disediakan dengan standard Anti-Lock Brake System (ABS) dengan Electronic Brake Force Distirbution (EBD) bagi mengelak tayar kereta dari terkunci semasa berhenti secara mengejut.

Menengai enjin kereta pula, Toyota memperkenalkan enjin 1NZ-FE 4 Silinder in-Line 16 Valve DOHC dengan teknologi VVT-I, enjin tersebut mempunyai system minyak Electronic Fuel Injection (EFI) yang boleh member kuasa sehingga 107 kuasa kuda pada 6,000rpm. Kereta tersebut juga mampu mencapai tork sehingga 141 Newton-meter pada 4200rpm.

Keluaran Yaris 2014 yang dipasarkan dinegara ini disediakan dengan transmisi Automatic, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Yaris terbaru ini boleh menghubungi 2433777 atau melayari laman web www.nbt-brunei.com atau mengunjungi bilik Pameran NBT (B) semasa waktu pejabat.