Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, November 10, 2014

1,800 Infiniti SUV Ditarik Balik

Gambar dari TheNextDigit.com
Berita courtesy dari Media Permata

Nissan berkata ia menarik balik lebih 1,800 buah infiniti SUV di Amerika Syarikat (AS) kerana masalah beg udara yang boleh menghantar serpihan ke dalam kompartmen penumpang.

Penarikan balik itu meliputi beberapa buah QX56 SUV dari tahun 2013 dan QX80s dari tahun 2014. Menurut syarikat itu inflator yang dibuat oleh pembekal alat ganti yang bermasalah Takata Corp, dibuat dengan bahagian sesekat luaran yang tidak betul. Itu boleh mengakibatkan tekanan makin bertambah dan inflator boleh pecah jika beg udara sisi pemandu digunakan.

Masalah terkini beg udara ini, menurut Takata hanya menjejaskan kenderaan GM dan Nissan dan ia berasingan dari panggilan balik sebelumnya yang meliputi 8 juta buah kenderaan di AS. Tetapi panggilan semula yang baru membangkitkan kemungkinan bahawa masalah beg udara syarikat itu akan meningkat.

Nissan tidak menerima laporan tentang kecederaan dari masalah sesekat. Ia diketahui selepas General Motors memanggil balik 33,000 buah kereta kompak Chevrolet Cruze bagi masalah yang sama dalam bulan Jun lalu. Panggilan balik Infiniti adalah sebahagian dari panggilan semula sejagat yang lebih besar bagi 260,000 buah Nissan yang telah diumumkan minggu lalu.

Kekurangan alat ganti telah menangguhkan penggantian beg udara yang dipanggil semula itu. Tetapi Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan malam semalam berkata Takata telah bersetuju untuk menambah dua barisan pengeluaran menjelang awal tahun depan. Menurut agensi itu ia tidak pasti itu akan mencukupi dan itu akan menentukan jika lebih banyak lagi diperlukan.

Panggilan semula yang lalu telah dilakukan kerana pendedahan berpanjangan kepada kelembapan tinggi boleh mengakibatkan inflator tidak berfungsi dan meletup dengan kekuatan yang teramat sangat, meletupkan sebahagian kanister logam dan mengakibatkan beling memasuki kenderaan.

Penyokong-penyokong keselamatan berkata empat orang telah maut disebabkan masalah itu, yang menjejaskan 10 buah pengeluar automobil berlainan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari Report Keselamatan Nissan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari ABC News, The New York Times, dan U.S. News.