Mantuka

Monday, March 11, 2019

Pengenalan Mazda CX-5 Facelift


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Grand Motors Sdn Bhd memperkenalkan model Mazda CX-5 facelift baru, menjadi sebuah antara model SUV yang diminati ramai di Negara Brunei Darussalam.

Dengan adanya perkenalan ini, orang ramai beserta pelanggan setia Mazda juga turut dijemput ke Bilik Pameran Mazda di Beribi untuk melihat secara lebih dekat Mazda CX-5 dengan menikmati jamuan yang disediakan.




Model facelift ini telah diubah menjadi model yang lebih elegan dengan gril besar dan logo Mazda yang terkeluar menonjol kedepan.

CX-5 merupakan sebuah kereta dalam segmen Sport Utility Vehicle (SUV) direka bentuk ke tahap yang baru. Dengan bertemakan ‘KODO – Soul of Motion’, CX-5 tidak akan mengecewakan awda seperti desain yang cantik, mempunyai rupa bentuk yang elegan dan berlainan dari model-model yang ada.

Dari segi keselamatan, model facelift ini dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang tinggi dan canggih membuatkan kereta ini satu-satunya yang mempunyai teknologi segalanya. Teknologi terbaru yang diperkenalkan didalam kereta ini ialah ‘i-ACTIVSENSE’ yang merupakan teknologi keselamatan yang aktif termasuk ‘sistem amaran perlepasan lorong’ (LDWS), ‘sistem amaran obstruktif di hadapan’ (FOW), sistem kawalan lampu tinggi (HBC) dan Blind Spot Monitoring System (BSM).




Selain itu, CX-5 dilengkapi dengan Sensor letak kereta, sistem monitor belakang dan teknologi kawalan G-Vectoring (GVC) yang memberi bantuan semasa memusing stereng dengan lebih selesa dan respon pusingan yang lebih baik.

Tambahan lagi, CX-5 juga dilengkapi dengan sistem infotainment yang dipertingkatkan rekaannya untuk apa jua kegunaan pengguna. Ini termasuk USB, AUX jack, sistem audio dan Bluetooth yang boleh berhubung dengan telefon pintar dan speech recognition. Tambahan model serba baru ini dilengkapi dengan sistem audio jenama BOSE.




Antara fungsi-fungsi keselamatan tambahan baru ialah kawalan titik buta (BSM) yang memberi amaran awal mengenal pasti kenderaan disisi titik buta, sistem amaran perubahan jalan, Smart City Brake Support, sistem bantuan berhenti kecemasan semasa berundur dalam kelajuan diantara 2 – 8 km/j. Tambahan lagi, bag udara keselamatan dilengkapi di bahagian depan pemandu, penumpang depan dan sisi belakang.

Mengenai prestasi CX-5 pula, ianya dilengkapi dengan enjin kuasa tinggi Skyactiv-G 2.5 litre i-Activ All Wheel Drive (AWD) yang mampu menyalurkan kuasa torque yang tinggi bagi kereta yang mempunyai enam kelajuan dibawah teknologi Skyactiv-Drive membuatkan kereta tersebut mempunyai perjalanan yang sempurna. Jika pemandu melalui perjalanan bukit-bukau atau melencong, kereta ini pasti tidak akan menghampakan pemiliknya.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kereta Mazda CX-5 ini, orang ramai boleh mengunjungi mengunjungi Bilik Pameran Mazda di Beribi semasa waktu bekerja.