Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, December 5, 2019

Pelancaran Kia Seltos


Gambar oleh: Deebiemasa

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Kia Seltos secara rasminya dilancarkan sekaligus dan mula dipasarkan ke Negara ini. Pelancaran itu begitu meriah yangtelah diadakan di Bilik Pameran Kia, Beribi dibanjiri oleh jemputan khas peminat-peminat jenama Kia yang ingin menyaksikan model ini secara lebih dekat.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengurus Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Frankie Ho dan Pengurus Jualan Kia Motors Corporation, Asia Pacific Headquarter, Tuan Alwyn Ahmad Nazri. Turut hadir menyaksikan pelancaran tersebut ialah Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Awang Hj Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad, Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Pg Hj Abdul Qahar bin PSD Maj Gen (R) Pg Hj Ibnu Basit, wakil-wakil dari institusi perbankan iaitu Timbalan Pengarah Urusan dari BIBD At-Tamwil , Tuan Hj Mohd Said bin Hj Zania, dan Ketua Jualan dan Pemasaran dari Baiduri Finance Berhad, Tuan Pg Hj Rosli bin Pg Hj Daud.

Kia Seltos GT Line

Kia Seltos Standard Spec
Seltos merupakan sebuah model Kompak SUV sudah lama ditunggu-tunggu dan hari ini sebagai sejarah baru bagi Syarikat Grand Motors Sdn Bhd memperkenalkan dua jenis varian iaitu spec Standard dan GT-Line.

Seltos tidak asing lagi dengan gaya bentuk menawan dengan ruang luas yang mampu membawa 5-penumpang. Apa yang menarik bagi kompak SUV, Kia tidak calang-calang memberi tayar aloi bentuk potongan kristal premium berukuran 17".

 

Dengan rupa bentuk moden, Kia Seltos menarik perhatian dari segi lampu depan dan belakang menggunakan LED, gril depan krom dengan gaya bentuk hidung harimau yang mudah dikenali sebagai kereta jenama Kia. Seltos juga dilengkapi dengan lampu kabus yang begitu cukup terang menggunakan teknologi LED.



Ruang dalam kabin yang luas sebagai tambahan bagi Kia, skrin sentuh infotainment resolusi tinggi berukuran 8" dan lampu persekitaran dalam kabin mengikut mood musik yang dimainkan.

Model barisan tambahan terbaru Kia ini disediakan dengan enjin 1.6 Liter Petrol dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Apa yang menarik lagi, pemandu boleh memilih mode sama ada 'Normal', 'Eco' mahupun 'Sport'.