Showing posts with label Tiguan. Show all posts
Showing posts with label Tiguan. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Pesta Hari Pelanggan Volkswagen

Bagi menyampaikan penghargaan kepada pelanggannya, Syarikat Maju Motors selaku pengedar tunggal kereta jenama Volkswagen semalam telah mengadakan pesta Hari Pelanggan Volkswagen bagi pelanggan-pelanggannya yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen, Telanai.

Dalam pesta tersebut, pelbagai aktiviti-aktiviti telah dijalankan untuk hiburan sesisi keluarga. Ini termasuk permainan baunser, sesi permainan DJ yang menghiburkan dengan musik-musik terkini, sesi bergambar bersama kereta-kereta pelanggan Volkswagen dan macam-macam lagi.

Pelanggan juga turut diberikan hidangan makanan seperti makanan barbeku, ais krim dan minuman kesemuanya secara percuma.


Semasa berada disana, pelanggan juga berpeluang untuk menyaksikan lebih dekat keluaran-keluaran model terbaru dari Volkswagen seperti Tiguan, Touareg, Scirocco R, Golf, Vento dan lain-lain lagi.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Hari Pelanggan Volkswagen.

Ikuti Volkswagen Brunei di Facebook untuk gambar-gambar Photobooth Kereta dan Hari Pelanggan Volkswagen.




Wednesday, September 3, 2014

Jerayawara Mini Volkswagen di Mall Gadong





Volkswagen Brunei pada masa ini menjalankan jerayawara yang telah bermula semalam hingga 7 September ini nanti. Jerayawara tersebut diadakan bertempat di The Mall, Atrium, Gadong mempamerkan tiga model keluaran terbaru dari jenama Volkswagen.

Model-model itu ialah kereta Volkswagen Tiguan TSI, Volkswagen Vento sebuah kereta dengan harga terjangkau tetapi dibina dengan menggunakan jerman kejuruteraan dan Volkswagen Beetle sebuah kereta simbolik jenama Volkswagen.


Setiap model mempunyai prinsip tersendiri yang mana Tiguan TSI sebuah SUV yang boleh digunakan dipelbagai kondisi jalanan. Selepas ianya dilancarkan baru-baru ini, kereta tersebut membuktikan sebagai salah sebuah kereta yang diminati bagi sebuah kereta SUV berkualiti tinggi.

Kejuruteraan Jerman Vento ialah kereta yang paling murah yang dijual dalam sejarah Volkswagen, dengan muatan enjin 1.6 litre kereta ini mempunyai kuasa kepada 105 kuasa kuda, ini adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin memiliki Volkswagen dengan harga murah dari harga biasa. Menandakan kereta Volkswagen boeh didapti oleh sesiapa sahaja.


Selain itu, Volkswagen Beetle yang diubah suai dari segi reka bentuknya tetapi tidak lari dari asal usul Beetle sebelumnya. Dengan garisan atap yang rendah, Beetle terbaru bukan sahaj untuk wanita sahaja, ianya sekarang lebih sportif dan lebih besar yang boleh dipandu oleh sesiapa sahaja. 

Tambahan lagi, kereta Beetle baharu ini bukan sahaja menandakan jenama Volkswagen bahkan mencerminkan sebagai kereta mewah. Jadi dalam jerayawara ini, pelanggan boleh memhami lebih lanjut kebolehan dan penampilan model-model Volkswagen yang semakin popular di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, dua pemenang bertuah setiap hari akan memenangi hadiah baucer CBTL dengan hanya mengambar selfie dikawasan jerayawara tersebut. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari instagram@volkswagenbrunei dan Facebook.com/Volkswagen.
 


Saturday, August 23, 2014

Maju Motors Sdn Bhd Memperkenalkan VW Tiguan 1.4 TSI

Syarikat Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta buatan Jerman yang berjenama Volkswagen di pasaran Brunei Darussalam, semalam mencatatkan sejarah baru dengan melancarkan Volkswagen Tiguan 1.4 TSI yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen, Telanai.

Disamping pelancaran ini, Syarikat Maju Motors Sdn Bhd telah mengadakan rumah terbuka untuk semua pelanggan-pelanggannya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tujuannya adalah untuk menghayati bulan-bulan kebesaran Islam serta menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu. Ianya juga untuk memberi ruang kepada semua pelanggan-pelanggan Volkswagen berkongsi kegembiraan suasana Hari Raya dalam semua peringkat. Tambahan lagi untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan Syarikat dan pelanggan-pelanggannya.

Tiguan terbaru ini menggabungkan prestasi dan tahap ekonomi yang cukup membanggakan dengan pelbagai ciri-ciri praktikal dan versatil, pada masa yang sama selamat dan tahan lasak. Tiguan kelihatan sangat dinamik, bergaya dan sportif memberikan kenikmatan sepenuhnya dalam pemanduan dari apa jua jenis persekitaran jalanan dengan gabungan prestasi luar biasa dengan penjimatan bahan api.

Volkswagen telah membangunkan garis-garis Tiguan khususnya di bahagian hadapan dan belakang telah direka semula untuk mencerminkan 'reka bentuk DNA' Volkswagen yang ditandai dengan dominasi garisan melintang yang jelas. Garisan ini memberi Volkswagen Tiguan kelihatan sangat gagah dan berwibawa.
 
Volkswagen Tiguan mempunyai jeriji yang dinaik taraf dengan dua ram krom berganda. Terutamanya boleh diperhatikan dari desain lampunya yang menyipit dilengkapi dengan lampu bi-xenon bersama lampu standard cahaya siang hari, dan dibentuk oleh sekumpulan 14 LED yang diintegrasikan dalam lampu depan sehingga kelihatan mewah dan elegan.
 
Sementara di belakang Tiguan, anda dapat melihat perubahan dari desain lampu belakang. Reka bentuk badan Tiguan seirama dengan reka bentuk di hadapan dengan desain yang dinamik. Reka bentuk bampar dibuat lebih licin meski begitu tetap kelihatan moden dan mencirikan desain profil rendah namun tetap menarik perhatian dijalanan.
Didalam Tiguan, anda boleh melihat bagaimana hebatnya Volkswagen merancang desainnya yang sangat mewah, mudah, senang dioperasi dan mudah dilihat. Stereng Tiguan dilengkapi dengan suis yang boleh mengawal audio termasuk juga bila anda ingin menerima panggilan telefon, anda boleh menekan punat 'Phone' dan bunyi audio yang dimainkan akan senyap.



Ruang kargo Tiguan direka secara bersih dan cermat, dengan kemuatan lima penumpang, ianya mampu menampung 470 liter. Tahap maksima muatan kargo juga boleh mencapai 1,510 liter dengan maksima berat 670 kilogram.

Model keluaran terbaru ini menampilkan enjin 1.4 liter empat silinder TSI Twincharger dengan kuasa setinggi 160 bhp dan tork setinggi 240Nm. Profil prestasi ini dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan dimana ianya mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.9 saat, sebelum mencecah kelajuan puncak 198 km/j.

Dengan kombinasi terbaik teknologi TSI dan DSG, Tiguan berupaya mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 7.1 liter petrol untuk setiap 100km. Penjimatan ini ditingkatkan lagi menerusi sistem penghidup enjin start/stop automatik. Sistem ini menghalang enjin daripada melahu secara tidak perlu. Ia turut dilengkapi sistem brek janaan semula, di mana tenaga kinetik yang terhasil sewaktu memandu dan membrek akan diubah untuk mengecas bateri kenderaan. 

Keselesaan adalah salah satu tumpuan Volkswagen untuk memberi kepuasan kepada pemiliknya. Tempat duduk depan dilengkapi dengan pembantu pelarasan lumbar dan penyimpanan barang bagi setiap tempat duduk depan. Manakala tempat duduk belakang pula boleh dilipat secara penuh dan membolehkan pelanggan untuk menyimpan objek berukuran 2.5 meter panjang. Tiguan juga mempunyai ruang untuk kepala dan kaki badi penumpang yang duduk di depan dan di belakang.

Ukuran Tiguan baru ini mempunyai ketinggian 1703 mm tetapi ia mempunyai kelebaran 1.809 mm dan panjangnya 4,426 mm dengan trek yang ditetapkan pada 1,569 mm lebar di depan dan 1,571 mm lebar di belakang untuk membantu kestabilan semasa memandu.


Kereta ini mempunyai keselamatan yang sangat tinggi yang pernah mendapat penilaian lima bintang ujian kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) dibawah European Consumer Protection Organisation Euro NCAP. Volkswagen juga pernah dinamakan kereta 'Top Safety Pick' oleh The American IIHS (Insurance Institute for Highway Safety).

Untuk pengetahuan ramai, Tiguan terbaru ini dilengkapi dengan lima penahan diri kepala yang boleh di laraskan, dua bag udara depan, dua bag udara sampingan depan dan bag udara bagi bahagian kepala. Standard ISOFIX dipasangkan pada tempat duduk belakang untuk melengkapkan langkah-langkah perlindungan untuk kanak-kanak.

Pemilik kereta ini akan menikmati fungsi-fungsi standard seperti skrin sentuh berwarna RCD510, slot kad SD, sambungan AUX-In, sistem kawalan stereng serta kamera undur membuatkan ia sesuai untuk pemanduan di bandar dan macam-macam lagi. Slot USB tidak termasuk dalam model ini walaubagaimanapun sambungan AUX-in boleh digunakan sebagai alternatif untuk memainkan lagu dari teknologi media seperti iPod. Model ini juga mempunyai meja berlipat dan poket penyimpanan di belakang kerusi hadapan.

SUV ini menawarkan pemanduan yang dinamik dan menyeronokkan di bandar, selain selasa untuk perjalanan jauh.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai berita uji pandu Volkswagen Tiguan 1.4 TSI klik di bawah ini:  


 

Friday, August 22, 2014

Jemputan Sambutan Hari Raya & Pelancaran VW Tiguan 1.4 TSI

Orang ramai dijemput datang ke Bilik Pameran Volkswagen Brunei untuk menyaksikan pelancaran Volkswagen Tiguan 1.4 TSI pada 22hb hingga 23hb Ogos 2014 bertempat di Maju Motors Sdn Bhd, Simpang 16-8, No. 9, Kg. Beribi, Jalan Telanai.

Disamping itu juga, Volkswagen Brunei mengadakan rumah terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri di bilik pamerannya hari ini.

100 pelanggan Volkswagen pertama yang membeli sebuah Volkswagen Tiguan 1.4 TSI akan menerima baucar Coffee Bean & Tea Leaf.


Thursday, August 21, 2014

Uji Pandu Tiguan TSI 1.4 di Singapura

Media tempatan terdiri daripada wartawan akhbar dan blogger media social telah dijemput dan dibiayai sepenuhnya yang dianjurkan oleh Maju Motors Sdn Bhd dengan kerjasama Kumpulan Volkswagen Singapura bagi merasakan sendiri pengalaman memandu kenderaan Volkswagen Tiguan terbaru yang akan dilancarkan di Brunei tidak lama lagi.
 

Walaupun berada di Singapura secara singkat, pihak media tidak teragak-teragak untuk mengambil kesempatan besar membuat perjalanan pelbagai keadaan di beberapa kawasan di Negara yang popular dengan perdagangan antarabangsa itu.

Volkswagen Tiguan 1.4 TSI adalah kereta terbaru Volkswagen 2WD ke dalam segmen SUV kompak di pasaran Brunei Darussalam yang akan diperkenalkan oleh Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Volkswagen di Brunei Darussalam. Melihat bagaimana segmen ini berkembang dan mempunyai potensi yang kukuh, Volkswagen dengan cepatnya membangunkan model baru dari pengalaman membangunkan model Touareg yang lebih besar. 

Tiguan merupakan salah satu kereta yang paling berjaya dalam segmennya. Sebab utama untuk SUV menjadi satu kejayaan global adalah dari segi teknikal dan ekonomi. Tiguan kelihatan sangat dinamik, bergaya dan sportif memberikan kenikmatan sepenuhnya dalam pemanduan dari apa jua jenis persekitaran jalanan. 

Volkswagen telah membangunkan garis-garis Tiguan khususnya di bahagian hadapan dan belakang telah direka semula untuk mencerminkan 'reka bentuk DNA' Volkswagen yang ditandai dengan dominasi garisan melintang yang jelas. Garisan ini memberi Volkswagen Tiguan kelihatan sangat gagah dan berwibawa.


Seperti yang ada pada model Touareg, jeriji Tiguan dinaik taraf dengan dua ram krom berganda. Terutamanya boleh diperhatikan dari desain lampunya yang menyipit dilengkapi dengan lampu bi-xenon bersama lampu stndard cahaya siang hari, dan dibentuk oleh sekumpulan 14 LED yang diintegrasikan dalam lampu depan sehingga kelihatan mewah dan elegan.

Sementara di belakang Tiguan, anda dapat melihat perubahan dari desain lampu belakang. Reka bentuk badan Tiguan seirama dengan reka bentuk di hadapan dengan desain yang dinamik. Reka bentuk bampar dibuat lebih licin meski begitu tetap kelihatan moden dan mencirikan desain profil rendah namun tetap menarik perhatian dijalanan.



Volkswagen Tiguan dilengkapi dengan enjin empat silinder TSI Twincharger. Ianya sesuai dengan ciri-ciri SUV yang mempunyai profil prestasi tinggi dan tork setinggi 240Nm. Dengan adanya kapasiti sebanyak 1,390cc, enjin Tiguan boleh memberikan kuasa setinggi 160 bhp bersamaan 8.9 saat dari 0-100 km/j dan kelajuan tertinggi adalah 198km/j sebagai penanda baik dalam keluaran model Tiguan kali ini. Kekuasaan Tiguan dipadankan dengan transmisi DSG enam kelajuan membuatkan kereta ini sangat laju dan effisien. Ciri-ciri reka bentuk Tiguan yang paling utama ialah dua cengkaman basah yang dikawal dengan tekanan hidraulik. Susunan ini menyampaikan perubahan yang cemerlang dan lancar tanpa gangguan kuasa di antara gear.

Saya sangkakan apabila memandu sebuah Volkswagen Tiguan, saya berfikiran model yang mempunyai kuasa rendah akan memberi prestasi yang biasa sahaja, pada akhir sesi uji pandu itu, saya berasa kagum sekali lagi dengan kejuruteraan Jerman dan prestasi (selaras dengan kuasa, memang sudah tentu) hebat. Dengan Tiguan 1.4 TSI, setelah mengetahui semasa sidang media bahawa model ini mempunyai enjin Twincharger, saya tidak sabar untuk mencubanya kerana saya teringat pengalaman saya dengan model sebelum ini. Dan juga saya tertarik pada kereta ini adalah ia sebuah SUV yang merupakan jenis kenderaan kegemaran saya.



Dengan menekan sistem kunci pintar Start/Stop, uji pandu bermula dari Bilik Pameran Volkswagen Singapura menuju ke beberapa tempat menggunakan pelbagai jenis jalanan termasuk lencongan, bukit, jalan ruang yang sempit, kawasan lebuh raya dan kawasan bandar untuk merasakan kehebatan dan prestasi Tiguan baru itu.

Sepanjang perjalanan uji pandu itu, pihak Mantuka.com boleh merasakan keselesaan dari segi ruang Tiguan yang begitu luas. Didalam Tiguan, anda boleh melihat bagaimana hebatnya Volkswagen merancang desainnya yang sangat mewah, mudah, fungsional dan mudah dilihat. Stereng Tiguan dilengkapi dengan suis yang boleh mengawal audio termasuk juga bila anda ingin menerima panggilan telefon yang dapat disambung melalui sambungan Bluetooth. Ruang kargo Tiguan direka secara bersih dan cermat, dengan kemuatan lima penumpang, ianya mampu menampung 470 liter. Tahap maksima muatan kargo juga boleh mencapai 1,510 liter dengan maksima berat 670 kilogram.



Keselesaan adalah salah satu tumpuan Volkswagen untuk memberi kepuasan kepada pemiliknya. Tempat duduk depan dilengkapi dengan pembantu pelarasan lumbar dan penyimpanan barang bagi setiap tempat duduk depan. Manakala tempat duduk belakang pula boleh dilipat secara penuh dan membolehkan pelanggan untuk menyimpan objek berukuran 2.5 meter panjang.


Enjin dengan induksi paksa dilakukan dengan baik ketika memandu pada ketinggian seperti kawasan bukit. Salah satu tanggapan saya sepanjang pemanduan itu ialah kelancaran enjin dan pada mulanya, saya menyangka bahawa dengan pecutan kecil kereta itu tidak begitu cepat. Dan kemudian apabila saya melihat meter kelajuan, kelajuan itu sebenarnya lebih cepat daripada apa yang saya sangkakan. Generasi tork Tiguan adalah sangat lancar dan ia hanya terus memecut tanpa goyah atau kehabisan nafas.

Bergantung kepada bagaimana anda memandu, penggunaan bahan api boleh berada di mana sahaja di antara 6.0-8.9 liter pada 100 kilometer dengan tangki 64 liter. Tetapi kebanyakan pemilik model yang mempunyai enjin TSI sering mengatakan mereka tidak boleh mendapatkan bahan api secara ekonomi dan ia bukan sebab enjin tidak berjalan dengan lancar. Ia biasanya kerana pemandu tidak dapat menahan menikmati kuasa sistem Twincharger yang memberi prestasi yang cepat. Dalam keadaan sedemikian, anda tidak boleh mengharapkan penggunaan untuk menjadi yang baik tetapi jika anda memandu pada kelajuan sederhana di sekitar bandar, maka ia harus berjalan dari segi ekonomi. Untuk membantu mengurangkan pemakaian liter, Tiguan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti penutupan enjin automatik dalam tempoh masa yang lama berhenti apabila menekan brek dan enjin akan hidup semula apabila anda menekan minyak.

Dengan kebanyakan SUV, gaya memandu perlu sederhana kerana kenderaan ini adalah tinggi kerana tambahan ruang di bawah kereta begitu juga Volkswagen Tiguan yang juga memerlukan pertimbangan yang sama. Ukuran Tiguan baru ini mempunyai ketinggian 1703 mm tetapi ia mempunyai kelebaran 1.809 mm dan panjangnya 4,426mm dengan trek yang ditetapkan pada 1,569 mm lebar di depan dan 1,571 mm lebar di belakang untuk membantu kestabilan. Dan mungkin dengan gabungan ketinggian dan lebar platform ini memberikan pengendalian melebihi purata (average) untuk sebuah SUV.



Semasa perjalanan lurus, penulis mendapati kereta ini bukan sahaja mempunyai prestasi yang menakjubkan semasa dalam perjalanan bahkan, kereta ini mempunyai keselamatan yang sangat tinggi yang pernah mendapat penilaian lima bintang ujian kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru (NCAP) dibawah European Consumer Protection Organisation Euro NCAP. Volkswagen juga pernah dinamakan kereta 'Top Safety Pick' oleh The American IIHS (Insurance Institute for Highway Safety).

Untuk pengetahuan ramai, Tiguan terbaru ini dilengkapi dengan lima penahan diri kepala yang boleh di laraskan, dua bag udara depan, dua bag udara sampingan depan dan bag udara bagi bahagian kepala.

Bercakap mengenai sistem brek yang dipertingkat pada Tiguan ini banyak membantu terutama apabila berdepan dengan keadaan yang tidak terduga ketika pemanduan dengan tindak balas yang cepat.

Pemilik kereta ini akan menikmati fungsi-fungsi apa yang dipandu di Singapura seperti skrin sentuh berwarna RCD510, dengan slot kad SD, AUX-In, sistem kawalan stereng serta kamera undur membuatkan ia sesuai untuk pemanduan di bandar. Slot USB tidak termasuk dalam model ini walaubagaimanapun sambungan AUX-in boleh digunakan sebagai alternatif untuk memainkan lagu dari teknologi media seperti iPod.