Showing posts with label Nissan X-Trail. Show all posts
Showing posts with label Nissan X-Trail. Show all posts

Sunday, June 23, 2019

Uji Pandu Nissan Terra, Elgrand & X-trail: 'Media Eksklusif 1 on 1 Drive'


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.


Nissan Brunei telah menjemput media-media cetak dan media sosial untuk mengikuti acara uji pandu ‘Media Eksklusif 1 on 1 Drive’ yang berlangsung di Bilik Pameran Automagination di Perindustrian Lambak Kiri.

Para media termasuk team Mantuka diperkenalkan dengan tiga jenis model terbaru dari Nissan iaitu Nissan X-Trail, Terra dan Elgrand. Selain menjalankan uji pandu secara berkonvoi ke beberapa destinasi, para ahli kakitangan Nissan Brunei yang berpengalaman juga sedikit-sebanyak menerangkan fungsi terkini mengenai teknologi-teknologi terkini dari Nissan yang disampaikan oleh Han Ming Kwang dan Awang Khairul.




NISSAN X-TRAIL


Nissan X-Trail adalah model SUV yang direka dengan desain progresif, ruang dalam yang luas dan menawarkan keselesaan menjana kepada penggunaan pengangkutan seharian.

Model terbaru ini disediakan dengan dua jenis varian iaitu 2.0L 2WD dan 4WD dengan teknologi CVT. Bukan sahaja X-Trail boleh memuatkan 5 penumpang  bahkan ruang penyimpanan bagasi juga disediakan dengan ruang yang luas.



Antara yang menarik dengan model ini, ruang pintu dimensi kereta ini boleh membuka luas sehingga  80 darjah. Tempat duduk menggunakan konsep Theater dibahagian empat duduk barisan dua dan tiga secara bertingkat serta tempat duduk membantu Spinal Support.

Tidak juga lupa, melalui Nissan Safety Shield, keselamatan X-Trail mempunyai rangka besi kabin yang kuat menggunakan High Strength Steel kepada 49 peratus.



NISSAN TERRA



Nissan Terra juga menjadi tarikan masyarakat sebagai tren masa kini, Nissan Brunei dibawah syarikat Boustead Sdn Bhd menyediakan tiga jenis varian iaitu 2.5L 2 WD transmisi Manual, 2.5L 2WD Automatik 7-Kelajuan sebagai spesifikasi Tinggi dan 2.5L 4WD Automatik 7-kelajuan sebagai model Premium.




Terra yang berbadan besar dimuatkan enjin 4 Silinder, 16V Turbocharged yang memberi kuasa menakjubkan terutama dalam perjalanan jauh menggunakan Intelligent 4X4. Selain mempunyai tempat duduk yang luas, Terra mampu menjalai pelbagai jenis halangan melalui teknologi Nissan Intelligent Mobility seperti Intelligent Around View Monitor (IAVM), Lane Departure Warning (LDW), Hill Start Assist (HAS), Hill Descent Control (HDC) dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

Dari sistem keselamatan, model ini turut dilengkapi enam beg udara di bahagian depan, sisi depan dan di sisi, sistem kawalan Traction dan Sistem Vehicle Dynamic Control (VDC), Anti-Lock Brake System (ABS), Electronic Force Distribution (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Model ini juga dianugerahkan dengan ASEAN NCAP 5-Bintang.




NISSAN ELGRAND



Perjalanan jauh sekarang tidak menjadi masalah, memperkenalkan Nissan Elgrand jenerasi baru yang memberikan kombinasi antara kemewahan dan kekeluargaan didalam sebuah kereta.

Ramai sudah mengetahui akan kehebatan Elgrand di Negara Brunei Darussalam sejak 1997 dan sehingga kini Elgrand yang juga dipanggil sebagai ‘Raja MPV’ menjadi pasaran popular bagi MPV yang dikatakan mewah.



Elgrand ni tidak mempunyai perubahan dibahagian luar berbanding dengan Elgrand jenerasi sebelumnya, walaubagaimanapun kereta tersebut mempunyai banyak berlainan dikawasan dalam yang mana dilengkapi dengan ‘Eco Mode’ membolehkan pemanduan berkonsepkan ecological dan economical.

Kuasa enjin pula dimuatkan dengan jenis VQ35DE 3.5L dengan teknologi penjimatan minyak kepada 9.4km/L diuji oleh (Japanese Test Cycle: JC08). Tambahan lagi, Elgrand terbaru ditambah dengan kawalan enjin optimum dan sistem kawalan spontan transmisi CVT bagi memberikan kuasa pergerakan kereta secara halus dan jimat minyak.



Tambahan lagi, pergerakan pusingan kereta kepada 5.7m radius semasa membuat pusingan. Perjalanan jauh seperti menuju ke Negara jiran akan lebih menyeronokkan setelah Elgrand terbaru ini dipasang dengan sistem monitor dengan alat dengar tanpa wayar khas bagi penumpang yang duduk dibelakang. Elgrand juga mengutamakan keselesaan pemanduan dan penumpangnya yang mana tempat duduk boleh di sesuaikan (adjust) mengikut kemahuan penumpang.


Wednesday, November 5, 2014

Pelancaran Nissan X-Trail 2014

Orang ramai membanjiri Bilik Pameran Nissan di Beribi bagi menyaksikan lebih dekat pelancaran rasmi kereta terbaru Nissan X-Trail yang berlangsung minggu lepas. Pelancaran ini mencatatkan satu lagi sejarah baru bagi Syarikat Boustead Sendirian Berhad.

Pelancaran di Bilik Pameran Boustead Sendirian Berhad Beribi telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Boustead Sendirian Berhad, Dato Lim Beng Thai bersama Pengurus Jualan, Tan Teck Hock manakala pelancaran di cawangan Kuala Belait pula disempurnakan oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee.

X-Trail 2014 ditampilkan dengan ruang dalaman yang lebih besar sekali gus memberikan keselesaan yang diinginkan kepada pemandu dan juga penumpang. Dengan berat bagi model terbaru ini 103 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya berikutan badannya kini diperbuat daripada keluli berkualiti tinggi, ia turut menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar.

Reka bentuk terbaru yang ditampilkan baik dari segi dalaman dan luaran telah menjadikan model ini lebih menarik berbanding model sebelumnya. Bahagian hadapan X-Trail 2014 kini tampak lebih ganas dengan bentuk lampu LED terbaru yang lebih mencuri tumpuan. Bahagian belakang kereta ini juga ditampilkan dengan sentuhan terbaru sekali gus mewujudkan penampilannya yang lebih meyakinkan.

Nissan X-Trail 2014 juga dilengkapi dengan Kawalan Pemanduan Aktif ('Active Ride Control') yang berfungsi mengesan permukaan jalan di hadapan bagi mengenal pasti bentuk permukaan rata atau sebaliknya yang kemudian memberikan isyarat kepada kawalan suspensi bagi mengekalkan keseimbangan. Model terbaru ini juga ditampilkan dengan Sistem Brek Enjin Aktif ('Active Engine Brake') bagi mengawal tindakan membrek untuk mengurangkan kelajuan terutama apabila membelok.

Untuk mengetahui spesifikasi enjin dalam model terbaru X-Trail ini atau untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut bolehlah mengunjungi bilik pameran Boustead Sendirian Berhad semasa waktu pejabat.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Nissan X-Trail 2014.



Thursday, October 30, 2014

Jemputan Uji Pandu Nissan X-Trail dan Backpacking di Perth, Australia (Part 2)

Sambungan dari Part 1....

Hari Kedua

Penerokaan kami diteruskan dari Havanna Villa ke destinasi seterusnya ke Pemberton. Disini, penulis Mantuka mengambil kesempatan untuk memandu Nissan Xtrail serba baru itu.

X-Trail 2014 berukuran 10mm lebih panjang (4,640mm) daripada model generasi sebelumnya, dan mempunyai 76mm dari segi jarak roda lebih panjang yang akan membantu dan memberikan lebih banyak ruang di dalamnya seperti ruang badan dan kaki. Model baru ini juga lebih luas 35mm dan 5mm lebih rendah daripada generasi sebelum ini dan ketinggian dari jalan dikekalkan pada 200mm.

Model baru ini juga mempunyai 103kg lebih ringan daripada model sebelumnya. Kereta ini terasa ringan semasa memandu sepanjang perjalanan kami. Ianya tidak terasa berat dan mengheret apabila dijalankan. Keringanan X-Trail adalah dari kekuatan ultra tinggi kekuli yang kini merangkumi 49 peratus daripada tubuh pembinaan X-Trail, membuatkan strukturnya yang lebih ringan dan lebih kuat dari model sebelumnya.

Di hujung depan X-trail, menggabungkan bentuk kompleks dengan gril depan yang berbtentuk seperti bentuk 'V' ditambah dengan teknologi LED pintar dipotong ke dalam bumper, pintar menyisir bahagian atas dan bawah tubuh X-trail. Gabungan lampu begitu terperinci, dengan perubahan terbaru dibahagian lampu hdapan baru yang menarik bagi memberikan X-Trail serba baru rupa berlainan dari model-model lainnya. Di belakang X-Trail pula menggabungkan isyarat gaya baru dengan sentuhan Nissan yang sedia ada. Gabungan lampu belakang memaparkan bentuk 'boomerang', dengan ciri-ciri yang memberikan penampilan visual yang kuat.

Seperti bahagian luar, bahagian X-Trail serba baru itu telah mengalami perubahan yang dramatik. Dengan lebih banyak ruang, ergonomik yang lebih baik dan pelbagai ciri-ciri premium yang baru, ia menetapkan standard baru untuk keselesaan dan kelengkapan dalam sektor SUV.

Kawasan papan pemuka utama menggabungkan teknologi canggih dengan navigasi yang pintar di papan pemuka pemandu, sekali gus, membolehkan pemandu untuk menumpukan perhatian di jalan raya di hadapan. Dashboard split-level telah direka untuk menjadi lebih jelas dan mudah untuk dinavigasi, dengan konsol tengah menempatkan kedua-dua sistem infotainment dan kawalan pengudaraan.

Kombinasi meter ('Combimeter') direka semula untuk mempunyai paparan Advanced Drive-Assist, dimana paparan skrin besar lima inci berwarna terletak di antara dua dials utama. Ianya memaparkan maklumat dengan resolusi tinggi, antara sumber-sumber lain, sistem keselamatan X-Trail serba baru, telah direka bahawa pemandu boleh menerima amaran tanpa perlu mengalih perhatian mereka jauh dari jalan raya.

Kualiti dan perhatian terhadap reka bentuk melambangkan reka bentuk Nissan crossover, manakala, dibahagian kabin pula dilengkapi dengan pelbagai bahan-bahan yang berkualiti tinggi, termasuk krom, kulit leather berwarna piano hitam yang dijahit secara kontras. Untuk meningkatkan lagi keselesaan kepada penumpang, Nissan telah secara teliti memeriksa setiap permukaan di mana pemandu dan penumpang boleh berinteraksi dan menyentuh kereta berkenaan. secara amnya, pad pintu tempat letak tangan dan konsol tengah pad dibuat menjadi lebih tebal dan selesa. Sentuhan lain termasuk kotak simpanan besar antara kerusi yang cukup besar untuk menyimpan iPad atau tablet 10-inci.

Dalam perjalanan ke Albany Gap Natural Bridge, kami membuat beberapa perhentian untuk mengambil gambar di beberapa tempat yang mempunyai pemandangan indah. Kereta Nissan X-trail ternyata sangat responsif dan stabil di sepanjang jalan yang rata, banyak selekoh dan berbukit menuju ke Albany Gap Natural Bridge yang terletak di semenanjung Torndirrup yang menaungi Albany dari Lautan Selatan yang hebat.

Sapanjang pengalaman penulis memandu kereta X-trail tersebut, kereta ini mempunyai enjin yang sangat berkuasa dan fleksibel. Ini disebabkan X-trail baru mempunyai fungsi drivetrain di mana Nissan telah menggunakan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan pengalaman memandu dan pemilikan. Teknologi ini juga memberikan penggunaan bahan api secara ekonomi dan mengurangkan pelepasan berbanding dengan model sebelumnya. 

X-Trail serba baru ini juga dikuasakan oleh enjin empat silinder MR20DD yang menjana 200Nm tork. Selaras dengan pendekatan Nissan untuk pengecilan enjin lebih cekap dan bersih. Dengan mengurangkan kuasa desakan di jalan, X-Trail serba baru memberikan prestasi yang sangat baik dari generasi terbaru dengan pengecilan enjinnya, ianya juga memberikan kelajuan enjin yang lebih besar dengan ekonomi dan pengeluaran unit yang lebih kecil.

Di antaranya adalah loop sejuk ('cold-loop'), tekanan rendah sistem peredaran semula gas ekzos yang mengitar semula gas ekzos pada suhu yang lebih rendah untuk mengurangkan pelepasan nitrogen oxide dan karbon dioxida. Unit enjin juga mempunyai ciri-ciri yang dioptimumkan pengurusan termal yang membolehkan enjin untuk mencapai suhu operasi yang jauh lebih cepat. Tambahan lagi, ianya mengurangkan kerugian desakan apabila bermula dari sejuk dan meningkatkan kecekapan bahan api. 

Nissan X-Trail baru dipadankan dengan transmisi XTronic yang memberikan pengalaman pemanduan yang lancar dan semulajadi. Walaupun semasa pecutan yang lebih lembut, nisbah secara halus menyesuaikan untuk memberikan kelancaran muktamad. Ini bermakna transmisi XTronic menawarkan yang terbaik untuk pemandu, dengan penghantaran kuasa yang rendah dan halus serta prestasi secara langsung semasa memandu dengan pecutan yang lebih tinggi.

Disamping itu juga, Nissan X-Trail merupakan salah satu kereta yang berteknologi tinggi dalam sektornya. Semua ciri-ciri X-Trail memiliki manfaat praktikal untuk memberi kemudahan untuk pemandu dan penumpang. Pemandu juga mendapat manfaat dari salah satu paparan meter 5 inci TFT berwarna yang menggabungkan 12 paparan grafik yang mudah diakses. Ianya menawarkan nasihat dan peringatan yang meliputi kelajuan purata dan kelajuan sebenarnya, lane departure, kandungan audio, amaran tekanan tayar, amaran objek yang bergerak dan banyak lagi. Kereta ini juga menawarkan monitor pemandangan sekeliling ('around view monitor') untuk kemudahan meletakkan kereta.


Berhubung dengan keselamatan Nissan X-Trail, pakej keselamatan pelindung ('Safety Shield Package') X-Trail baru menggunakan teknologi terkini dan menyeluruh dalam sektornya, dengan pelbagai sistem automatik yang menggabungkan untuk menawarkan tahap perlindungan pemandu dan penumpang yang luar biasa.

Apabila sampai di Albany Gap Natural Bridge, kami disambut dengan kedengaran bunyi laut dan ombak serta batu-bata berbagai saiz. Tempat letak kereta yang besar hanya 100 meter dari platform pemandangan dan trek kecil menuju ke The Gap dan Natural Bridge untuk kemudahan akses telah disediakan untuk pengunjung serta beberapa papan tanda keselamatan juga disediakan untuk peringatan apapun yang mungkin muncul di sepanjang laluan bagi keselamatan pengunjung. Jambatan Alam (Natural Bridge) adalah formasi granit yang disebabkan oleh ombak dari Lautan Selatan Besar mengukir batu tersebut secara bertahap dari masa ke semasa. Pembentukan jambatan semula jadi adalah dari kekuatan laut. Dari masa ke masa, laut telah mengukir jambatan ke muka batu. Ia adalah jelas untuk melihat dengan tepat bagaimana ombak datang bergulir di laut dan ke dalam lubang yang telah dibuat. Disinilah tempat Australia dan Antartika dipisahkan kira-kira 45 juta tahun dahulu apabila bahagian terakhir dari benua besar pecah. Batu-batu yang berdiri sekarang adalah apa yang tertinggal ketika benua berpisah. Hari ini, pembentukan batu di pantai selatan Australia masih dapat dipadankan dengan batu-batu yang serupa di pantai utara Antartika berhampiran Pulau Windmill.


Seterusnya kami menuju ke Light House dan ke Cable Beach berhampiran lokasi Albany Gap Natural Bridge. Cable Beach hanya boleh diakses melalui tangga yang diperbuat dari kayu yang juga boleh disebut sebagai sedikit mendaki.


Kemudian, kami meneruskan perjalanan menuju ke Agusta tetapi berhenti di Manjimup oleh sebab matahari mula terbenam. Pada mulanya, kami ingin bermalam di Agusta, walaubagaimanapun, perjalanan kesana mengambil masa tiga jam lagi dan rakan tempatan tidak mensyorkan memandu di waktu malam kerana kanggaru biasanya akan muncul secara mengejut dan boleh menyebabkan kemalangan. Kami akhirnya memutuskan cadangan untuk pergi ke Pemberton, iaitu kira-kira setengah jam memandu dari Manjimup. 

Perjalanan menuju balik ke Pemberton di waktu malam adalah sangat mengerikan oleh sebab jalan dikelilingi oleh hutan dan beberapa lampung kecil yang datang dari kabin perkhemahan, akhirnya kami pun sampai ke destinasi dimana kami bermalam di Karri Forest Motel dimana kami berbarbeku di sebuah pondok luar chalet kami.


Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pelancaran Nissan X-Trail akan berlangsung pada 31hb Oktober 2014 pada 6 petang di Bilik Pameran Nissan, Beribi, Gadong. Beberapa hidangan dan aktiviti seronok akan menanti kehadiran anda.

Layari berita untuk Episod terakhir seterusnya di Part 3.



Wednesday, October 22, 2014

Jemputan Uji Pandu Nissan X-Trail dan Backpacking di Perth, Australia (Part 1)

Tiket penerbangan? Ada! Passport? Ada! Kelengkapan Kamera pun Ada!

Buat kali pertamanya penulis Mantuka dibawa ke Australia untuk membuat uji pandu khas kereta keluaran terbaru Nissan X-Trail 2015 yang akan dipasarkan ke Negara Brunei Darussalam.

Program uji pandu di Perth merangkumi perjalanan sejauh lebih 1,000 kilometer dipersisiran pantai dan pendalaman (Outback) meneroka negara tersebut secara 'backpacking' yang tidak pernah dijalani dengan hanya menggunakan kereta Nissan X-Trail terbaru dan sistem navigasi GPS. Perjalanan selama lima hari bermula dari 6 hingga 12 Oktober lalu.

Pengembaraan juga turut disertai oleh penulis dari Borneo Bulletin dan dua wakil dari Syarikat Boustead Sdn Bhd, Jonathan Yap dan Julia Farhanah. Kesemua program ini dibiayai sepenuhnya oleh Syarikat berkenaan selaku pengedar tunggal Nissan di Brunei Darussalam.

Pengembaraan kali ini adalah untuk mencuba keluaran kereta terbaru Nissan X-Trail serba baru sebagai sebuah kereta Sport Utility Vehicle (SUV) yang direka khas secara terperinci menjadikan sebuah kereta tahan lasak, berteknologi dan mempunyai kemudahan untuk perjalanan jauh.

Dalam episod pertama ini, penulis akan menerangkan secara terperinci perjalanan kami selama lima hari pengembaraan di Australia. Dengan maklumat ini, pembaca bukan sahaja dapat mengetahui akan kehebatan X-Trail terbaru bahkan memudahkan keluarga yang ingin melancong ke Perth dengan kos perbelanjaan yang rendah.

Hari Pertama :

Pada mulanya, penerbangan kami menggunakan Penerbangan Singapura bertolak dari Negara Brunei Darussalam pada jam 11.55 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada pukul 2.05 petang, dimana kami harus menunggu untuk penerbangan seterusnya yang mengambil masa selama 10 jam untuk berlepas ke Perth, Australia.

Sementara menunggu penerbangan itu, penulis mengambil kesempatan itu untuk berkongsi penerokaan penulis semasa di Singapura yang ditemani oleh saudara penulis yang bertugas disana. Satu-satunya yang mesti menyampaikan hajat penulis ialah membeli Ais Krim Wafer yang terkenal di Singapura. Di Singapura, penjual ais krim berada pada kedudukan yang strategik untuk mengambil kesempatan daripada lalu lintas kaki dan banyak yang berada di Orchard Road.

Biasanya penjual aiskrim dikendalikan oleh penjual warga emas yang jarang memberi senyuman kepada pelanggannya. Ais krim datang dalam blok yang dipotong tebal dan di cantumkan dengan dua roti wafer atau sepotong roti pelangi lembut yang berwarna-warni menjadi seperti sandwic ais krim untuk pelanggannya. Sesetengah penjual menjual ais krim dalam cawan dan kon tetapi wafer adalah setakat ini yang paling popular walaupun harganya dalam lingkungan SG$1.00 ke SG$1.50 satu.

Sebelum ini, penulis pernah mencuba ais krim dalam roti pelangi, tetapi selepas mencuba ais krim wafer, penulis tidak kembali kepada roti. Bagi penulis, satu wafer ais krim adalah sebagai penawar selepas berjalan di sekitar Orchard Road diwaktu malam yang dalam hawa panas dan kelembapan. 

Penerbangan SQ225 berlepas tepat pada waktunya pada jam 12.05 tengah malam itu dipenuhi dengan penumpang di barisan Ekonomi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang lima jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Australia pada jam 5.15 pagi keesokkan harinya. Kapal terbang mendarat terasa sedikit kasar memberi hati penulis gementar setelah beberapa kes yang berlaku di dunia mengenai kes-kes penerbangan yang malang. Tetapi, Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Perth. Cuasa pada masa itu sangat baik dengan suhu serendah 9 degrees.

Sebaik mendarat, Perwakilan Boustead menguruskan persewaan kereta ke salah satu agen kereta sewa dan membuat tempahan Nissan X-Trail dan alhamdulillah berjaya menempahnya tetapi harus menunggu beberapa jam untuk sampai kepada rombongan kami.

Sementara menunggu kereta tersebut, salah satu daripada rakan wakil Nissan yang tinggal di Perth berkesempatan untuk membawa kami meneroka Bandar Perth. Kami mempunyai sarapan pagi yang indah di Toast yang terletak di Claisebrooke Cove di Perth Timur berdepanan dengan sungai dan perumahan pembangunan semula yang bernilai sekurang-kurangnya AUD$1 juta. Selepas sarapan pagi, tenaga pun dipulihkan, kami meneruskan perjalanan berjalan kaki di sepanjang tepi jalan ke Bandar Perth sambil melihat suasana yang asing. Tempatnya sangat bersih dan teratur, kelihatan beberapa orang Aborigin yang bersantai di suatu taman tempat kami lintasi. Orang berkerja nampak teratur dan prihatin dengan sekelilingnya. Orang Australia begitu peramah selalu memberi ucapan dan bertanyakan khabar dengan senyuman yang ikhlas dimuka mereka.

Akhirnya kami pun sampai ke satu taman yang luas sekali dimana Bandar Perth dan sungai dengan perumahan yang bernilai tinggi disebarang sungai adalah antara pandangan indah pada pagi itu. Mencium bau segar di pagi hari, suhu cuaca menjadi panas, walaupun penat dari kurang tidur kami masih ingin meneruskan perjalanan kami ke Bandar Perth.

Dalam perjalanan itu, kami kedengaran bunyi lonceng dan terus menuju ke Bell Tower. Bell Tower terletak di Riverside Drive menghadap ke Sungai Swan, ianya adalah salah satu tarikan pelancong yang unik dan mesti dikunjungi oleh pelancong. Penuh dengan kandungan bersejarah yang menarik dan menawarkan reka bentuk yang unik dan tersendiri - akibat daripada persaingan seni bina utama - ia telah menjadi ikon untuk Perth dan Australia Barat.

Lonceng bersejarah ini telah diberikan kepada rakyat Australia Barat sebagai sebahagian daripada perayaan kebangsaan Bicentennial pada tahun 1988. Antara yang menyifatkan Bell Tower termasuk dua belas lonceng St Martin-in-the-Fields, yang direkodkan sebagai wujud dari sebelum abad ke-14 dan menghitung kembali pada abad ke-16 oleh Queen Elizabeth I. Lonceng sekali lagi menyusun semula antara 1725 dan 1770 oleh tiga generasi keluarga Rudhall sebagai pengasas lonceng dari Gloucester di England, di bawah perintah Prince of Wales yang kemudian dinobatkan sebagai Raja George II. Mereka adalah salah satu daripada beberapa set lonceng diRaja dan orang-orang yang diketahui untuk meninggalkan England. Lonceng paling lama di Australia memaparkan lonceng gergasi seberat 459KG dan sejak 1550!


Perjalanan diteruskan menuju ke Bandar Perth dimana kami di kelilingi oleh orang ramai berbagai bangsa. Bunyi suara nyanyian yang merdu di luar pusat membeli-belah menarik perhatian orang lalu lintas. Ada yang duduk rehat di kerusi bangku yang disediakan, ada yang berdiri-diri menyaksikan persembahan jalanan itu, dan ada yang tidak kisah dengan apa yang berlaku dan terus menuju kearah yang mereka hajati. Kami menuju ke Telstra untuk membeli SimKad Australia bagi kemudahan berhubung antara kami dan keluarga di Brunei.


Oleh sebab masa yang singkat, kami harus balik ke Lapangan Terbang Perth untuk mengambil kereta yang disewa. Kami menaiki CAT Bus yang beroperasi sepanjang hari, setiap hari. Bas-bas CAT moden berjalan di tiga laluan yang meliputi semua bahagian bandar dan berkodkan warna dan dirujuk sebagai laluan Merah, laluan Biru dan laluan Kuning. Peta yang menunjukkan laluan yang berasingan dan tempat berhenti boleh didapati di kiosk maklumat mereka di Forrest Place atau di mana-mana tempat maklumat pelancongan di sekitar bandar. Perhentian bas CAT mempunyai tempat pendirian khas dan maklumat masa secara tepat dan langsung akan memberitahu anda apabila bas seterusnya akan sampai. Perkhidmatan ini adalah secara percuma.


Dalam Bas tersebut, kami menaiki Bas CAT laluan Kuning dimana kami menuju balik ke tempat letak kereta di Claisebrooke Cove. Kemudian, kami pun menuju balik ke Lapangan Terbang Perth.

Apabila menuju ke tempat letak kereta, dari jauh penulis boleh kenal Nissan X-Trail yang akan digunakan. Kami memuatkan bagasi kami di bonet yang luas, pasang navigasi GPS Garmin dan memasukkan alamat yang hendak dituju, camera kereta dipasang untuk merekod perjalanan kami, dan akhirnya perjalanan kami bermula disini menggunakan kereta Nissan X-Trail baru yang akan dilancarkan di Brunei tidak lama lagi.


Sepanjang perjalanan itu, Jonathan Yap salah seorang kakitangan Boustead Sendirian Berhad menerangkan mengenai kereta tersebut untuk pengetahuan kami. Nissan X-Trail adalah sebuah kenderaan Sport Utility Vehicle (SUV) yang menambah gaya crossover dan kecekapan, reka bentuk yang menarik, teknologi inovatif dan keselesaan yang luar biasa dan praktikal.

X-Trail menggabungkan kekuatan dan semangat pengembaraan. Profil elegan dan sportif juga mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri reka bentuk baru dan butiran terperinci, termasuk lampu depan baru yang boleh didapati dengan LED sebagai standard pada model gred tinggi dan tandatangan LED tersendiri yang membuat kereta tersebut boleh dikenal pasti pada waktu malam. Butiran lain termasuk tailgate berkuasa dan bumbung panorama pembukaan kuasa.


Dalamannya pula, X-Trail menawarkan persekitaran yang baru untuk penghuninya. Direka untuk 7 tempat duduk, kabin yang mempunyai susun atur tempat duduk teater untuk memastikan setiap penumpang mempunyai pandangan yang hebat. Ciri-ciri bahan-bahan premium dan reka bentuk pintar di seluruhannya, X-Trail menetapkan standard baru untuk akses ke tempat duduk belakang, ruang untuk pilihan penumpang ketiga dan teknologi dalam kereta.

X-Trail serba baru ini dikuasakan oleh enjin MR20DD yang kuat tetapi sangat berjimat dari segi penggunaan bahan api ekonomi dan optimum dengan penghalusan yang sangat baik, pada setiap kelajuan. Kereta ini datang dengan bentuk 2WD dan 4WD. Nissan generasi terkini mempunyai transmisi SEMUA MOD 4x4-i. Bersama-sama dengan Sistem Kawalan Chassis (Chassis Control System) baru Nissan dan Keselamatan Perisai Nissan (Nissan Safety Shield), drivetrain baru X-Trail menyediakan pemandu dengan ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh dan keselesaan yang memastikan setiap perjalanan adalah menyeronokkan.


Perjalanan menuju ke Albany mengambil masa 7 jam di jalanan dan dua perhentian untuk membeli sedikit makanan dan minum petang. Sepanjang perjalanan itu, kami melintasi beberapa kampong kecil, ladang-ladang sepanjang perjalanan kami yang dipenuhi dengan berbagai binatang. Kami tiba di Havana Villas pada jam 8 malam dan suhu cuaca pada masa itu adalah 15 degrees tetapi kerasahan lebih sejuk oleh sebab angin dari laut.

Havana Villas terletak hanya 80m dari Pantai Emu dan keselesaan berjalan-jalan dari Middleton Bay yang bertaraf dunia, lokasinya sangat menakjubkan. Kitaran tepi pantai yang indah dan bersih, anda boleh berjalan-jalan disini bermula dari pintu Chalet anda dan pelbagai jenis basikal boleh disewa di tapak tersebut. Lokasinya melarikan diri dari trafik yang bising di lebuh raya, dan anda boleh datang dan tidur mendengarkan bunyi lautan kerana Havana Villas hanya 80m dari pantai tetapi masih hanya 8km dari kesibukan Jalan York. Penginapan disini adalah sangat berpatutan dengan segala yang anda perlukan untuk percutian di Albany.

Albany mempunyai banyak tempat untuk melancong dan melakukan apa sahaja tertakluk pada minat anda. Kami dibantu oleh Pemilik Havana Villas yang baik hati dan mesra, beliau memberikan nasihat mengenai tempat-tempat pelancongan di Albany yang harus kami lihat. Havana Villas adalah tempat yang tenang dan sesuai untuk diterokai.



Chalet kami boleh memuatkan 9 orang dewasa. Ianya mempunyai dua bilik penginapan, satu bilik mandi, dapur dan bilik tamu secara terbuka. Segala pinggan mangkuk, cawan, kutleri, dan peralatan memasak sudah disediakan. Kawasan barbeku menggunakan gas dengan gazebo dan bangku taman turut di sediakan di tapak tersebut dan banyak lagi.

Hari pertama kami berakhir disini. Ikuti Mantuka.com untuk berita Part 2 dan Part 3 (terakhir).