Showing posts with label Suzuki Swift. Show all posts
Showing posts with label Suzuki Swift. Show all posts

Saturday, December 8, 2018

Promosi Suzuki: 'FEEL the Extra 4 the WIN'

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Rebut promosi terkini dari Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal Suzuki di Negara Brunei Darussalam, 'FEEL the Extra 4 the WIN' dengan menuju ke bilik pameran mereka. Promosi ini bermula dari 5 Disember 2018 hingga 31 Januari 2019.

Hadiah utama berupa baucar wang tunai sebanyak $8,888 menanti pemenang bertuah untuk memenangi hadiah tersebut. Hadiah kedua dan ketiga terdiri daripada baucar wang tunai $1,088 dan $888.

Dengan membeli mana-mana model Suzuki tidak termasuk Suzuki Jimny dan Super Carry dalam tempoh promosi ini, pelanggan akan layan mengikuti promosi tersebut. Di samping itu juga, dengan membeli aksesori kepada Suzuki yang baru dibeli akan meningkatkan peluang awda untuk memenangi hadiah utama.

Cabutan awal akan diadakan pada Februari 2019 di Bilik Pameran Suzuki di Gadong untuk memilih tiga pelanggan bertuah, yang kemudiannya akan bersaing dalam cabaran yang menyeronokkan untuk menentukan pemenang untuk hadiah utama.

Dengan model yang terdiri daripada Swift, Ignis, Vitara, Ertiga dan Celerio, pengalaman memandu dari model-model ini boleh dipertingkatkan dari segi prestasi, estetik, praktikal dan fungsi melalui pemasangan aksesori. Bersempena dengan tema promosi, iaitu 'FEEL the Extra', tujuannya adalah untuk menawarkan pengalaman yang luar biasa ketika memandu kenderaan yang baru dibeli dengan aksesori yang dipasang.

Aksesori yang disediakan oleh Syarikat Boustead Sdn Bhd untuk kenderaan Suzuki adalah model khusus dan setiap model mempunyai pelbagai aksesori untuk dipilih. Sebagai salah satu jenama automotif yang menjadi minat orang ramai, Boustead Sdn. Bhd. menawarkan pilihan pakej aksesori untuk mencapai matlamat promosi sambil menawarkan tawaran menarik, serta mengekalkan daya saingnya dalam industri otomotif.

Setiap aksesori yang dipasang didaftarkan sebagai satu tambahan peluang untuk cabutan awal, sebagai tambahan kepada kemasukan untuk membeli kereta semasa tempoh promosi. Oleh itu, kemungkinan untuk menjadi tiga pelanggan bertuah akan menjadi lebih tinggi dengan lebih banyak aksesori dipasang. Promosi ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelanggan untuk memenangi hadiah-hadiah yang menakjubkan, tetapi mereka juga akan merasa dan mengalami perjalanan dengan gaya, keseronokan dan kegembiraan yang memuaskan.

Keterangan mengenai promosi "FEEL the Extra 4 the WIN" dapat diperolehi dengan menghubungi talian 2453162/3 di Bilik Pameran Beribi, 2421298 untuk Bilik Pameran di Gadong dan 3334284 untuk Bilik Pameran di Kuala Belait.

Maklumat ini juga boleh didapati dari @Suzuki_Brunei di Instagram dan 'Suzuki Brunei' di laman Facebook.

Bilik Pameran Suzuki terletak di Gadong, Beribi dan Kuala Belait. Bilik pameran di Gadong dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Ahad hingga Khamis dan 9 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Bilik pameran di Beribi dan Kuala Belait dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Jumaat dan jam 8 pagi hingga 12 malam pada hari Sabtu. Bilik pameran ditutup pada setiap Jumaat dari jam 12 malam hingga 2 petang.

Saturday, June 3, 2017

Suzuki Swift 1.2L Serba Baru


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Boustead Sdn Bhd pengedar tunggal kereta Suzuki di Brunei Darussalam hari ini telah melancarkan Swift serba baru untuk pasaran Brunei yang telah diadakan di Bilik Pameran Suzuki, Beribi.

Suzuki Swift serba baru datang dalam 2 varian iaitu GL dengan transmisi manual (MT) dan automatik (AT) atau GLX dengan transmisi Continuous Variable (CVT). Ia juga datang dalam dua warna baru yang Burning Red Pearl Metallic dan Speedy Blue Metallic.



Bahagian luaran Swift serba baru itu mempunyai gaya yang mencipta sensasi pergerakan, walaupun semasa berhenti, menarik perhatian. Reka bentuk badan Swift menekankan kekukuhan yang kuat dan menyerlahkan kesan emosi. Pemegang pintu belakang yang dipasang dekat tingkap di bahagian siring menambah kedua-dua gaya dan sportif. Ia datang dengan lampu LED dan lampu kombinasi belakang yang memberikan kesan yang ianya berteknologi tinggi. Ia juga dilengkapi dengan jeriji depan yang nampak agresif dengan pembukaan yang luas dan jeriji bumper di bawah memberikan ekspresi kekuatan.



Apabila anda memasukkan Swift serba baru itu, anda akan melihat suasana dalam seperti kereta lumba, stereng berbentuk huruf D, dan mempunyai tempat duduk depan yang berpegang teguh pada badan, serta konsol tengah yang bersudut ke arah pemandu yang menambah quality kereta tersebut menjadi lebih sportif, berkualiti tinggi yang persekitaran yang menyatukan kereta dan pemandu dengan selesa.



Versi GLX dilengkapi dengan meter yang mudah untuk melihat dan bergaya. Kedua-dua meter utama dihiasi dengan warna satin krom, dan dalamannya menampilkan warna merah dan putih dan reka bentuk yang nampak sportif. Reka bentuk keseluruhan adalah sama seperti jam tangan chronograph.



Ia juga dilengkapi dengan LCD TFT 4.2 inci berwarna yang terletak di pusat kluster meter untuk memaklumkan pemandu dengan data yang mudah difahami mengikut tingkah laku kenderaan dan operasi sebagai contoh output enjin dan tork, pecutan dan penggunaan brake.





Setiap pemandu akan mempunyai fikiran yang tenang dimana ianya penting untuk pemanduan yang menyeronokkan. Swift telah direka dengan menggunakan teknologi keselamatan canggih untuk membantu pelindungan penghuni kenderaan daripada kes perlanggaran, meningkatkan keselamatan pencegahan bertujuan untuk menjaga  dari bahaya lalu lintas.



Swift baru ini dilengkapi dengan sistem brake assist. Di samping itu juga, semasa dalam perjalanan jauh, pemandu akan menikmati pengalaman memandu secara santai dengan bantuan kawalan pelayaran (cruise control).

Swift merupakan sebuah kereta kompak yang mempunyai gaya tersendiri dan sportif, pengendalian cemerlang dan prestasi pemanduan yang hebat, dan sangat mesra pengguna. Kereta ini dibina untuk menjadi sebuah entiti yang meningkatkan emosi. Ianya mempunyai watak yang menonjol melalui gaya dan warna.




Jadi tunggu apa lagi?! Orang ramai bolehlah datang ke bilik pameran Suzuki untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut dan membuat tempahan uji pandu.




Untuk maklumat lanjut, Suzuki Brunei boleh dihubungi di nombor-nombor hotline, 2453162 atau 2453163 (BSB) dan 3334284 (KB) atau mengikuti mereka di Facebook Fanpage di Suzuki Brunei atau Instagram di @Suzuki_Brunei.



Saturday, June 27, 2015

Uji Pandu Suzuki Swift Sport 1.6


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Bersedialah! Kerana Swift Sport akan berada di jalan-jalan raya Brunei!

Kereta anggun dan seperti kereta lumba ini adalah pilihan terbaik apabila memecut di jalan-jalan raya dan dalam kecemasan apabila ada terlewat untuk perjanjian kerana ia bukan saja laju tetapi juga selamat.


Rasakan kelajuan enjin dengan 1600cc WT yang menghasilkan kelajuan maksimum 100 kW pada 6,900 rpm ketika enjin menderum di jalan-jalan raya juga dengan tork maksimum 160 Nm pada 4,400 rpm. Dan jangan bimbang untuk meletakkan keluli terhadap pedal ketika Swift Sport memiliki suspensi yang dipertingkatkan dengan penyerap getaran 'Monroe' yang memberikan keyakinan dan mudah dikawal pada semua kelajuan dengan tindak balas pantas kepada setiap pusingan roda.

Dan untuk kali pertama, Swift Sport boleh diperoleh dengan CVT automatik yang memiliki tujuh perkadaran 'virtual' dan penukar pedal, yang membolehkan efisien bahan api kereta secara optimum! Pemecutan kuat dengan ekonomi bahan api yang hebat dalam Swift Sport, jadi pemandu boleh memandu dengan lebih tenang.


Bagi kokpit yang hebat, pemandu boleh meletakkan diri mereka dengan selesa  di tempat duduk kereta yang selesa dan cengkaman ke atas stering dengan kulit yang lembut dan pandu ke horizon. 

Dari segi keselamatan Swift Sport, ianya dilengkapi dengan 6 SRS beg udara, sistem anti-lock brake (ABS) dengan BA dan elektronik brake force distribution (EBD), sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), 3 point seatbelt, disc brake depan dan belakang, dan pengurangan kecederaan sandaran kepala depan (whiplash).

Jadi tunggu apa lagi, sila lihat sendiri kereta yang popular ini di Bilik Pameran Suzuki di Beribi dan rancang perjalanan anda seterusnya.


Tuesday, September 9, 2014

Pemenang Utama Promosi Suzuki Hari Raya Telah Diumumkan

Osman bin Jaludin telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kereta Suzuki Swift Sport Manual baru dari cabutan bertuah Promosi Suzuki Hari Raya yang telah diadakan pada 7hb September 2014 semasa Boustead Fun Day 2014 diadakan di Pusat Membeli-belah Airport Mall, Berakas. 

Kelayakannya ke dalam cabutan tersebut adalah dari membeli sebuah Suzuki daripada Boustead Sdn Bhd dalam tempoh promosi dari 6hb Jun hingga 31hb Ogos 2014. 

Cabutan bertuah itu telah dilakukan oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai. Lima pemenang bertuah lain juga telah membawa pulang hadiah istimewa dari cabutan tersebut yang semuanya mempunyai peluang yang sama untuk memasuki cabutan bertuah selepas membeli kenderaan Suzuki masing-masing. 

Semasa temu bual berikutan pengumuman pemenang hadiah utama, Osman bin Jaludin mendedahkan bahawa beliau terkejut dengan kemenangan beliau. 


Beliau kelihatan sangat tenang dan berkata bahawa beliau berharap untuk memiliki satu lagi kenderaan Suzuki di garaj beliau bersebelahan dengan Suzuki R3 milik beliau. 

Sementara itu, Mohammad Airul Aziman bin Asat sebagai pemenang hadiah pertama telah memenangi Sistem Home Theatre Denon, 60" Sony LED TV dan Sistem Karaoke manakala Mohammad Zaim bin Junaidi mendapat satu set lengkap alat-alat muzik sebagai pemenang hadiah kedua. 

Pemenang hadiah ketiga dimenangi oleh Pengiran Mohamad Zalizan bin Pengiran Karim yang menerima Scott Mountain Bike dan Mohammad Norulshahrin bin Haji Bara memenangi peti sejuk dua pintu dan periuk berdiri sebagai pemenang hadiah keempat. 

Dk Siti Hadzizah binti Pg Batara/Kalong menjadi pemenang hadiah akhir dan memenangi satu set BBQ baru, pam tekanan air Bosch dan pemotong rumput. 

Promosi cabutan bertuah iti telah diadakan sebagai sebahagian daripada usaha Boustead untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada pelanggan mereka dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada mereka untuk pembelian mereka daripada mana-mana barisan Suzuki. 

Cabutan akhir memuktamadkan Boustead Fun Day 2014, yang telah menarik beratus-ratus orang Brunei yang mempunyai hujung minggu yang menyeronokkan dengan banyak aktiviti. Boustead Fun Day adalah sambutan besar yang sesuai untuk kehidupan keluarga.