Showing posts with label Suzuki Ertiga. Show all posts
Showing posts with label Suzuki Ertiga. Show all posts

Tuesday, August 6, 2019

Suzuki Ertiga Kenstyle lebih menyerlah





 

 



Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Suzuki Otomotif di Brunei baru-baru ini melancarkan Suzuki Ertiga Kenstyle di Bilik Pameran Suzuki di Gadong.
 

Pelancaran bertemakan warna putih dan perak, ia memberi symbol kesegaran desain baru kit badan Kenstyle bagi model Suzuki Ertiga. Pelancaran Ertiga Kenstyle disaksikan oleh pihak Pengurusan institusi kewangan, pemilik Ertiga, kelab Swift dan orang ramai.
“Sejak beberapa tahun lalu, kami memperkenalkan pelbagai aksesori dari ECU Booster kepada Android Player untuk memberi kemahuan gaya hidup seseorang. Kit badan Hikarii membuat kemunculannya pada tahun 2017 dan tindak balas penerimaannya sangat baik. Kami membangun dan mengikut perubahan masa dan teknologi”, kata Eksekutif Pemasaran dari Boustead Sdn Bhd, Adehelmie Jaafar.


"Objektif kami adalah untuk menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik di dalam industry untuk pelanggan Suzuki kami".



Kenstyle adalah jenama dari Jepun yang pakar dalam pembuatan kit badan sejak tahun 1995. Ia menampilkan kit badan yang bergaya dan menyerlah menampilkan perubahan sesebuah kereta menjadi sebuah model premium. Kit badan terbaru itu meliputi kit bampar depan dan belakang, spoiler belakang, kit sisi dengan tambahan rim sport aloi 17”. 


Ertiga dilancarkan pada Disember 2018, Suzuki ertiga menawarkan 7-tempat duduk dnegan keselesaan secukupnya termasuk penumpang yang duduk di barisan ketiga melalui desain terbaru suspension dipanggil HEARTECT.



Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Suzuki Ertiga Kenstyle boleh mengunjungi bilik pameran Beribi, Gadong dan Kuala Belait.

Saturday, December 22, 2018

Pelancaran Suzuki Ertiga Jenerasi Kedua

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Orang ramai membanjiri The Mall, Gadong untuk menyaksikan lebih dekat pelancaran rasmi Suzuki Ertiga serba baru yang dilancarkan semalam. Pelancaran ini mencatatkan satu lagi sejarah baru untuk Syarikat Boustead Sdn Bhd.

Pelancaran yang berlangsung di The Mall, Gadong telah disempurnakan oleh Pengurus Kumpulan, Suzuki Motor Corporation Asia Automobile Group 1, Kazuyuki Yamashita-San bersama Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee.

Suzuki Ertiga merupakan sebuah model yang mampu menampung 7 orang dewasa. Model ini terkenal diseluruh negara dan kini adalah salah satu segmen MPV yang terkenal di Brunei Darussalam.

Ertiga jenerasi kedua ini dimuatkan dengan enjin 1.5 liter Petrol menggabungkan prestasi enjin yang licin dan jimat minyak.

Antara teknologi dimuatkan kedalam model terbaharu ini seperti Kawalan Penahanan di Bukit (Hill Hold Control), reverse parking sensor, brek anti-kunci (ABS), pengagihan kuasa brek elektronik (EBD), dan banyak lagi. HEARTECT adalah platform jenerasi baru yang mengurangkan berat badan kereta memberi pelanggaran keselamatan yang lebih baik.

Suzuki Ertiga mengadakan jerayawara di Atrium, The Mall Gadong menampilkan Ertiga serba baru dan juga model-model Suzuki lainnya serta aktivit seronok bagi kesemua pelanggannya.

Dari 22 hingga 23 Disember ini, setiap pembelian Ertiga baharu semasa jerayawara dijalankan akan menerima cenderahati dari Boustead Sdn Bhd berupa penginapan dua malam di Miri, Sarawak dengan baucer wang tunai B$200 untuk membeli-belah atau jam tangan Garmin Fore Runner.

Orang ramai dialu-alukan untuk melihat lebih dekat Ertiga serba baru dan juga model lainnya di pamerkan semasa jerayawata dijalankan.

 

Saturday, December 8, 2018

Promosi Suzuki: 'FEEL the Extra 4 the WIN'

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Rebut promosi terkini dari Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal Suzuki di Negara Brunei Darussalam, 'FEEL the Extra 4 the WIN' dengan menuju ke bilik pameran mereka. Promosi ini bermula dari 5 Disember 2018 hingga 31 Januari 2019.

Hadiah utama berupa baucar wang tunai sebanyak $8,888 menanti pemenang bertuah untuk memenangi hadiah tersebut. Hadiah kedua dan ketiga terdiri daripada baucar wang tunai $1,088 dan $888.

Dengan membeli mana-mana model Suzuki tidak termasuk Suzuki Jimny dan Super Carry dalam tempoh promosi ini, pelanggan akan layan mengikuti promosi tersebut. Di samping itu juga, dengan membeli aksesori kepada Suzuki yang baru dibeli akan meningkatkan peluang awda untuk memenangi hadiah utama.

Cabutan awal akan diadakan pada Februari 2019 di Bilik Pameran Suzuki di Gadong untuk memilih tiga pelanggan bertuah, yang kemudiannya akan bersaing dalam cabaran yang menyeronokkan untuk menentukan pemenang untuk hadiah utama.

Dengan model yang terdiri daripada Swift, Ignis, Vitara, Ertiga dan Celerio, pengalaman memandu dari model-model ini boleh dipertingkatkan dari segi prestasi, estetik, praktikal dan fungsi melalui pemasangan aksesori. Bersempena dengan tema promosi, iaitu 'FEEL the Extra', tujuannya adalah untuk menawarkan pengalaman yang luar biasa ketika memandu kenderaan yang baru dibeli dengan aksesori yang dipasang.

Aksesori yang disediakan oleh Syarikat Boustead Sdn Bhd untuk kenderaan Suzuki adalah model khusus dan setiap model mempunyai pelbagai aksesori untuk dipilih. Sebagai salah satu jenama automotif yang menjadi minat orang ramai, Boustead Sdn. Bhd. menawarkan pilihan pakej aksesori untuk mencapai matlamat promosi sambil menawarkan tawaran menarik, serta mengekalkan daya saingnya dalam industri otomotif.

Setiap aksesori yang dipasang didaftarkan sebagai satu tambahan peluang untuk cabutan awal, sebagai tambahan kepada kemasukan untuk membeli kereta semasa tempoh promosi. Oleh itu, kemungkinan untuk menjadi tiga pelanggan bertuah akan menjadi lebih tinggi dengan lebih banyak aksesori dipasang. Promosi ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelanggan untuk memenangi hadiah-hadiah yang menakjubkan, tetapi mereka juga akan merasa dan mengalami perjalanan dengan gaya, keseronokan dan kegembiraan yang memuaskan.

Keterangan mengenai promosi "FEEL the Extra 4 the WIN" dapat diperolehi dengan menghubungi talian 2453162/3 di Bilik Pameran Beribi, 2421298 untuk Bilik Pameran di Gadong dan 3334284 untuk Bilik Pameran di Kuala Belait.

Maklumat ini juga boleh didapati dari @Suzuki_Brunei di Instagram dan 'Suzuki Brunei' di laman Facebook.

Bilik Pameran Suzuki terletak di Gadong, Beribi dan Kuala Belait. Bilik pameran di Gadong dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang dari Ahad hingga Khamis dan 9 pagi hingga 9 malam pada hari Jumaat dan Sabtu. Bilik pameran di Beribi dan Kuala Belait dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Jumaat dan jam 8 pagi hingga 12 malam pada hari Sabtu. Bilik pameran ditutup pada setiap Jumaat dari jam 12 malam hingga 2 petang.

Saturday, June 14, 2014

Uji Pandu Suzuki Ertiga


Kini hadir Suzuki Ertiga, varian terbaru dari Suzuki yang telah dilancarkan di Mall Gadong dan telah mula dipasarkan di Negara ini sebagai tambahan susunan kereta terbaru jualan Syarikat Boustead Sendirian Berhad.

Kereta Suzuki Ertiga adalah sebuah kereta besar untuk sesisi keluarga. Model ini lengkap dengan keamanan, kemewahan, keselesaan, dan elegan dengan keterangan luaran dan dalaman yang mempesona. Ertiga memberi kebanggaan dan rasa percaya diri bagi keluar di Negara Brunei Darussalam dari berbagai kelas.

Ertiga yang dicipta sebagai sebuah kereta yang lebih luas, mudah dan serba boleh dikategorikan sebagai kereta MPV (Multi Purpose Vehicle) dilengkapi dengan sistem teknologi masa kini. Lebih-lebih lagi Ertiga mempunyai muatan yang besar sehingga mampu mengisi tujuh orang penumpang dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan penumpangnya.

Ertiga adalah sebuah kereta yang besar dengan ukuran 4265mm dan 2740mm jarak roda dan mempunyai tujuh tempat duduk sesuai untuk keluarga besar. Ruang dalam kereta tersebut mempunyai tiga baris pada konfigurasi tradisional 2x3x2 tempat duduk.

Semasa membuat uji pandu, pihak Mantuka tidak menafikan kereta ini mudah dikawal terutama respon dari stereng untuk membuat pengawalan kereta terutama memasuki perjalanan lencong di kawasan Jalan Stadim dan Lapangan Terbang Antarabangsa. Ertiga menumpukan kepada keselamatan, pengawalan membuat perhentian secara mengejut sangat baik, ini kerana Ertiga dimuatkan dengan sistem keselamatan Anti-lock Break System (ABS) dan Elektronik Break Force Distribution (EBD) yang membuatkan pemandu yang sangat aman.


Beg udara melindungi pemandu dan penumpang di baris pertama dan dapat mengurangkan kemungkinan kecederaan dan luka yang serius akibat saat kemalangan. Ertiga juga memasukkan kunci pintu untuk kanak-kanak sebagai salah satu ciri keselamatan untuk anak anda.

Dengan AC double blower yang dinginnya cepat merata hingga baris ke 3, Suzuki Ertiga memberi keselesaan dan memudahkan perjalanan keluarga Brunei.

Apabila lampu kecurian kereta menyala, pemilik Ertiga akan bebas dari rasa bimbang bersama Suzuki Ertiga dimana sebagai antisipasi untuk mod pencurian kereta dengan kunci palsu, sistem immobilizer Suzuki Ertiga lebih selamat kerana enjin kereta tidak boleh dihidupkan jika kunci dan ID tidak disatukan. Ditambah dengan Sistem tanpa kunci Entry dan Alarm Security yang tergabung di kunci utama memudahkan mengunci dan membuka kunci dari jarak jauh.

Tali keledar dimuatkan pada kesemua 7 kedudukan dan kabin yang luas serta boleh disesuaikan dengan saiz badan pemandu dan penumpang dari baris 1, 2 dan 3. Salaman Ertiga berwarna beige dan berkualiti ditambah dengan reka bentuk kabin yang luas dan selesa dengan banyak ruang kepala dan ruang kaki.

Dengan satu tekanan yang praktikal membuat akses ke barisan ke 3 menjadi lebih mudah dan tidak perlu melipat kerusi, maka ruang kabin menjadi lebih luas dan memberikan keselesaan optimum kepada penumpang.

Setiap baris telah direka untuk disesuaikan dengan keperluan individu untuk komitmen perniagaan atau untuk komitmen hujung minggu bersama keluarga. Susunan tempat duduk yang fleksibel membolehkan pemilik Ertiga untuk mengimbangi penyimpanan bagasi dan ruang untuk penumpangnya.

Setelah diteliti dibahagian dalam enjin, Suzuki Ertiga mempunyai kuasa yang mencukupi yang mana ianya dikuasakan oleh enjin K14B VVT dengan 1.4L empat silinder dengan pelbagai valve timing dan 70kW kuasa dan 130Nm tork. Dalam kiraan ini setentunya sudah cukup untuk membuat perjalanan jauh dengan kekuatan mencukupi dan pada waktu yang sama menjimat minyak.

Suzuki Ertiga menggunakan sistem penggerak roda depan. Tenaga dari enjin Ertiga langsung disalurkan ke roda depan, sehingga tarikan lebih responsif walaupun melalui perjalanan bukit-bukau.

Boustead Sdn Bhd telah menawarkan dua varian Suzuki Ertiga iaitu model GL datang dengan 5 kelajuan Transmisi Manual manakala model GX datang dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan. Sebagai pembinaan monocoque, Ertiga berkelakuan lebih kurang seperti sebuah sedan daripada MPV.


Ianya dibina di atas platform lanjutan Suzuki Swift, Ertiga boleh dipandu dengan mudah. Sama ada anda menjalankan manual 5-kelajuan atau 4-kelajuan automatik kotak gear transmisi, anda akan mempunyai pengalaman pemanduan yang mudah dan sesuai di bandar dan lebuh raya.

Sebuah penerbitan automobil utama, BBC Top Gear India telah menganugerahkan Suzuki Ertiga dengan gelaran "Kereta Keluarga Tahun 2012". Dengan konfigurasi tempat duduk 3-baris dalam reka bentuk keseluruhan yang padat, Ertiga juga telah dipilih untuk gelaran yang mewujudkan segmen "MPV Kompak" baru dalam industri automobil.