Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, September 9, 2014

Pemenang Utama Promosi Suzuki Hari Raya Telah Diumumkan

Osman bin Jaludin telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama kereta Suzuki Swift Sport Manual baru dari cabutan bertuah Promosi Suzuki Hari Raya yang telah diadakan pada 7hb September 2014 semasa Boustead Fun Day 2014 diadakan di Pusat Membeli-belah Airport Mall, Berakas. 

Kelayakannya ke dalam cabutan tersebut adalah dari membeli sebuah Suzuki daripada Boustead Sdn Bhd dalam tempoh promosi dari 6hb Jun hingga 31hb Ogos 2014. 

Cabutan bertuah itu telah dilakukan oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai. Lima pemenang bertuah lain juga telah membawa pulang hadiah istimewa dari cabutan tersebut yang semuanya mempunyai peluang yang sama untuk memasuki cabutan bertuah selepas membeli kenderaan Suzuki masing-masing. 

Semasa temu bual berikutan pengumuman pemenang hadiah utama, Osman bin Jaludin mendedahkan bahawa beliau terkejut dengan kemenangan beliau. 


Beliau kelihatan sangat tenang dan berkata bahawa beliau berharap untuk memiliki satu lagi kenderaan Suzuki di garaj beliau bersebelahan dengan Suzuki R3 milik beliau. 

Sementara itu, Mohammad Airul Aziman bin Asat sebagai pemenang hadiah pertama telah memenangi Sistem Home Theatre Denon, 60" Sony LED TV dan Sistem Karaoke manakala Mohammad Zaim bin Junaidi mendapat satu set lengkap alat-alat muzik sebagai pemenang hadiah kedua. 

Pemenang hadiah ketiga dimenangi oleh Pengiran Mohamad Zalizan bin Pengiran Karim yang menerima Scott Mountain Bike dan Mohammad Norulshahrin bin Haji Bara memenangi peti sejuk dua pintu dan periuk berdiri sebagai pemenang hadiah keempat. 

Dk Siti Hadzizah binti Pg Batara/Kalong menjadi pemenang hadiah akhir dan memenangi satu set BBQ baru, pam tekanan air Bosch dan pemotong rumput. 

Promosi cabutan bertuah iti telah diadakan sebagai sebahagian daripada usaha Boustead untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada pelanggan mereka dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada mereka untuk pembelian mereka daripada mana-mana barisan Suzuki. 

Cabutan akhir memuktamadkan Boustead Fun Day 2014, yang telah menarik beratus-ratus orang Brunei yang mempunyai hujung minggu yang menyeronokkan dengan banyak aktiviti. Boustead Fun Day adalah sambutan besar yang sesuai untuk kehidupan keluarga.