Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
Bersedialah! Kerana Swift Sport akan berada di jalan-jalan raya Brunei!
Kereta anggun dan seperti kereta lumba ini adalah pilihan terbaik apabila memecut di jalan-jalan raya dan dalam kecemasan apabila ada terlewat untuk perjanjian kerana ia bukan saja laju tetapi juga selamat.
Rasakan kelajuan enjin dengan 1600cc WT yang menghasilkan kelajuan maksimum 100 kW pada 6,900 rpm ketika enjin menderum di jalan-jalan raya juga dengan tork maksimum 160 Nm pada 4,400 rpm. Dan jangan bimbang untuk meletakkan keluli terhadap pedal ketika Swift Sport memiliki suspensi yang dipertingkatkan dengan penyerap getaran 'Monroe' yang memberikan keyakinan dan mudah dikawal pada semua kelajuan dengan tindak balas pantas kepada setiap pusingan roda.
Dan untuk kali pertama, Swift Sport boleh diperoleh dengan CVT automatik yang memiliki tujuh perkadaran 'virtual' dan penukar pedal, yang membolehkan efisien bahan api kereta secara optimum! Pemecutan kuat dengan ekonomi bahan api yang hebat dalam Swift Sport, jadi pemandu boleh memandu dengan lebih tenang.
Bagi kokpit yang hebat, pemandu boleh meletakkan diri mereka dengan selesa di tempat duduk kereta yang selesa dan cengkaman ke atas stering dengan kulit yang lembut dan pandu ke horizon.
Dari segi keselamatan Swift Sport, ianya dilengkapi dengan 6 SRS beg udara, sistem anti-lock brake (ABS) dengan BA dan elektronik brake force distribution (EBD), sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), 3 point seatbelt, disc brake depan dan belakang, dan pengurangan kecederaan sandaran kepala depan (whiplash).
Jadi tunggu apa lagi, sila lihat sendiri kereta yang popular ini di Bilik Pameran Suzuki di Beribi dan rancang perjalanan anda seterusnya.