Mantuka

Tuesday, April 2, 2019

Nissan Teana 2019 lebih inovatif


Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Nissan di Brunei Darussalam telah memperkenalkan Nissan Teana baharu semasa pengenalan rasmi mereka semalam di bilik pameran Nissan di Beribi.

Nissan Teana baru itu telah mengalami perubahan kecil selepas berada di pasaran sejak 2014 dengan rupa dan rasa yang lebih sporty, sesuai untuk mereka yang mencari elemen sporty namun mewah di dalaman kereta. Wajah baru itu meningkatkan status kepimpinan awda dengan reka bentuk dan teknologi terkini. Ia juga sangat elegan dan bergaya berbanding model sebelum ini, dan memastikan setiap perjalanan tidak mengecewakan pemandunya.

Nissan Teana baru dilengkapi dengan enjin 2,0L XL MR20DE yang mempunyai 4 Silinder, 16 valves, 1,977 cc dan 136 kuasa kuda pada 5,600 rpm dan tork maksimum 190 Nm pada 4,400 rpm, memberikan tindak balas baik melalui bantuan sistem injap CVTC untuk maksimum tork dalam rpm minimum. Inovasi Nissan tidak pernah berhenti untuk menghasilkan enjin penjimatan bahan api yang paling baik.

Nissan Teana baharu direka lebih luas, direka terperinci dengan bahan premium perak dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang lebih dinamik untuk menarik perhatian pelanggan.


Teana baru dipertingkatkan kepada model yang canggih dibandingkan model sebelumnya ini dengan gaya kehadapan yang lebih dramatik yang mempamerkan reka bentuk hadapan Nissan, jeriji V-Motion. Badan Nissan Teana baru  lebih panjang dan tinggi serta lebih mudah bagi pemandu dan penumpang untuk memasuki dan keluar kereta. Ia juga lebih ringan dan menjimatkan lebih banyak bahan api daripada model sebelumnya.



Dalamannya pula menggunakan Tempat Duduk Sokongan Spinal (Spinal Support Seat), yang diilhami oleh zero gravity space travel, tempat duduk direka secara ergonomik untuk memberikan bantuan kepada tulang belakang, mengurangkan keletihan dan memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Perbezaan utama Nissan adalah dari teknologi Nissan Intelligent Mobility bertujuan untuk memastikan tiada kematian dan tiada pelepasan dengan mengubah Teana ini menjadi kereta yang lebih responsif dengan mendefinisikan semula bagaimana kereta didorong, dikuasai dan diintegrasikan ke dalam masyarakat.




Tambahan lagi, Nissan Teana baru dilampirkan dengan Paparan Maklumat 3D 4 inci yang baru di papan pemuka baru. Bukan itu sahaja, model baru ini juga dilengkapi dengan bahan sentuhan kulit yang lembut di tempat duduk depan dan belakang untuk menambah kelebihan keanggunan dan keselesaan.

Pemandu atau penumpang juga berhibur dengan adanya kualiti bunyi BOSE Audio System yang dilengkapi dengan subwufer dan sembilan pembesar suara dipasang di dalam kenderaan ini untuk membuat pelanggan berasa lebih seronok semasa memandu dengan Nissan Teana baru.




Di samping itu, Nissan Teana baru ini dilengkapi dengan ciri-ciri Nissan Intelligent Mobility dan teknologi canggih untuk memandu lebih selamat dan lebih yakin. 

Ianya dilengkapi dengan 6 beg udara SRS untuk melindungi awda dan orang tersayang dengan beg udara di depan, di sisi dan di belakang; dan juga apabila mengambil alih dalam setiap perjalanan dengan Sistem Kawalan tarikan (TCS), ianya membantu mengurangkan peluang tayar berputar di luar kawalan apabila awda memandu di jalan yang licin. 

Selain itu, apabila pemandu memandu di tempat yang licin di sudut yang mana tiba-tiba awda akan pergi ke arah yang awda tidak mahu, dengan adanya Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), ianya akan mengawal kestabilan dan memantau stereng dan brek awda untuk membantu awda mengekalkan steering awda dijalan semasa keadaan yang tertentu dengan mengurangkan output enjin dan/atau menerapkan tekanan brek ke tayar tertentu.

Nissan Teana ini juga dilengkapi dengan teknologi inovatif lain yang dikenali sebagai Kawalan Understeer Aktif (AUC) yang membantu meningkatkan kawalan apabila awda mengambil sudut. Sistem brek anti-kunci (ABS) datang sebagai standard untuk membolehkan tayar untuk mengekalkan kontak dengan traction dengan permukaan jalan raya dan mengelakkan dari tergelincir apabila awda dalam keadaan kecemasan.

Ia juga dilengkapi dengan sistem yang membantu awda brek dengan lebih cekap dengan menyesuaikan daya brek untuk mengekalkan kestabilan brek secara tiba-tiba yang dipanggil Electronic Brake-Force Distribution (EBD). Ianya juga dilengkapi dengan bantuan brek (BA) yang merupakan sistem yang menggunakan tekanan brek ke tayar untuk kecekapan maksimum dan mengurangkan jarak berhenti sehingga 10-15%, yang merasakan seperti brek dalam keadaan normal.

Satu lagi inovasi yang dilengkapi ke dalam Nissan Teana baru ialah ciri Remote Start Engine. Fungsi ini membolehkan pemandu memulakan enjin kereta dari jarak 200 meter dengan menggunakan Nissan Intelligent Key. Dengan hanya menekan punat kunci, enjin kereta dan penghawa dingin akan dihidupkan secara automatik sebelum pemandu masuk ke dalam kereta. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang ketidakselesaan daripada pembakaran haba semasa kenderaan mereka dikunci. Ciri-ciri inovatif Nissan Intelligent Mobility ini menjadikan kereta ini lebih selesa untuk memandu, dengan itu meningkatkan pengalaman memandu secara keseluruhan dengan Nissan Teana.


Suspensi belakang juga dipertingkatkan dengan Toe Angle Control dan Chamber Angle Control untuk memberikan pemanduan yang stabil apabila di sudut dan menawarkan keselesaan dan ketenangan hati kepada para pelanggan.

Nissan Teana baru kini boleh didapati di seluruh negara untuk orang ramai menyaksikannya di bilik pameran Nissan yang terletak di Beribi dan Kuala Belait semasa waktu bekerja. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi dan mendapatkan bantuan daripada para penjual Nissan.



Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Boustead Sdn Bhd membawa enam jenis warna seperti PM Grey DK, Brownish Grey TM, Hitam, Perak M, PM Merah dan Putih 3P.

Nissan akan terus meletakkan pelanggan mereka di dalam semua yang mereka lakukan. Nissan percaya bahawa Teana baru, dengan reka bentuk yang dipertingkatkan dan ciri-ciri canggih dan teknologi Nissan Intelligent Mobility, akan memenuhi keperluan dan jangkaan walaupun pelanggan yang paling canggih.