Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, June 3, 2019

Nissan Brunei Memberi Penghargaan kepada Pelanggan GT-R & Z Club









Seramai lebih 50 menghadiri Majlis Bersungkai Eksklusif bagi pelanggan-pelanggan GT-R dan ahli-ahli Z Club yang dihoskan oleh syarikat Boustead Sdn Bhd.


Majlis bersungkai itu berlangsung pada 1 Jun 2019 di Dewan Berkshire, Tarindak D’Polo, Jerudong dihadiri oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee bersama ahli kakitangan dan pihak pengurusan Nissan.


Lim Jin Lee dalam ucapan alu-aluannya menyampaikan tanda terima kasih ditas kepada para ahli yangmenghadiri dan menjayakan majlis bersungkai pada tahun ini yang sudah dicadangkan sejak begitu lama untuk menyatukan lebih rapat pemandu-pemandu GT-R dan Z Club.


Tambahnya, “Majlis perkumpulan itu bukan sahaja untuk menghargai pelnggan-pelanggan yang sentgiasa setia pada jenama Nissan selama ini ia juga sambil mengeratkan hubungan silatulrahim diantara kedua ahli GT-R dan Z Club dikalangan mereka dan ahli kakitangan Nissan”.


Semasa acara itu, Majlis Bertahlil turut diadakan bagi memperingati salah seorang pelanggan Nissan yang juga ahli Z Club Allahyarham Kapten Aiman Yusri bin Haji Asli.

Beliau juga seorang peminat Z yang memiliki kereta Nissan Z dan sentiasa menyokong Nissan. Sebelum menuju ke Tarindak D’Polo, kedua-dua kumpulan memandu secara berkonvoi dari Bilik Pameran Nissan di Beribi ke Pantai Serasa bagi mengikuti sesi bergambar bersama kereta-kereta mereka. Lokasi tersebut juga mempunyai makna istimewa bagi Allahyarham Kapten Aiman Yusri bertemu mereka.