Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, October 24, 2012

Jom mengunjungi Karnival 'Family Fun Boustead'


Sebanyak 50 syarikat diberi peluang ikut serta dalam Karnival Hari Seronok Boustead 2012 yang akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober ini, di bilik pameran Boustead di Beribi. Antara syarikat yang akan menyertai karnival tahunan selama dua hari itu termasuk Coffee bean and Tea leaf, kafe Saffron, KFC (B) Sdn Bhd, Agogo Salon, Brunerf dan Charles & Keith.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan Boustead hari ini telah mengadakan taklimat persediaan awal kepada wakil-wakil syarikat yang akan ikut serta nanti. Bercakap mengenai karnival itu, Penolong Pemasaran Boustead, Julia Farhana Haji Mohd Yusof, ketika ditemu bual berkata persediaan telah dibuat untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjung, yang mana antara acaranya nanti termasuk permainan dan cabutan bertuah bagi peluang memiliki kereta Nissan dan Suzuki.

Dengan itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi karnival tersebut, yang akan dibukakan kepada kunjungan awam bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti karnival yang akan diadakan bolehlah melayari laman Facebook "Brunei Nissan" dan "Brunei Suzuki".