Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, October 28, 2012

Noraini dan Nassirudin membawa balik kereta baru!

Nissan Juke 1.6 Auto menjadi rebutan

Orang ramai membanjiri ruang dalam bilik pameran Boustead Sdn Bhd di Beribi

Layari di laman 'Video Anda' untuk menyaksikan saat detik mereka memenangi kereta tersebut
  
Noraini Abdul Latip tidak menyangka bahawa nasib berpihak kepada beliau setelah memenangi sebuah kereta Nissan Juke 1.6L Otomatik dalam promosi ‘Nissan Gaya Raya’ Boustead Sdn Bhd. Noraini yang berumur 26 tahun bertugas sebagai penolong jururawat minat dengan kecanggihan Nissan Juke dan menginginkan sebuah lagi kereta Juke menyertai dalam promosi Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan oleh Syarikat Boustead Sdn Bhd.
Noraini dengan gembiranya mengatakan, “Saya tidak menyangka bahawa punat kekunci (keyless car remote) kereta yang diberikan kepada saya dari empat peserta lainnya mampu membuka kereta Nissan Juke tersebut setelah menyaksikan dua peserta awal gagal untuk membukanya". 

Setelah gilirannya untuk mencuba membuka pintu kereta itu, kereta tersebut terbuka menyaksikan orang ramai besorak ceria melihat Noraini hanya mampu untuk berdiam diri dan memasuki kereta. Tanpa disedari penyampai acara mengumumkan bahawa beliau lah pemenangnya. 

“Saya sudah mempunyai sebuah kereta Nissan Juke yang sangat selesa, apatah lagi memenangi sebuah lagi kereta yang sama membuat saya lebih selesa. Kereta kedua ini akan digunakan untuk kepentingan ahli keluarga saya yang berada disini menyaksikan cabutan bersejarah”, katanya.

Empat peserta lainnya yang tidak berjaya membuka kereta tersebut juga diberikan hadiah saguhati berupa barangan isitmewa iaitu Apple iMac 21.5 dimenangi oleh Swee Teck Kwang , Cash Card Bank Baiduri B$1,000 dimenangi oleh Astrina Masli, Cash Card B$500 dimenangi oleh Rosdiana Haji Hamdan dan Speaker Bose Sound Dock Series II dimenangi oleh Nur Zawani Mohd Ali.

Lebih banyak Gambar-gambar menarik dilaman 'Galeri Gambar Anda'.

Sementara itu, sebaik sahaja cabutan promosi ‘Nissan Gaya Raya’ selesai, orang ramai mula berpindah ke Bilik Pameran Suzuki untuk menyaksikan cabutan bertuah seterusnya iaitu promosi ‘Suzuki Jom Raya’ untuk memenangi sebuah kereta Suzuki Swift Sport Manual.

Cabutan kali ini, menyaksikan Nasiruddin Awang Hamid yang bertugas sebagai tukang masak di salah sebuah syarikat terkemuka selaku peserta pertama yang menekan punat kekunci kereta Suzuki Swift Sport dari lima peserta lainnya sekaligus menjadi pemenang kereta tersebut.

Nasiruddin bersama isteri dan anak-anak beliau menerangkan kepada media bahawa doa beliau dimakbulkan untuk mendapatkan kereta Suzuki Sport pada cabutan promosi ini. 

Menurut beliau, “Alhamdulillah, saya sudah berdoa dari awal lagi menuju ke Bilik Pameran Boustead untuk mencuba nasib saya memenangi kereta ini dan tidak semana-mana tuhan telah memberikan saya rezeki yang sangat besar setelah nama saya diumumkan sebagai pemenang kereta tersebut, kereta ini akan saya gunakan untuk bertugas dan apa jua kegunaan bagi keluarga kami”.

Beliau juga berbesar hati kepada Syarikat Boustead yang telah mengadakan promosi ini dan insyallah beliau akan menyertai lagi apa jua promosi yang dijalankan oleh syarikat tersebut.

Tidak juga ketinggalan empat pemenang lainnya menerima hadiah berupa Cash Card Bank Baiduri B$2,000 yang dimenangi oleh Haji Mohammad Shafiee Haji Japar, Apple ipad2 16GB dimenangi oleh Muahmmad Najib Awang Abdullah, Cash Card Bank Baiduri B$500 dimenangi oleh Meludin Haji Abidin dan Speaker Bose Sound Dock Series II dimenangi oleh Kassim Haji Ahmad. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai.

Layari di laman 'Video Anda' untuk menyaksikan saat detik mereka memenangi kereta tersebut