Showing posts with label Juke. Show all posts
Showing posts with label Juke. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

Hajah Kamariah pemenang utama cabutan promosi Tahun Baru Universal Incredible Coaster

Tuah menyebelahi Hajah Kamariah Haji Mohd Yassin apabila beliau diumumkan sebagai pemenang utama cabutan promosi Tahun Baru Universal Incredible Coaster anjuran Boustead Sdn Bhd yang menawarkan hadiah pas masuk ke Universal Studio di Amerika Syarikat, dan ini termasuk tiket penerbangan untuk dua orang dan penginapan hotel.

Hadiah kedua iaitu ke Universal Studio di Jepun pula dimenangi oleh Chong Kiong Hen sementara Mohd Fardillah Mohammad Azman@Osni Belanda pula membawa pulang hadiah ke Universal Studio, Singapura.

Selain daripada itu, tujuh peserta lain turut membawa pulang hadiah sagu hati.

Peserta yang layak menyertai cabutan ini ialah mereka yang telah membeli mana-mana model sama ada Nissan Pulsar, Juke, Evalia, Almera atau March di sepanjang promosi iaitu dari 16 Disember 2013 hingga 31 Mac 2014.

Promosi yang diadakan ini bukan sahaja sebagai satu ganjaran Boustead Sdn Bhd kepada pelanggannya yang membeli mana-mana barisan Nissan tetapi juga sebagai penghargaannya kepada kesetiaan pelanggan atas sokongan dan menjadi sebahagian dari keluarga Nissan. 





Thursday, February 6, 2014

Siapakah Bertuah ke Universal Studio?


Bersempena tahun baru 2014 ini, Boustead Sendirian Berhad menawarkan promosi Nissan 'Incredible Coaster' bermula 16 Disember 2013 hingga 31 March 2014.

Menangi percutian ke Taman Permainan Universal Studio di beberapa buah negara terpilih dengan membeli dari pelbagai model Nissan yang terdiri daripada Juke, March, Pulsar, Evalia dan Almera, dalam tempoh promosi tersebut dimana pelanggan akan mendapat peluang untuk memenangi pakej percutian tiga hari ke Singapura, enam hari ke Osaka, Jepun dan pakej utama iaitu enam hari di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pakej ini termasuk tiket penerbangan untuk dua orang, hotel penginapan, pengangkutan ke lapangan terbang dan tiket ke Universal Studio termasuk pengankutan.

Tambahan lagi sepanjang tempoh promosi ini juga Boustead turut memperkenalkan promosi 'Toolbox Evalia', di mana pelanggan yang membeli Nissan Evalia akan menerima baucar 'The Toolbox' bernilai $300.

Promosi Suzuki pula, pelanggan yang membeli Suzuki Vitara 2.4 atau Suzuki Swift GLX 1.4 akan menerima hadiah berupa mesin Coffee Bean Maer dan Sony Camera Lens QX10.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Boustead Sdn Bhd, orang ramai boleh menghubungi talian 2431333 atau mengunjungi bilik pameran Boutead Sdn Bhd di Beribi, Gadong.

 




Wednesday, October 24, 2012

Jom mengunjungi Karnival 'Family Fun Boustead'


Sebanyak 50 syarikat diberi peluang ikut serta dalam Karnival Hari Seronok Boustead 2012 yang akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober ini, di bilik pameran Boustead di Beribi. Antara syarikat yang akan menyertai karnival tahunan selama dua hari itu termasuk Coffee bean and Tea leaf, kafe Saffron, KFC (B) Sdn Bhd, Agogo Salon, Brunerf dan Charles & Keith.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan Boustead hari ini telah mengadakan taklimat persediaan awal kepada wakil-wakil syarikat yang akan ikut serta nanti. Bercakap mengenai karnival itu, Penolong Pemasaran Boustead, Julia Farhana Haji Mohd Yusof, ketika ditemu bual berkata persediaan telah dibuat untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjung, yang mana antara acaranya nanti termasuk permainan dan cabutan bertuah bagi peluang memiliki kereta Nissan dan Suzuki.

Dengan itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi karnival tersebut, yang akan dibukakan kepada kunjungan awam bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti karnival yang akan diadakan bolehlah melayari laman Facebook "Brunei Nissan" dan "Brunei Suzuki".