Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

Saturday, April 23, 2016

Hyundai Elantra 2016 Serba baru lebih mampan




Setia Motors Sendirian Berhad sekali lagi melancarkan model terbarunya Hyundai elantra serba baru semalami di Bilik Pamerannya terletak di Beribi.



Pelancaran Elantra disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Ali Matussin, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Irwan bin Lamit dan Pengarah Urusan Insuran Islam TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair. 


Elantra diperkenalkan lebih 25 tahun dan berjaya dijual lebih 10 juta unit. Elantra juga menerima pelbagai anugerah termasuk kereta terbaik Amerika Utara, Kereta Terbaik Afrika Selatan 2012 dan peringkat tertinggi dalam segmen kereta kompak berkualiti 2014 menurut J.D. Power and Associates. Setiap jenerasi sebelum ini telah menyumbangkan kepada peningkatan popular dan hari ini Elantra menjadi sebuah model dari jenama Hyundai yang mempunyai jualan yang terbaik.


Elantra serba baru ini sebagai jenerasi keenam memperkenalkan standard terbaru bagi kereta jenis kompak sedan dipertingkatkan dari segi penimatan minyak, keselesaan dan keselamatan, dalam mencapai teknologi terbaik dunia, Elantra terbaru ini ditambah dengan standard teknologi keselamatan termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), High Beam Assist (HBA), Pengesan titik buta (BSD), Bantuan Penukaran Jalan (LCA), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Selain itu, pemilik kereta nanti akan mempunyai sistem audio jenama Harman memberi suara audio berkualiti.


Kuasa Elantra dari 1.6 litre Multi-Point Injection (MPI) digabungkan bersama enam kelajuan transmisi automatik mempunyai kuasa sehingga 128 kuasa kuda. Setentunya cukup untuk memberi kuasa yang diperlukan dalam perjalanan seharian.

Dibina 20 milimeter lebih panjang dan 25 milimeter (mm) lebih lebar dari jenerasi sebelum ini, ini bermakna Elantra terbaru menyalurkan ruang yang lebih besar dan 32 peratus daripadanya dilengkapi dengan besi High-Strength berbanding dengan Elantra lama memberi keselamatan pemandu dan penumpang kepada lebih selamat.


Kereta yang mempunyai desain menarik ini direka secara sportif dan moden dibawah konsep ‘Evolved Fluidic Sculpture Design Styling’, kini tampil dengan penampilan bantuk tajam berbanding model sebelum ini manakala perubahan Nampak dibahagian depan seperti bampar, jeriji, lampu kabus dan lampu utama projector digabungkan bersama lampu LED.


Selaras dengan pelancaran ini, Setia Motors dengan kerjasama Supagard, menyediakan pakej penjagaan kenderaan bagi pembelian kereta-kereta Hyundai sebagai pakej pilihan tambahan mereka.


Supagard sebuah syarikat di United Kingdom menyediakan produk perkhidmatan penjagaan badan kereta bahkan ‘lapisan kaca Premium’ kepada kereta pelanggan. 


Menurut, Master Trainer Supagad Asia dan Timur Tengah, Nadzry Abu Bakar, produk ini mampu memberikan lapisan kaca kepada kereta yang boleh melindungi badan kereta bahkan menjaga warna cat dan menambah kilauan yang boleh bertahan sehingga lima tahun. 


Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan model Hyundai Elantra serba baru ini di bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd semasa waktu bekerja.


Saturday, December 21, 2013

Mantuka di Instagram!

Mantuka kini di Instagram! Pastikan anda mengikuti @mantukabrunei untuk berita dan gambar terbaru dari semua acara yang Mantuka hadiri. Dan kongsikan foto anda bersama Mantuka dengan menggunakan #mantukabrunei.



Dan jangan lupa 'Like' Facebook Mantuka. Anda boleh melayari Facebook Mantuka di http://www.facebook.com/Mantuka. Mantuka membawa anda dengan berita terkini mengenai pelancaran kereta, acara-acara kereta, uji pandu dan promosi yang akan datang di Brunei Darussalam! Like! Like! Like! Terima kasih atas sokongan anda!

Saturday, October 5, 2013

Pengumuman Penutupan Jalan



Pihak Mantuka ingin memaklumkan mengenai penutupan jalan raya di pada:


Tarikh:   8 - 10 Oktober 2013
Time:     7:00-11:00 pagi dan 7:00-11:00 malam

Tempat:
1) Lebuh raya Tutong dan Muara menuju ke Empire Hotel, Jln Gadong, Tungku Link Highway
2) Hassanal Bolkiah Lebuhraya ke Pejabat Kerajaan, Jln Menteri Besar Lebuhraya
3) Jln Lapangan Terbang Antarabangsa untuk bulatan daripada Jln Serusop
4) Jln Berakas Utama
5) Jln Delima 2 hingga Jln Mentiri Besar
6) Stadium Jln dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa.

Sila ambil perhatian dan merancang perjalanan anda dengan sewajarnya.

Memandu dengan selamat dan sentiasa memakai tali pinggang keledar!

Monday, December 10, 2012

Nissan GTR MY13 dilancarkan semalam oleh Kazutoshi Mizuno sendiri


Boustead Sendirian Berhad selaku pengedar Tunggal Nissan telah mencatat sejarah baru setelah berjaya melancarkan model terbaru Nissan GT-R MY13 di Hotel Empire & Country Club, Jerudong.

Pelancaran tersebut yang ditunggu-tunggu oleh peminat kereta versi GT-R turut mengambil peluang untuk bertemu ‘bapa kepada GTR’ setelah disempurnakan sendiri oleh Kazutoshi Mizuno lawatan dijemput khas oleh Boustead Sdn Bhd.

Pelancaran hari ini menyaksikan pemilik-pemilik Nissan GTR, para jemputan khas dan media tempatan untuk menyaksikan lebih dekat model terbaru yang dinamakan ‘Godzilla’ menjadi salah sebuah kereta terpentas di dunia.



Turut hadir bersama beliau melancarkan model terbaru Nissan GTR MY13 Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee.

Pada 8hb Disember, kursus pengenalan peribadi tentang GT-R MY12 yang disampaikan oleh Mizuno juga telah diadakan di Conference Hall, Empire Hotel and Country Club.
Kursus pengenalan tersebut telah dianjurkan pada sebelah pagi dan petang yang telah dihadiri oleh kira-kira 25 orang jemputan khas dalam setiap sesi di Empire Hotel and Country Club. Lebih daripada 50 pemilik GT-R, tetamu dan pihak media telah dijemput untuk mengikuti acara tersebut dimana Mizuno sendiri akan menyampaikan ceremah mengenai improvisasi dan penciptaan semula siap GT-R MY12.

Dalam kursus tersebut, Mizuno telah menekankan cirri-ciri khas pada GT-R MY12 seperti kerusi leather yang dijahit menggunakan penggantungan tangan, setiap tayar yang ditala secara individu dan banyak lagi.
Di samping itu juga, Mizuno membuat perhatian khas terhadap keselamatan pemandu GT-R; chassis khas untuk kereta yang bukan sahaja sengit tetapi juga mempunyai kesan yang besar redaman, dimana ianya adalah penting untuk keselamatan pemandu.

Keselamatan pemandu dan penumpang sentiasa ada dalam fikiran Mizuno, beliau berkata bahawa dalam mana-mana peristiwa tayar pancit semasa memandu kelajuan setinggi 300km/j, GT-R masih selamat untuk dihentikan bagi membaiki tayar.

Selepas sesi perkongsian, tetamu dijemput untuk menguji pandu GT-R untuk terus memahami dan mengalami ciri-ciri GT-R MY12. Ianya merupakan hari yang dipenuhi aktiviti bagi semua orang.


Nissan GT-R MY13 - Gambar oleh Nissan, Jepun

Wednesday, October 24, 2012

Jom mengunjungi Karnival 'Family Fun Boustead'


Sebanyak 50 syarikat diberi peluang ikut serta dalam Karnival Hari Seronok Boustead 2012 yang akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober ini, di bilik pameran Boustead di Beribi. Antara syarikat yang akan menyertai karnival tahunan selama dua hari itu termasuk Coffee bean and Tea leaf, kafe Saffron, KFC (B) Sdn Bhd, Agogo Salon, Brunerf dan Charles & Keith.

Sehubungan dengan itu pihak pengurusan Boustead hari ini telah mengadakan taklimat persediaan awal kepada wakil-wakil syarikat yang akan ikut serta nanti. Bercakap mengenai karnival itu, Penolong Pemasaran Boustead, Julia Farhana Haji Mohd Yusof, ketika ditemu bual berkata persediaan telah dibuat untuk memberikan yang terbaik kepada pengunjung, yang mana antara acaranya nanti termasuk permainan dan cabutan bertuah bagi peluang memiliki kereta Nissan dan Suzuki.

Dengan itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi karnival tersebut, yang akan dibukakan kepada kunjungan awam bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti karnival yang akan diadakan bolehlah melayari laman Facebook "Brunei Nissan" dan "Brunei Suzuki".

2013 sistem Demerit lebih ketat di Brunei Darussalam

Pemandu-pemandu yang cuai atau yang sering melanggar peraturan lalu lintas khususnya yang telah melakukan kesalahan lalu lintas yang serius mungkin akan berharap dengan hukuman berganda atau double penalties, di mahkamah dalam situasi yang tertentu apabila sistem mata demerit akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bermula pertengahan 2013, bukan sahaja pesalah-pesalah lalu lintas akan berhadapan dengan kesalahan yang boleh dikenakan kompaun tetapi mereka juga mungkin akan berhadapan dengan larangan memandu atau penggantungan bagi tempoh sekurang-kurang 3 bulan hingga 12 bulan dan juga akan berhadapan dengan lesen memandu mereka ditarik balik apabila Sistem Demerit Points akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada pertengahan 2013 nanti.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Pengangkutan Darat, Haji Khalid bin Haji Mustafa dalam temu bual bersama Media Permata selepas taklimat mengenai Pelaksanaan Sistem Mata Demerit yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, baru-baru ini.

Beliau menjelaskan lanjut bahawa dalam keadaan atau senario yang tertentu, pesalah lalu lintas mungkin akan berhadapan dengan hukuman berganda namun begitu situasi itu belum dapat dikenal pasti tetapi beliau menekankan bahawa kemungkinan berlakunya kejadian hukuman berganda berkenaan tidak dapat ditolak.
Sementara itu, mengulas mengenai pertanyaan berhubungan dengan jika pesalah itu memandu kereta yang bukan miliknya, apakah pemandu itu atau pemilik kereta berkenaan akan didenda, Haji Khalid berkata bahawa di bawah sistem mata demerit itu, pemandu akan dikenakan denda namun jika pemandu tidak dapat dikenal pasti oleh kamera, pemilik kereta berkenaan akan bertanggungjawab mengenai perkara.

Mengulas mengenai dengan pelaksanaan Fasa 1, sistem mata demerit, beliau berkata bahawa sistem mata demerit akan dilaksanakan seperti dijadualkan pada pertengahan April sebelum Mei nanti di mana peralatan PDA dijangka akan tiba dari Singapura sebelum pelaksanaan sistem itu nanti.

Haji Khalid ketika menjawab persoalan mengenai dengan jerayawara yang telah diadakan di Daerah Brunei Muara, Daerah Belait dan Daerah Tutong, berkata bahawa jerayawara berkenaan diadakan untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai mengenai dengan pelaksanaan sistem mata demerit.

Beliau berkata bahawa pandangan dan cadangan dari orang ramai adalah penting untuk memastikan kelemahan pada sistem itu namun begitu beliau berkata bahawa setiap cadangan perlu diteliti bersama dengan pihak-pihak yang berkenaan kerana bukan semua pandangan dan cadangan dapat digunapakai.

Sistem demerit points merupakan satu sistem yang bertujuan untuk memastikan pemandu lebih berdisiplin, Sistem berkenaan juga boleh membantu pihak penguat kuasa mengenal pasti pemandu yang berisiko tinggi dan mempunyai sikap pemanduan yang sering melanggar peraturan-peraturan jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan. Melalui sistem berkenaan, pemandu-pemandu yang melanggar peraturan akan diberikan demerit points yang boleh membawa penggantungan atau pembatalan lesen memandu mengikut berat kesalahan yang dilakukan.