Mantuka

Wednesday, November 20, 2013

Pelancaran Proton Suprima S


Selepas berjaya memasuki pasaran Australia dan Indonesia bulan ini, Proton Holdings Berhad (Proton) berjaya melancarkan Proton Suprima S, model yang ketiga dilancarkan di Brunei dan kini menjengah pasaran Brunei dalam meningkatkan pasaran eksportnya.

Proton Suprima S telah dilancarkan di Bilik Pameran Proton 3S di Pusat Gadong oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Awang Salleh yang diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Proton Sdn. Bhd., Yang Dimuliakan Pehin Datu Indera Negara Lt-Col (Rtd) Dato’ Paduka Haji Mohd Ariffin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab dan Pengarah Urusan United Motor, Simon Gelan.

Nama ‘Suprima S’ berasal dari perkataan ‘Supreme’, yang mencerminkan keunggulan dalam bidang kejuruteraan, keselamatan dan prestasi yang telah dimasukkan ke dalam model ini. Hatchback yang nampak muda ini dicipta untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden, seperti yang dicadangkan oleh bentuk yang dinamik dan sporty, dalaman yang premium dan prestasi enjin yang unggul.

Suprima S yang ditawarkan di Brunei adalah varian Premium dan spesifikasi sama dengan varian yang dilancarkan di Malaysia Ogos lalu. Spesipikasi ini adalah termasuk Proton Infotainment dengan  Sistem Operasi Android, lampu LED, lampu cahaya siang hari (Daytime Running Lights), Hill-Hold Assist (pembantu pemegang dibukit), dan Park Assist dengan sensor parking di hadapan.

Proton Suprima S dikuasai dengan enjin Proton 1.6L Turbo. Dipasangkan dengan 7-kelajuan ProTronic CVT, ia memberikan kuasa dan torque bersamaan dengan enjin 2.0 liter. Kuasa 1.6L menghasilkan 140 PS 5000rpm, dan dengan tourque maksimum 205Nm dari 2000 hingga 4000rpm.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton Sdn. Bhd, Encik Hisham Othman, berdasarkan tawaran spesifikasi yang tinggi pada Suprima S, Proton yakin model ini akan mendapat sambutan yang baik di Brunei.

Proton telah berada lebih 26 tahun di Brunei dan kami mahu mengukuhkan kedudukan di sini untuk jangka masa panjang.

Dengan sokongan daripada pengedar United Motors, Proton akan terus menjadi jenama yang diterima di negara ini sebagai jenama yang menawarkan kereta selamat, bermutu dan berbaloi, tambah beliau lagi.

Specifikasi utama Suprima S termasuk Electronic Stability Control (ESC) dengan break assist, traction control, Anti-lock Braking System (ABS), anti-trap power windows, Park Assist dengan sensor parking, dan camera di belakang.

Proton Suprima S datang dengan 7-spoke, 17 inci touchscreen dengan system navigasi, kerusi leather, punat Push Start, paddle shifts, dan auto cruise adalah di antara specifikasinya.


Proton Suprima S disediakan dengan lima warna: Fire Red, Transquility Black, Solid White, Genetic Silver, dan Atlantic Blue.