Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label MINI Cooper S. Show all posts
Showing posts with label MINI Cooper S. Show all posts

Friday, March 4, 2016

MINI Clubman serba baru dilancarkan


Orang ramai boleh menyaksikan model-model terbaru kereta jenama MINI sekaligus pengenalan model ‘MINI Clubman’ 2015 yang menjadi tarikan peminat kereta beprestij.


Jerayawara MINI selama tiga hari yang dianjurkan oleh QAF Auto Sendirian Berhad selaku pengedar MINI rasmi dinegara ini mempamerkan model-model terbaru MINI bermula dari 4 hingga 6 Mac ini di Atrium The Mall, Gadong.

Dengan adanya Jerayawara, orang ramai boleh mengetahui lagi kehebatan jenama MINI dan juga model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di Negara Brunei Darussalam terutama kepada peminat kereta buatan British.


MINI Clubman S model 2015 kini berada dinegara ini ditawarkan dengan lebih besar dan lebar berbanding model Clubman sebelum ini. Keluaran baru MINI Cooper S Clubman dikuasakan dengan jenerasi terkini 2.0 Liter, 4-Silinder dengan kekuatan kuasa teknologi MINI TwinPower Turbo mampu menjana kuasa sehingga 192 kuasa kuda.


Pemilik MINI Cooper S Clubman akan terharu semasa menekan punat membuka kunci yang mengeluarkan logo MINI berhampiran pintu kereta sebagai tanda mengalu-alukan pemandunya sebelum memasuki kereta. 


Selain itu, Clubman turut menawarkan fungsi membuka bonet kereta secara automatik, jika tangan anda penuh dengan barangan, anda boleh membuka bonet kereta dengan hanya menyimpan kaki anda dibawah bonet kereta MINI Clubman dan kereta tersebut secara automatik terbuka dengan luas memberikan ruang untuk menyimpan barangan yang banyak atau berukuran besar.


Model MINI ini juga mempunyai 8-kelajuan transmisi Sport Automatik sebagai sebuah model MINI yang menawarkan transmisi tersebut untuk memberikan pengalaman pemanduan yang sportif. Pelanggan yang memiliki kereta ini akan diberi kemudahan pelbagai sistem bantuan pemanduan termasuk Park Distance Control dengan sensor depan dan belakang, kamera belakang, cruise control dengan fungsi brake dan bantuan letak kereta.


Tambahan lagi pada jerayawara itu, model-model seperti MINI Hatchback, MINI Coupe, MINI, Mini Countryman, MINI Paceman, MINI Cooper S dan MINI John Cooper Work sebagai model popular turut dipamerkan semasa jerayawara dijalankan. 


Setiap pembelian Model MINI, pelanggan akan diberikan baucer cenderamata MINI bernilai $400, penginapan satu malam di Hotel Empire & Country Club dan lima tahun jaminan. Cenderamata MINI dari koleksi MINI Lifestyle juga boleh diperolehi menikmati barangan berkualiti tinggi dan tulen dengan harga berpatutan.


Acara seumpama adalah sebagai platfom terbaik untuk semua menyaksikan model-model MINI yang popular dinegara ini. Tambahan lagi, kumpulan jualan MINI juga membantu memberikan maklumat lanjut model-model yang mereka minati.

Sunday, April 26, 2015

Jerayawara MINI di The Mall, Gadong dari 24-26 April

MINI Brunei pada masa ini menjalankan jerayawara yang telah bermula dari 24hb hingga 26hb April ini dari 10 pagi hingga 10 malam. Jerayawara tersebut diadakan bertempat di The Mall, Atrium, Gadong yang mempamerkan bermacam-macam keluaran dari jenama MINI.

Mini adalah sebuah kereta kecil yang direka oleh British Motor Corporation (BMC). Model asli dari kereta ini dianggap sebagai simbol dari Negara Inggeris pada tahun 1960-an dan kini ianya sangat popular diseluruh dunia.



Dalam jerayawara ini, pelanggan boleh memahami lebih lanjut kebolehan dan penampilan model-model MINI yang semakin popular di Negara Brunei Darussalam. Orang ramai boleh menyaksikan model-model terbaru kereta jenama MINI yang menjadi tarikan peminat kereta beprestij.

Jerayawara Mini selama tiga hari yang dianjurkan oleh QAF Auto Sendirian Berhad selaku pengedar Mini rasmi dinegara ini mempamerkan model-model terbaru Mini bermula dari 24 hingga 26 April ini di Atrium The Mall, Gadong.

Dengan adanya Jerayawara ini, orang ramai boleh mengetahui lagi kehebatan jenama MINI dan juga model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di Negara Brunei Darussalam terutama kepada peminat kereta buatan British.

Model-model yang dipamerkan termasuk MINI Hatchback yang popular, MINI Coupe, MINI, Mini Countryman, MINI Paceman dan model terkini termasuk dalam keluarga MINI ialah MINI Cooper S sebagai model terbaru dalam barisan MINI.

Selain itu, cenderamata MINI dari koleksi MINI Lifestyle juga boleh diperolehi. Peminat MINI boleh menikmati barangan berkualiti tinggi dan tulen pada jerayawara dijalankan. Apa yang menarik, pelanggan yang membuat tempahan model MINI akan menikmati Insuran secara percuma dan berpeluang memenangi hadiah cenderamata hebat dari MINI Lifestyle dari pusingan tuah ‘Spin The Wheel’.

Acara seumpama adalah sebagai plafom terbaik untuk semua menyaksikan model-model MINI yang popular dinegara ini. Tambahan lagi, kumpulan jualan MINI juga membantu memberikan maklumat lanjut model-model yang mereka minati.

Tambahan lagi, Syarikat ini memperkenalkan keluaran terbarunya iaitu MINI Countryman S. MINI Countryman S baru kekal sebagai kereta sporty, serba boleh dan bergaya seperti biasa. Ianya menawarkan lima pintu, pilihan ALL4 all-wheel drive dan  gril radiator yang dikemaskini. Model baru kini lebih kuat dan cekap daripada model terdahulu. Satu reka bentuk yang di kemas kini yang sangat ketara adalah pengawal underride baru yang datang sebagai standard pada semua model ALL4. Ia juga adalah pilihan untuk semua model dengan front-wheel drive. MINI Countryman S baru datang dalam pelbagai warna logam moden, seperti Jungle Green dan Midnight Grey. Ciri-ciri seperti salur pengudaraan yang lebih baik dan rintangan tayar diperbaiki untuk mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan manakala meningkatkan pecutan dan kelajuan atas keupayaan kereta tersebut.

Bersempena dengan jerayawara ini, pelanggan yang membeli model-model MINI sehingga 26 April ini akan berpeluang untuk mengikuti cabutan ‘Spin The Wheel’ untuk berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah menarik dan barangan cenderamata MINI secara percuma mengikut tuah masing-masing. Setiap pembelian model-model MINI juga akan termasuk dengan insuran.

Ikuti @mini_brunei di Instagram dan MINI Brunei di Facebook untuk berita kemas kini mengenai MINI.


Sunday, March 29, 2015

Pelancaran MINI 5-Pintu Baru

Untuk versi Inggeris, klik berita ini di sini.

MINI Asia telah memperkenalkan varian keluaran terbaru iaitu MINI 5 Pintu - buat kali pertama dalam sejarahnya. MINI 5 Pintu akan dijual pada harga istimewa yang telah dilancarkan semalam di Bilik Pameran MINI Brunei di Kompleks Membeli-belah Mabohai oleh Syarikat QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal MINI di Negara Brunei Darussalam.

Syarikat ini memperkenalkan keluaran terbarunya iaitu MINI Cooper 5 pintu dalam tiga varian seperti MINI One, MINI Cooper dan MINI Cooper S dengan promosi istimewa yang akan berakhir hari ini.

Orang ramai boleh menyaksikan model keluaran terbaru dari jenama MINI yang menjadi tarikan peminat kereta beprestij sekarang.

Keluaran MINI 5 pintu ini menawarkan kemajuan yang ketara dalam semua bidang berkaitan dengan keseronokkan memandu, kualiti dan bakat individu. Peningkatan bahan produk dalam MINI baru datang secara langsung daripada kepakaran pembangunan cemerlang Kumpulan BMW dan mengambil bentuk yang lebih luas berbanding sebelum ini dalam sejarah jenama ini.


“MINI 5 pintu menjadi tandatangan MINI kepada keseronokan, sebagai keluaran generasi ketiga telah dipertingkatkan dari segi keluasan ruang kaki dan penyimpanan, MINI telah mencapai keselesaan yang lebih baik tanpa memisahkan konsep pengawal jenis go-kart dan karakturistiknya”, kata Ketua MINI Asia, Sunny Medalla.

Badan MINI 5 pintu itu berukuran 3,892 milimeter panjang berbanding dengan Cooper S yang berukuran 4,005 milimeter, ini membuktikan MINI Cooper 5 pintu mempunyai penambahan panjang 161 milimeter dan 11 milimeter tinggi dari model versi 3 pintu.

Tambahan lagi, MINI terbaru ini dimuatkan dengan teknologi MINI Twin Power Turbo sebagai enjin petrol termasuk sistem Turbocharging, Injap minyak secara langsung dan kawalan camshaft berubah-ubah pada ekzos bagi model jenis 3 silinder mahupun 4 silinder enjin.

Apa yang didatangkan di Negara Brunei Darussalam dilengkapi dengan 6-kelajuan automatik digabungkan dengan enjin 4-silinder 2.0 liter dengan output puncak kepada 192 kuasa kuda yang menyala aliran diantara 4,700 dan 6,000 rpm, sehingga mencapai tork kepada 280Nm.

Bersempena dengan pelancaran ini, pelanggan yang membeli model-model MINI sehingga 29 Mac ini akan berpeluang untuk mengikuti cabutan ‘Spin The Wheel’ untuk berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah menarik dan barangan cenderamata MINI secara percuma mengikut tuah masing-masing.

Selain itu, orang ramai juga diberi peluang untuk mencuba sendiri kehebatan kereta-kereta jenama MINI yang sudah menjadi tarikan umum seperti model MINI Hatchback yang popular, MINI Coupe, MINI, Mini Countryman, MINI Paceman dan model terkini termasuk dalam keluarga MINI ialah MINI Cooper S.


Ikuti Mantuka.com di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran MINI 5-Pintu


Friday, May 16, 2014

Jerayawara MINI Brunei bermula hari ini


Orang ramai dijemput untuk datang ke Mall, Gadong kerana Syarikat QAF Auto Sdn Bhd akan memperkenalkan dua buah model Mini terbaru iaitu model Mini Cooper 1.5cc dan Mini Cooper S 2.0cc yang dilengkapi dengan teknologi Twin Power Turbo.

Jerayawara ini akan berlangsung dari 16hb sehingga 18hb Mei 2014 di The Mall, Gadong bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ada pelbagai aktiviti menarik turut diadakan pada jerayawara itu nanti termasuk melukis menggunakan berus cat, membuat karakutur dan kuiz berhadiah yang akan disampaikan oleh DJ Izan. Dari aktiviti-aktiviti ini akan menggalakkan semua orang untuk berseronok bersama MINI. Sebab itulah ciri-ciri sebuah MINI: Kreatif, unik, berlainan, dan seronok.

Mini adalah sebuah kereta kecil yang direka oleh British Motor Corporation (BMC). Model asli dari kereta ini dianggap sebagai simbol dari Negara inggeris pada tahun 1960-an dan kini ianya sangat popular diseluruh dunia.

Orang ramai akan berpeluang menyaksikan kehebatan kereta tersebut yang kini berada di Negara ini, tambahan lagi, model terbaru ini mengeluarkan sebuah model Mini yang menggunakan enjin 3-Silinder.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran MINI Cooper 1.5



Uji Pandu Mini Cooper 1.5

MINI Asia dan QAF Auto Sdn Bhd telah melancarkan generasi baru MINI. Direka untuk menjadi lebih besar, pemanduan yang lebih baik dan penuh dengan inovasi teknologi yang lebih baik berbanding sebelum ini, MINI baru akan terus menjadi utama dalam segmen kereta kecil premium.

Evolusi reka bentuk MINI baru menawarkan ciri-ciri model yang lebih matang, mencerminkan pengoptimuman ketara dalam aspek-aspek seperti ruang, keselamatan, bahan-bahan dan kualiti kemasan serta dinamik pemanduan dan keselesaan perjalanan.

"MINI baru menawarkan kemajuan yang ketara dalam semua bidang berkaitan dengan keseronokkan memandu, kualiti dan bakat individu. Peningkatan bahan produk dalam MINI baru datang secara langsung daripada kepakaran pembangunan cemerlang Kumpulan BMW dan mengambil bentuk yang lebih luas berbanding sebelum ini dalam sejarah jenama ini," kata Roger Fletcher, Pengurus Besar.

"Unit kuasa yang baru dibangunkan yang memaparkan MINI Kuasa Berkembar Teknologi Turbo juga boleh didapati untuk MINI baru. Baru MINI Cooper kini mempunyai enjin petrol 3 silinder dengan kuasa kuda  136hp," tambah Cik Felda Wong.

Apa pandangan Mantuka selepas membuat uji pandu MINI Cooper? Jangan sangka kereta kecil 3 silinder tidak berkuasa, model ini sangat berkuasa, pecutannya kuat, tindak balas cepat, indikasi minyak dipindah tempat yang mudah dilihat, sangat selesa dan pengendaliannya yang selamat adalah penjelasan terbaik dari Mantuka.

Pengalaman ini dirasai sendiri oleh pihak Mantuka memberi peluang membuat uji pandu yang dikelolakan oleh QAF Auto Sdn Bhd. MINI Cooper baru ini akan dilancarkan pada 16hb dan akan di pamerkan sehingga 18hb Mei ini di Mall, Gadong.

Inilah kali pertamanya Mini Cooper membuat keluaran terbaru dengan memuatkan enjin 3 silinder. 1.5 liter tetapi mempunyai kuasa kuda 136hp/100kW bermakna model ini mampu memecut 210 kilometer sejam dalam masa hamper 8 saat. Rahsia kepantasan kereta ini tergantung dari teknologi TwinPower Turbo dan fungsi Variable Valve Timing sepenuhnya (Fully Variable Valve Timing).

Semua model MINI baru mempunyai engin dan pengalaman memandu yang bertambah baik manakala penggunaan bahan api dikurangkan sebanyak 27% berbanding dengan model sebelumnya.

Kelebihan 'transmisi 6-kelajuan otomatik' menjadikan proses mengubah gear lebih lancar sehinggakan perubahan kelajuan tidak terasa dari bermulanya menekan pedal minyak sehingga ke tahap maksima. Semua pembaikan adalah bertujuan untuk memperhebatkan pengalaman tangkas apabila mengendalikan MINI.

MINI baru juga menggabungkan transmisi engine otomatik dan buat pertama kalinya menambah punat menghidupkan dan mematikan engine dalam model MINI, dan mencegah penggunaan bahan api yang tidak diperlukan disebabkan oleh berhenti di simpang atau semasa dalam trafik sesak.


Ciri-ciri luarannya yang berbentuk sportif, lebih besar berbanding model Mini Cooper sebelum ini menjadikannya sebuah kereta kecil yang memberikan perasaan memandu sebuah ‘Go kart’ yang seronok dipandu. Penampilan kereta tersebut memberi wajah yang amat selesa berpotensi menarik perhatian individu aktif bersukan dan mengejar masa. Semasa uji pandu dibuat, sudah ramai yang menoleh kepala tertarik dengan MINI Cooper baru itu.

Kali ini, Mini Cooper memberikan pilihan kepada pemandu sama ada untuk memilih tiga pilihan pemanduan iaitu ‘Green’ yang memberikan pemanduan secara penjimatan minyak, ‘Sport’ pilihan bagi pengalaman pemanduan secara agresif dan ‘Mid’ pilihan bagi pemanduan diantara ‘Green’ dan ‘Sport’. Mini Cooper tidak lari dari konsep lampu LED di bahagian dalam kereta terutama dibahagian Panel Pemuka.

Di bahagian stereng, dua pedal gear sebagai tambahan dan alternatif kepada gear bawah. Ini membolehkan pemandu membuat pertukaran secara manual dengan cepat dan selamat. Walaupun Mini Cooper terbaru ini dikatakan sebuah kereta kecil tetapi dengan mudahnya boleh memuatkan empat orang dewasa dan masih mempunyai ruang untuk pergerakan and menyimpan peralatan yang diperlukan.

Semasa uji pandu menuju ke kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, perjalanan tersebut terasa selesa walaupun pada kelajuan tinggi, ini kerana kereta ini dilengkapi dengan suspensi sport yang memberikan tindak balas pengendalian lebih tepat dan sportif.

Stabil, tangkas, dengan keupayaannya untuk membelok di selekoh pada kelajuan optimum, ditambah dengan aspek keselamatan cemerlang menguatkan lagi sebab kenapa Mini Cooper dianugerahkan 5-bintang keselamatan oleh Eurocap.

Menyerlahkan lagi aspek keselamatannya, apabila pihak Mantuka menekan brek secara mengejut, pemandu terasa selamat kerana teknologi tali pinggang keselamatannya (gabungan tali pinggang tiga penjuru, tegangan dan pengehad) menghalangnya tersentak ke hadapan, sebaliknya badan terasa tertekan ke bawah.

Jika, penjelasan Mini Cooper ini tidak memuaskan hati anda, anda boleh meminta model Mini Cooper S yang lebih berkuasa dengan enjin 4 silinder dengan teknologi Mini Twin Power Turbo yang memberi kuasa maksima 192 hb pada 4,700-6,000 rpm iaitu 233 km/j dalam masa 6.7 saat.


Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan jerayawara penuh dnegan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung di Mall bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ikuti & 'Like' Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Mini Cooper 1.5

Gambar oleh Ak. Fairol RMF, Media Permata

Sunday, May 19, 2013

Mini Cooper S Countryman Berkuasa dan Selesa


Sebuah kereta seronok, berkuasa dan, bergaya adalah penjelasan terbaik bagi Mini Cooper S Countryman yang mempunyai kuasa kuda melebihi ccnya (1.6L) sehingga mencecah 184 hp. Tidakkah ianya juga menjimatkan bahan api?

Pengalaman ini dirasai sendiri oleh wartawan Media tempatan yang diberi peluang memandu uji kereta hebat ini yang akan menjadi salah satu daripada lima hadiah pukulan terus ke lubang (hole-in-one) dalam kejohanan golf Baiduri Masters 2013, yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun ini.

Ciri-ciri luarannya yang berbentuk sportif, lebih tinggi berbanding Mini Cooper yang lain menjadikannya hadiah terbaik dan lebih menonjol untuk pemenang yang membuat pukulan terus ke lubang nombor 14, kerana ruang pengendaliannya yang amat selesa berpotensi menarik perhatian individu aktif bersukan dan mengejar masa.

Kelebihan 'transmisi 6-kelajuan automatik Steptronik' menjadikan proses mengubah gear lebih lancar dan dalam mod Steptronik, ia ternyata sportif.

Di bahagian stereng dua pedal gear sebagai tambahan dan alternatif kepada gear bawah. Ini membolehkan pemandu membuat pertukaran secara manual dengan cepat dan selamat.
Countryman S dengan mudah boleh memuatkan empat orang dewasa dan masih mempunyai ruang untuk menyimpan peralatan sukan seperti peralatan golf yang diperlukan.

Sekali pandang kereta ini mempunyai reka bentuk seperti SUV, tetapi masih mendorong gaya hidup aktif yang secara langsung menjadikannya sesuai untuk digunakan seharian dan untuk membawa keluarga berjalan jauh merentas desa.

Semasa uji pandu itu, perjalanan jauh terasa selesa walaupun pada kelajuan tinggi, ini kerana kereta ini dilengkapi dengan suspensi sport yang memberikan tindak balas pengendalian lebih tepat dan sportif.

Stabil, tangkas, dengan keupayaannya untuk membelok di selekoh pada kelajuan optimum, ditambah dengan aspek ke-selamatan cemerlang menguatkan lagi sebab kenapa Mini Cooper Countryman S dianugerahkan 5-bintang oleh Euroncap.

Menyerlahkan lagi aspek keselamatannya, apabila wartawan itu menekan brek secara mengejut, pemandu terasa selamat kerana teknologi tali pinggang keselamatannya (gabungan tali pinggang tiga penjuru, tegangan dan pengehad) menghalangnya tersentak ke hadapan, sebaliknya badan terasa tertekan ke bawah.