Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label MINI. Show all posts
Showing posts with label MINI. Show all posts

Monday, July 15, 2019

Pelancaran MINI Edisi ke-60


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
QAF Auto Sdn Bhd malam tadi melancarkan model MINI Cooper S versi Ulang Tahun ke-60 setelah MINI telah melangkah 60 tahun yang disambut secara global.

Model tersebut diperkenalkan secara rasmi di Kafe High Frequency Lifestyle di Batu Bersurat.

Keluaran model terbaru disempurnakan pelancarannya oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay bersama Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan. Turut berangkat hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji 'Abdul Wadood Bolkiah.


Kereta-kereta MINI kebanggaan British yang dihasilkan sebelum ini menjadi model popular berjenama elegan dan unik dengan pemanduan rasa seperti memandu go-kart dan ruang luas sesuai untuk pemanduan secara bergaya.

Selain Cooper S, penghasil otomobil premium turut mengeluarkan dua model MINI iaitu 3 dan 5 pintu yang menggabungkan karakter MINI dan ikon kereta yang berasal dari Negara tersebut.

Pereka kereta sport, John Cooper, mempunyai kepercayaan yang kuat dalam potensi kompak 4 tempat duduk di litar lumba. Dengan kerjasama dengan Alec Issigonis, selaku pereka MINI Classic, beliau berkongsi buah fikiran sebelum ini untuk menghasilkan pelbagai varian kereta kecil itu dengan enjin berkuasa tinggi yang akhirnya membawa di Monte Carlo Rally pada tahun 1960-an.

Seperti Cooper S, model ini mempunyai warna unik hijau 'British Racing' yang baru dan dimuatkan eksklusif tayar aloi 17” dengan desain tersendiri yang hanya boleh didapati bagi keluaran Sambutan Ulang Tahun ke-60 MINI.


 

Antara perubahan yang ketara adalah tambahan garisan hitam didepan bonet kiri dengan logo 60 tahun, logo tersebut juga disimpan di sisi indikasi kereta dan dibahagian pintu kereta dibahagian depan pemandu dan penumpang.


Bagi model edisi terhad ini, pemilik akan menerima stereng kulit leather dan tempat duduk sport kulit MINI Yours Leather Lounge 60 tahun yang eksklusif dengan berwarna Maroon gelap.

Para pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai jenis cenderamata koleksi Gaya Hidup MINI Sambutan Ulang Tahun ke-60 termasuk produk pakaian dan aksesori.


Pada akhir acara itu, juga turut menyaksikan cabutan bertuah bagi pelanggan MINI untuk memenangi melancong dan melawat ke MINI Plant di Oxford, United Kingdom.





Wednesday, May 22, 2019

Majlis Bersungkai untuk Pemilik-Pemilik MINI



Pemilik-pemilik MINI di Brunei Darussalam petang tadi diberikan dengan pelbagai juadah Sungkai oleh MINI Brunei sempena Bulan Ramadhan yang disambut diseluruh dunia.

MINI Brunei buat kali keduanya mengambil peluang untuk mengadakan majlis bersungkai bersama pelanggannya di restoran Millenium yang dihadiri seramai 150 jemputan.


Turut hadir pada majlis itu Presiden Persatuan MINI, Romzi bin Haji Mohd Yusof yang mengetuai konvoi MINI berkonvoi dari Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah.

Pengurus Besar QAF Auto, Siva Kumar Krishnan berkata, “semasa penyatuan di bulan ramadhan, ini adalah peluang besar untuk menunjukkan penghargaan kepada para pemilik-pemilik menjadi sebagai ahli MINI dan berharap untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan pelanggan hampir kepada kami.


Beliau juga berterima kasih kepada semua pelanggan MINI yang telah menyokong dan memastikan MINI akan sentiasa memberi rantau ini dengan kenderaan dengan warisan yang berkekalan, semangat induvidu dan teknologi berinovatif.

Tuesday, September 11, 2018

BMW World of Passion and Joy


Gambar dari BMW Singapore

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat QAF Auto Sdn Bhd baru-baru ini menghantar wartawan-wartawan permotoran ke acara ‘BMW World of Passion and Joy’ di Singapura dari 25 hingga 26 Ogos ini bagi mengambil pengalaman tersendiri dunia BMW dan MINI.

Hadir mengucapkan selamat berlepas kepada wartawan-wartawan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pagi tadi ialah Pengurus Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa.

Acara yang berlangsung selama dua hari di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Singapura itu memperlihatkan kereta-kereta bersejarah BMW dan MINI, meneroka cerita dan perjalanan MINI, berhibur dengan persembahan-persembahan dan aktiviti interaktif.


Gambar dari BMW Singapore
Sebelum acara ‘BMW World of Passion and Joy’, para media dikumpulkan untuk mengikut majlis makan malam bagi mengalu-alukan kedatangan media-media antarabangsa untuk mengambil liputan khas mengenai keluaran terkini dari BMW dan MINI.

Dalam majlis makan malam itu, Pengarah Urusan BMW Group Asia, Christopher Wehner menyampaikan ucapan alu-aluannya yang menyentuh mengenai acara-acara BMW world selama ini menjadi tanda penyatuan sejarah BMW sebelum, sekarang dan di masa depan di bawah satu bumbung, “Kami sangat gembira mengalu-alukan kedatangan para pengunjung mengambil pengalaman unik melalui pameran ini nanti.

“Di samping itu, buat kali pertama di Singapura, kami melancarkan empat buah model terbaharu dan mempamerkan dua model tambahan termasuklah model, BMW Concept X7 iPerformance.”


Semasa Ekspo itu dijalankan, penulis menyaksikan pelancaran keluaran baharu BMW 2 Series Active Tourer dan Gran Tourer, kedua buah model tersebut dihasilkan sebagai kegunaan perjalanan Bandar dilengkapi dengan transmisi dual-clutch.

Gambar dari BMW Singapore

Gambar dari BMW Singapore

BMW 2 Series Active Tourer dan Gran Tourer mempunyai penampilan gril buah pinggang depan mereka yang lebih besar, yang kedua-duanya lebih tinggi dan lebih luas, dan kini terbentang hampir ke arah lampu kepala. Tambahan Air Intake pengambilan udara luar, foglamp LED sebagai tambahan baru, lebih menonjolkan dan canggih. Tambahan lagi, kedua-dua model mempunyai luaran rupa sport line dengan tempat duduk sportif, display instrument berwarna hitam.

BMW X4 juga menjadi tarikan ramai pada pelancaran model terbarunya, BMW X4 serba baru dikuasa menggunakan xDrive mempunyai kebolehan digunakan dalam pelbagai rupa bumi atau pelbagai cuaca. Model SAV Coupe mempunyai bentuk badan lebih lebar, dilengkapi suspension M Sport dan stereng sport mampu menjelajahi pelbagai cabaran.


Gambar dari BMW Singapore


Apa yang menarik, keluaran model BMW i3s Rex, mempamerkan era baru dalam mobility, BMW i3s REx antara model premium tertinggi di dalam jenama BMW, mempunyai pemanduan dinamik, dilengkapi pelbagai teknologi masa kini setentunya memberi kenikmatan dalam pemanduan bergaya yang digabungkan dengan kereta elektrik dari kumpulan BMW.

Penulis Mantuka juga berpeluang menyaksikan pelancaran edisi pertama BMW Z4 sebuah model roadster yang ditunggu-tunggu oleh peminat kereta BMW.

Z4 masih mempertahankan desain grill kidney yang sudah menjadi trademark mewah BMW. Selain itu, lampu headlamp bi-Xenon dengan nampak sportif dan elegan. Selain nampak bergaya, Z4 sesuai bagi kegunaan berseronok atau menghadiri acara-acara kemeriahan. Ianya menjadi sejarah baru bagi BMW menghasilkan model terkini ini.

BMW Z4 M40i mempunyai kuasa 250kW/340 kuasa kuda, dengan enjin 6 silinder sebaris dan dilengkapi sustepnsion sport dengan kawalan damper elektronik, system brake M Sport serta mampu menghembus kuasa perlepasan 4.6 saat dari 0 ke 100 km/J.

Jika itu tidak mencukupi, ‘BMW World of Passion and Joy’ juga memperkenalkan BMW i8 Series serba baru yang menggabungkan prestasi dan kemewahan dalam satu. Model  hybrid 4 pintu coupe ini menjadi kereta jualan teringgi pada masa ini.


i8 juga berkali-kali memenangu anugerah enjin antarabangsa tahunan dari 2015 hingga 2017. model ini mempunyai badan yang ringan disebabkan bahan rekaan yang dihasilkan dari aluminium desain tersendiri dari bonet yang rendah, tayar aloi 20” dengan double spoke desain.

Model i8 Roadster terbaharu ini dimuatkan teknologi hybrid drive duo elektrik motor dan enjin petrol 3-silinder dengan teknologi BMW TwinPower Turbo bersama transmisi 6-kelajuan Steptronic manakala electric motor menggerakkan roda depan  melalui 2-kelajuan automatic gearbox.

M2 serba baru turut dipamerkan disana sebagai model lumba dimuatkan enjin bi-turbo sebaris 6-silinder yang mampu bergerak dari 0-100km’J dalam masa 4.2 saat sahaja. BMW M2 mempunyai cermin sisi M, gril depan bawah pinggang yang direka semula, tayar aloi M baharu, tempat duduk M Sport dan logo M2 yang diterangi.

Apa yang menarik, keluaran BMW Concept X7 iPerformance yang pernah dipamerkan di kereta-kereta IAA 2017 di Frankfurt, Jerman. Model X7 iPerformance adalah model kelas premium tertinggi di dalam barisan kereta-kereta BMW.

Semasa ekspo selama dua hari itu, para pengunjung berpeluang untuk menjalankan uji pandu model-model BMW terkini termasuk BMW 2 Series, BMW 7 Series, BMW i3 dan BMW X model.

Antara aktiviti lain, persembahan berbasikal aksi mendebarkan oleh Igor Obu yang membuat pergerakan menuver yang jarang sekali dilihat selama acara dua hari itu dijalankan.


Gambar dari BMW Singapore
Melihat MINI Designer oleh Paul Smith, salah satu daripada tiga Designer Minis yang dipersembahkan oleh Rover sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-40 Mini pada tahun 1998. Mengambil inspirasi untuk reka bentuknya daripada ciri-ciri jalur koleksi 1997, kereta itu akhirnya disembur dengan 86 jalur dalam 26 warna.

Gambar dari BMW Singapore
Kanak-kanak berumur dari 1 hingga 55 tahun tidak dilupakan untuk berhibur di dalam ‘BMW Baby Racers’, yang mana kanak-kanak berpeluang uji pandu BMW RS1200 GS Pedal dan JCW Go-Kart di litar disediakan. Kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 3 tahun juga berpeluang untuk menyertai perlumbaan khas. Masa tercepat dalam perlumbaan itu akan membawa balik BMW Baby Racer.

Gambar dari BMW Singapore
Penulis Mantuka juga tidak ketinggalan memberi pandangan tersendiri mengenai kereta BMW 420i Gran Coupe yang diberi peluang untuk membuat uji pandu kereta tersebut semasa ekspo dijalankan. kawasan uji pandu tidak jauh dari Raffles Boulevard di Bandar Suntec. Kereta tersebut mempunyai kapabiliti menakjubkan terutama menjaga keselesaan pemandu semasa berada di kawasan perjalanan tidak menentu dan bergelora.



Selain itu, penulis juga mencuba mode 'Comfort' yang sesuai digunakan di jalan raya Singapura apatah lagi Mode 'Sport' yang memberi kuasa sepenuhnya dnegan kestabilan yang mampu dikawal secara mudah.


Bercakap mengenai display di papan pemuka tengah, ia dilengkapi dengan 6.5 ukuran yang boleh di tayangkan ke skrin cermin pemandu supaya pemandu dapat memfokus pemandu sambil melihat dari skrin yang dipamerkan. tambahan lagi, kamera lebar yang dilengkapkan di sisi kereta boleh memberi pemandnagan 360 bagi memastikan disekeliling kereta tidak terjejas semasa meletak kereta atau memasuki ruang sempit.



Saturday, August 18, 2018

Pengalaman Memandu BMW & MINI

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Satu sejarah dicatat bagi syarikat QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW dan MINI di Brunei, buat pertama kalinya menawarkan peluang kepada pelanggan sedia ada dan berpotensi menyertai acara rasmi ‘Pengalaman Memandu BMW dan MINI’ di Brunei Darussalam. 

Majlis pembukaan bagi acara tiga hari itu dihadiri oleh Duta Besar Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff selaku tetamu kehormat majlis dan Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Kementerian Perhubungan, QAF Auto membawakan lebih 200 orang peserta ke Taman Permainan Jerudong bagi acara berkenaan di mana mereka diberikan pelbagai pengalaman dengan berbagai-bagai jenis model BMW dan MINI diadakan bermula 10 hingga 12 Ogos.


Antara lain, Penulis Mantuka yang juga dijemput menyertai acara itu berpeluang menjalankan uji pandu BMW X1 pada latihan ‘Berhenti Kecemasan dan Pengelakkan’ dan latihan pusingan dan slalom mengguna BMW 318i yang juga dijadikan sebagai pertandingan diantara para peserta.



Semasa menggunakan BMW X1, penulis mengambil pengalaman menggunakan system kecemasan perhentian secara betul. Dengan menekan pedal brek secara penuh X1 dengan pentas berhenti sambil menggunakan teknik pemegangan stering yang diajar sebelum latihan awal.

Manakala pada sesi latihan kedua, kami mencuba kemampuan kuasa stering 318i melalui perjalanan zig zag pada tahap kelajuan yang tinggi melalui sekatan yang di akhiri dengan pusingan tajam.




Latihan ini ditambah dengan pertandingan pusingan lap yang mana pemandu bertanding sesama sendiri dari litar yang disediakan.

Di bawah bimbingan Jurulatih Lanjutan, Intensif dan Instruktor yang disahkan Motorrad daripada BMW Driving Experience and International Instructors Academy, Wong Kah Keen dan Puventhiran Sundram yang berpengalaman dalam bidang berkenaan sejak 2000, para peserta mempelajari segala-galanya daripada menyesuaikan tempat duduk ke kedudukan yang betul semasa memandu untuk mengambil bahagian dalam latihan bagi memahami kaedah stereng yang betul, brek kecemasan dan cara pengelakan.


Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ‘slalom’ dan ‘hotlaps’ bersama jurulatih.


“Ia akan menjadi beberapa hari yang menarik untuk semua peserta serta semua orang yang terlibat dalam membawa Pengalaman Memandu BMW dan MINI ke Brunei,” jelas Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Sivakumar Krishnan dalam ucapannya pada majlis pembukaan acara tersebut.


Beliau turut menyatakan bahawa mereka berharap dapat menganjurkan satu lagi acara Pengalaman Memandu BMW dan MINI di Brunei pada masa akan datang.

Kursus latihan rasmi pertama telah diadakan di Manching, Jerman pada 1977 dengan 15 orang peserta. Kursus-kursus latihan itu bukan sahaja berjaya tetapi juga antara kursus latihan pemandu pertama yang pernah diberikan dalam industri automobil.