Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, March 29, 2015

Pelancaran MINI 5-Pintu Baru

Untuk versi Inggeris, klik berita ini di sini.

MINI Asia telah memperkenalkan varian keluaran terbaru iaitu MINI 5 Pintu - buat kali pertama dalam sejarahnya. MINI 5 Pintu akan dijual pada harga istimewa yang telah dilancarkan semalam di Bilik Pameran MINI Brunei di Kompleks Membeli-belah Mabohai oleh Syarikat QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal MINI di Negara Brunei Darussalam.

Syarikat ini memperkenalkan keluaran terbarunya iaitu MINI Cooper 5 pintu dalam tiga varian seperti MINI One, MINI Cooper dan MINI Cooper S dengan promosi istimewa yang akan berakhir hari ini.

Orang ramai boleh menyaksikan model keluaran terbaru dari jenama MINI yang menjadi tarikan peminat kereta beprestij sekarang.

Keluaran MINI 5 pintu ini menawarkan kemajuan yang ketara dalam semua bidang berkaitan dengan keseronokkan memandu, kualiti dan bakat individu. Peningkatan bahan produk dalam MINI baru datang secara langsung daripada kepakaran pembangunan cemerlang Kumpulan BMW dan mengambil bentuk yang lebih luas berbanding sebelum ini dalam sejarah jenama ini.


“MINI 5 pintu menjadi tandatangan MINI kepada keseronokan, sebagai keluaran generasi ketiga telah dipertingkatkan dari segi keluasan ruang kaki dan penyimpanan, MINI telah mencapai keselesaan yang lebih baik tanpa memisahkan konsep pengawal jenis go-kart dan karakturistiknya”, kata Ketua MINI Asia, Sunny Medalla.

Badan MINI 5 pintu itu berukuran 3,892 milimeter panjang berbanding dengan Cooper S yang berukuran 4,005 milimeter, ini membuktikan MINI Cooper 5 pintu mempunyai penambahan panjang 161 milimeter dan 11 milimeter tinggi dari model versi 3 pintu.

Tambahan lagi, MINI terbaru ini dimuatkan dengan teknologi MINI Twin Power Turbo sebagai enjin petrol termasuk sistem Turbocharging, Injap minyak secara langsung dan kawalan camshaft berubah-ubah pada ekzos bagi model jenis 3 silinder mahupun 4 silinder enjin.

Apa yang didatangkan di Negara Brunei Darussalam dilengkapi dengan 6-kelajuan automatik digabungkan dengan enjin 4-silinder 2.0 liter dengan output puncak kepada 192 kuasa kuda yang menyala aliran diantara 4,700 dan 6,000 rpm, sehingga mencapai tork kepada 280Nm.

Bersempena dengan pelancaran ini, pelanggan yang membeli model-model MINI sehingga 29 Mac ini akan berpeluang untuk mengikuti cabutan ‘Spin The Wheel’ untuk berpeluang memenangi pelbagai jenis hadiah menarik dan barangan cenderamata MINI secara percuma mengikut tuah masing-masing.

Selain itu, orang ramai juga diberi peluang untuk mencuba sendiri kehebatan kereta-kereta jenama MINI yang sudah menjadi tarikan umum seperti model MINI Hatchback yang popular, MINI Coupe, MINI, Mini Countryman, MINI Paceman dan model terkini termasuk dalam keluarga MINI ialah MINI Cooper S.


Ikuti Mantuka.com di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran MINI 5-Pintu