Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, March 4, 2016

MINI Clubman serba baru dilancarkan


Orang ramai boleh menyaksikan model-model terbaru kereta jenama MINI sekaligus pengenalan model ‘MINI Clubman’ 2015 yang menjadi tarikan peminat kereta beprestij.


Jerayawara MINI selama tiga hari yang dianjurkan oleh QAF Auto Sendirian Berhad selaku pengedar MINI rasmi dinegara ini mempamerkan model-model terbaru MINI bermula dari 4 hingga 6 Mac ini di Atrium The Mall, Gadong.

Dengan adanya Jerayawara, orang ramai boleh mengetahui lagi kehebatan jenama MINI dan juga model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di Negara Brunei Darussalam terutama kepada peminat kereta buatan British.


MINI Clubman S model 2015 kini berada dinegara ini ditawarkan dengan lebih besar dan lebar berbanding model Clubman sebelum ini. Keluaran baru MINI Cooper S Clubman dikuasakan dengan jenerasi terkini 2.0 Liter, 4-Silinder dengan kekuatan kuasa teknologi MINI TwinPower Turbo mampu menjana kuasa sehingga 192 kuasa kuda.


Pemilik MINI Cooper S Clubman akan terharu semasa menekan punat membuka kunci yang mengeluarkan logo MINI berhampiran pintu kereta sebagai tanda mengalu-alukan pemandunya sebelum memasuki kereta. 


Selain itu, Clubman turut menawarkan fungsi membuka bonet kereta secara automatik, jika tangan anda penuh dengan barangan, anda boleh membuka bonet kereta dengan hanya menyimpan kaki anda dibawah bonet kereta MINI Clubman dan kereta tersebut secara automatik terbuka dengan luas memberikan ruang untuk menyimpan barangan yang banyak atau berukuran besar.


Model MINI ini juga mempunyai 8-kelajuan transmisi Sport Automatik sebagai sebuah model MINI yang menawarkan transmisi tersebut untuk memberikan pengalaman pemanduan yang sportif. Pelanggan yang memiliki kereta ini akan diberi kemudahan pelbagai sistem bantuan pemanduan termasuk Park Distance Control dengan sensor depan dan belakang, kamera belakang, cruise control dengan fungsi brake dan bantuan letak kereta.


Tambahan lagi pada jerayawara itu, model-model seperti MINI Hatchback, MINI Coupe, MINI, Mini Countryman, MINI Paceman, MINI Cooper S dan MINI John Cooper Work sebagai model popular turut dipamerkan semasa jerayawara dijalankan. 


Setiap pembelian Model MINI, pelanggan akan diberikan baucer cenderamata MINI bernilai $400, penginapan satu malam di Hotel Empire & Country Club dan lima tahun jaminan. Cenderamata MINI dari koleksi MINI Lifestyle juga boleh diperolehi menikmati barangan berkualiti tinggi dan tulen dengan harga berpatutan.


Acara seumpama adalah sebagai platfom terbaik untuk semua menyaksikan model-model MINI yang popular dinegara ini. Tambahan lagi, kumpulan jualan MINI juga membantu memberikan maklumat lanjut model-model yang mereka minati.