Mantuka

Insurans Islam Taib

Showing posts with label Kia Motors Brunei. Show all posts
Showing posts with label Kia Motors Brunei. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

20 Terpilih ke Cabutan Akhir Program Pelanggan Setia KIA


Sebagai tanda penghargaaan kepada pelanggan setia KIA, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam melancarkan Program Pelanggan Setia KIA 2016 yang bermula sejak 19 Jun hingga dan berakhir 25 Julai lalu.

Dalam program itu, pelanggan BSB dan KB yang membuat penyelenggaraan kereta KIA mereka sebanyak tiga kali secara berterusan di bengkel rasmi KIA dan berbelanja lebih dari B$100 untuk perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan akan layak menyertai cabutan dibawah Program Pelanggan Setia KIA 2016. 

20 peserta dari 300 pelanggan telah dipilih dalam satu cabutan awal semalam yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan KIA di Lambak Kanan. 



Cabutan tersebut telah disempurnakan oleh Eksekutif Komersial (BMC/4) Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd, Awang Haji Zainie bin Suhaili dan Pengurus Besar Syarikat LUB Enterprise, Hendry Ang.

Cabutan utama akan diadakan pada 28 Julai ini nanti pada jam 10 pagi di Pusat Perkhidmatan KIA, yang mana dua pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi 5 hari pelancongan ke Korea termasuk tiket penerbangan, hotel, tempat penginapan dan destinasi pelancongan di Korea. Nama-nama yang terpilih dalam cabutan itu akan dihubungi melalui nombor yang diberi. 

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa untuk membuat lawatan ke Loji Hwaseong dan Loji Besi Hyundai untuk mengambil pengalaman tersendiri layanan Korea semasa berada di Negara tersebut.

Tuesday, May 2, 2017

Promosi Kejutan Hari Raya daripada Kia



Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Pelanggan yang membeli kereta KIA dari 1hb Mei 2017 hingga 31 Julai 2017 akan berpeluang untuk mendapatkan hadiah kejutan dengan setiap pembelian mana-mana kereta model KIA.

Dalam promosi pembelian kereta KIA sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Grand Motors Sdn Bhd akan memberikan secara percuma perlindungan insuran untuk tahun pertama dan kedua, bayaran ansuran bulanan percuma, baucar membeli-belah secara percuma dan banyak lagi.

Promosi ini tertakluk pada jenis model kereta yang dibeli. Ianya juga tertakluk pada terma dan syarat.

Promosi bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah cara Syarikat tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan mereka yang berterusan.

Untuk keterangan lebih lanjut, orang ramai boleh mengunjunyi bilik pameran Kia di Tapak Perindustrian Beribi, Gadong.

Thursday, October 6, 2016

Fazulreen Sdn Bhd sebagai Pusat Perkhidmatan Grand Motors di Seria dan KB



Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

 Syarikat Grand Motors hari ini secara rasminya melantik Syarikat Fazulreen Sdn Bhd sebagai Pusat Perkhidmatan Grand Motors Sdn Bhd bagi pelanggan di Seria dan Kuala Belait.

Dengan adanya Pusat Perkhidmatan ini, syarikat tersebut akan memberi layanan kepada pelanggan keperluan selepas jualan termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan alat keperluan pelanggan di daerah tersebut.

Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho berkata, “Syarikat kami sukacita dapat memberikan perkhidmatan dan membawa pelanggan lebih dekat dengan kami”.



“Ia selaras dengan Sambutan Ulang Tahun Kia ke-20 di Brunei Darussalam. Selama 20 tahun Syarikat Grand Motors membawa jenama kepada menyalurkan pengalaman berinspirasi pergi tanpa luar jangkaan”.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Kia Motors Corporation – Asia Regional Headquarters, Steve Lee, Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho dan Pengarah Eksekutif Grand Motors, Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Maj Gen (B) Pengiran Haji Ibnu Basith dan Ekekustif Grand Motors, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr. Haji Ahmad.

Tuesday, September 20, 2016

Jelajah & Uji Pandu Kia di Times Square


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Sila ambil perhatian semua penggemar-penggemar kereta, penantian yang di tunggu akan datang, Jelajah & Uji Pandu Kia kembali sekali lagi di Brunei dan untuk kali keempat di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas dari 23 hingga 25 September 2016 dari 10 pagi hingga 10 malam. Pusat membeli-belah itu padat dan sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang melihat lebih dekat lagi model-model keluaran kereta Kia!

Tetapi bukan hanya mereka yang lalu-lalang dapat melihat lebih dekat kereta-kereta tersebut, tetapi mereka juga berpeluang untuk uji pandu dan membawa pulang beg eksklusif UEFA EURO 2016 secara percuma kepada pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model Kia pada 25 September 2016 di Kelab Tennis Brunei berdekatan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari!


Ini adalah jerayawara keempat yang dirancang bagi semua pelanggan Kia sepanjang tahun. Pelanggan yang membeli mana-mana model Kia juga akan berpeluang untuk memenangi sebuah Kia Grand Carnival 2.2L SX (A) CRDi 8-penumpang sempena promosi Ulang Tahun Kia ke-20.

Jadi sila catatkan tarikh tersebut dalam perancangan anda dan rancang perjalanan ke Times Square dan Kelab Tennis Brunei untuk melihat kereta-kereta Kia sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ketika anda membuat uji pandu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook Kia di http://www.facebook.com/Kiabrunei dan juga Instragram @kiabrunei bagi maklumat terkini.

Wednesday, April 20, 2016

Kia on Tour & Uji Pandu Sesi Pertama

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.
Ambil pengalaman UEFA EURO 2016 bersama Kia on Tour dan acara uji pandu Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Kia di Negara ini. Acara pertama pada tahun ini telah diadakan dari 13 hingga 17 April di The Mall, Gadong.

Pelanggan juga diberi peluang untuk membuat uji pandu pada 17 April lalu di Pusat Rantau SEAMEO-VOCTECH.

Sebagai penaja utama acara bola sepak Eropah, cenderamata tema UEFA EURO 2016 diberikan kepada yang menyertai uji pandu seperti Bag Eco, botol air, Bag pasport dan tuala antara yang diberikan secara percuma.


Aktiviti UEFA 2016 akan bermula dari April hingga Oktober. Kia juga akan membuat beberapa lawatan ke daerah-daerah di Brunei Darussalam. KOT akan berada di Petani Mall, Tutong dari 28 hingga 29 Mei ini.

Peminat Kia juga berpeluang untuk melihat model-model kereta Kia yang mereka suka dan menerima cenderamata eksklusif.

Kia on Tour & Uji Pandu 2016 adalah sebagai projek jerayawara global diusahakan oleh Kia Motors Corporation di Korea bagi membolehkan rangkaian populasi pengedar di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia Barat, Asia dan Pasifik untuk merasa pengalaman Kia.

Ianya juga sebagai komitmen Kia Global untuk memberi jangkaan pelanggan melalui inovasi automotif berterusan.

Wednesday, August 12, 2015

Cabutan Undi KIA Mencari Pelanggan Bertuah


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Acara cabutan undi yang telah berlangsung di Bilik Pameran KIA, Beribi telah disempurnakan oleh wakil-wakil perbankan dari Bank Baiduri dan BIBD At-Tamwil.

Lebih 500 pelanggan telah membeli kereta Kia dari 1hb Mei hingga 31 Julai 2015 dan hanya 10 pelanggan bertuah telah terpilih untuk menyertai pusingan akhir cabutan bertuah dalam promosi pembelian kereta KIA sempena Hari Raya Aidilfitri.

Hadir pada cabutan tersebut terdiri daripada Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal Bin Pehin Dato Dr Hj Ahmad, Pengurus Jualan KIA, Jacquelin Koh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin BM Haji Metusin, Pengarah urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Irwan bin Lamit, Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam, Mohd Firdaus bin Haji Mokim dan Penolong Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Asharul Bin Norshari Kamaluddin. Turut hadir selaku saksi cabutan undian tersebut ialah pegawai dan kakitangan KIA, Grand Motors Sdn Bhd.


Pelanggan yang terpilih akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Caren 2.0L LX GSL bagi pemenang ditempat pertama, KIA Cerato 1.6L bagi ditempat kedua dan KIA F/L Rio 1.4L bagi pemenang ditempat ketiga.

Kali ini, Syarikat tersebut turut menyediakan hadiah keempat juga menyediakan sebuah kereta KIA Picanto 1.0L EX transmisi manual, dan bagi tempat kelima hingga tempat ke-10 akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak B$3,000.00, B$1,500.00 dan B$500.00.

Selain itu, Syarikat tersebut juga akan menjemput 10 pelanggan bertuah untuk menyertai cabutan akhir bagi promosi "Cerato for the Young and the Young at Heart" yang berjalan sejak 1hb April hingga 31 Julai yang mempunyai 200 pelanggan.

Promosi bersempena Sambutan Hari Kemenangan ini adalah cara Syarikat tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan mereka yang berterusan.

Pelanggan akan dihubungi oleh pihak Grand Motors, dan diminta untuk membawa kad pintar (I.C.) semasa cabutan itu. Jika ada pelanggan yang tidak dapat menghadiri acara tersebut, surat wakil dan salinan kad pintar (I.C) harus dibawa oleh wakil yang hadir.


Wednesday, June 24, 2015

Raikan Hari Raya Awda Bersama KIA

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Pelanggan yang membeli kereta KIA dari 1hb Mei 2015 hingga 31 Julai 2015 akan berpeluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta model KIA atau hadiah berupa wang tunai.

10 pelanggan bertuah yang berjaya ke pusingan akhir cabutan bertuah dalam promosi pembelian kereta KIA sempena Hari Raya Aidilfitr. 

Cabutan akhir pada 14 Ogos 2015 yang akan diadakan di Bilik Pameran KIA, Beribi, Gadong, Perindustrian Beribi II menyaksikan beberapa pelanggan bertuah akan membawa balik hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Carens 2.0L LX GSL transmisi automatik sebagai hadiah utama.

Selain itu, pemenang kedua iaitu KIA Cerato 1.6L EX Sedan transmisi automatik dan pemenang ketiga berupa KIA F/L Rio 1.4L Hatchback transmisi automatik.

Kali ini, Syarikat tersebut turut menyediakan hadiah keempat juga menyediakan sebuah kereta KIA Picanto 1.0L EX transmisi manual, dan bagi tempat kelima hingga tempat ke-10 akan berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak B$3,000.00, B$1,500.00 dan B$500.00.

Promosi bersempena Sambutan Hari Kemenangan Ini adalah cara Syarikat tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan mereka yang berterusan. 

Untuk mengetahui pandangan pihak Mantuka.com mengenai uji pandu KIA, klik di bawah ini untuk berita selanjutnya:
  1. Kia Carens 2.0L 
  2. Kia Cerato Koup 2.0
  3. Kia Cerato 1.6 2015
  4. Kia Grand Carnival 2015
 

Saturday, June 20, 2015

Uji Pandu Kia Carens 2.0L


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Kia Carens sekarang menjadi tumpuan utama orang ramai yang kini banyak kita boleh nampak di jalanan Brunei Darussalam setelah ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas oleh Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad di Pusat Membeli-belah Time Square, Berakas.

Kia Carens menampilkan reka bentuk yang sangat menarik dan yang kini sudah sampai ke generasi yang ketiga dibangunkan di atas platform serba baru sepenuhnya, yang membawakan ciri-ciri praktikal, rekaan bergaya dan aerodinamik, serta mempunyai jarak roda yang panjang dengan kemampuan menawarkan tempat duduk untuk tujuh orang penumpang.

Penulis Mantuka.com baru-baru ini telah membuat uji pandu Kia Carens versi 2.0L yang kini menjadi salah satu MPV yang kian subur di pasaran Brunei. Ianya merupakan salah satu alternatif kenderaan keluarga di Brunei Darussalam.

KIA memaparkan perubahan dari segi potongan reka bentuk gril, lampu belakang, dan lampu depan. Bentuk badan Carens terbaru itu dipadankan dengan garis hitam tipis dan jelas.

Kereta dengan reka bentuk gril yang diambil dari Cee'd ini masihlah sesuai dalam hal kapasiti enjin. Model ini mempunyai kapasiti enjin 2.0 liter dan menggunakan transmisi 6 kelajuan automatik. Kia Motors Brunei ada menawarkan pilihan selain enjin petrol 2.0 liter ialah diesel 1.7 liter.

Carens yang direka khas menjadikan kereta yang lebih luas, canggih dan moden dikategorikan sebagai kereta MPV Kia yang mempunyai sistem teknologi yang canggih. Ianya mampu memberi pemandu pilihan corak pemanduan mengikut perjalanan seharian, ini termasuk mode Normal, Comfort dan Sport. Mode 'Comfort' ialah bagi pemanduan selesa, ‘Normal’ untuk pemanduan biasa, dan ‘Sport’ bagi pemanduan adrenalin. Dalam setiap pilihan ini, tekanan penyerap hentak dan tindak balas enjin akan dilaras.

Lampu depan Carens dimuatkan dengan lampu LED bagi pemanduan diwaktu pagi apatah lagi kereta tersebut mempunyai teknologi pergerakan lampu bagi pemandangan yang lebih jelas bahkan boleh melihat objek disebelah kiri atau kanan mengikut pergerakan steering kereta itu.




Lobang pengambilan udara yang bergaya di bamper hadapan diliputi dengan gril hitam untuk menyerlahkan lagi pendirian kereta tersebut. Pelanggan mempunyai pilihan untuk dimuatkan dengan roda alloy berukuran 17” dan 18”. Cermin sisi elektronik yang boleh dilipat mempunyai kelebihan sebagai lampu indikator.

Dalaman Kia Carens mempunyai ruang kompartmen yang terletak dibawah belakang kereta tersebut sebagai tempat yang sempurna menyimpan pembekalan barangan kecemasan dan pembersihan. Disediakan dengan versi tujuh penumpang, Carens mempunyai tiga kerusi penumpang lipatan kerusi di barisan kedua untuk menyampaikan konfigurasi tempat duduk serba boleh dan ruang kargo yang mencukupi sesuai untuk orang-orang yang sentiasa bergerak di mana sahaja.




Melangkah masuk ke dalamnya dan menemui dunia yang berteknologi tinggi ciri kemudahan pemandu jarang dilihat dalam kenderaan segmen yang sama. Dengan kawalan intuitif dipaparkan secara logik, up-to-the-minit maklumat memandu, Carens baru menimbulkan dengan tahap yang semua-baru kecanggihan sporty.

Anda akan tertarik pada 4.3" TFT LCD skrin sistem audio sesentuh yang terdiri daripada kesetiaan tinggi sistem audio 6-penceramah yang memaparkan radio, CD dan MP3 playback yang boleh dikawal secara mudah, jarak penglihatan paparan skrin sentuh
yang tinggi. Carens juga mempunyai sambungan AUX, iPod dan USB untuk menyambungkan mana-mana storan muzik, bermakna anda boleh menikmati keseluruhan koleksi muzik digital anda semasa di jalan raya.


Di bawah audio LCD skrin sentuh, terdapat dua zon automatik sepenuhnya kawalan cuaca di mana ia mempunyai suhu yang berasingan yang boleh ditetapkan mengikut keutamaan kepada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, manakala sistem udara bersih menjana ion kelompok untuk membersihkan dan menghilangkan udara dalam kabin. Dan sebagai sentuhan tambahan kemudahan, sistem defogging automatik mengesan apabila kondensasi terbentuk di bahagian dalam cermin dan secara automatik defogs kaca untuk penglihatan yang optimum.

Anda juga boleh mencari paddle shifter pada stereng yang memberikan transmisi manual yang boleh dibuat dengan menekan jari anda dengan mudah untuk pemanduan sporty dan menarik. Roda streering juga mempunyai alat kawalan yang mempunyai kedudukan punat butang yang sangat mudah dan suis yang memberikan anda pemerintahan penuh ke atas audio, ciri-ciri kawalan auto cruise, dan Bluetooth bebas tangan. Anda juga boleh menikmati kawalan cahaya automatik di hujung jari anda untuk meng
operasi lampu depan, high beamlampu kabus depan dan belakang serta lampu indikasi, manakala adanya fungsi auto bermakna anda tidak perlu lagi bimbang apabila lupa untuk menghidupkan atau mematikan lampu depan anda.




Di belakang stereng, perjalanan komputer 4.3" LCD TDT telah dimasukkan ke dalam Carens untuk skrin jarak penglihatan yang tinggi, terletak di antara kelompok pengawasan yang mengukur dan memaparkan maklumat kenderaan penting seperti peringatan perkhidmatan isyarat pintu individu terbuka, manakala juga menawarkan menu pengguna juga disesuaikan.

Untuk membuka hud enjin, anda memerlukan sedikit tenaga kerana hud enjin kereta Kia Carens sangat tebal dan berat. Yang penulis suka, sambungan antara bonet dan badan depan yang menyatu dengan bumper kereta ini mempunyai getah untuk meredam angin dan suara enjin keluar. Bahkan ketika penulis melakukan uji pandu di sepanjang kawasan Berakas, keadaan enjin tidak menyala kerana suara enjinnya yang sangat tenang dan getaran enjinnya hampir tidak terasa. Carens juga mempunyai suspension yang bagus kerana kereta tersebut terasa agak teguh apabila melalui jalan tidak rata ketika memandu laju.

Unit yang menggunakan kuasa gas dan diesel menawarkan kuasa yang lebih luas dianggarkan dari  136 ps kepada 152 ps dengan penjimatan minyak berdaya saing dan emisi CO2 bagi model versi manual. Kia Carens dikuasi oleh enjin petrol NU2.0 MPI yang menampilkan pembinaan plat semua aluminium untuk ketahanan yang lebih baik dan bunyi bising serta getaran dikurangkan, bersama-sama dengan dual CVVT untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi, enjin multi-point injection ini adalah pilihan bagi mereka yang menuntut kuasa maksimum.

Pecutan kereta ini adalah sangat menyenangkan, enjin petrol NU2.0 MPI yang memberi kuasa jauh lebih cepat dan responsif untuk kelas MPV. Pecutan dari 0 ke 100 Km/jam dapat diraih lebih kurang dibawah 11 saat. Transmisi automatik yang sangat responsif saat kita memerlukan kuasa untuk menyusul kenderaan. Apabila Active Eco mode dimatikan, transmisi automatik Kia Carens akan bertindak balas dengan cepat dan memberikan putaran enjin yang sangat cepat. Sangat memuaskan untuk sebuah MPV. 

Bagi membantu mengoptimuman lagi diantara prestasi dan economi, Carens terbaru dimuatkan dengan transmisi enam kelajuan. Permulaan gear rendah pertama dan kedua meningkatkan pecutan kelajuan yang rendah, manakala bahagian atas nisbah gear tinggi (keenam) membenarkan revs enjin yang rendah pada kelajuan tinggi pelayaran dimana ianya juga mengurangkan bunyi kabin, meningkatkan perbaikan dan mengurangkan penggunaan bahan api.

Carens telah dibangunkan secara menyeluruh untuk menyampaikan pengendalian yang sangat responsif, kestabilan garis lurus yang baik, dan menaiki kualiti yang luar biasa dan penghalusan. KIA Carens yang begitu selesa dipandu, walaupun dalam perjalanan jauh.

Prestasi sistem brek disokong oleh ABS anti-kunci, agihan kuasa brek elektronik dan sistem brek membantu kecemasan.


KIA Carens mendapat keputusan sangat baik di Eropah. Multi Purpose Vehicle (MPV) asal Korea ini dianugerahkan rating keselamatan lima bintang oleh organisasi keselamatan terkemuka di Eropah, EuroNCAP. Dengan hasil ini, KIA menjadi salah satu daripada hanya dua model MPV kompak yang mendapat lima bintang di ujian EuroNCAP 2013.

"Dari awal program pembangunan Carens, jurutera KIA berdedikasi untuk mencipta MPV kompak dengan struktur terbaik dan teknologi keselamatan untuk melindungi pemandu, keluarga mereka dan pejalan kaki jika berlaku kemalangan," komen Benny Oeyen, Naib Presiden Pemasaran dan Perancangan Produk KIA Motors Eropah.

KIA Carens sendiri mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara (depan, disisi depan dan tirai tingkap), peringatan tali pinggang keledar untuk semua penumpang, ESC (Electronic Stability Control), HAC (Hill-start Assist Control) dan ESS (Emergency Stop Signalling) yang boleh membuat lampu rem berkelip untuk mengingatkan pemandu lain ketika kereta berhenti kecemasan. Carens juga dipasangkan sensor depan dan belakang
.
 




Bagi pandangan penulis, Kia Carens merupakan pilihan ideal untuk keluarga moden, model terbaru Carens ini akan memenuhi setiap keperluan pelanggannya di seluruh dunia, terutamanya bagi mereka yang enggan berkompromi di antara gaya dan sifat praktikal. Kereta ini juga sangat selasa walaupun dalam perjalanan jauh.

Kepada pelanggan yang berminat untuk menguji pandu Kia Carens ini, kunjungi Bilik Pameran Kia di Beribi dan Kuala Belait untuk keterangan lanjut.

Sunday, February 22, 2015

Tahun Baru, Wajah Baru untuk Kia Rio

Tahun baru, wajah baru - ini adalah apa yang berlaku kepada kereta kegemaran orang ramai yang padat lagi sporty iaitu Kia Rio.

Diedarkan secara eksklusif oleh Grand Motors Sdn Bhd di Negara Brunei Darussalam, wajah baru jenama Kia Rio telah diumumkan pada 6 Februari 2015 di Kia Showroom, Jalan Beribi.

Lebih anggun dan lebih baik dalam reka bentuk, model yang lebih baru datang dengan kecekapan ditingkatan yang mempunyai pelepasan karbon yang lebih rendah berbanding dengan sebelumnya dengan itu satu pelaburan yang baik untuk orang yang mesra alam.

Diperbuat daripada die-cast aluminium
tekanan tinggi dan pembinaan rangka teguh yang mengurangkan getaran, sama ada enjin Gamma 1.4 atau Kappa 1.2 Petrol pasti memberikan prestasi optimum dalam ketahanan, ketenangan, penjimatan memandu laju dan juga penggunaan bahan api.

Pelanggan boleh memilih sama ada untuk membeli kereta dengan Kappa 1.2 Petrol Engine dengan 1,248 cc yang mempunyai kuasa maksimum 84 ps (61.8 kW) pada 6,000 rpm dan tork maksimum sebanyak 12.3 kg.m (120.66 Nm) pada 4,000 rpm atau Gamma 1.4 Petrol Engine dengan 1,396 cc menjanakan kereta untuk 107 ps (78.5 kW) pada 6,300 rpm dan tork maksimum sebanyak 13.8 kg.m (135.4 Nm) pada 4,200 rpm.

Untuk pemilihan, ada pilihan antara 3 atau 5 pintu hatchback dan sedan 4 pintu. Kedua-duanya sangat bergaya dalam reka bentuk. Perbezaan kecil antara reka bentuk adalah bahawa versi 1.4 mempunyai lampu garpu dan tayar alloy 17-inci manakala 1.2 kereta mempunyai 15-inci tayar alloy besi.
 
Reka bentuk baru mempromosikan keselamatan memandu dengan adanya sambungan Bluetooth yang membuat memandu lebih mudah. Kereta ini adalah lebih menarik kerana ia kini dilengkapi dengan sensor belakang membuat memandu lebih selamat dan mudah
.

Kagum dengan pelbagai warna kereta, terdapat 9 jenis warna untuk dipilih mengikut minat pelanggan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kia Rio baru, kunjungi Bilik Pameran Kia yang terletak di Beribi, Gadong.


Ikuti versi Inggeris di sini.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Kia Rio.




 

Thursday, February 19, 2015

Pelancaran Kia Grand Carnival 2015



Pengedar eksklusif jenama kereta Kia ke Brunei Darussalam, Grand Motors Sdn Bhd semalam telah merasmikan model terbaru Grand Carnival 2015 yang berlangsung di Hotel Radisson.

Hadir merasmikan Kia Carnival malam itu ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Frankie Ho; Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr. Haji Ahmad dan Pengiran Haji Abdul Qahar bin Pengiran Sangamara Diraja Major General (R) Pengiran Haji Ibnu Basit, bersama Pengurus Jualan Grand Motors Sdn Bhd, Jaclyn Icah.

Kia Carnival yang baru dilancarnya ini adalah model kia yang terakhir yang dikemas kini reka bentuknya di bawah pimpinan Peter Schreyer iaitu dengan mengambil banyak unsur-unsur reka bentuk dari Sorento baru untuk mereka bentuk bahagian depan dan belakang kereta Kia Carnival.


Kereta jenis SUV ini memberikan keselesaan yang baik kepada pemandu dengan adanya pelaksanaan suis moden dan mempunyai ciri-ciri yang mesra keluarga seperti mempunyai pengecasan USB dan juga salur keluar kuasa.

Keluaran Grand Carnival CUV memberikan para pelanggan kereta keluarga idaman, yang mereka nanti-nantikan seumur hidup dengan perubahan yang begitu anggun dan mampu memuatkan lapan orang penumpang sekaligus termasuk pemandu sendiri.

Orang ramai dialu-alukan hadir bagi menyaksikan lebih dekat Kia Carnival di Bilik Pameran Kia di Beribi bermula pada hari ini 13 Februari 2015 pada jam 9 pagi hingga 5 petang.


Ikuti Mantuka di Facebok untuk gambar-gambar pelancaran tersebut.



Wednesday, February 18, 2015

Uji Pandu Kia Grand Carnival


Sedikit demi sedikit, Kia Grand Carnival mengambil penggerak-manusia (people-mover) dari mentaliti "van penghantaran dengan kerusi" dengan memberikan keluarga besar pilihan pengangkutan yang lebih bermakna.

Jika keadaan keluarga anda memerlukan ruang dan kemudahan, tiada yang lebih baik melainkan sebuah van. Tiada siapa yang membeli sebuah van yang seronok memandu melalui jalan berbukit, walaupun kini dinamik kestabilan dan pengendalian Grand Carnival adalah sempurna. Ianya adalah semua tentang praktikaliti, tempat duduk dan beban serba boleh.

Grand Carnival CUV (Crossover Utility Vehicle), model baru KIA ternyata sebuah kereta yang bukan sahaja luas dan mampu memuatkan lapan orang penumpang sekali gus namun ciri teknologinya yang canggih menarik perhatian penulis dan pengamal media lain.

Grand Motors Sdn Bhd, pengedar ekslusif model itu menjemput penulis dan media lain untuk menguji pandu kenderaan yang bukan sahaja tampak moden, malah mempunyai ruangan yang lebih besar, lebar dan selesa untuk semua penumpang serta bonet yang cukup luas untuk pelbagai barangan.

Namun apa yang amat menarik perhatian penulis adalah ciri-ciri teknologinya yang canggih, terutamanya untuk keselamatan sepanjang perjalanan uji pandu dari Hotel Orchid Garden sehingga Pusat Persidangan Antarabangsa.

Menghidupkan enjin kereta dengan hanya menekan punat menghidupkan dan mematikan enjin, pemandu juga mendapatkan kawalan kemas dan elektronik mudah-untuk-penggunaan termasuk butang stereng roda untuk audio, bluetooth bebas tangan, kawalan auto cruise dan banyak lagi.

Teknologi panduan terbaru Carnival iaitu pengesan Blind Spot (Blind Spot Detection) bagi penulis merupakan sesuatu yang amat diperlukan terutamanya bagi pemandu yang sering mengubah laluan atau memotong kenderaan lain kerana ia akan memberitahu pemandu bahawa jarak kereta mereka dengan kereta yang lain adalah hampir dengan hanya isyarat kelip-kelip, memudahkan pemandu untuk berwaspada.

Selain itu, perjalanan juga amat lancar dan selesa dilengkapi sistem transmisi automatik enam kelajuan dengan enjin R2.2 Diesel. Carnival juga dimuatkan dengan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem hill start assist control (HAC) dan sistem antilock brake (ABS).

Sebagai kenderaan penumpang yang berdedikasi dengan reka bentuk tidak lagi dikaitkan dengan van penghantaran, Grand Karnival mempunyai perjalanan yang cekap dan pakej pengendalian. Ianya lebih tinggi daripada wagon konvensional, anda akan merasakan pergerakan badan sedikit kerana ia menunggang lebih alunan, walaubagaimanapun penebat ketulan ini dan kualiti perjalanan adalah baik dan kabin juga dimeterai dengan pencerobohan sedikit bunyi.

Kedinamikan Grand Carnival yang meyakinkan, dengan keseimbangan yang baik, stereng rasa tenang pada semua jalan raya dan keseluruhan yang cekap. Dari pandangan pemilikan, Grand Karnival buatan Korea dibina mempunyai rupa dan rasa yang kekal.
 
Apa yang pasti, perjalanan jauh tidak terasa kerana keselesaan dan Carnival CUV ini sesuai untuk keluarga besar.


Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Kia Grand Carnival.