Mantuka

Hyundai i30N

Wednesday, September 14, 2016

Promosi Ulang Tahun Kia ke-20 Tahun


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
 
Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar utama kenderaan Kia di Brunei dan salah satu peniaga terbesar di Negara ini, akan menyambut Sambutan Ulang Tahun Kia ke-20 tahun ini dengan pelbagai promosi yang akan dijalankan untuk pelanggan Kia yang setia.

Bermula dari 1hb September 2016 sehingga 31hb Disember 2016, pelanggan yang membuat pembelian kereta Kia akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa dalam promosi ini. Ini termasuk hadiah terbesar iaitu tiket penerbangan ke Seoul, Korea dan seorang pemenang akan memenangi sebuah kereta Kia Grand Carnival 2.2L SX (A) CRDi 8-penumpang.

“Ini lah cara kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan penaung-penaung diatas sokongan berterusan selama ini dan kesetiaan selama 20 tahun kepada Grand Motors dan jenama Kia,” kata Pengarah Urusan Grand Motors Sendirian Berhad, Frankie Ho.

Beliau menambah, “Kami berharap dengan pemberian semula kepada pelanggan kami, kami boleh menyampaikan mesej bahawa Grand Motors akan sentiasa memberikan kereta terbaik dan perkhidmatan kepada permotoran Brunei di tahun yang akan datang.”

Selain dari hadiah utama itu, Grand Motors juga memberikan hadiah berupa dua tiket penerbangan selama 5 hari 3 malam ke Seoul, Korea sebagai pemenang tempat kedua, Apple iPhone 7 Plus 128GB untuk pemenang ke tiga, pemenang keempat akan menerima sebuah LG 55" Smart LCD TV, pemenang kelima akan menerima hadiah berupa Apply MacBook Pro 13" dengan Retina Display 2.7Ghz 128GB, dan Apple iPhone 7 128GB untuk pemenang keenam serta banyak lagi hadiah untuk pemenang ketujuh hingga pemenang kedua puluh.

Dalam promosi ini, pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah berupa gajet terkini.

Selain itu, lebih banyak hadiah untuk pelanggan Kia yang membeli kereta Kia dari 1hb September hingga 31hb Disember 2016. Promosi ini memberi 20 pelanggan bertuah yang terpilih untuk berpeluang memenagi hadiah-hadiah istimewa.

Orang ramai di alu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran Kia untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai promosi ini dan mengambil pengalaman perkhidmatan kelas dunia yang telah membawa Grand Motors kepada salah satu ketua industri dinegara ini.