Showing posts with label Hyundai Brunei. Show all posts
Showing posts with label Hyundai Brunei. Show all posts

Tuesday, November 28, 2017

Cabutan Akhir Promosi Hyundai Grand i10

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Pada 29 November ini, tiga pemenang bertuah yang membeli kereta Hyundai Grand i10 akan memenangi tiket penerbangan pulang balik ke Kuala Lumpur Malaysia.

Bukan itu saja, pemenang juga akan diberikan baucer membeli belah.

Anda boleh menyaksikan cabutan tersebut secara langsung dari facebook live 'Hyundai Brunei'.

Friday, September 8, 2017

Uji Pandu Hyundai Grand i10


Hyundai melalui Setia Motors Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan model terbaru Grand i10 4 pintu dengan reka bentuk progresif, sportif dan ruang dalam yang lebih luas dan selesa. Ianya juga menuju ke tahap baru dengan menggabungkan kombinasi SENI dan INOVASI.

Grand i10 versi 2017 direka khas bagi mereka yang mempunyai status social yang tinggi, mengikut zaman kemodenan dan ekonomi. Walaubagaimanapun, kereta tersebut masih memegang konsep desain Fluidic Sculpture 2.0 yang memberikan 2017 Grand i10.

Model ini telah dihasilkan di India, Hyundai Grand i10 4 pintu ini menumpukan kepada kualiti, keselesaan, bergaya dan nampak premium dapat dilihat dari bentuk depan melalui desain gril krom yang lebih lebar ditambah dengan lampu kabus yang memastikan anda memandu dengan selamat semasa keadaan cuaca berkabus.

The Hyundai Grand i10 mengambil gaya ke tahap yang baru. Secara terperinci, reka bentuk bahagian luaran model ini telah direka untuk kesempurnaan dan menampilkan perasaan yang memuaskan pada semua orang yang memandangnya. Cermin luar yang aerodinamik dihiasi dengan lampu indikasi LED untuk penampilan yang lebih baik dan keselamatan pengguna. Roof rail diatas kereta ini menambahkan gaya sportif bagi melengkapkan watak luaran yang moden. Pemegang pintu bersalut Chrome memberikan pandangan premium kepada keseluruhan profil kereta dan mudah untuk dikendalikan.



Bahagian belakang ditawarkan lampu brek desain baru, bampar dua warna dan reka bentuk aerodinamik dibahagian cermin digabungkan dengan lampu indikasi. Reka bentuk roda aloi 14" berwarna hitam dan krom menampilkan keunikkan yang berlainan dan daya tarikan sporty dan dinamik. Reflektor bumper belakang yang besar membolehkan penglihatan yang sempurna untuk mengesan kenderaan dan memastikan keselamatan.

Grand i10 membuktikan bahawa kereta yang selesa dan luas, dilengkapi dengan ciri-ciri yang mencapai setiap jangkaan anda. Warna kabin, tekstur dan bentuknya menampilkan daya tarikan sukan dan boleh membuat kereta besar cemburu.

Kerusi yang mempunyai reka bentuk ergonomik dan kerusi belakang yang luas serta berkusyen dengan headrests yang boleh dilaraskan menawarkan tempat duduk yang cukup selesa. 

Ruang bagasi yang cukup luas untuk menampung bagasi hujung minggu anda, fungsi lipat bahagian kerusi belakang menambah ruang yang lebih luas. Radio + CD + audio MP3 menawarkan pengalaman muzik yang tidak berkesudahan dan dilengkapi dengan fungsi Bluetooth.




Hyundai Grand i10 ini dilengkapi dengan enjin 1.2 Liter Kappa Dual VTVT Petrol, keluaran sedan yang diperkenalkan kepada pihak Mantuka.com. Kereta ini mensimbolkan perubahan sebagai sebuah kereta keluarga sedan bergaya bagi anak muda dan keluarga moden.

Hyundai Grand i10 menggunakan teknologi terkini yang memastikan prestasi yang lebih tinggi, kecekapan yang lebih tinggi dengan kos operasi yang lebih rendah, menurunkan NVH dan pelepasan yang lebih rendah. Prestasi Grand i10 baharu mampu menghasilkan kuasa 83 kuasa kuda dengan 4,000 Nm tork tetapi pada waktu yang sama menjimat minyak melalui transmisi Automatik.

Tambahan lagi, fungsi ‘Wheel Air Curtain’ yang dimuatkan kedalam model terbaru ini memastikan kurangnya pergolakan udara dikawasan tayar menghasilkan peningkatan penjimatan bahan api, CD rendah ('Coefficinet of drag'), NVH rendah dan menstabilkan kereta semasa perjalanan laju.

Selain itu, Hyundai juga turut memperkenalkan model Grand i10 5 pintu serba baru. Grand i10 5 pintu dengan kuasa 1.0L petrol nampak lebih bergaya, berteknologi terkini dan dipertingkatkan dari segi keselamatannya.



Grand i10 5 pintu tidak jauh berbeza sama sekali dengan model Grand i10 4 pintu tetapi ia nampak lebih sportif dan aerodinamik oleh kerana tambahan rim aloi desain berlian yang sportif dan garisan di belakang kereta dilebarkan.

Dengan enjin 1.0 CVVT Petrol, Grand i10 4 pintu dengan transmisi Automatik mengeluarkan kuasa 68 kuasa kuda bersamaan 94 Nm kuasa tork. Pemilik kereta akan menikmati fungsi Bluetooth dengan Audio Streaming. Dari segi keselamatan, model 2017 ini menawarkan keselamatan beg udara berkembar dan Sistem brek anti-kunci (Anti-Lock Braking System). Sistem brek anti-kunci (ABS) menghalang kereta hilang kawalan dan mengekalkan keupayaan memandu kereta pada permukaan jalan licin. Ia juga membolehkan brek stabil dan menyekat roda daripada terkunci semasa brek kecamasan.


Gambar dari Hyundai Motor Company


Sempena dengan pelancaran ini, Setia Motors mengumumkan bagi pelanggan yang membuat pembelian Hyundai Grand i10 sama ada varian 4 pintu atau 5 pintu dari 1 Ogos hingga 31 Oktober, pelanggan akan layak untuk memenangi tiket penerbangan pulang balik ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk dua orang. Bukan saja itu, tiga pemenang akan dipilih untuk memenangi hadiah tersebut.

Pemenang akan dipilih pada bulan November 2017 ini nanti.



Monday, August 15, 2016

Cabutan Awal Promosi Hyundai Accent


Syarikat Setia Motor Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Hyundai di Brunei Darussalam telah mengadakan cabutan awal promosi Hyundai Accent Beli 1 Berpeluang untuk Menang 1 baru-baru ini. Lapan dari 68 pelanggan yang membeli kereta Hyundai Accent akan dijemput untuk mengikuti cabutan akhir Promosi Cabutan Bertuah Hyundai Accent 2016 yang akan diadakan pada 12 ogos ini nanti.

Lapan pelanggan yang dipilih itu adalah dari keputusan cabutan awal promosi tersebut yang berlangsung di Bilik Pameran Setia Motor Sendirian Berhad, Beribi disempurnakan oleh Pengurus Jualan Setia Motor Sdn Bhd, Fadhillah Sulaiman.

Pelanggan bertuah itu terdiri daripada Hasnan bin Haji Salleh, Noridah binti Tujoh, Siti Wardah binti Hidup, Hajah Nadiah binti Haji Sulaiman, Mohamad bin Haji Terawih, Abdul Musauwir bin Haji Abdul Rahman dan Haji Awang Jufri bin Ibrahim dan Amalina binti Haji Matamit.

Dalam cabutan akhir itu nanti, salah seorang dari lapan pelanggan itu akan memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Hyundai Accent 1.4 Liter dan telefon pintar Android sebagai hadiah saguhati ditaja oleh BIBD At-Tamwil, Baiduri Bank, Insuran Islam TAIB dan MBA.



Menurut Fadhillah, promosi ini dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, jadi pelanggan yang membeli kereta dalam tempoh tiga bulan tarikh akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Setakat ini Hyundai Accent adalah antara model kereta Hyundai yang mempunyai jualan tertinggi Hyundai di Brunei Darussalam.

Diharap pelanggan berpuas hati dengan jenama Hyundai dan salah seorang daripada mereka akan membawa balik hadiah utama sebuah lagi kereta Hyundai Accent secara percuma.

Saturday, April 23, 2016

Hyundai Elantra 2016 Serba baru lebih mampan




Setia Motors Sendirian Berhad sekali lagi melancarkan model terbarunya Hyundai elantra serba baru semalami di Bilik Pamerannya terletak di Beribi.



Pelancaran Elantra disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Ali Matussin, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Irwan bin Lamit dan Pengarah Urusan Insuran Islam TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair. 


Elantra diperkenalkan lebih 25 tahun dan berjaya dijual lebih 10 juta unit. Elantra juga menerima pelbagai anugerah termasuk kereta terbaik Amerika Utara, Kereta Terbaik Afrika Selatan 2012 dan peringkat tertinggi dalam segmen kereta kompak berkualiti 2014 menurut J.D. Power and Associates. Setiap jenerasi sebelum ini telah menyumbangkan kepada peningkatan popular dan hari ini Elantra menjadi sebuah model dari jenama Hyundai yang mempunyai jualan yang terbaik.


Elantra serba baru ini sebagai jenerasi keenam memperkenalkan standard terbaru bagi kereta jenis kompak sedan dipertingkatkan dari segi penimatan minyak, keselesaan dan keselamatan, dalam mencapai teknologi terbaik dunia, Elantra terbaru ini ditambah dengan standard teknologi keselamatan termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), High Beam Assist (HBA), Pengesan titik buta (BSD), Bantuan Penukaran Jalan (LCA), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Selain itu, pemilik kereta nanti akan mempunyai sistem audio jenama Harman memberi suara audio berkualiti.


Kuasa Elantra dari 1.6 litre Multi-Point Injection (MPI) digabungkan bersama enam kelajuan transmisi automatik mempunyai kuasa sehingga 128 kuasa kuda. Setentunya cukup untuk memberi kuasa yang diperlukan dalam perjalanan seharian.

Dibina 20 milimeter lebih panjang dan 25 milimeter (mm) lebih lebar dari jenerasi sebelum ini, ini bermakna Elantra terbaru menyalurkan ruang yang lebih besar dan 32 peratus daripadanya dilengkapi dengan besi High-Strength berbanding dengan Elantra lama memberi keselamatan pemandu dan penumpang kepada lebih selamat.


Kereta yang mempunyai desain menarik ini direka secara sportif dan moden dibawah konsep ‘Evolved Fluidic Sculpture Design Styling’, kini tampil dengan penampilan bantuk tajam berbanding model sebelum ini manakala perubahan Nampak dibahagian depan seperti bampar, jeriji, lampu kabus dan lampu utama projector digabungkan bersama lampu LED.


Selaras dengan pelancaran ini, Setia Motors dengan kerjasama Supagard, menyediakan pakej penjagaan kenderaan bagi pembelian kereta-kereta Hyundai sebagai pakej pilihan tambahan mereka.


Supagard sebuah syarikat di United Kingdom menyediakan produk perkhidmatan penjagaan badan kereta bahkan ‘lapisan kaca Premium’ kepada kereta pelanggan. 


Menurut, Master Trainer Supagad Asia dan Timur Tengah, Nadzry Abu Bakar, produk ini mampu memberikan lapisan kaca kepada kereta yang boleh melindungi badan kereta bahkan menjaga warna cat dan menambah kilauan yang boleh bertahan sehingga lima tahun. 


Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan model Hyundai Elantra serba baru ini di bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd semasa waktu bekerja.


Tuesday, December 29, 2015

Uji Pandu Hyundai i20 Active


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Ditulis oleh: Anjelin Po, Mantuka.com
 
Setelah melihat hasil penjualan i20 Elite yang begitu memuaskan bagi para pengguna jalan raya, Syarikat Setia Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal jenama Hyundai, kali ini memperkenalkan lagi series barunya, Crossover Hyundai i20 Active.

Hyundai i20 Active ini adalah dilengkapi dengan 1.4 Kappa dengan 100PS horsepower serta diikuti dengan enjin petrolnya yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Kereta ini adalah sesuai bagi pengguna yang hendak memandu dalam persekitaran yang lebih dinamik dengan mengunai fungsi mudah yang disediakan itu. Tambahan lagi, berdasarkan system IT, pengguna bolehlah menikmati pemanduan yang lebih selesa dan menyenangkan. 



Pada hari Sabtu lepas, saya melihat lebih dekat lagi kereta Hyundai i20 Active ini bahkan juga diberi peluang untuk menjalankan uji pandu di kawasan sekeliling Beribi. Dari jauh, crossover ini adalah kelihatan seperti sebuah SUV oleh kerana ciri-ciri luarannya yang begitu mirip sekali terutama dengan adanya rail bumbung dan cladding hitam yang berada di gerbang roda dan juga di panel body kereta tersebut.

Boleh juga dilihatkan bahawa crossover ini adalah lebih besar dan tinggi badannya yang mana ia memiliki jarak ground clearance sebanyak 20mm lebih tinggi daripada i20 yang biasa.

Selain dari faktor-faktor ini, i20 Active juga datang dengan hawa empangan yang dihadapan bersama dengan bumper dua nada, plat skid pada fascia depan, bumper baru dengan lampu kabus besar dan juga pemegang pintu yang disalut dengan krom. 


Manakala di bahagian dalam terdapat juga beberapa perubahan seperti tempat duduknya yang kelihatan amat sportif disebabkan oleh hiasan dalaman yang berdwi-nada dengan gabungan warna oren dan hitam atau aqua dan hitam. Tambahan lagi, versi baru i20 ini juga terdapat pedal yang bersalut aluminium dan juga gear tombol yang berwarna.  

Selepas membuat uji pandu itu, saya mendapati beberapa bahagian yang saya gemar. Diantaranya adalah sterengnya, dimana ia mempunyai fungsi untuk menjawap telefon jika disambung dengan Bluetooth terlebih dahulu.


Dari fungsi stereng itu, ia juga membolehkan pemandu untuk menukar saluran radio atau lagu-lagu yang disambung dari telefon pintar pengguna dengan cekap.

Selain dari itu, saya juga gemar akan luangan luas yang terdapat di dalam kereta itu. Hyundai i20 ini mampu membawa 5 orang dewasa (2 di bahagian depan dan 3 di bahagian belakang) tanpa rasa bersunggut. 


Akhirnya, saya hendak menyatakan bahawa saya juga sangat berpuas hati dengan adanya peranti reverse censor itu kerana ia boleh membantu saya meletak kereta dengan selamat di setiap tempat yang sulit. Cara peranti ini berfungsi adalah dengan memberikan isyarat kepada pemandu jika ia mengesan sebarang objek yang berdekatan dengan kereta tersebut.

Untuk maklumat lanjut atau uji pandu Hyundai i20 Active series ini, orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi agen-agen pengedar kereta Hyundai atau kunjungi bilik pameran kereta Hyundai di Kampung Beribi.   


Thursday, October 15, 2015

Hyundai Tucson Terbaru Versi Diesel Turbo



Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Hyundai Motors telah banyak membuat perubahan dari segi keluaran model-model terkini berbanding model 10 tahun lalu.

Bagi menambah kecemerlangan mereka, Hyundai memperkenalkan sebuah lagi model terbaru ‘Hyundai Tucson’ terbaru kini didatangkan dengan versi Diesel. Kereta ini menjadi salah satu model Hyundai yang paling popular, SUV bersaiz sederhana ini mula diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 2012 dan sehingga kini telah mencatat jualan antara yang terbaik dalam segmen tersebut.

Selain itu dibahagian luar mempamerkan keanggunan di bahagian luar dan reka bentuk sebuah kereta masa depan, menonjolkan penampilan yang kemegahan, keras dan athletic.


Kenderaan moden yang diperluaskan lagi dibahagian dalam dipertingkatkan dengan ciri-ciri canggih bertaraf terkemuka, Tucson serba baru ini telah direka menggunakan reka bentuk ala Metropolitan memaparkan sebuah kereta premium dan bergaya.



Model Tucson yang dimuatkan dengan enjin 2.0L CRDi Diesel Turbo dengan 6-kelajuan transmisi ini turut menerima penambah baikan elemen termasuk lampu siang LED jenis projection dan tempat duduk balutan kulit untuk semua variannya. Selain itu, peminat kereta ini boleh memilih sama ada menggunakan transmisi Manual atau Automatik.




Keselesaan kereta bukan sahaja terletak dari prestasi kereta bahan ruang dalam dan tempat duduk berbalut kulit yang boleh dikawal secara elektronik juga tidak sesekali menyebabkan bosan terutama pada perjalanan jauh. Kereta yang boleh membawa kemana sahaja awda inginkan Hyundai Tucson terbaru ini turut dilengkapi dengan sistem Audio, system kawalan jauh tering, sistem perjalanan berkomputer.




Bagi keselamatannya pula, Tucson bersedia memberi keselamatan berkualiti terutama semasa dalam kecemasan termasuk Down-Hill Brake (DBC), Hill-Start Assist Control (HAC), Electronic Stability Control (ESC). Selain itu ianya dimuatkan dengan enam sistem bag udara bagi sebarang kesan kemalangan, kawalan Auto-Cruise dan sistem bantuan letak kereta (RPAS) bagi model High-Spec.

Untuk menyaksikan lebih lanjut mengenai model terbaru Hyundai Tucson 2.0L Diesel, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd terletak di Perindustrian Beribi semasa waktu pejabat.








Friday, September 18, 2015

Menangi Samsung Galaxy S6 dengan Peraduan Hyundai

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini

Inilah peluang awda untuk memenangi hadiah berupa Samsung Galaxy S6 secara PERCUMA!

Peraduan ini terbuka kepada semua peserta yang berada di Negara Brunei Darussalam.

Untuk menyertai, awda hanya perlu:
  1. Kunjungi ke pondok Hyundai di The Mall, Gadong dari 17hb hingga 20hb September 2015 dari 10 pagi hingga 10 malam.
  2. Ambil gambar awda dengan kereta Hyundai di pameran tersebut.
  3. Muat naik ke akaun Instagram awda, ikuti dan tag @hyundaibrunei dan #hyundaibruneiselfie.
Pengumuman pemenang akan di umumkan pada 2hb Oktober 2015 tertakluk pada terma dan syarat.


Saturday, August 29, 2015

Mohd Sahriman Menang $10,000 Promosi Hari Raya Setia Motors


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Cabutan akhir promosi Hari Raya Setia Motors berakhir semalam dengan menyaksikan Mohd Sahriman bin Haji Mohd Salleh membawa balik hadiah wang tunai sebanyak B$10,000.

Selain itu, pemenang ditempat kedua Awangku Muhammad Kamarulzaman bin Pengiran Azmi menerima B$5,000 dan pemenang ketiga Marjahwati binti Maidin turut menerima B$2,500 dan pelanggan yang dijemput itu juga turut memenangi hadiah-hadiah gajet yang menarik seperti Samsung Galaxy S6 Edge dan iPhone 6.

Penyampaian mok cek kepada pemenang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin, Pengurus Komersial Setia Mtoors Sdn Bhd, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya bersama dengan Pengurus Jualan Setia Motor Sdn Bhd, Fadhillah Sulaiman.

Monday, August 24, 2015

10 Pelanggan Terpilih ke Cabutan Akhir Hyundai

Cabutan promosi Hari Raya Setia Motors yang telah berjalan sejak 1hb Mei hingga 31hb Julai lalu bagi memilih 10 pelanggan yang akan memasuki cabutan akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak B$10,000 yang akan diadakan pada 28hb Ogos 2015 pada jam 9.00 pagi.

Selain itu, pemenang ditempat kedua akan menerima B$5,000 dan pemenang ketiga turut menerima B$2,500 dan hadiah-hadiah gajet yang menarik.

Cabutan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Baiduri Finance, Haji Haliluddin Dato Haji Talib, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Irwan bin Lamit, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin BM Metusin, Pengurus Besar Setia Motor Sdn Bhd, James Chin dan Pengurus Jualan Setia Motor Sdn Bhd, Fadhillah Sulaiman.

10 pelanggan yang terpilih itu nanti akan dihubungi oleh Syarikat berkenaan dan akan dijemput untuk menjadi salah seorang dari calon yang akan membawa balik wang tunai B$10,000. Senarai nama-nama calon terpilih ialah:




Wednesday, August 19, 2015

Hyundai i40 Versi Facelift Menarik Perhatian Awda


Jenama Hyundai semakin popular dikalangan masyarakat Brunei, ini kerana pembuat kereta gergasi terkenal diseluruh dunia itu mendengar permintaan ramai dengan meningkatkan lagi dari segi desain, fungsi teknologi dan juga keselamatannya.

Jenama yang berasal dari Korea itu mula membuat pengeluaran secara agresif dengan menampilkan banyak model-model terbaru sejak empat tahun kebelakangan ini. Kini Syarikat Setia Motor Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal keluaran Hyundai kini memperkenalkan sebuah lagi model terbaru jenama Hyundai, ‘i40 Tourer’ versi facelift.

Kali ini, model i40 ini tidak lagi menampilkan reka bentuk yang biasa bahkan kini lebih moden dan berlainan. i40 dengan gaya tersendiri penambahan kelengkapan teknologi kereta terkini. i40 terkini mempunyai ukuran panjang dalam lingkungan 4,775 meter dan 1,470 tinggi.

Penulis melihat lebih dekat Hyundai i40 versi terbaru itu bahkan diberi peluang untuk menjalankan uji pandu. Melihat dari penampilan awal kereta itu yang aman wajah i40 mempunyai bentuk ala kereta lumba yang digabungkan dengan badan aerodinamik bersama gril krom depan yang besar melambangkan kemegahan Hyundai dan elegan. Tambahan lagi lampu depan i40 yang dimuatkan dengan LED setentunya mengingatkan penulis penampilan seperti Hyundai Veloster tetapi ianya lebih bergaya.




Memasuki ruang kokpit, penulis merasakan keselesaan dari kerusi i40 yang direka menggunakan kulit leather. Tambahan lagi tempat duduk hadapan dilengkapi dengan 3 pilihan pemanas kusyen. Ditempat duduk belakang juga disediakan dengan pemanas yang sama. Bertumpu kepada kokpit kereta, papan pemuka i40 mempunyai desain tersendiri diwarnakan kelabu, i40 mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan penggunaan sesuatu fungsi dengan selesa. Apa yang menarik perhatian, ianya turut dimuatkan dengan hubungan AUX dan USB, kedua-dua slot ini sangat berguna bagi ramai orang terutama jika ingin menghubungkan telefon pintar mereka ke kereta tersebut.


Semasa memandu kereta tersebut, Bilik Pameran Setia Motor Sdn Bhd di Beribi menuju ke lebuhraya Tungku Link dan seterusnya menuju ke Kampung Jerudong, kereta ini agak senyap dalam perjalanan membuatkan perjalanan yang agak tenang dan selesa tanpa gangguan bunyi enjin diluar. Bercakap mengenai transmisi kereta, penukaran gear licin menggunakan transmisi automatik menjadikan satu tambahan baik lagi dalam kereta ini, lebih-lebih lagi setiap kali kereta tersebut menukar gear Hyundai i40 langsung tidak memberi gegaran dari enjin walaupun dalam kelajuan rendah ataupun tinggi. Kajian ini sangat penting bagi penulis kerana ianya adalah salah satu prinsip untuk memberi keselesaan pemandu semasa perjalanan jauh bahkan digunakan untuk jangka panjang.

Memasuki perjalanan melalui kawasan Hotel Empire & Country Club, Jerudong, penulis memasuki kawasan yang mempunyai banyak lencongan, ujian demi ujian enjin i40 sentiasa mampu menangani cabaran itu termasuk menaiki bukit-bukau.

Perjalanan yang seakan sempurna ini turut dibantu dari sistem Vehicle Stability Management (VSM), yang turut merangkumi ciri keselamatan dari segenap aspek di dalam satu pakej logik elektronik bersepadu memberikan kestabilan semasa memandu.tu pakej logik elektronik bersepadu memberikan kestabilan semasa memandu.

Menurut Bahagian Pemasaran Setia Motor Sendirian Berhad, Nazim Muaazasbri enjin berkapasiti 2.0 liter DOHC dengan DCVVT Petrol MPi mampu mengeluarkan kuasa pecutan hingga 152 kuasa kuda dengan bantuan tork 4,000 rpm. i40 juga dimuatkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan sebagai salah satu rahsia kelicinan penukaran gear dengan bantuan kuasa tork yang tinggi.

Antara fungsi-fungsi yang ditampilkan didalam kereta berkenaan ialah seperti  skrin LCD, Bluetooth, punat menghidupkan enjin, bumbung panoramik automatik, pedal pemboleh ubah gear, dan punat parking secara elektronik.



Melihat dari penerimaan anugerah pengiktirafan lima bintang ujian keselamatan Euro NCAP, model ini sudah cukup menjelaskan akan kualiti kereta ini yang sudah dijangka. Jika ingin menjaga keselamatan anak awda, i40 juga dilengkapi dengan tali pin keselamatan ISOFIX.

Jika ujian penulis ini masih meragukan pembaca akan kereta i40, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran Setia Motor Sendirian Berhad di Kampung Beribi dan menempah uji pandu khas bagi mencuba sendiri kehabatan Hyundai i40 ini nanti.