Mantuka

Hyundai i30N

Saturday, April 23, 2016

Hyundai Elantra 2016 Serba baru lebih mampan




Setia Motors Sendirian Berhad sekali lagi melancarkan model terbarunya Hyundai elantra serba baru semalami di Bilik Pamerannya terletak di Beribi.



Pelancaran Elantra disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Ali Matussin, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Haji Irwan bin Lamit dan Pengarah Urusan Insuran Islam TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair. 


Elantra diperkenalkan lebih 25 tahun dan berjaya dijual lebih 10 juta unit. Elantra juga menerima pelbagai anugerah termasuk kereta terbaik Amerika Utara, Kereta Terbaik Afrika Selatan 2012 dan peringkat tertinggi dalam segmen kereta kompak berkualiti 2014 menurut J.D. Power and Associates. Setiap jenerasi sebelum ini telah menyumbangkan kepada peningkatan popular dan hari ini Elantra menjadi sebuah model dari jenama Hyundai yang mempunyai jualan yang terbaik.


Elantra serba baru ini sebagai jenerasi keenam memperkenalkan standard terbaru bagi kereta jenis kompak sedan dipertingkatkan dari segi penimatan minyak, keselesaan dan keselamatan, dalam mencapai teknologi terbaik dunia, Elantra terbaru ini ditambah dengan standard teknologi keselamatan termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), High Beam Assist (HBA), Pengesan titik buta (BSD), Bantuan Penukaran Jalan (LCA), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Selain itu, pemilik kereta nanti akan mempunyai sistem audio jenama Harman memberi suara audio berkualiti.


Kuasa Elantra dari 1.6 litre Multi-Point Injection (MPI) digabungkan bersama enam kelajuan transmisi automatik mempunyai kuasa sehingga 128 kuasa kuda. Setentunya cukup untuk memberi kuasa yang diperlukan dalam perjalanan seharian.

Dibina 20 milimeter lebih panjang dan 25 milimeter (mm) lebih lebar dari jenerasi sebelum ini, ini bermakna Elantra terbaru menyalurkan ruang yang lebih besar dan 32 peratus daripadanya dilengkapi dengan besi High-Strength berbanding dengan Elantra lama memberi keselamatan pemandu dan penumpang kepada lebih selamat.


Kereta yang mempunyai desain menarik ini direka secara sportif dan moden dibawah konsep ‘Evolved Fluidic Sculpture Design Styling’, kini tampil dengan penampilan bantuk tajam berbanding model sebelum ini manakala perubahan Nampak dibahagian depan seperti bampar, jeriji, lampu kabus dan lampu utama projector digabungkan bersama lampu LED.


Selaras dengan pelancaran ini, Setia Motors dengan kerjasama Supagard, menyediakan pakej penjagaan kenderaan bagi pembelian kereta-kereta Hyundai sebagai pakej pilihan tambahan mereka.


Supagard sebuah syarikat di United Kingdom menyediakan produk perkhidmatan penjagaan badan kereta bahkan ‘lapisan kaca Premium’ kepada kereta pelanggan. 


Menurut, Master Trainer Supagad Asia dan Timur Tengah, Nadzry Abu Bakar, produk ini mampu memberikan lapisan kaca kepada kereta yang boleh melindungi badan kereta bahkan menjaga warna cat dan menambah kilauan yang boleh bertahan sehingga lima tahun. 


Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan model Hyundai Elantra serba baru ini di bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd semasa waktu bekerja.