Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, December 29, 2015

Uji Pandu Hyundai i20 Active


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Ditulis oleh: Anjelin Po, Mantuka.com
 
Setelah melihat hasil penjualan i20 Elite yang begitu memuaskan bagi para pengguna jalan raya, Syarikat Setia Motors Sendirian Berhad, selaku pengedar tunggal jenama Hyundai, kali ini memperkenalkan lagi series barunya, Crossover Hyundai i20 Active.

Hyundai i20 Active ini adalah dilengkapi dengan 1.4 Kappa dengan 100PS horsepower serta diikuti dengan enjin petrolnya yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Kereta ini adalah sesuai bagi pengguna yang hendak memandu dalam persekitaran yang lebih dinamik dengan mengunai fungsi mudah yang disediakan itu. Tambahan lagi, berdasarkan system IT, pengguna bolehlah menikmati pemanduan yang lebih selesa dan menyenangkan. 



Pada hari Sabtu lepas, saya melihat lebih dekat lagi kereta Hyundai i20 Active ini bahkan juga diberi peluang untuk menjalankan uji pandu di kawasan sekeliling Beribi. Dari jauh, crossover ini adalah kelihatan seperti sebuah SUV oleh kerana ciri-ciri luarannya yang begitu mirip sekali terutama dengan adanya rail bumbung dan cladding hitam yang berada di gerbang roda dan juga di panel body kereta tersebut.

Boleh juga dilihatkan bahawa crossover ini adalah lebih besar dan tinggi badannya yang mana ia memiliki jarak ground clearance sebanyak 20mm lebih tinggi daripada i20 yang biasa.

Selain dari faktor-faktor ini, i20 Active juga datang dengan hawa empangan yang dihadapan bersama dengan bumper dua nada, plat skid pada fascia depan, bumper baru dengan lampu kabus besar dan juga pemegang pintu yang disalut dengan krom. 


Manakala di bahagian dalam terdapat juga beberapa perubahan seperti tempat duduknya yang kelihatan amat sportif disebabkan oleh hiasan dalaman yang berdwi-nada dengan gabungan warna oren dan hitam atau aqua dan hitam. Tambahan lagi, versi baru i20 ini juga terdapat pedal yang bersalut aluminium dan juga gear tombol yang berwarna.  

Selepas membuat uji pandu itu, saya mendapati beberapa bahagian yang saya gemar. Diantaranya adalah sterengnya, dimana ia mempunyai fungsi untuk menjawap telefon jika disambung dengan Bluetooth terlebih dahulu.


Dari fungsi stereng itu, ia juga membolehkan pemandu untuk menukar saluran radio atau lagu-lagu yang disambung dari telefon pintar pengguna dengan cekap.

Selain dari itu, saya juga gemar akan luangan luas yang terdapat di dalam kereta itu. Hyundai i20 ini mampu membawa 5 orang dewasa (2 di bahagian depan dan 3 di bahagian belakang) tanpa rasa bersunggut. 


Akhirnya, saya hendak menyatakan bahawa saya juga sangat berpuas hati dengan adanya peranti reverse censor itu kerana ia boleh membantu saya meletak kereta dengan selamat di setiap tempat yang sulit. Cara peranti ini berfungsi adalah dengan memberikan isyarat kepada pemandu jika ia mengesan sebarang objek yang berdekatan dengan kereta tersebut.

Untuk maklumat lanjut atau uji pandu Hyundai i20 Active series ini, orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi agen-agen pengedar kereta Hyundai atau kunjungi bilik pameran kereta Hyundai di Kampung Beribi.