Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, August 15, 2016

Cabutan Awal Promosi Hyundai Accent


Syarikat Setia Motor Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Hyundai di Brunei Darussalam telah mengadakan cabutan awal promosi Hyundai Accent Beli 1 Berpeluang untuk Menang 1 baru-baru ini. Lapan dari 68 pelanggan yang membeli kereta Hyundai Accent akan dijemput untuk mengikuti cabutan akhir Promosi Cabutan Bertuah Hyundai Accent 2016 yang akan diadakan pada 12 ogos ini nanti.

Lapan pelanggan yang dipilih itu adalah dari keputusan cabutan awal promosi tersebut yang berlangsung di Bilik Pameran Setia Motor Sendirian Berhad, Beribi disempurnakan oleh Pengurus Jualan Setia Motor Sdn Bhd, Fadhillah Sulaiman.

Pelanggan bertuah itu terdiri daripada Hasnan bin Haji Salleh, Noridah binti Tujoh, Siti Wardah binti Hidup, Hajah Nadiah binti Haji Sulaiman, Mohamad bin Haji Terawih, Abdul Musauwir bin Haji Abdul Rahman dan Haji Awang Jufri bin Ibrahim dan Amalina binti Haji Matamit.

Dalam cabutan akhir itu nanti, salah seorang dari lapan pelanggan itu akan memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Hyundai Accent 1.4 Liter dan telefon pintar Android sebagai hadiah saguhati ditaja oleh BIBD At-Tamwil, Baiduri Bank, Insuran Islam TAIB dan MBA.



Menurut Fadhillah, promosi ini dijalankan bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, jadi pelanggan yang membeli kereta dalam tempoh tiga bulan tarikh akan layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Setakat ini Hyundai Accent adalah antara model kereta Hyundai yang mempunyai jualan tertinggi Hyundai di Brunei Darussalam.

Diharap pelanggan berpuas hati dengan jenama Hyundai dan salah seorang daripada mereka akan membawa balik hadiah utama sebuah lagi kereta Hyundai Accent secara percuma.