Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, April 20, 2016

Kia on Tour & Uji Pandu Sesi Pertama

Klik di sini untuk berita versi Inggeris.
Ambil pengalaman UEFA EURO 2016 bersama Kia on Tour dan acara uji pandu Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Kia di Negara ini. Acara pertama pada tahun ini telah diadakan dari 13 hingga 17 April di The Mall, Gadong.

Pelanggan juga diberi peluang untuk membuat uji pandu pada 17 April lalu di Pusat Rantau SEAMEO-VOCTECH.

Sebagai penaja utama acara bola sepak Eropah, cenderamata tema UEFA EURO 2016 diberikan kepada yang menyertai uji pandu seperti Bag Eco, botol air, Bag pasport dan tuala antara yang diberikan secara percuma.


Aktiviti UEFA 2016 akan bermula dari April hingga Oktober. Kia juga akan membuat beberapa lawatan ke daerah-daerah di Brunei Darussalam. KOT akan berada di Petani Mall, Tutong dari 28 hingga 29 Mei ini.

Peminat Kia juga berpeluang untuk melihat model-model kereta Kia yang mereka suka dan menerima cenderamata eksklusif.

Kia on Tour & Uji Pandu 2016 adalah sebagai projek jerayawara global diusahakan oleh Kia Motors Corporation di Korea bagi membolehkan rangkaian populasi pengedar di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan Asia Barat, Asia dan Pasifik untuk merasa pengalaman Kia.

Ianya juga sebagai komitmen Kia Global untuk memberi jangkaan pelanggan melalui inovasi automotif berterusan.