Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 13, 2016

Senarai nama Cabutan akhir ‘KIA Lucky Drive to France’ 20 Mei nanti

Adakah nama awda tersenarai dalam cabutan akhir ‘KIA Lucky Drive to France’?

10 pelanggan terpilih dalam program cabutan bertuah ‘KIA Drive Lucky to France’ berlangsung pagi tadi di bilik Pameran KIA, Beribi sempena kedatangan perlawanan UEFA EURO 2016

Cabutan 10 pelanggan terpilih itu disempurnakan undiannya oleh wakil-wakil perbankan dari Bank Baiduri dan BIBD At-Tamwil.

Pelanggan itu ialah Bob Raini Rambli, Nati binti Sumarto, Nicholas Stuart Hendry, Hajah Asnah Haji Talip, Noraha Abdul Malek, Daryl Luca Barbato, Mohd Razaku, Mohammad Bahruddin bin Yunos, Mohd Rifaie bin Muhd Shahren dan Mohammad Sharol Ramlee.


Mereka akan dihubungi untuk mengikuti cabutan akhir ‘KIA Lucky Drive to France’ pada 20 Mei ini di Bilik Pameran KIA bagi mengetahui pelanggan yang akan memenangi hadiah berupa tiket pelancongan untuk dua orang ke Paris, Perancis untuk menyaksikan upacara pembukaan rasmi UEFA EURO 2016.

Lebih 250 pelanggan dari Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait menyertai cabutan ini yang membeli kereta KIA dari 1 Mac hingga 30 April. Selain memenangi tiket ke Perancis, 10 pelanggan terpilih itu akan berpeluang memenangi Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB, Samsung S6 Edge+ 32GB, Samsung S2 Smart Watch dan Samsung Tab S2 9.0 LTE.

Semasa cabutan akhir itu nanti, para pelanggan juga akan menyaksikan pelancaran KIA Cerato versi Facelift.